KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 13, 2008

Adnan Yaakob JELAK dengan UMNO

http://aarvidi.files.wordpress.com/2008/02/adnan1.gifmazlanyasin | ... “Sebut UMNO ni ,saya JELAK , JELAK” iatulah kata-kata yang diluahkan oleh DS Adnan Yaakob, MB Pahang dalam satu temuramah yang disiarkan dalam buletin utama malam ini.

Kenyataan ini dilahirkan atas rasa kecewa beliau kerana gajala rasuah di dalam UMNO yang sukar dibendung. Manakala pemilihan pucuk pipinan parti kali ini menujukkan amalan rasuh yang terburuk dalam dalam sejarah.

Hakikatnya ialah peimpinan tetinggi UMNO tahu keadaan UMNO telah parah dan sukar diubat lagi. Persoalanya kenapa mereka masih tunggu lagi? Kepentingan diri, kemewahan hidup dan bermacam permainan dunia yang mereka kecapi.... selanjutnya.

Muhyiddin malu nak dedah kelemahan parti

[...] Bagaimanapun, Muhyiddin yang merupakan calon Timbalan Presiden Umno tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai politik wang dalam parti itu tetapi berkata, beliau malu dengan apa yang berlaku.

"Saya tak nak bercakap banyak pasal tu sebab saya berasa malu pasal mendedahkan kelemahan parti saya sendiri hingga media "megah" bagi melaporkan hal-hal yang tidak baik bagi parti saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Perdagangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di sini.... selanjutnya.
Aku pun malu gak .... wakakakkaak

Pulangkan ......

ong boon keong 250808 02Mkini | ... Sebuah kamera video milik seorang aktivis telah dirampas oleh pihak polis sewaktu majlis memasang lilin Ahad lalu. Bukan sahaja dia turut ditahan, selepas lima hari, kamera videonya masih dalam ‘simpanan' polis.

Ong Boon Keong yang merupakan penyelaras Badan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) Pulau Pinang berkata, beliau sedang merakamkan tindakan polis cuba menyuraikan orang ramai apabila kameranya dirampas.

Kira-kira 300 orang hadir di Pusat Sivik Petaling Jaya untuk menyambut ulang tahun pertama perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur tahun lalu.

Katanya, beliau sedang merakam tindakan polis menolak mereka yang ditahan masuk ke dalam trak polis.... selanjutnya.
berita kat atas tu tak dapat liputan .. tapi yang bawah ni liputannya meluas
Beberapa persatuan wartawan hari ini membidas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang bersikap kasar terhadap seorang jurugambar Utusan Malaysia di Ipoh semalam. - Bernama
Tapi MB Perak tak sentuh pun mamat tu ... cuma suruh 'erase' memory card dan di panggil 'hoi'.
Tiada darah telinga, hidung koyak dan tercabut rambut .. wakakakak

Sajak untuk Che Det

menerusi email
Sajak ni aku buat mada Tingkatan 3, sekolah menengah kebangsaan kampung ulu gendol
Nama guru kelas : Cikgu Abdul Rahman Kurakutui

http://sejuk.viere.net.my/wp-content/uploads/2008/03/mahathir_cry.jpg

Che Det ...
Hang buat apa kecoh kecoh
Lupakan kisah silam kuasa hang
Hang duduk ghumah makan saja ubi rebus cicah sambai tumih
Di waktu petang angin sepoi sepoi bahasa
Hang tak reti bahasa?

Che Det ...
Sampai bila hang nak main politik
Baik hang jaga cucu baik baik
Cucu hang rindu kat hang
Belai mesra seorang atuk yang tak pernah di rasa
tukaq lampin, cuci cadaq, pasang pelita masa raya

Che Det ...
Hang buat apa kacau orang lain
Suka depa la nak buat apa
Nak pelingkup umno atau nak juai semua
itu depa punya hal
Hang dulu pun apa kurang

Che Det ...
Hang dah kaya
Hang pi la main kuda
Lupakan soal politik
Hang pun bukan boleh tongkat dunia
Semata mata hang nak jadi lebih kaya
Habis kan duit simpanan beli barang
Cukup bulan hang makan saja duit pencen

Che Det ...
Ohh kau lah harapan bangsa
Harapan yang tak dak harapan langsung
Untuk bekaih seorang pemimpin yang dipuja
Buat mengenang segala jasa

(p/s: cikgu tolong bagi luluih, tak dapat A, dapat B pun jadi la)
Kerana sajak ni lah aku fail Bahasa Malaysia. Dan cikgu besaq suruh masuk bilik guru kena rotan.
Sajak ini telah menjadi kontroversi di sekolah untuk beberapa tahun. Rekod ini masih aku pegang sampai hari ini.

