KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Rasuah UMNO. Show all posts
Showing posts with label Rasuah UMNO. Show all posts

Nov 30, 2008

Masjid RM10 juta, jemaah 4 orang

msomelayu | SESAMPAI di pekan Bentong, Pahang waktu azan Maghrib berkumandang. Niat untuk meneruskan perjalanan dan melakukan jama' taqdim di pertengahan jalan menuju ke rumah terbatal. Saya dan dua lagi kawan singgah menunaikan sembahyang jama' ta'khir, Maghrib dan Islam.

Dalam lembayung senja bayangan masjid itu masih kelihatan. Sebenarnya keindahan dan kehebatan masjid itu yang menggamit kami untuk singgah. Masjid yang terletak di atas bukit itu adalah antara majid yang tebaru di negeri Pahang Darul Makmuar dan begitu artistik. Bentong adalah Parlimen yang mana merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri Pelangai di mana MB Pahang, Adnan Yaacob bertakhta di situ.

Sembahyang di mana-mana pun boleh dan sah. Dari sebuah masjid besar bernilai jutaan ringgit atau pun di sebuah surau yan diperbuat daripada kayu hutan, nilai dan maksudnya sama saja. Darjah dan pahalanya tidak berbeza kecuali di tiga buah masjid, masjidil Haram di Makkah, masjid Nabawi di Madinah dan masjid al-Aqsa di Baitumuqadis.

Apa yang penting ialah sembahyang yang merupakan ibadat wasilah (penghubung) hamba dengan penciptanya (Allah) dilakukan dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Atau dalam erti kata lain sembahyang itu sampai mencecah dasar hakiki falsafahnya.

Tidak ada erti apa-apa pun kalau sembahyang di sebuah masjid yang indah dan gah namun sembahyang itu tidak sampai kepada hakikatnya. Ibarat memakan sebiji buah hanya diluaran saja tetapi tidak merasai kelazatan di dalamnya.... more.
Panas panas ... dah sampai waktu nya.
Gerun ... aku ingat kat kampung aku bulan Mac dulu
Waktu nak pilihanraya, projek buat masjid pun keluar. Berjuta beb. Punya la cantik sepanduk kat tepi jalan. Kalau siap tu, macam masjid kat Dubai ..wakakakakak
Nak tampung duit pilihanraya. Duit masjid untuk beli pengundi
Bila masjid siap ...tak der orang. Wakakakakak
Tu la ciri ciri akhir zaman tu.... gerun .... seram.....

Hello Mahathir ... mana senarai tu?

Mahathir ni kalau gelembong ... bagi kat dia. Sekarang nak cita pasal Senarai salah laku rasuah. Dah tak dak kuasa ... tak nak tunjuk hero. Bukan apa. Nak naikkan anaknya. Tektik bodoh ni memang dah boleh agak. Korang ingat cerita pasal Ezam dengan kotak kotaknya. Sekarang Mahathir dengan senarai senarainya. Lebih kurang sama je.
Kita tengok apa kata calun rasuah politik pertama UMNO....wakakakaka

Tun M berhak dedah nama
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhak mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terlibat dengan politik wang demi kebaikan parti.

Calon jawatan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, Dr. Mahathir bagaimanapun perlu mengemukakan bukti kukuh mengenai perkara tersebut.

"Sesiapa sahaja boleh menghantar laporan, malah kalau ada orang lain selain Tun pun boleh hantar laporan.

"Apa yang perlu, mereka kemukakan bukti dan sebagainya kerana menurut Setiausaha Agung UMNO baru-baru ini, terdapat banyak aduan palsu tentang politik wang," katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Tinju Amatur Malaysia berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Kejurulatihan Tinju Kebangsaan Tahap 2 di sini hari ini.... more.
Wakakaka ...
Isa samad cerita pasal politik wang ... wakakaka
orang pertama kena hukum. Nasib baik tak kena lucut ahli terus. wakakaka
Mahathir ni cerita pasal senarai dah berminggu minggu, tapi tak dedah pun .... acah je. Dia mana ada senarai pun. Nak cari gelemour. Kononnya bapak calun lurus, mulus telus dan tak rasuah. wakakak
Mahathir .. ni cara zaman jepun dulu. Sekarang kita tak main cara ni. wakakakak
Korang tunggu la sampai bulan Man nanti, habuk pun tarak ... aku gerenti. wakakaka
Korang tak kenal mahathir lagi ke? Wakakakak Pembohong nombor satu. wakakakak

