Bharian | Bahasa Melayu akan menjadi bahasa melukut di tepi gantang jika Kementerian Pelajaran meneruskan keputusan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.Ada menteri yang tak paham ni ... wakakak
Bekas Menteri Pelajaran, Tun Abdul Rahman Ya'kub, yang membantah keputusan itu sekeras-kerasnya, berkata bahasa Melayu tidak sepatutnya dipinggirkan dalam pengajaran kedua-dua mata pelajaran berkenaan.
Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak berkata, setakat ini tiada bukti bahawa pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak dapat bersaing hingga ke peringkat lebih tinggi.... selanjutnya.
Nov 13, 2008
'Usah pinggir BM dalam subjek Sains, Matematik'
Labels: Sains dan matematik
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Oct 26, 2008
Sains, Matematik dalam bahasa inggeris, satu langkah undur ke belakang
Langkah kerajaan khusus Kementerian Pelajaran untuk mengekalkan bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik merupakan, Langkah ke belakang dan satu pemikiran yang dangkal,” tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Y.B. Salahuddin Ayub kepada Suara Keadilan Online hari ini.
“Kita mahu wujudkan satu pemikiran yang ‘world-class’, yang bertaraf dunia, yang bertaraf antarabangsa.
“Lihat sahaja orang-orang Jepun, Korea yang maju, khusus di dalam teknologi, contohnya; mereka tidak menggunakan bahasa Inggeris malah menggunakan bahasa ibunda masing-masing,” sambung beliau seterusnya.
“Orang Vietnam guna bahasa Vietnamnya. Orang Sepanyol guna bahasa Sepanyolnya. Orang Perancis guna bahasa Perancisnya. Apapun, negara tersebut terus-menerus membangun dan maju ke hadapan. Sesebuah negara tidak akan mundur, semata-mata kerana menggunakan bahasa ibunda mereka. - Suarakeadilan
Labels: Sains dan matematik
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
Jul 22, 2008
Lengahkan Bahasa ibunda untuk Sains, Matematik
Malaysiakini | Kementerian Pelajaran "sengaja melengah-lengahkan masa dan bersikap acuh tidak acuh" menukar kembali pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda daripada bahasa pengantar dalam Inggeris sekarang, kata sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO).
Sehubungan itu, 10 NGO tersebut yang semuanya dari Johor bercadang menghantar memorandum pada 4 Ogos depan mendesak kementerian menyegerakannya.
"Kementerian Pelajaran kelihatan seperti langsung tiada apa-apa jalan penyelesaian yang kukuh terhadap pelaksanaan dasar ini.
"Namun, ia tidaklah terlalu janggal kepada kita kerana umum mengetahui bahawa dasar ini (menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar-belajar dua subjek tersebut) merupakan satu keputusan yang dilakukan secara tergesa-gesa, bersifat politik dan tiada perancangan yang sistematik," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.... selanjutnya.
Labels: Sains dan matematik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 23, 2008
MB Perak mahu Sains, Matematik dalam BM
Utusmeloya - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, berdasarkan maklum balas yang diterima, pelajar-pelajar di negara maju seperti China, Korea, Jepun, Jerman dan Perancis yang belajar dalam bahasa ibunda lebih cemerlang dalam kedua-dua subjek itu berbanding negara lain yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara.
''Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu (BM) pada asalnya, pun banyak melahirkan siswazah dari universiti yang hari ini banyak menduduki institusi-institusi profesional seperti jurutera, doktor dan angkasawan.
''Kalau tidak mengajar (Sains dan Matematik) dalam bahasa ibunda, baik bahasa Mandarin, Tamil dan Melayu, ia bertentangan dengan Akta Pendidikan, Akta Bahasa Kebangsaan dan tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.
Mohammad Nizar berkata, kerajaan pakatan pembangkang tidak menafi dan memperkecilkan penguasaan bahasa Inggeris tetapi bukannya melalui pengajaran Sains dan Matematik.
Sebaliknya, kata beliau, ini boleh dilakukan dengan memperkenalkan pengajaran subjek bahasa Inggeris dan kesusasteraan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah lagi bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris.... selanjutnya.
No2umno - Kalau Matematik dalam Bahasa malaysia, tak boleh pulak nak gi Bulan....
Labels: Sains dan matematik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 20, 2008
SAINS DAN MATEMATIK KEMBALI KE BAHASA MALAYSIA
Wal asal balik asil, itu pasal tak hasil
Diberitahu oleh seorang guru disebuah sekolah bahawa buku bantuan untuk tahun sessi persekolah 2009 bagi matapelajaran Sains dan Matematik nanti akan menggunakan Bahasa Malaysia. Maklumat ini baru diperolehi di kalangan guru guru yang bertanggung jawab di dalam soal buku bantuan.
Merujuk pada berita pada 28th Oktober 2007 tahun lepas, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan bahawa UPSR pada tahun 2008 akan diteruskan dalam bentuk dwibahasa iaitu Bahasa Ingeris dan Bahasa Cina untuk peperiksaan subjek Matematik dan Sains. Manakala kata Menteri Pelajaran, Hishamuddin Tun Hussien, kajian tentang penggunaan bahasa Inggeris akan dibuat sehingga hujung tahun 2007 sebelum membuat sebarang keputusan, menerus atau membatalkan usaha ini.
Pertukaran semula ke Bahasa Malaysia ini tidak dinyatakan secara terbuka oleh Pihak Kementerian atau menteri buat masa ini kerana bimbang ia akan menjadi bahan tawa dan bahan politik parti pembangkang. Oleh itu, usaha menukar kembali sistem pelajaran menggunakan bahasa Malaysia akan dibuat secara senyap senyap tanpa memberitahu kepada umum sehingga pada waktu yang sesuai. Namun persiapan mencetak buku bantuan di dalam versi Bahasa Malaysia akan dijalankan.
Sikap terburu buru tanpa perancangan yang terperinci pihak Kerajaan, telah sekali lagi merugikan rakyat jelata. Selain dari kerugian kos untuk perlaksanaan pertukaran ke bahasa Inggeris, murid murid juga turut kerugian masa dan fokus. Begitu juga dengan pihak guru guru yang merungut kerana dihantar kursus ke sana dan kemari untuk persiapan diri. Kini setelah beberapa tahun di kritik hebat dari pelbagai pihak termasuk Professor Di Raja Ungku Aziz, usaha peminggiran bahasa melayu ini terpaksa dihentikan.
Besar kemungkinan pengumuman ini akan dilakukan selepas pilihanraya. Kalau diberitahu sekarang, Kerajaan dan Hishamuddin akan pastinya menerima tamparan hebat kritikan dan kutukan dari pelbagai pihak.
Dan kepada rakyat Malaysia, Wal asal balik asil, itu pasal tak hasil.
Labels: Belit BN, Sains dan matematik
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