Apabila Setiausaha Agong tidak setia dan tidak usaha

newkk |

[...] Kalau Dato' Mat Zain, bekas Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang sekadar digantung keahliannya selama 3 tahun kerana didapati bersekokong dengan calun bebas dalam pilihanraya lalu, sementara Zaharin Mat Yasin (Sang Kelembai) dipecat dari UMNO kerana mengkritik pemimpin, apakah bentuk tindakan bagi mereka melanggar Tataetika UMNO?.

Kalau mereka melakukannya di UMNO Bahagian Ketereh, mungkin mereka itu terlepas daripada tindakan kerana SETIAUSAHA AGONG UMNO akan minta Ketua Bahagian menyelesaikan masaalah. Dan mana mungkin sebagai seorang ketua akan menghukum akan buahnya dengan menjatuhkan hukuman yang berat, kalau nak hukum pun hanya sekadar memberi amaran keras seperti mana Lembaga Displin menjatuhkan hukuman kepada Ketua UMNO bahagian Seremban tempoh hari.... selanjutnya.

Dan baca komen dalam MSOMELAYU

Yang boleh dan tidak boleh tonton

'Sajak baywatch' .... boleh tonton .... waaaaaaa


'Sajak kematian' .. jangan tonton ... eeeee....gerun


Apa kata menteri kita?

"Saya sungguh tidak bersetuju kerana kita hendak mendidik mesti secara berhemah dan pendekatan yang menakut-nakutkan lebih-lebih lagi terhadap anak-anak yang usianya cukup muda, saya rasa ia tidak akan membawa manfaat," kata Menteri Pelajaran Malaysia.

Tun jangan celupar - Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengingatkan supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak 'celupar' dalam membuat tuduhan berhubung isu rasuah di kalangan calon yang bertanding dalam pemilihan Umno Mac depan.

"Tuduhan main (guna) duit adalah tuduhan yang serius, mengata seseorang calon yang nak bertanding terlibat dengan rasuah adalah serius.

"Jadi saya harap Tun Mahathir jangan celupar cakap begitu sahaja kerana akan memberi kesan buruk kepada calon-calon dan juga parti," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau meminta supaya Dr. Mahathir mengemukakan bukti yang kukuh kepada badan disiplin Umno bagi menyokong dakwaannya itu. - MStar

Belasah ... jangan tak belasah. Aku tompang tepuk tangan. Sebenarnya dua dua pun celupat jugak

BPR cuba kelentong?

Bharian | ...“Apa yang menariknya berdasarkan kepada statistik tangkapan adalah terdapat perubahan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini di mana jumlah pegawai awam yang ditangkap atas kesalahan jenayah rasuah menurun berbanding sektor swasta atau orang awam,” katanya.... selanjutnya.
Pencapaian kalau tangkapan meningkat. Kalau menurun di kira pencapaian baik, tahun depan tak payah tangkap la. Wakakakak .... apa punya idea ni?

Siapa berbohong?

Sebelum ini,

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya.- malaysiakini
Selepas itu,
Ayah Pin and burnt stuffSehubungan itu, JHEAT berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai laporan yang mengatakan jabatan tersebut tidak membenarkan polis menahan Ayah Pin.

Malah, kata Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JHEAT, Mohamad Nor Mohamad, pihaknya tidak pernah berbincang berhubung larangan tangkapan ke atas Ayah Pin.... malaysiakini.
Jangan tuding jari. Sekarang ni nak tangkap ke tidak?
Itu pun susah sangat ke?
Atau korang nak aku jadi ketua polis dan pengarah JHEAT?

UMNO terima kertas undi POS

Wakakakakk .... UMNO UMNO ... korang nak jadi apa,

Seorang ahli perwakilan ke mesyuarat Umno Bahagian Gopeng pada 26 Oktober lalu hari ini mendakwa menerima sampul surat kiriman ekspres mengandungi 78 kertas undi bagi beberapa jawatan dalam pemilihan peringkat bahagian itu.

Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Rapat Jaya, Hang Tuah Din berkata, beliau menerima sampul surat itu empat hari selepas mesyuarat berkenaan daripada pengirimnya yang menggelarkan dirinya Ikhwah Islamiah dari Sungai Siput.

“Terdapat 78 kertas undi asal yang dipercayai telah dikeluarkan atau ditambah pada mesyuarat berkenaan,” kepada pemberita di sini hari ini.... selanjutnya.
Dalam pilihanraya umum pun buat taik. kat pemilihan UMNO pun sama.
Wakakakak ..... sifir UMNO serupa. Jaga jaga.
Aku ketawa sampai nak terkencing ... tunggu jap, aku nak gi tandas.

Pak Mongol pakar ekonomi

donotcopythisimagebin

aku cilok dari Aminiskandar
dan Kopitiam Bang Nan
Syok baca tajuknya ... wakakakakak

Adun BN berlagak pandai, ganggu dewan

Harakah | Beberapa Adun dari pembangkang masih terus membuat gangguan di sidang Dun sewaktu Adun kerajaan membahaskan Bajet 2009.

Mereka kerap menganggu dengan lagak kononnya Adun BN lebih berpengalaman, hebat dan pandai sewaktu mencelah bagi menganggu Adun Pakatan Rakyat membahaskan Bajet 2009.

Tingkah lakunya mencerminkan keangkuhan dan kesombongan, tabiat ini turut tidak disenangi pegawai-pegawai kerajaan.

Inilah watak wakil rakyat BN, membangkitkan isu remeh temeh dalam dewan.

Peluang berada di dalam Dewan bukan untuk mengetengahkan isu-isu rakyat sebaliknya mencari apa sahaja yang dilihat kelemahan.

Kadang-kadang apa yang dibangkitkan oleh mereka seolah-olah meludah ke langit dan menadahkan mukanya untuk ditimpa air ludahnya sendiri.

Namun begitu semua wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak melayani dengan berbuat tabiat yang sama.
Pandai memang ada baik dan ada buruknya. Baiknya ... diorang boleh bantu rakyat, buruknya ... diorang lah yang pelingkup harta rakyat. Wakakakak ....

Tidak perlu tangkap AYAH PIN?

Ayah Pin Kini Berada Di Terengganu, Kata Polis
Ayah Pin atau nama sebenarnya Arifin Muhamad, 65, yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat, kini dilaporkan berada di Terengganu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya.

"Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air. Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu," kata Musa ketika menyampaikan ucap utama pada seminar Memperkasakan Pentadbiran Keadilan Di Mahkamah Syariah di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak dekat sini.

Musa berkata bahawa tindakan tidak dapat diambil Ariffin disebabkan tidak ada penyelarasan penguatkuasaan antara Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu dan polis

Namun, katanya, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Terengganu untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu mengenai sebab Ariffin tidak perlu ditahan.... bernama
Dengan keluarnya berita ini baru aku tau selama ini memang tiada arahan di keluarkan untuk tangkap Ayah Pin. Adakah Ayah pin memang BAPAK kepada pemimpin tertentu?

Dan kenyataan seterusnya mengatakan Ayah Pin sebelum ini berada di Thailand. Korang ingat macamana Ustaz Ashaari pemimpin Al Arqam di tangkap di Thailand dulu? Kalau nak seribu daya, tak nak seribu daleh.

And this is why UMNO will die.

3rd article from Raja Petra after released .... shot through the heart.

Image
Robespierre on freedom of the press
malaysiatoday | ....UMNO talks about the “Social Contract”. This is what Rousseau said in his “SOCIAL CONTRACT”. “All men and groups in positions of power have an interest apart from that of the people.” That was Rousseau's interpretation of the “Social Contract”. And that, too, is UMNO's version of the so-called “Social Contract” -- it means that those in power are looking after their own interests and not the interests of the rakyat.

And this is why the NEP has failed. The Malay “immigrants” abuse the NEP for their own benefit. The people do not really benefit. The gap between the haves and the have-nots has in fact widened. Do we really need a NEP that allows a minority in power to get rich at the expense of the majority?

In time, there will emerge a new struggle in Malaysia. And no, it will not be a racial affair. It is going to be a class struggle. It is going to be a clash between the oppressed and the oppressors. It is going to be a fight between the poor and the rich.