Nov 28, 2008

Ketam Siam suruh anak jalan lurus

Reject money politics, says Mat Taib
Star | Reject leaders who practise money politics – this is the message that Umno will bring across to its members in the run-up to the party elections in March.

Its information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib said the party would utilise all its briefing sessions to explain the ills of money politics.

“We will tell delegates to the party general assembly not to vote for those who are using money to get the votes. Even if they had already accepted money or other favours from that particular leader, they must not vote for him,” he told The Star yesterday.... more.
Anak ketam : Bapak ni bodoh ke ... mana boleh adik jalan lurus
Bapak ketam : Bapak tak kira ... jalan kena lurus, nanti orang nampak kita jalan sengat, tak cun ...
Anak ketam : Bapak aku ni gila ke [dalam hati]

Nov 27, 2008

'Kontrak kecil' untuk dapatkan undi

In Umno polls, small contracts get the votes

[...] The men making the promises are not ministers, nor are they known politicians, but "agents" of Umno leaders campaigning for the various posts in the party polls.

The brazenness of what Umno has always referred to as money politics, or vote-buying, is becoming a major concern for the party as it seeks to win back support from voters it lost in the March general election.

But even as it tries to repair its image, Umno's credibility continues to be under assault primarily due to widespread vote-buying.

A Sabah Umno MP, who declined to be named, told The Malaysian Insider of how one "agent" of a party election candidate recently toured the state's interior just before the close of nominations to drum up support.

"This man went round offering government contracts to the rural folk in return for nominating his man," he said.

He claimed the "agent" was a government officer who worked for a federal minister. The contracts being offered included deals to repair bridges and community halls.

Each contract was worth approximately RM10,000. That was how much a nomination was worth.


So far, Umno's disciplinary board has already received more than 900 complaints about money politics.

Former party president Tun Dr Mahathir Mohamad has been particularly vocal about vote-buying, and has predicted Umno will lose heavily in the next general elections if there are no reforms.... more.

Nov 26, 2008

Politik wang bermula pada zaman Mahathir

peranaksama | ....Dia boleh menafikan tetapi dia tidak mustahil bersubahat dengan gejala kotor ini. Ketika dia kekal berkuasa selama 22 tahun, apakah dia merasakan dia menang dan kekal sebagai Presiden Umno kerana 'keikhlasan perwakilan' mahu memilihnya duduk di situ? Atau, dia mereka-reka sistem pemilihan dan pencalonan yang membolehkan dia terus kekal, walaupun kesan jangka panjang, Umno rosak akibat perbuatannya itu.
Dr. Mahathir boleh terus berucap di mana-mana. Menyampaikan syarahan demi syarahan dan ceramah demi ceramah kerana dia memang ada kebolehan bercakap. Malangnya, dia tidak menggunakan kejujuran hatinya sendiri untuk mengaku dialah yang menyebabkan Umno hari ini hampir-hampir musnah akibat perbuatannya sendiri.Inilah satu kerugian jika Pemuda Umno memikirkan mahu meneruskan legasi Dr. Mahathir dalam Umno. Legasinya akan terus menjadi 'dalang' untuk meneruskan kerosakan demi kerosakan dalam parti yang menjadi pembela bangsa Melayu ini.

Jika dia mengusung keranda 'berani berubah'… dia mahu membuat perubahan dan Umno terus hidup dan kuat kepada Umno yang mati akibat perbuatannya!... more.

Beranikah Mahathir sahkan Mukhriz tidak rasuah?

harakah | Politik wang, "istilah sopan" untuk gejala rasuah dalam pemilihan Umno diakui sudah mencapai tahap paling parah, namun bagi majoriti rakyat Malaysia ia tidak lebih sekadar satu isu basi yang hanya hangat dibincangkan setiap tiga atau empat tahun sekali. Walaupun didedahkan, misalnya hanya untuk menjadi ketua bahagian sahaja ada calon yang menghabiskan puluhan juta ringgit, masyarakat umum tidak lagi terkejut dengan "perangai jelik orang Umno itu".

Malah, ramai yang senyum sinis (menahan muak) mendengar pelbagai penegasan pimpinan tertinggi Umno bagi memerangi politik wang yang sudah mendarah-daging seluruh tubuh parti berkenaan. Terbaru, bakal Presiden Umno, Najib Razak dari Lima, Peru mengakui usaha menangani rasuah dalam Umno tidak mudah dan memakan masa panjang untuk mengatasinya.

"Saya percaya ada beberapa langkah tambahan yang boleh kita lakukan untuk membanteras politik wang dalam politik," tambah Najib selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Apex, 24 Nov lalu. Soalan yang pasti menyusul: Apakah Najib ada kredibiliti untuk bercakap soal korupsi atau salahguna kuasa?... more.

Nov 25, 2008

Betapa mesranya UMNO dan rasuah

Menerima hakikatnya mesranya UMNO pada rasuah ... dan Najib akur ...

Sukar kekang politik wang
Bharian | Umno akan mengambil langkah tambahan yang lebih komprehensif untuk membanteras politik wang dalam parti, tetapi semua pihak perlu menyedari usaha itu memerlukan kekuatan politik dan komitmen yang kukuh, kata Datuk Seri Najib Razak,

Timbalan Presiden Umno berkata, semua pihak juga perlu realistik kerana usaha berkenaan tidak mudah dan tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Perompak akui susah untuk tinggalkan hobi merompak. Dah jadi hobi beb ... wakakaka

Nov 24, 2008

Mahathir di rayu bersubahat tutup rahsia

Tun Mahathir dirayu jangan dedah nama
utusan | Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dirayu agar memikirkan semula hasratnya untuk mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tindakan tersebut bakal memberi implikasi negatif yang besar kepada parti.

Calon Naib Presiden UMNO itu berkata, Dr. Mahathir kemungkinan menerima aduan daripada pihak-pihak lain tetapi penganiayaan boleh berlaku tanpa melakukan siasatan rapi.

Katanya, semua prinsip undang-undang meletakkan soal keadilan sebagai asas dan sebagai parti politik kewujudan unsur sabotaj tidak boleh dinafikan.

"Dalam hal ini, saya merayu dan berharap Tun memahami situasi implikasi yang beliau akan lakukan. Namun memang tiada siapa yang boleh menahan Tun untuk melakukannya.... more.
Adalah menjadi satu kesalahan kerana menyimpan sebarang bukti penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Tak kan tak tau undang undang kot?

Nov 23, 2008

30% .... Macamana dia kira?

“Kami sedar banyak rungutan konon kami tidak menjalankan tugas, tak ada tindakan keras, tak ada siasatan, tetapi pada ketika kami mahu memenuhi kehendak ramai ini, kami ada tanggungjawab besar iaitu memastikan keadilan dicapai walaupun ia akan mengambil masa,” katanya.

Mohd. Hafarizam yang juga anggota lembaga disiplin itu serta penasihat undang-undang UMNO berkata, badan itu berpendapat adalah lebih baik orang yang bersalah terlepas daripada menghukum orang yang tidak bersalah.

“Menerusi penelitian saya, daripada sejumlah aduan yang kita terima, 30 peratus adalah berunsur fitnah atau `frame up’ iaitu orang yang kalah nak aniaya calon yang menang dan sebagainya,” kata beliau.

Justeru itu kata Mohd. Hafarizam, lembaga mengambil masa untuk menyiasat dan bertindak terhadap setiap aduan salah laku yang diterima, bagi memastikan tidak ada pihak yang teraniaya. ... more.
Beberapa hari lalu .. lapuran nya DI SINI
Beliau berkata, daripada 900 aduan yang diterimanya, kira-kira 40 hingga 45 peratus melibatkan politik wang manakala selebihnya adalah kes-kes salah laku pada mesyuarat-mesyuarat cawangan dan bahagian.
Dari jumlah tersebut .... 40 ke 45% dari 900 aduan bermakna ... 405 lapuran
dan kalau 70% dari jumlah lapuran tu, bermakna yang betul lapuran tentang rasuah berjumlah 283.5 lapuran.
Banyak tu !!!!!
Macamana mamat tu klasifikasikan antara sahih atau fitnah? Wekakakakkakkaka .... nak sembunyi yo?

Nov 21, 2008

Fix rules on bribery Umno - Nantu Dollah

Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin has urged the party leadership to draw up guidelines on how much money candidates can spend in election campaigns.

The Umno Youth chief contender also called for the party’s code of ethics to be overhauled, saying it was too restrictive, rigid and unrealistic.

He said that by doing so the party could regulate how much money a candidate could spend and how it would be spent.... selanjutnya.
UMNO terus dahagakan rasuah.
Orang kata yang memberi itu lebih baik dari menerima ....wakakakak
Masih mahu rasuah ... minta tukar syarat.
Wakakakak .... .Rasuah dan UMNO bagai suami dan isteri muda, bagai aur dan tebing ....wakakakakak

Nov 16, 2008

CABARAN TUKANG SAPU PADA UMNO!!

penyapulidi | ...Den dah mulo kurang yakin dengan pemimpin..Apakah dizaman manusia mengejar kebendaan dan kemewahan ini masih ujud insan yang bonar-bonar ingin berbakti kepado rakyat dan agamo secara ikhlas? dah lumrah dunio maso belum ado kuaso...ado jawatan.. dalam hati pun yakin dan percayo den tak kan melakukan perkaro yang buruk atau melakukan rasuah kalau den dapek jawatan atau pogang sebarang jawatan.... tetapi lopeh dapat kuasa depa mudah lupa apabila kesenangan dan kuasa berada dalam genggamannya...bak kato CHE DET sendiri MELAYU MUDAH LUPO

Den tak paham bilo Lembago umno susah nak tangkap POLITIK WANG.. pastu dengan poyo cakap 3 jawatan tertinggi takdo terlibat.. haaaa ni den bagi info pigi laa cek betul ke tak TIMB PRESIDEN ado main POLITIK WANG ko tidak,.....cek la YANG MULIA Tengku Ahmad Ritaudin...MULIO SUNGGUH!!

Seorang Agen kepado Ali rustam bernama Datuk Yunus (den bagi namo lagi pi la selidik...lembaga umno yang bongap tak reti buat keje..)...begitu marah apabila setelah sogokan wang diberikan kepada pemimpin tertentu Bahagian Kota Tinggi, namun Nama Datuk Ali Rustam tidak dicalonkan langsung semasa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi.

Rupanya agen kepada Tan Sri Muhammad Mohd Taib lebih berjaya 'menawan' hati perwakilan.

Akhirnya, Bagi Bahagian Air Hitam, Johor, Datuk Yunus terpaksa memberikan sendiri kepada perwakilan bagi memastikan nama Datuk Ali Rustam di calonkan. Datuk Yunus berjaya.... selanjutnya.

Politik wang lebih teruk, bahaya - Rithaudeen

GEJALA politik wang dalam Umno kini disifatkan semakin serius dengan banyak pihak melahirkan keprihatinan dan keperluan untuk mengatasinya dengan segera. Sehingga hari ini, Lembaga Disiplin Umno sudah menerima 900 aduan dengan sebahagiannya berkaitan dengan politik wang. Jumaat lalu, mStar Online menemu bual Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen (gambar) berhubung usaha pihaknya menangani isu tersebut menjelang pemilihan Umno.... selanjutnya.
Wakakakakak ... dulu dah cakap, tapi UMNO tak caya.

Nov 13, 2008

Muhyiddin malu nak dedah kelemahan parti

[...] Bagaimanapun, Muhyiddin yang merupakan calon Timbalan Presiden Umno tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai politik wang dalam parti itu tetapi berkata, beliau malu dengan apa yang berlaku.

"Saya tak nak bercakap banyak pasal tu sebab saya berasa malu pasal mendedahkan kelemahan parti saya sendiri hingga media "megah" bagi melaporkan hal-hal yang tidak baik bagi parti saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Perdagangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 di sini.... selanjutnya.
Aku pun malu gak .... wakakakkaak

Apabila Setiausaha Agong tidak setia dan tidak usaha

newkk |

[...] Kalau Dato' Mat Zain, bekas Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang sekadar digantung keahliannya selama 3 tahun kerana didapati bersekokong dengan calun bebas dalam pilihanraya lalu, sementara Zaharin Mat Yasin (Sang Kelembai) dipecat dari UMNO kerana mengkritik pemimpin, apakah bentuk tindakan bagi mereka melanggar Tataetika UMNO?.

Kalau mereka melakukannya di UMNO Bahagian Ketereh, mungkin mereka itu terlepas daripada tindakan kerana SETIAUSAHA AGONG UMNO akan minta Ketua Bahagian menyelesaikan masaalah. Dan mana mungkin sebagai seorang ketua akan menghukum akan buahnya dengan menjatuhkan hukuman yang berat, kalau nak hukum pun hanya sekadar memberi amaran keras seperti mana Lembaga Displin menjatuhkan hukuman kepada Ketua UMNO bahagian Seremban tempoh hari.... selanjutnya.

Dan baca komen dalam MSOMELAYU

Kikis orientasi 'Umno itu duit, duit itu Umno'

MStar | Gejala politik wang sudah sebati dengan Umno! Ini rumusan penganalisis dan pemerhati politik yang mengikuti dengan dekat perkembangan tersebut sejak kebelakangan ini.

Pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr Ghazali Mahyudin berkata, gejala politik wang sudah lama berakar umbi dalam Umno dan ia merebak daripada peringkat atasan hingga ke bawah.

"Ia dah berlaku lama. Bila ada bunga-bunganya, ia patut dicantas cepat tapi Umno dulu, masa hal ini (politik wang) berlaku, mereka menutupnya dan akibatnya semakin dapat dilihat pada hari ini. Ia semakin merebak dan sukar dibendung lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.


Ghazali berkata, walaupun ada tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin tetapi ia tidak memberi kesan besar kerana hanya melibatkan beberapa orang ahli dan bukan menyeluruh.

"Selain itu, ini juga melibatkan masalah kepimpinan. Walaupun ada pemimpin Umno yang berdegar-degar bercakap politik wang berdosalah, merosakkan maruah bangsa dan sebagainya tetapi tidak semua ahli yang memandang berat cakap-cakap mereka.

"Ada sesetengah ahli yang bila pemimpin bercakap demikian, mereka pun kata 'alah, dia cakap, dia pun buat juga'... itulah yang membimbangkan," katanya.... selanjutnya.
Wakakakk .... kalau nak kikis rasuah politik dalam UMNO, kena kikis pemimpin UMNO dulu.
Lepas kikis ini yang akan berlaku.

"Hello boleh cakap dengan Ketua Bahagian." kata Rakyat.
"tak der cik ... dah kena pecat", kata SUARA
"Timbalannye?" tanya rakyat.
"Pun dah kena pecat.", kata SUARA
"Ketua Cawangan ada tak?", tanya rakyat.
"Dah kena pecat.", kata SUARA
"Timbalannya ", tanya rakyat.
"Dah kena pecat jugak Encik", kata SUARA
"Siapa yang ada?", tanya rakyat.
"Kerani pun tak der...", kata SUARA
"Saya cuma komputer ... sila tinggalkan pesanan ini selepas nada 'beeep'.", kata SUARA

Wakakakaka !!!

Nov 8, 2008

"Bukan aku ... bukan aku" - 8 budak UMNO

"Kami tidak tahu bagaimana dokumen itu boleh diperolehi oleh PAS Johor itu," kata bekas calon ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Tinggi itu kepada Bernama hari ini.

Muszaide, yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno baru-baru ini dan digantung keahliannya selama satu penggal berkata, mereka berharap polis dapat menjalankan siasatan tentang bagaimana dokumen terbabit boleh jatuh ke tangan PAS Johor.

Katanya, dokumen yang diperolehi Pas Johor itu dan diserahkan kepada BPR negeri itu merupakan dokumen yang sama diserahkan oleh pihaknya kepada Lembaga Disiplin Ibu Pejabat Umno Malaysia.

"Kami hanya mengemukakan dokumen terbabit kepada pihak Lembaga... selanjutnya.
Wakakaka ... sapa kata UMNO jantan .. wakakakaa !!!
kecut semuanya .... adui ... sakitnya perut aku.
Alahai gelinya ketiak aku.

LAWAK pagi Sabtu

Pemimpin dilucut jawatan jika rasuah
Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan kerjasama Lembaga Disiplin Umno akan mendakwa pemimpin dan ahli Umno yang terbabit dalam rasuah, politik wang dan salah guna kuasa walaupun selepas Perhimpunan Agung Umno, Mac depan.

Pengarah Siasatannya, Datuk Shukri Abdull, berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan beliau dan Timbalan Ketua Pengarah BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed dengan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, Selasa lalu.

Hal itu memungkinkan sesiapa yang menang jawatan dalam pemilihan Umno bakal berhadapan dengan risiko hilang jawatan jika disabitkan kesalahan.
... selanjutnya.

Nov 7, 2008

Strategi Umno siasat dakwaan rasuah tidak boleh didedah - Rithauddeen

MStar | Strategi dalam menyiasat dakwaan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa sepanjang persidangan perwakilan Umno serta pencalonan pemilihan parti Mac depan tidak boleh didedahkan bagi memastikan ia dapat dijalankan dengan berkesan.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, mesyuarat dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah dijalankan dua kali sejak tiga hari lalu berhubung perkara itu.

"Dalam mesyuarat itu, kita bincangkan secara umum apakah langkah yang akan kita ambil (untuk menyiasat dakwaan) tapi kita tidak boleh nak beritahu apakah strategi kita," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya yang disiarkan sebuah akhbar tempatan hari ini berhubung mekanisme yang akan digunakan Lembaga Disiplin Umno dan BPR dalam menyiasat dakwaan rasuah, politik wang dan salah guna kuasa sepanjang persidangan perwakilan Umno serta pencalonan pemilihan parti Mac depan.... selanjutnya.
Aikkkkk ... Ptuiiiii !!!! Anak tekak rasa geli, kepala rasa pening. Macam ada yang tak betul. Takkan lelaki mengandung?

Sia-sia adu ke lembaga disiplin

kamal amirmalaysiakini | ...Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya.

"Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno.

"Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.

Katanya, sebaik sahaja laporan tersebut diperolehi, ia akan diadukan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk tindakan lanjut.... selanjutnya.

`Scary' Bribery in Malaysia's Ruling Party



Nov. 6 (Bloomberg) -- Malaysia's ruling party, in government for more than five decades, plans to change the way it elects leaders to end a culture of vote-buying that hands top positions to the highest bidder, the group's treasurer said.

Bribery has become ``blatant'' and ``scary,'' Azim Zabidi, treasurer of the United Malays National Organisation and a member of the party's leadership committee, said in an interview. ``It's gone down to the fabric of UMNO itself.''

UMNO is considering giving a vote to each of its 3 million members, making it too expensive to bribe them all, Azim said. That would replace a system where candidates seek enough nominations from the heads of 191 regional branches to be eligible for a leadership post. Fewer than 3,000 members then cast votes at party elections.

UMNO, the largest in Malaysia's ruling coalition, is facing the biggest challenge to power after suffering its worst national election result in March, and risks losing more support unless it roots out bribery.

``The party will have to show they are reforming,'' said Ooi Kee Beng, an analyst at Singapore's Institute of Southeast Asian Studies. ``UMNO seems to be consolidating itself around its old culture, which includes vote buying.'' ... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive