KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit KWSP. Show all posts
Showing posts with label Belit KWSP. Show all posts

Nov 16, 2008

Dilemma for EPF contributors

Star | More money to use now means less for one’s retirement. This is the dilemma Employees Provident Fund contributors face should they decide to opt to have their monthly contribution reduced from the mandatory 11% to the “voluntary” 8%.

The government’s decision to adopt this measure to help Malaysians tide the rise in prices of goods and services and the economic downturn is heartily welcomed by those in the lower income group and struggling to pay bills.

But there are many who prefer to stick to the 11% deduction and tighten their belts momentarily.

This group is also irked by the “burden” of having to fill up an EPF form – those who do not will be deemed to be agreeable to contributing 8% for two years effective Jan 1.... selanjutnya.
Bravo Najib ... Bravo Najib .... bagus idea
Pandai anak bapak ... wakakakak

Nov 13, 2008

Website KWSP caca marba



erisar.blogspot.com | Sudahlah tiba-tiba memandatorikan caruman KWSP kepada 8% yang sangat tidak patut mereka lakukan. Sepatutnya caruman kekal pada 11%, yang ingin jadikan 8% isilah borang pengurangan. Bukan sebaliknya. Oh, KWSP punya website sangatlah caca marba.

1. Aku masuk laman web KWSP. Aku click untuk baca notis pengurangan caruman. Diberitahu nak dapatkan borang, sila ke laman web kwsp.gov.my. Amatlah lawak, aku dah berada di laman web KWSP la ni, berapa kali nak pergi ke laman web KWSP? Boleh tak make our life simple? Instead of bagitahu borang tu boleh download kat KWSP website dengan link kepada www.kwsp.gov.my, linkkan sahaja kepada borang tersebut. Tidak perlulah orang nak kena menjelajah click borang sana click link ini nak dapatkan borang? Make sense? ... selanjutnya.
Wakakak .... bukan caca marba, tapi KWSP dah pening.

Korang tau tak baru baru ni bila Menteri Kewangan @ monggol buat kenyataan tentang KWSP sebenarnya kenyataan tersebut tidak melalui KWSP dan mereka sendiri tidak tahu akan perihal tersebut. Maksudnya si Monggol tu syok sendiri. Akibatnya KWSP sendiri pening kepala nak buat perubahan tentang pemotongan.

Bila pemotongan itu hanya pada yang berminat, maka kakitangan KWSP pening kepala tentang sapa nak update data entry kat sistem diorang. Tambah memeningkan kepala apabila di jangkakan mereka yang tidak mahu mengurangkan caruman adalah lebih ramai dari yang setuju.

So ... sapa yang nak buat kerja overtime. Wakakakakka ... adui pening. Tu sebablah kalau nak cakap kena bincang dulu. Kalau syok sendiri, yang susah adalah orang bawah.

Ini lah akibatnya kalau 'mangkuk' nak cuba nak jadi 'kuali' dan akhirnya mangkuk pecah atas dapor. Kalau setakat pecah tak per .. ni kena bom plak. Wakakakakak ... berderai lah mangkok tu.

Nov 10, 2008

KWSP diminta kaji prosedur potongan automatik

[...] Setiasuasaha Eksekutif MASEU, Mustafar Maarof, berkata dalam satu kenyataan hari ini kesatuan itu tidak pernah membantah cadangan potongan itu tetapi hanya mahu satu prosedur pilihan yang lebih demokratik dilaksanakan untuk pencarum.

Semalam, Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata kerajaan tetap dengan keputusan membenarkan KWSP membuat pengurangan potongan tiga peratus secara automatik kecuali pencarum yang memilih untuk kekal pada kadar lama.... selanjutnya.
Melihat pada cara .. kerajaan mahu semua pencarum untuk memotong caruman dan pada mereka yang tidak mahu memotong, terpaksa isi borang. Jika peratus yang memilih untuk tidak mencarum lebih tinggi. Masalah timbul kepada kakitangan tersebut dan kakitangan KWSP.

Nak 'key in' semua dokumen tersebut bukan senang beb. Cerita memang senang, perlaksanaannya muntah nak buat. Mungkin usul ini tidak di bincangkan dengan KWSP terlebih dulu. Yang pening ... bukan aku. wakakakakak.

Nov 8, 2008

Potongan Caruman KWSP tak praktikal

NST | Various parties have voiced concern about the procedure for workers to reduce their contribution to the Employees Provident Fund (EPF) by three per cent for two years, which the government has proposed.
.....
Following up on the announcement, the EPF had instructed that those employees who did not wish to reduce their statutory contribution from 11 per cent to eight per cent a month would have to state that in writing by filling up a form
.....
Malaysian Trades Union Congress general secretary G. Rajasekaran said many employees would not bother filling out the form and, by default, would subscribe to the reduction from Jan 1 "somewhat compulsorily" when in principle, the exercise was voluntary.
.....
Noting that EPF contributions were savings meant for old age and that it was important that such savings were not reduced, he suggested that only those who wished to opt for the reduction be asked to sign KWSP Form 17A.
.....
The Malaysian Airlines System Employees Union (MA-SEU) thinks similarly.... selanjutnya.
Wakakakakakak ... gua dah bilang. KWSP untuk simpanan, bukan untuk belanja. Konsep dah lari. Pariyahhhhh punya idea.
Dari sapa ni? Dari RTB ....... rendang tak berbuah. Tinggi tak berbiji. Wakakakak

Rujuk berita STAR juga.

Nov 5, 2008

More money in ur pocket, less money in ur saving

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said with the reduction, the level of contribution would still be at "a very reasonable 20 per cent, with employers contributing 12 per cent and employees eight per cent".

"A person with a salary of RM2,000 a month will get RM60 extra in disposable income, while someone earning RM6,000 will get an additional RM180 a month," said Najib, who is also finance minister when winding up the debate on Budget 2009 at the Dewan Rakyat.... selanjutnya.
Wajib atau sunat penurunan jumlah caruman bukan isu penting. Rujuk sini. Yang pasti, Potong Lebih pun sendiri punya, potong kurang pun sendiri punya. Pusing pusing ... duit sendiri.

Masalahnya nanti pada KWSP dan majikan untuk melaksanakan perbezaan dua jumlah potongan. 1,000 pekerja, 20% nak potong lebih, dan bakinya mahu potong kurang. Pening juga pada awalnya.

Jelas ... Tepuk dada tanya selera. Cuma apa sumbangan kerajaan pada rakyat nya berkaitan potongan caruman KWSP? Cuma untuk berbelanja lebih.
That is it !!!

Apa yang boleh anda belanjakan dengan RM30.00 untuk gaji RM1,000.00 dan RM60.00 untuk gaji RM2,000.00.

Caruman EPF turun, siapa untung?

Semalam ada seorang mangkuk dah umumkan penurunan caruman KWSP untuk rakyat dan Syarikat. Usaha ni kononnya nak bagi rakyat lebih berbelanja.

Sebelum ini caruman KWSP adalah 12% oleh syarikat dan pekerja 11%
Di turunkan kepada 11% syarikat dan 8% pekerja.
Kalau di lihat dari segi keuntungan kepada kakitangan, 3% untung berbelanja bersamaan dengan 3% rugi simpanan.
Manakala pada majikan 1% untung majikan sebab tak payah carum untuk korang.

Barapa banyak sangat boleh di belanjakan, kalau kakitangan di potong jumlah carumannya. Dan jumlah tersebut kalau di simpan di dalam KWSP, ianya akan bertambah pada setiap bulan dan kalau termasuk faedah, keuntungan akan berlipat kali ganda.

Korang tak payah kira pakai calculator. Ini mudah punya sifir pun boleh guna. Kalau gaji korang RM1,000, jumlah tidak potong untuk KWSP adalah cuma RM30.00 sebulan. Jumlah ni korang nak bayar apa? Top up handphone, isi minyak, beli tanah, beli rumah, tukar tayar atau bayar roadtax?

Sebenarnya ... dengan pengurangan 1% dan 3% itu, majikan akan untung 1%, manakala peniaga yang menerima wang yang kita belanjakan itu untung sebanyak 3%. Sebulan lebih RM30.00 sekarang ni, cuma celah gigi je.

So dari segi simpanan kakitangan, korang dah rugi [ 3% + 1% ] 4% setiap bulan. Dan KWSP pun tak payah bayar korang punya faedah lebih lebih.

Dalam tempoh 20 tahun bekerja, korang darabkan 4% x 12 x 20 tahun dan kalau di campurkan faedah, berapa jumlah kerugian anda semuanya?

Wakakakakak ... kena lagi.

Oct 24, 2008

Tunjuk bukti dana RM5b manfaatkan KWSP - Syed Shahrir

Utusmeloya | Presidennya, Syed Shahrir Syed Mohamud berkata, MTUC mahu pihak berkenaan menunjukkan bukti yang kukuh bahawa dana sebanyak RM5 bilion itu tidak akan disia-siakan begitu sahaja.

''Kalau KWSP hendak meminjamkan wang kepada kerajaan, maka pihak berkenaan harus memastikan tiada unsur penyelewengan yang akan berlaku dan wang tersebut perlu digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

''Kita juga ingin tahu siapa dia dan bagaimana mereka menggunakan hasil titik peluh pekerja yang disimpan untuk pelan bersara,'' ujarnya.... selanjutnya.
no2umno -Mudahnya dapat loan. tak payah tunjuk track record, bank statement, company profile dan colleteral. Lepas ni kita pakat duduk depan KWSP minta buat loan untuk bukak restoran, bengkel baik pulih kenderaan, niaga komputer, rumah urut, pub, kedai talipon ....

Tak payah RM5 biliion ... RM5,000 pun ok.

Jan 26, 2008

KWSP CUBA BELASAH WANG WARGA TUA

Wajib mencarum sehingga usia 75 tahun

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Bermula 1 Februari ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tempoh tanggungan mencarum untuk pekerja dan majikan dari umur 55 tahun sehingga 75 tahun.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Ibrahim Taib berkata, arahan itu melibatkan semua ahli KWSP yang berusia sehingga 75 tahun sama ada yang belum pernah atau pernah mengeluarkan wang caruman semasa berumur 55 tahun.

‘‘Ini hasil inisiatif ‘bukan hanya simpanan’ yang kita pernah kenalkan. Ia memberi peluang ahli berumur lebih 55 tahun untuk terus bekerja.

‘‘Ahli juga bakal menikmati simpanan yang lebih selepas mereka bersara kelak,’’ katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas majlis taklimat berhubung simpanan asas dan perubahan kadar caruman KWSP di sini hari ini.

Strategi berkonsepkan ‘bukan hanya simpanan’ diperkenalkan KWSP pada Oktober tahun lepas dalam usaha meningkatkan simpanan 11.4 juta pencarumnya.

KWSP kini mempunyai 661,000 ahli berumur lebih 55 tahun dan 84,000 daripada mereka masih bekerja.

Jelas Ibrahim, pekerja yang berumur 55 tahun ke atas akan diwajibkan mencarum tetapi kadarnya hanyalah separuh jika sudah membuat pengeluaran semasa berumur 55 tahun.

‘‘Caruman wajib untuk pekerja ialah 11 peratus, kita jadikannya 5.5 peratus manakala majikan sebanyak enam peratus daripada 12 peratus.

‘‘Dividen juga terus diterima ahli sehingga umur mereka mencecah 75 tahun,’’ ujarnya.

Oleh itu katanya, simpanan yang tidak dikeluarkan pada umur ahli mencecah 75 tahun akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut apabila mereka berumur 80 tahun.

Ibrahim turut memberi amaran kepada semua majikan supaya mencarum setiap pekerja yang berumur lebih daripada 55 tahun untuk mengelakkan sebarang hukuman.

‘‘Majikan yang gagal akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 46, Akta KWSP 1991 jika gagal berbuat demikian.

‘‘Hukumannya, didenda maksimum sebanyak RM10,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,’’ ujarnya. UTUSAN MALAYSIA

Posting terkini

Blog Archive