Salaries over the last 40 years have doubled. Starting pay, which 40 years ago was about RM350 per month, is now about RM750. But the cost of living has gone up 10-15 times. What used to cost RM3,000 40 years ago now costs RM50,000. What used to cost RM8,000 40 years ago now costs RM100,000. People can no longer afford basic necessities.

During my stint in the Kamunting detention center I asked my prison warders what their starting salaries are. They told me it is only RM800 per month. By the time they retire at the age of 58, after working more than 35 years, their salary will be only RM2,200 per month. What can they buy with RM800 per month? Before the middle of the month they are already broke. Most sit at their desk the entire duration of their 8-hour shift because they can't afford to go to the canteen for tea.
Those with families live in 900 square feet single-storey terrace houses which cost them RM60,000 plus. They shall still be paying the installments on these houses long into retirement. 900 square feet is smaller than the master bedroom in the houses of the elite. The common people -- the salaried workers -- have to settle for that as the size of their entire family home.... selanjutnya.

Website KWSP caca marba



erisar.blogspot.com | Sudahlah tiba-tiba memandatorikan caruman KWSP kepada 8% yang sangat tidak patut mereka lakukan. Sepatutnya caruman kekal pada 11%, yang ingin jadikan 8% isilah borang pengurangan. Bukan sebaliknya. Oh, KWSP punya website sangatlah caca marba.

1. Aku masuk laman web KWSP. Aku click untuk baca notis pengurangan caruman. Diberitahu nak dapatkan borang, sila ke laman web kwsp.gov.my. Amatlah lawak, aku dah berada di laman web KWSP la ni, berapa kali nak pergi ke laman web KWSP? Boleh tak make our life simple? Instead of bagitahu borang tu boleh download kat KWSP website dengan link kepada www.kwsp.gov.my, linkkan sahaja kepada borang tersebut. Tidak perlulah orang nak kena menjelajah click borang sana click link ini nak dapatkan borang? Make sense? ... selanjutnya.
Wakakak .... bukan caca marba, tapi KWSP dah pening.

Korang tau tak baru baru ni bila Menteri Kewangan @ monggol buat kenyataan tentang KWSP sebenarnya kenyataan tersebut tidak melalui KWSP dan mereka sendiri tidak tahu akan perihal tersebut. Maksudnya si Monggol tu syok sendiri. Akibatnya KWSP sendiri pening kepala nak buat perubahan tentang pemotongan.

Bila pemotongan itu hanya pada yang berminat, maka kakitangan KWSP pening kepala tentang sapa nak update data entry kat sistem diorang. Tambah memeningkan kepala apabila di jangkakan mereka yang tidak mahu mengurangkan caruman adalah lebih ramai dari yang setuju.

So ... sapa yang nak buat kerja overtime. Wakakakakka ... adui pening. Tu sebablah kalau nak cakap kena bincang dulu. Kalau syok sendiri, yang susah adalah orang bawah.

Ini lah akibatnya kalau 'mangkuk' nak cuba nak jadi 'kuali' dan akhirnya mangkuk pecah atas dapor. Kalau setakat pecah tak per .. ni kena bom plak. Wakakakakak ... berderai lah mangkok tu.

ADUN Kuala Nerang muflis ... jom pilihanraya

Kedah kemungkinan menyaksikan pilihan raya kecil, yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12, berikutan keputusan mahkamah mengisytiharkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim muflis.

Timbalan Pendaftar Najwa Che Mat telah mengisytiharkan Syed Sobri sebagai muflis 3 November lalu.

Syed Sobri dikatakan gagal menjelaskan hutang bank berjumlah RM100,000.

Bagaimanapun Syed Sobri telah mengemukakan rayuan dan permohonannya akan didengar pada 1 Disember ini.

Beliau enggan mengulas apa-apa mengenainya.Sumber-sumber Barisan Nasional (BN) pula memberitahu kes tersebut telah diselesaikan bagi mengelakkan pilihan raya kecil.

Pada 8 Mac lalu, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan kelebihan 805 undi.... selanjutnya.
Ye ye ye ... jom kita ke sana. Siapkan kemah masing masing. Duit belanja. Duit rasuah !!! .... oppppssss.

Kikis orientasi 'Umno itu duit, duit itu Umno'

MStar | Gejala politik wang sudah sebati dengan Umno! Ini rumusan penganalisis dan pemerhati politik yang mengikuti dengan dekat perkembangan tersebut sejak kebelakangan ini.

Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr Ghazali Mahyudin berkata, gejala politik wang sudah lama berakar umbi dalam Umno dan ia merebak daripada peringkat atasan hingga ke bawah.

"Ia dah berlaku lama. Bila ada bunga-bunganya, ia patut dicantas cepat tapi Umno dulu, masa hal ini (politik wang) berlaku, mereka menutupnya dan akibatnya semakin dapat dilihat pada hari ini. Ia semakin merebak dan sukar dibendung lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.


Ghazali berkata, walaupun ada tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin tetapi ia tidak memberi kesan besar kerana hanya melibatkan beberapa orang ahli dan bukan menyeluruh.

"Selain itu, ini juga melibatkan masalah kepimpinan. Walaupun ada pemimpin Umno yang berdegar-degar bercakap politik wang berdosalah, merosakkan maruah bangsa dan sebagainya tetapi tidak semua ahli yang memandang berat cakap-cakap mereka.

"Ada sesetengah ahli yang bila pemimpin bercakap demikian, mereka pun kata 'alah, dia cakap, dia pun buat juga'... itulah yang membimbangkan," katanya.... selanjutnya.
Wakakakk .... kalau nak kikis rasuah politik dalam UMNO, kena kikis pemimpin UMNO dulu.
Lepas kikis ini yang akan berlaku.

"Hello boleh cakap dengan Ketua Bahagian." kata Rakyat.
"tak der cik ... dah kena pecat", kata SUARA
"Timbalannye?" tanya rakyat.
"Pun dah kena pecat.", kata SUARA
"Ketua Cawangan ada tak?", tanya rakyat.
"Dah kena pecat.", kata SUARA
"Timbalannya ", tanya rakyat.
"Dah kena pecat jugak Encik", kata SUARA
"Siapa yang ada?", tanya rakyat.
"Kerani pun tak der...", kata SUARA
"Saya cuma komputer ... sila tinggalkan pesanan ini selepas nada 'beeep'.", kata SUARA

Wakakakaka !!!

It's politically motivated - Ronnie Liu

NST | Ronnie Liu is crying foul over the manner he was arrested by Puchong police at the lobby of the State Secretariat yesterday.
The Local Government, Research and Development Committee chairman said the alleged offence he was arrested for happened over a year ago

"They sent eight policemen to arrest me. I cannot but feel the charge may be politically motivated," he said.

Liu said he had just returned from a seminar in Kuala Lumpur to attend the state executive council meeting when he was approached by the group of policemen just before 2pm.

"They told me I had to go with them to the Puchong police station and produced a warrant from the Petaling Jaya magistrate's court."... selanjutnya.

Perwakilan PKR dijangka tuntut penjelasan

malaysiakini | ..."Ia akan menjadi landasan bagi memulihkan keyakinan rakyat yang agak kecewa dengan projek 16 September," kata ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu Khalid Jaafar.

khalid jaafarMenurutnya, penjelasan tersebut penting bagi menangani persepsi rakyat apabila rancangan untuk mengambil alih kuasa pada tarikh tersebut, tidak menjadi kenyataan.

Projek mengambil alih kuasa itu, menurut Khalid, telah menjadi wacana dalam masyarakat dan terdapat tuntutan supaya perkara itu disegerakan.

"Selama ini mereka prnah bincang tentang proses (peralihan kuasa). Sekarang ini, bukan saja berbincang tentang proses (mengambil alih kuasa), tetapi kalau boleh hendak cepat," kata Khalid yang juga bekas setiausaha akhbar Anwar.... selanjutnya.

Loteri untuk sindir

Calon kontroversi Jawatankuasa Umno Bahagian Temerloh, Ir Che Wan Shamsiruddin Shamsuddin 50, menafikan beliau menyokong perjudian kerana mengedarkan 'tiket loteri' kepada perwakilan dalam mesyuarat agong Umno bahagian itu, 9 November lalu.

Menurutnya, apa yang dilakukanya adalah suatu sindiran kepada calon lain yang memberi wang kepada perwakilan bagi memenangi jawatan dalam parti.

