MB PERAK RAMPAS KAMERA WARTAWAN? - Malaysiakini
nikhassanazmi | ....Saya, Setiausaha Akhbar, Ust. Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian. Kami bersama MB sedang makan tengahari, seorang yang tidak dikenali menghampiri MB membawa surat meminta MB menandatangani, beliau memperkenalkan diri, MB membaca sepintas lalu dan seakan bersetuju menandatangani, kami serentak mencelah, jangan tandatangan dulu, lihat keseluruhan isi surat tersebut, dalam masa yang sama ada seorang jurufoto yang juga tidak dikenali mengambil gambar.
Kami beritahu, boleh jadi ini perangkap, nanti keluar gambar MB menandatangani sesuatu yang mungkin boleh di ambil kesempatan memburuk imej MB. Seorang MB menandatangani sekeping surat yang tidak diketahui latarbelakangnya di kantin. Lantas MB panggil jurufoto, bertanya dari akhbar mana, ada minta kebenaran atau tidak mengambil foto, jurufoto tersebut semacam tidak ambil peduli, MB panggil sekali dengan nada yang kuat sikit, tetapi tidaklah sampai panggil 'Hoi' sebagaimana didakwa. MB minta rakaman foto tadi dibuang, untuk memastikan foto tersebut dibuang, MB minta kamera tersebut dan serah pada Setiausaha Akbar yang duduk di sebelah saya, dan meminta SU Akhbar pastikan gambar tersebut dibuang. Dan kamera itu diserah semula pada jurufoto dengan baik.
Kami beritahu pembawa surat tersebut supaya dalam urusan seumpama itu, datanglah ke pejabat, kami akan rekodkan surat tersebut, satu salinan kami simpan dalam fail, soal MB nak sain tak nak sain itu soal lain. Pembawa surat tersebut faham, dan ternyata dia menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit MB di pejabat. Itu baru betul. Pagi esoknya, saya tengok surat tersebut sudah ada dalam meja MB.... selanjutnya.
Nov 16, 2008
Perangkap untuk MB Perak
Labels: MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 13, 2008
Utusan menyerang MB Perak
Setelah usaha mengurangkan jumlah ADUN dengan kaedah BPR gagal .... kini ada pihak tertentu cuba cara lain. Gua klik utusan hari ni dan beberapa cerita tentang MB Perak di dalam akhbar. Antaranya, Balak: Perak didakwa rakus dan berikut pula,
MB Perak arah jurugambar Utusan serah kamera, padam gambarDah ada usaha usaha bersepadu media untuk jatuhkan MB Perak.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin hari ini bertindak di luar dugaan apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya yang diambil ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.
Berhati hati DS ...
Labels: MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Nov 6, 2008
Perak MB orders SEDC CEO to submit report on RM100 million losses
malaysianinsider | The Perak Government has ordered State Development Corporation chief executive officer Datuk Shamsudin Hashim to submit a detailed report on more than RM100 million losses suffered by several subsidiaries.
Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said the losses suffered were actually a cumulative figure by several subsidiary companies and not by one company as reported on Friday. The report is inaccurate, not one company with a RM50,000 paid-up capital incurring more than RM100 million losses.
“It's a cumulative figure involving several companies,” he told reporters after a meeting with Perak Penghulus' Assocation here today.
Asked whether the losses were incurred from foreign investments, Mohammad Nizar said they were mainly from investments besides various other aspects.
“Investments made in and outside the country ended up in losses. Besides that, several housing projects cannot be sold. Hence, several companies accumulated the losses over a long period,” he said.... selanjutnya.
Labels: MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 18, 2008
Perak considering stop work order on sand dredging work
Star | Perak will seek a stop work order against the Federal Government’s Marine Department if proven that its sand dredging work in Sungai Dinding is killing millions of fish and prawn livestock.
Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said the state should be able to make a decision after studying reports from various agencies and Universiti Sains Malaysia on Monday.
It was reported on Oct 10 that fish breeders blamed sand dredging works, initiated by the department under the Transport Ministry to deepen Sungai Dinding, for killing RM1.5mil in livestock.
Many of the farmers claimed that their stocks began dying around July soon after the dredging works started.... selanjutnya.
Labels: curi pasir, MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Oct 15, 2008
MB Perak mahu kem tahanan ISA di pindahkan
harakah | ....Menteri Besar, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin berkata, cadangan itu pernah disebut kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada satu pertemuan selepas pilihan raya umum lalu.
"Namun Perdana Menteri buat tidak endah. Kami tidak rela kem tahanan itu terus dibiarkan berada Perak kerana setiap tahun isteri tahanan menangis ketika datang menziarahi suami di kem tersebut.
"Saya tidak sampai hati melihat kesedihan keluarga tahanan ISA dan lebih baik kem itu dipindahkan ke negeri lain termasuk Johor yang menjadi darul Umno. Johor sesuai menjadi muzium bagi ISA," katanya pada ceramah di padang Majlis Daerah Ketereh di sini, malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah, Ketua Penerangan PAS negeri, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah, Yang Dipertua PAS Ketereh, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh dan Senator Dato' Ahmad Rusli Ibrahim.
Padang tempat berlangsung ceramah penuh sesak dengan kehadiran orang ramai yang pertama kali dapat melihat dari dekat wajah Menteri Besar Perak.... selanjutnya.
Labels: MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Aug 21, 2008
Jul 27, 2008
Umpan RM30 juta pikat Adun Pakatan Rakyat di Perak?
harakah | ..... Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin berkata, bagi mencapai hasrat tersebut mereka dikatakan sanggup membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga RM30 juta seorang.
Katanya, walaupun Umno menawar harga yang tinggi, namun semua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak memberi jaminan tidak akan menerima tawaran tersebut sebaliknya akan terus kekal dengan kerajaan sekarang.
Oleh itu dakwaan bekas Menteri Besar Perak Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan tumbang 31 Ogos ini hanyalah gimik politik semata-mata.
Beliau menyatakan perkara itu ketika menyampaikan ceramahnya di Dewan Haji Salleh, Pekan Alor Lintah, baru-baru ini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kini mempunyai 59 ahli di mana 28 Umno, 18 DAP, 7 PKR dan 6 PAS.
Beliau juga mengakui pelantikannya sebagai Menteri Besar merupakan satu keajaiban yang telah ditentukan oleh Allah Taala.
"Walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi Dun berbanding DAP sebanyak 18 dan Parti Keadilan Rakyat 7, namun semua pemimpin parti dalam Pakatan serta baginda Sultan bersetuju melantik Adun PAS sebagai menteri besar.
Kita telah memberitahu rakyat Perak, Allah Taala telah menurunkan rahmatNya ke atas negeri itu dengan menubuhkan kerajaan melalui kesepakatan di antara pemimpin PAS, DAP dan PKR," katanya.
Beliau juga berkata, walaupun Perak merupakan kerajaan berbilang bangsa atau parti, namun pemimpin DAP boleh menerima program keislaman yang dilaksanakan. ... selanjutnya.
Labels: MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 23, 2008
Selamat Pengantin Baru
alhusseyn51 - Dato' Seri IR Mohammad Nizar dan Datin Seri Fatimah telah meraikan perkahwinan puteri mereka yang bernama Faatiha dengan pasangannya Muhamad Hazimin pada hari semalam, Sabtu 21 Jun 2008.
Saya tidak berapa pasti,samada Raja Muda Nazrin Shah turut sama menyerikan majlis tersebut kerana saya hadir agak lewat lantaran 'menyibuk' di Dewan Carsem meninjau proses pengundian Ketua Kampung disitu.... selanjutnya.
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 17, 2008
Utusan Malaysia diboikot kerana sebar sentimen perkauman: MB Perak
Bhairan - Kempen Boikot Utusan Malaysia’ oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak disebabkan kecenderungan akhbar itu memainkan sentimen perkauman pada berita yang dilaporkannya, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Sehubungan itu, katanya, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menghentikan langganan akhbar itu yang boleh menyebabkan tersebarnya sentimen perkauman di kalangan rakyat Perak.
“Jika kita biarkan rakyat Perak membaca Utusan Malaysia, mereka akan jadi lebih perkauman. Adalah menjadi kewajipan kerajaan sekarang untuk menyekat sebarang sentimen kaum.
“Kerajaan tidak boleh membiarkan itu. Sebarang akhbar...dalaman, dari luar atau internet yang menyebarkan perkauman, menjadi tanggungjawab saya menyekatnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditanya seorang pemberita sama ada tindakan memboikot akhbar itu satu bentuk diskriminasi sedangkan sebelum ini beliau mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak akan membenarkan (tolerate) sebarang bentuk diskriminasi di negeri ini.... selanjutnya.
Labels: Belit Utusan, MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 13, 2008
MB Perak pernah saman kerajaan
azridulblog - [...] Paling menarik perhatian saya ialah pendedahan yang dianggapnya sebagai ekslusif. "Saya tidak pernah beritahu ini kepada mana-mana akhbar dalam dunia, ini pertama kali saya hendak laporkan, ini betul ekslusif untuk saudara (Majalah I-pen)."
"Mereka bercakap mengenai ketuanan Melayu, tetapi saya adalah orang yang pernah menyaman kerajaan dan menyaman Menteri Pendidikan ketika itu kerana menukar dasar mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Saudara semaklah siapa budak yang menyaman kerajaan ketika itu?
Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, saya dan anak saya turun naik mahkamah, dan anak saya dah darjah enam. Dia saman masa dia darjah empat. Saya masa itu sebagai pembangkang, tetapi saya memperjuangkan hak Melayu.
Saya sanggup bayar duit peguam untuk menyaman kerajaan oleh kerana tindakan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, bertentangan dengan Akta Pendidikan dan bertentangan dengan Akta Bahasa Kebangsaan.
Sekurang-kurangnya walaupun dalam pembangkang, saya membuktikan kesungguhan saya menjaga ketuanan Melayu dengan mempertahankan kedudukan Bahasa Melayu, walaupun saya diejek ketika itu. Mereka kata, tak pernah dibuat orang budak kecil saman kerajaan." ... selanjutnya.
Labels: MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 30, 2008
Explain how RM8mil was spent, Perak asks former state govt
theStar - [...] Perak wants the previous state government to explain how this year's RM8mil development fund had been spent in less than three months.
State senior executive council (exco) member Datuk Ngeh Koo Ham said the government was shocked at the way the fund, meant for small projects, had been spent.
"We discovered that the entire sum was spent before or during the March 8 general election," Ngeh said Friday at a press conference.
The fund, he said, was made up of an allocation of RM75,000 to each Barisan state assemblyman and an additional of RM100,000 given to each state exco member.
"The total sum was RM8mil and it was spent in less than three months," he added.
"The people are suspicious that they were spent on election purposes. We are not accusing them yet but we want them to clarify," Ngeh said.... selanjutnya.
Labels: MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
RM21.8 billion foreign investment for Perak
theStar - [...] Foreign investors have shown confidence in Perak’s Pakatan Rakyat government and the state is now considering investment valued at about RM21.8bil.
State Education, Local Government Housing and Public Transport Committee chairman Nga Kor Ming said investment projects valued at some RM21.1bil had been proposed to the state during the first two months of the new coalition’s administration.
“This is a big encouragement for the government,” he said at a press conference Friday.
Among the projects are a RM16bil investment interest from Qatar’s Gulf Petroleum and a RM1.5bil project from First Solar Incorporation from the United States.
Nga urged other corporations to invest in Perak to contact InvestPerak, a one-stop agency that processes applications of investors.... selanjutnya.
Labels: MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 27, 2008
Tiga keajaiban terjadi kepada MB Nizar
alhusseyn - [...] Tetapi , sedarkah anda perkara yang paling ajaib berlaku disepanjang peristiwa tersebut?
Selain keajaiban tenaga yang ada pada Nizar, saya perhatikan ada dua lain kejadian ajai yang dapat saya saksikan sendiri.
Pertama , tidak ada ‘police escort’ - kereta yang dinaiki Nizar ikut sama bersesak-sesak dengan kenderaan lain disepanjang perjalanan!
Yang kedua , amat ajaib sekali kerana tiada liputan berita walaupun secubit tahi hidung oleh media perdana negara.
Para pemberita media perdana tempatan releks sahaja seolah-olah Menteri Besar Perak kita ini tidur sahaja kerjanya seperti mana seorang pemimpin besar disebuah negara ; yang amat terkenal gemar tidur di khalayak ramai walau pun sedang berdiri!
Diharap pihak media perdana tempatan , ikutlah berubah sebagaimana kehendak rakyat yang ramai , yang telah memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri Perak ini.Media adalah jambatan yang menghubungkan antara pemerintah dengan rakyatnya; maka janganlah di runtuhkan jambatan tersebut.... selanjutnya.
Labels: MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 18, 2008
MB Perak kunjungan MB Kelantan
Siasah - [...] Turut hadir dalam majlis makan tengahari itu, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nasharuddin Daud, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Adun dan lain-lain pimpinan.
Nizar dalam rangka lawatan kerjanya turut ditemani Pengerusi Jawatankusa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Pengguna, Chen Fook Chye, Adun Selising, Husin Din, Adun Semanggul, Ramli Husin, Setiausaha Politik dan akhbarnya, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan Anuar Hashim.
Dalam rangka lawatan selama empat jam ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu, Nizar turut diraikan pada majlis makan tengahari bersama Anggota Exco kerajaan negeri dan Adun sebelum mengadakan pertemuan rasmi dengan Tuan Guru di pejabatnya.
Selepas itu, beliau turut menghadiri majlis pertemuan rasmi dengan anggota exco kerajaan negeri dan Adun yang diadakan di Bilik Gerakan Suk.
Kehadiran Nizar buat pertama kali ke negeri itu, menjadi perhatian para media termasuk RTM, tv3, tv9 untuk membuat liputan.
Nizar ketika berucap pada majlis itu berkata, kerajaannya yang baru dibentuk lebih dua bulan itu akan mengutamakan konsep kebajikan dan amanah sebagaimana yang diingini rakyat.... selanjutnya.
Labels: MB Perak, TG NIK AZIZ
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 8, 2008
Elaun ketua kampung di Perak hanya RM200
malaysiakini - Seramai 817 ketua kampung di Perak kini akan hanya menerima elaun bulanan RM200 dari kerajaan negeri tanpa elaun tambahan RM400 sebulan dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Dengan itu, katanya, jawatan ketua kampung tidak lagi menjadi rebutan seperti sebelum ini disebabkan ganjarannya, sebaliknya jawatan itu akan diisi oleh mereka yang benar-benar jujur untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Katanya, ketua kampung yang baru juga tidak lagi akan dibenar melaksanakan sendiri pelbagai projek pembangunan di kawasan masing-masing seperti sebelum ini, demikian menurut laporan Bernama.
"Projek-projek ini akan dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah tertentu dan bukannya diserahkan kepada ketua kampung untuk melaksanakan dan menentukan kontraktor mana nak buat. Jadi, ketua kampung tidak mempunyai banyak projek untuk mereka melaksanakannya seperti sebelum ini.- baca selanjutnya di SINI....
"Itu sebab dulunya jawatan ketua kampung itu dicemburui, orang nak (jawatan) ketua kampung tapi di sini konsep ketua kampung itu adalah satu amanah, bukan banyak sangat ganjaran," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Ipoh hari ini.
Labels: MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 7, 2008
Umno gagal menggugat Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak
MB Nizar diapit oleh dua orang kuatnya, Asmuni dan Azli Musa yang masing-masing telah membuat penjelasan terhadap tindakan Nizar menukarkan Jamry ke tempat lamanya di Pejabat SUK
tranungkite - Arahan pertukaran Pengerusi JAIP, Jamry Sury ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri dalam tempoh 24 jam oleh MB Perak, YAB Datuk Seri Nizar kerana didakwa tidak memberi kerjasama dan gagal menolong kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat, telah dijadikan isu yang panas oleh pihak Umno.
Kita dapat lihat gelagat lucu pemimpin Umno terutamanya yang di Perak , yang begitu rakus cuba mengeksploitasikan isu tersebut.Berbagai kenyataan telah dikeluarkan oleh mereka yang menggambarkan seolah-olah Sultan Perak terlalu murka kepada Menteri Besar dan hubungan Istana dan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak ini sudah terumbang ambing.
- baca selanjutnya di SINI....
Labels: Belit BN Belit UMNO, Jaip, MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
MB akan mengadap Sultan Perak
Siasahdaily - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dikatakan akan menghadap Sultan dan Raja Muda Perak bagi mempersembahkan kenapa tindakan menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Haji Jamry Sury perlu dibuat.
Menurut sumber, langkah untuk mengadap itu sedang dibuat manakala dalam masa yang sama Siasah difahamkan, MB Perak itu menerima hakikat bahawa tindakan beliau mengarahkan Jumry bertukar serta merta tidak tepat dengan prosedur yang sepatutnya.
"Saya yakin MB mempunyai sebab yang kukuh kenapa tindakan memindahkan Jury perlu dibuat serta merta, namun beliau terlepas pandang prosedur menyembah perkara itu terlebih dahulu kepada Sultan Perak," kata sumber Siasah.
Sehubungan itu, katanya, MB sedang membuat persiapan lengkap untuk menyembahkan secara rasmi perkara itu kepada Sultan dan Raja Muda Perak.
- baca selanjutnya di SINI....
Labels: MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 5, 2008
Lawatan MB Perak Ke Pekan Trolak

dpptmalim - Seminggu selepas dilantik menjadi Menteri Besar Perak, Ir Modh Nizar telah melawat sebuah pekan yang terlalu kecil dan belum pernah dalam sejarah MB Perak melawat pekan tersebut. Inilah Ir Nizar, tetap meluangkan masanya yang dalam perjalanan pulang daripada mesyuarat di Kuala Lumpur.
Beliau seorang yang mudah didekati dan amat mesra dengan rakyat. Masyarakat Melayu, Cina dan India begitu terharu menyambut kedatangan MB ke tempat mereka. Majlis dipenuhi juga dengan penyampaian bantuan keperluan kepada mangsa banjir. Semoga Islam terus tersemat di hati masyarakat di sini.. for more pics .....
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 4, 2008
JAMRY .... Work with new govt or resign !!!
NST - Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin had reason to transfer Datuk Jamry Sury, state senior executive councillor Datuk Ngeh Koo Ham said yesterday.
"I trust the menteri besar will present a proper case to the Sultan as to why he (Jamry) had to be transferred to the state secretariat."
Ngeh said the state government deferred to the Sultan as head of Islam but admitted that in Jamry's case, the Ruler was not consulted before the decision was made.
He said the state government had encountered several civil servants who were not co-operating with the new administration."I call on them to respect the democratic decision of the rakyat who voted us into government. All civil servants who don't want to co-operate should resign so that the policies of the state government can be effectively implemented.
He added that the state government would take action against those who were sabotaging the policies of the new state government. This included transferring them or, in extreme cases, terminating their service. more...
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 3, 2008
Nazri Aziz pembawa celaka politik BN
Tiba-tiba apabila ianya melibatkan Menteri Besar Perak yang baru tidak sampai enam puluh hari, Nazri wujud semula dengan suara sumbangnya.Memanglah Mohammad Nizar seorang yang sangat mentah berbanding Shahidan Kassim, Idris Jusoh dan Abdullah Ahmad. Tetapi Shahidan, Idris dan Abdullah termasuk Nazri yang 'bangang politik' itu hampir mahu berperang dengan istana kerana mereka 'terlebih' faham tentang perlembagaan.
Bab pertukaran kakitangan awam hasil dendam politik sudah lama dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Ianya merupakan satu daripada agenda dan aktiviti mengisi kemerdekaan oleh mereka terhadap musuh-musuh politik termasuk kakitangan perkhidmatan awam.
Setiap kali Nazri bersuara, ia menjadi malapetaka kepada UMNO dan BN. Setiap kali kenyataannya, parti komponen BN menjadi resah lebih-lebih lagi MCA, Gerakan dan MIC. Sama gelisahnya mereka apabila Hishamuddin menelanjangkan kerisnya. Sama bimbangnya orang Cina ketika mereka diminta keluar dari Malaysia.....selanjutnya di Alkerohi
Labels: Belit Nazri, MB Perak
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