"Calon lain memberi wang, saya hanya memberi nombor pencalonan saya 0440 kepada perwakilan dengan harapan perwakilan akan memberi undian kepada saya.

"Calon yang menang dalam pertandingan semuanya memberi wang dan calon yang paling banyak berbelanja dialah yang menang jawatan lebih tinggi," katanya ketika ditemui, dekat sini. ... selanjutnya.
Wakaka .. UMNO sindir UMNO
Kenapa tak sindir guna gambar EUROCOPTER ... wakakak
Takut ke?

Perlis tak keluar arahan untuk FITNAH

Kerajaan Perlis tidak pernah mengeluar arahan kepada mana-mana pegawai khas serta kakitangan Unit Bina Insan pejabat Menteri Besar Perlis agar melakukan penyebaran fitnah terhadap pemimpin tertentu, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman hari ini.

Menurutnya pegawai-pegawai yang dilantik itu sebaliknya diberi tanggungjawab mengukuhkan perhubungan dan meningkatkan nilai murni bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian. ... Bharian
"Mat .. kakitangan nko ditangkap kerana rasuah." kata BPR
"Aku tak suruh pun diorang rasuah", kata Mat
"Jadi ... aku nak tangkap ke tak?" kata BPR
"Aku tak suruh diorang makan rasuah.", jawab Mat
"Jadi aku bak buat apa sekarang?" tanya BPR
"Buat bodoh !!!" kata Mat

Wakakakak ...kesudahannya ...
Samaada suruh fitnah atau tidak, tapi orang fitnah
Rasuah di suruh atau tidak, tapi orang rasuah.
Wakakakak ....so kalau tak di suruh tapi fitnah .. nak tangkap ke tak?
Wakakakak ...lawak ...lawak

Tak tangkap AYAH PIN kerana tak dapat kebenaran JAIT? Wakakakaka

Polis mengesan ketua kumpulan ajaran sesak Ayah Pin yang lari ke Thailand pulang ke Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberitahu pihaknya tidak dapat menangkap lelaki tersebut kerana tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Terengganu. - utusan

Nak terima ke alasan ni?

Wakakakak ...eheheheh
Hoooo ... hohoho ... waawakakkaka
Kah kah kah ....
Proooottt ... prrrooooottt (terkentut)
Wakakakak ....

Minyak turun terus .....

The image “http://images.abunawaf.com/2006/05/oil.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Hari ni pada jam 9.03 pagi, harga crude oil telah turun kepada RM55.55 se tong. Dan apa kata kerajaan?
Baca keratan berikut,

Harga minyak mungkin turun lagi ke paras RM2 sebelum penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, kerajaan tidak bercadang meneruskan penurunan itu sehingga di bawah RM1.92 seliter.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan mungkin menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel walaupun harga di pasaran dunia terus merudum.

“Sama ada harga minyak akan turun sehingga RM1.92, itu terpulang kepada perbincangan kerana sekiranya ia turun mendadak, pemberian subsidi juga mungkin dikurangkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika di sini semalam.... kosmo
Kerajaan tak mungkin turunkan minyak kepada paras lama RM1.92/liter dalam pada itu kerajaan mungkin menetapkan paras minimum. Bermakna walaupun harga minyak dunia turun, harga minyak tempatan akan kekal pada satu tahap.

Korang bayangkan betapa dahulu kita di gula gula kan dengan subsidi minyak dan sekarang subsidi itu di tarik untuk di gunakan kepada Bajet 2009 sebanyak RM7 billion. Nyatanya sekarang kita sedang mensubsidikan sejumlah keuntungan dari jualan minyak tempatan kepada kerajaan.

Patut la muka kerajaan dah macam muka subsidi. Dulu ingat ... ada pemimpin haprak yang kata, rakyat jangan harapkan pada subsidi. Wakakakka ... sekarang apa cerita? Korang nak tau muka subsidi, tengok TV tiap tiap hari. Ada muka subsidi yang asyik nak tidur, bibir pink, botak Arab dan macam macam lagi.

Sedihkan?

Korang tau apesal kerajaan sekarang terlalu degil untuk meneruskan agenda bodoh yang bersangkutan dengan minyak? Kerana kuasa dan sokongan dari segelintir mangkuk hayun di dalam UMNO dan BN.

Harga minyak : Pro dan kontra

kereta buruk | ...Kerajaan Pak Lah cukup efisien menaikkan dengan tidak efisiennya menangani kesan-kesan dari kenaikan minyak itu terhadap ekonomi negara. Perlu ingat kesan berantai yang mana kenaikan harga barangan yang kononnya dikawal setiap musim perayaan dan ditambah lagi kesan kos operasi seperti contoh khusus untuk penternak ayam. Kesan berantai juga berlaku ke atas caj perkhidmatan dan dikenakan lagi caj tambahan termasuk tambang bas, teksi, upah itu upah ini dan sebagainya lagi.
Apakah kerajaan Pak Lah kerajaan Umno-Bn ini buka mata dan prihatin dengan kehidupan rakyat yang semakin menyempit.

Fakta yang pro nya tidak nampak dan mudah kita mengatakan kerajaan BN dan UMNO sedang merompak hak dan wang rakyat dengan cara mencagar dan mengambil subsidi yang sepatutnya dinikmati setiap rakyat warganegara Malaysia. Fakta yang kontra pula cukup jelas dan nyata kenaikan yang mendadak adalah keputusan yang tidak betul dan gila. Sebab itu juga persoalan kenapa Pak Lah tukar portfolio kemeterian dengan Najib tempohari. Tambah-tambah lagi Pak Lah pernah gagal dalam bidang ekonomi semasa pengajiannya di Universiti dulu. Pak Lah kurang clean dan kurang bijak membuat keputusan kenaikan minyak kerana keputusan mutlak adalah di tangan Mr PM.

Di kebelakangan hari ini penurunan yang dijangka dan dibayangkan mcm Pak Shahrir cakap telah menampakkan kerakusan dan ketamakan pemimipin kalangan UMNO dan BN sebenarnya. Kalau jujur dan amanah dalam menjaga kepentingan rakyat dan negara pasti BN dan UMNO tidak ditolak oleh rakyat seperti hingga ke hari ini. 51 tahun memerintah negara yang penuh aman ini tetapi sekarang ia agak terlalu jauh dari Singapura yang pernah menjadi sebahagian (UMNO lah yang menjual dan melepaskan kepada PAP sial)dan agak jauh dari Vietnam yang stabil dan progresif ekonominya.... selanjutnya.
Aku teringat kesah semalam.
Tersesat ke Pandamaran Kelang dan minyak di tangki kenderaan teman sudah merah menyala.
Masuk ke sebuah stesyen minyak dan dapati ianya di tutup kerana ketiadaan stok minyak.
Bila di tanya kepada tawkey ... macam macam la alasan.

Alasan sebenar adalah kerana kekerapan penurunan harga minyak membuat mereka kerugian.
Mereka beli stok dengan harga lama dan hari berikutnya harga minyak turun. Lalu mereka terpaksa menjual minyak dengan harga baru yang rendah. Bukan sekali, tapi banyak kali.

Siapa punya bodoh?

Suntik wajah dengan minyak masak

Mai kita relax kejap
Wajah berikut bukan di suntik dengan botox tapi dengan minyak masak ...



Menurut yang empunya wajah ... cantik
Kepada yang nak lari dari Along atau utang ... mungkin berfikir begini. Wakakakak
ikuti ceritanya KLIK SINI

Jersi baru FAM?



... selanjutnya.

Abim pandang berat pihak anjur protes Fatwa

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang berat tindakan pihak-pihak tertentu menganjurkan protes umum atau membuat kritikan terbuka terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman perlakuan tomboy atau pengkid serta fatwa mengenai Yoga yang sedang dipertimbangkan.

Presiden Abim, Yusri Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangssaan merupakan sumber rujuk utama bagi umat Islam di negara ini untuk mencari penyelesaian tentang sebarang kemusykilan mengenai hal-hal agama.

"Fatwa yang dikeluarkan, akan melalui proses perbincangan yang teliti dan bersandarkan kepada sumber-sumber hukum sahih serta kaedah-kaedah perundangan Islam yang muktabar. - Malaysiakini
Protes Fatwa tak per ... jangan protes anti kerajaan. Mesti kena kejar.
wakakakakak.

Zakaria’s widow gets ultimatum

http://headsteadi.com/wp-content/uploads/2008/02/dsc_4434.jpg

Star | The Selangor Government has given the widow of the former Port Klang assemblyman Datuk Zakaria Md Deros a month to remove the fencing surrounding their mansion which was built on state land.

Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said the state approved a 4,049 sq m land made up of eight lots for Zakaria through his wife Datin Azizah Ngah on July 3, 2003.

“The late Zakaria started the construction of his mansion without an approval of the building plan in early 2006 and was fined a total of RM19,373 or 10 times the building plan charge,” he told a press conference after the state exco meeting yesterday.

The house was completed in early October 2007 after getting approval, he said.

“However, there are issues related to the land surrounding the mansion, where 2,267 sq m has yet to be approved.... selanjutnya.

Rujuk berita Sun2surf - Zakaria's family ordered to return land

Bodohnya ADUN UMNO

Adun BN Perak ni pikir dia cukup bagus cerita pasal penggunaan wang kebajikan untuk bantu mangsa ISA negeri Perak.

AN opposition assemblyman wants the Anti-Corruption Agency (ACA) to investigate the legality of the state government’s move to use public funds to help families of Internal Security Act detainees.

Dr Wan Norashikin Wan Noordin (BN – Kampung Gajah) questioned the Perak Govern­ment’s right to include them with the underprivileged as recipients of the special welfare fund in the 2009 Budget.

“It is illogical and wrong to include them along with those suffering from chronic illnesses, orphans, senior citizens, single mothers and so on,” said Dr Wan Norashikin when debating the 2009 Supplies Enactment at state legislature yesterday.... Star
Sedar tak dia bahawa BN selama ni dah bazir kan wang kita ke seluruh jenis pembaziran.
Duit cukai, zakat, kwsp dan macam macam lagi. Tu semua pun duit rakyat. Kebajikan cuma satu lorong peruntukan dan bantu mangsa ISA pun tidak seberapa. RM5 billion untuk valuecap tu macamana pulak?

Yang bestnya ... BPR akan bergegas cari bukti. Wakakakak

Ada otak pakai ....

Sebut salah orang, untuk tutup salah sendiri. Itu politik murahan UMNO.
Sedetik berkata, seluruh muslihat ternyata.
Apa susah sangat nak tau muslihat UMNO?
Jangan ada Pakatan rakyat berpolitik seperti ini.
Politik UMNO adalah politik paling murah.
Nak tau muslihat ..... cukup mudah.

Utusan menyerang MB Perak

Setelah usaha mengurangkan jumlah ADUN dengan kaedah BPR gagal .... kini ada pihak tertentu cuba cara lain. Gua klik utusan hari ni dan beberapa cerita tentang MB Perak di dalam akhbar. Antaranya, Balak: Perak didakwa rakus dan berikut pula,

MB Perak arah jurugambar Utusan serah kamera, padam gambar
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin hari ini bertindak di luar dugaan apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya yang diambil ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.
Dah ada usaha usaha bersepadu media untuk jatuhkan MB Perak.
Berhati hati DS ...

'Usah pinggir BM dalam subjek Sains, Matematik'

Bharian | Bahasa Melayu akan menjadi bahasa melukut di tepi gantang jika Kementerian Pelajaran meneruskan keputusan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Bekas Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Ya'kub, yang membantah keputusan itu sekeras-kerasnya, berkata bahasa Melayu tidak sepatutnya dipinggirkan dalam pengajaran kedua-dua mata pelajaran berkenaan.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak berkata, setakat ini tiada bukti bahawa pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak dapat bersaing hingga ke peringkat lebih tinggi.... selanjutnya.
Ada menteri yang tak paham ni ... wakakak

Selangor to evict Zakaria’s family from state land

Minsider | The Selangor state executive council today decided that the family of the late Datuk Zakaria Md Deros, the former Port Klang state assemblyman, must vacate the 2,269 square metre land in Pandamaran, Klang, adjacent to the bungalow he had built.

“The state exco today directed the Klang Municipal Council (MPK) to tell the late Zakaria’s family to vacate within a month and issue a compoundable summons for encroaching on state land.

“If they fail to do so, the state government will take the case to court for encroachment,” he said at a news conference after the state exco meeting here today.

He said the bungalow lot of 4,049 square metres was not in the vacation order but a fine of RM19,373 was imposed on Zakaria by MPK as its construction early in 2006 was done without approval by the local authority.

He said according to records, the district land committe on last Dec 14, rejected a land ownership application for the land and decided that any appeal should be made to the state exco.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive