Wakakakak ... parlimen negara macam citer kartun. Parlimen tu ... bukan kedai kopi. Tapi macam kedai kopi. Rosak rosak ... Parlimen kita rosak kerana BN.Tiada tindakan terhadap Nazri
malaysiakini | Dewan Rakyat hari ini memutuskan untuk tidak merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Nazri Aziz kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa membuat kenyataan yang tidak benar dalam Dewan Rakyat.
Keputusan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar itu bagaimanapun dibantah keras oleh ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh, yang kemudiannya digantung selama dua hari kerana mencabar keputusan tersebut.
Dr Wan Junaidi menjelaskan bahawa beliau membuat keputusan itu berdasarkan kepada tiga faktor; pertama, sama ada kenyataan menteri itu mengelirukan; kedua, sama ada menteri sedar bahawa kenyataan itu mengelirukan, dan akhirnya sama ada jika menteri berkenaan berniat untuk mengelirukan dewan.... more.
Nov 25, 2008
Parlimen macam Pokemon
Labels: Belit Nazri, Parliment
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 17, 2008
Keputusan terhadap Nazri di tangguh ke minggu depan
malaysiakini | ...Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keputusan itu yang sepatutnya diumumkan hari ini, terpaksa ditangguhkan kerana menteri terbabit tidak hadir dalam sidang dewan kerana mengikuti rombongan rasmi Perdana Menteri ke Uzbekistan, Kyrgystan dan Turkmenistan.Gerenti selamatnya .. apa susah sangat nak teka?
"Saya dah siap buat penyelidikan saya tetapi masalahnya menteri (Nazri) berada di luar negara selama satu minggu dan dijangka balik hujung minggu ini.
"Amalan yang saya lihat di Kanada, India dan United Kingdom bahawa apabila khususnya peraturan 36 (12) ini dibangkitkan, kedua-dua pihak yang membangkitkan dan ditujukan masalah ini perlu hadir dalam dewan.
"Dengan keadaan sedemikian, saya tak dapat buat keputusan dengan ketidakhadiran menteri itu sendiri dalam mesyuarat ini. Keputusan itu minggu depan dan beri notis (kepada kedua-duanya)," kata Wan Junaidi di Dewan Rakyat hari ini.... selanjutnya.
Labels: Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 16, 2008
Nazri's mistake is a serious matter
Star | Karpal Singh (DAP – Bukit Gelugor) said that under the Parliamentary Standing Orders anyone who misleads the House is deemed to be in contempt of the House and may be referred to the committee for the offence.Syok tengok orang yang 'bodoh' kan orang lain yang akhirnya jadi bodoh ..wakakakakak
“Misleading the House is a very serious matter,” he said in a statement yesterday.
Last week, Nazri had said in the House that former Lord President Tun Salleh Abas and two Supreme Court judges had not been sacked but asked to retire.
Then on Thursday, he admitted his mistake to reporters at the Parliament lobby but refused to apologise for his mistake.
Karpal Singh added that it was wrong for Nazri to make clarification in the lobby and not in the House.... selanjutnya.
Cantik la botak.
Labels: Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Nov 13, 2008
Tun jangan celupar - Nazri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengingatkan supaya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak 'celupar' dalam membuat tuduhan berhubung isu rasuah di kalangan calon yang bertanding dalam pemilihan Umno Mac depan.
"Tuduhan main (guna) duit adalah tuduhan yang serius, mengata seseorang calon yang nak bertanding terlibat dengan rasuah adalah serius.
"Jadi saya harap Tun Mahathir jangan celupar cakap begitu sahaja kerana akan memberi kesan buruk kepada calon-calon dan juga parti," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, beliau meminta supaya Dr. Mahathir mengemukakan bukti yang kukuh kepada badan disiplin Umno bagi menyokong dakwaannya itu. - MStar
Belasah ... jangan tak belasah. Aku tompang tepuk tangan. Sebenarnya dua dua pun celupat jugak
Labels: Belit Mahathir, Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Nov 8, 2008
Hakim tidak dipecat,Nazri kelirukan parlimen - Karpal
harakah | Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Seri Nazri Abdul Aziz mengelirukan Parlimen bila beliau berkata hakim-hakim yang terlibat dalam krisis Kehakiman 1988 tidak dipecat tetapi diminta bersara awal.
Karpal berkata, beliau akan membawa usul mengemukakan Nazri di bawah Peraturan Tetap 36 (12) kerana mengelirukan Parlimen Isnin lalu di mana beliau kemudian akan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa untuk tindakan diambil.
Bernama melaporkan bahawa Karpal akan meminta Nazri menjelaskan mengapa beliau membuat kenyataan secara terbuka di Parlimen yang memberi tafsiran bahawa nama-nama hakim itu telah dibersihkan oleh tribunal, bertentangan dengan hasil siasatan dua buah tribunal berkenaan.... selanjutnya.
Labels: Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Aug 22, 2008
Salah atau tak reti bahasa
Aku tak tau sapa yang silap, tapi korang baca kan berita dari bernama di bawah,
Mengenai keperluan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pembangkang, Mohamed Nazri berkata ia penting bagi mendapat sokongan mereka sekaligus mendapat kelulusan dua pertiga kerana ia melibatkan pindaan Perlembagaan."mereka tak akan lawan rasuah" samaerti dengan menggalakkan rasuah ....
"Saya percaya mereka tidak akan membangkang dan menolak jika mereka memahami tujuan kerajaan ini. Mereka tak akan lawan rasuah," katanya.
Mohamed Nazri berkata draf berkenaan menekankan kebebasan dan sokongan terhadap penambahan kakitangan yang juga dituntut pembangkang. - Bernama
Kah kah kah ... sapa la editor dalam Bernama, sampai bahasa mudah cam ni pun susah nak tulis. Atau tak paham bahasa?
Labels: Belit Nazri, Media Belit
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 14, 2008
A visit to Parliament House is impossible now
kosongcafe | For the first time in history, visitors are barred from our Parliament House. Before this, I think, there was a limit of 5 visitors per MP which works out to 1,110 visitors on paper. But realistically, it is difficult to get even a full attendance of the 222 MPs, let alone expecting them to bring 5 visitors each on a particular day.
Sometimes, we cannot take things for granted, like attending a Parliamentary session, which recently we were told, anybody can visit. Just when I was about to suggest to my daughter to visit Parliament House for the first time, this new ruling came about because of the Pakatan motion of No Confidence.... selanjutnya.
Labels: Anwar Ibrahim, Belit MUsa Hassan, Belit Nazri, Sidang Parlimen
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 12, 2008
Parlimen ditutup untuk tetamu, Nazri dakwa ada demonstrasi
Harakah | ...Ia ekoran tindakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang akan memutuskan sama ada menerima atau menolak usul itu, Isnin ini.no2umno - cadangan usul pertama dulu, MP dari SAPP tidak muncul. Usul tidak percaya kali ini pula, diorang kata DEMONSTRASI pulak ... APa cerita sebenarnya? Agenda siapa semua ni? Takut kerana benar, berani kerana salah. Kelakar punya parlimen. Ada yang tak senang duduk ... sebabnya adalah berikut,
"Saya difahamkan, sama ada usul ini akan diterima ataupun ditolak, saya telah mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat sama ada di dalam atau di luar kawasan Parlimen, Isnin ini,"dakwanya.
Nazri berkata pihak polis akan membuat kawalan yang ketat dan hanya akan membenarkan ahli Parlimen sahaja masuk ke dalam kawasan Parlimen, demikian menurut laporan Bernama.
"Saya telahpun menghubungi Speaker memaklumkan tentang tindakan yang saya ambil ini, semata-mata untuk keselamatan ahli-ahli Parlimen dan juga kawasan Parlimen.
"Keselamatan Anggota-anggota Parlimen dan keselamatan kawasan Parlimen adalah diutamakan dan kita tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku dalam kawasan Parlimen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk di Kampung Ngok, Beluru di Kuala Kangsar hari ini.... selanjutnya.
Lanskap baru politik negara bermula Isnin ini - Anwar
Anwar berkata, usul tersebut begitu penting bagi memulihkan kembali suasana politik negara yang semakin tidak selesa sekarang.
Beliau juga menjelaskan selagi keadaan politik negara tidak dipulihkan semakin ramai pelabur asing tidak berminat untuk melabur di negara ini.
"Ketika saya menghadiri perjumpaan dengan kira-kira 700 pelabur dan pengurus dana di Singapura baru-baru ini mereka memberitahu sudah tidak yakin dengan suasana politik di Malaysia sekarang.
"Keadaan politik yang tidak menentu menyebabkan mereka tidak berminat. Begitu juga pelabur dan pengurus dana dari negara-negara Arab. - Harakah
Labels: Belit Nazri, Sidang Parlimen
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 7, 2008
IGP, A-G will be excluded from decision-making in probe, says Nazri
sun2surf | THE Anti-Corruption Agency (ACA)'s probe into allegations against Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Musa Hassan and Attorney-General (A-G) Tan Sri Abdul Gani Patail for abuse of power will be conducted with integrity although there may be conflicts of interest.
Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz said the persons directly involved in the case will not participate in the decision-making process.
He said there are two aspects to the A-G, namely the A-G as an individual, and the A-G as an institution which comprises other officials such as the deputy A-G or the solicitor-general.
"The decision whether to prosecute or not will not be decided by the A-G as an individual but will be made by the A-G as an institution. And, because of conflict of interests, surely he (A-G) will not take part.
"So in this case, although conflict of interests may exist, it could still be implemented as there are other officials who can take part in the decision-making process," he said in reply to a supplementary question from Mohd Yusmadi Mohd Yusoff (PKR-Balik Pulau) today.... selanjutnya.
Labels: Belit Gani, Belit Musa Aman, Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 28, 2008
Samseng mengaku budiman
Masa aku kecil kecil dulu, aku paling hero. Ramai yang kena dengan tangan aku. Kalau anak jantan, perangai kena jantan. Yang aku lupa pikir bahawa sebenarnya bapak aku lagi jantan dari aku. Kalau aku pedajal adik beradik, bapa aku akan belasah aku cukup cukup. Lepas kena belasah ... aku pun insaf. Nangis teresak esak, bontot berbalau dek bekas rotan. Mak pun jatuh kesian. Tapi lepas seminggu, perangai samseng jadi balik. Sampai sekarang, adik beradik aku cukup takut ngan aku ... AKu jegil mata, diorang pandang tempat lain.
Yang best nya, bila adik bongsu menangis, semua jadi haru biru. Bila bapak kitorang jenguk kan kepala. Jari kitorang saling menunding. AKu tunjuk kat adik, adik tunjuk abang dan abang tunjuk alang. Masa tu muka jadi seposen, punya la baik, kalahkan malaikat. Bapak kitorang jeling sana, jeling sini, akhirnya aku yang kena belasah. Tak kira siapa .... aku yang kena, sebab aku adalah samseng yang cuba jadi budiman.
Itu masa budak budak dulu. Bila dah dewasa ... kitorang jadi dewasa. Dah jadi ayah .... kena jadi jantan, tak macam budak budak dulu.
Tapi macam diorang nih .... dah lah perangai cam budak budak, samseng lak tu ...
Yang best tu, mamat botak ni kata geng satu lagi tu samseng. Yang geng ni pulak kata, budak botak tu samseng. Sejujurnya .... diorang ni semua samseng. Kalau tengok muka pun tau.
[...] Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pertelingkahan dan perang mulut antara Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berhubung isu menghalang petugas media memasuki lobi Parlimen Selasa lalu, dihentikan.
Najib yang juga Ketua Whip BN di Parlimen dan Timbalan Pengerusi BN berkata, perbalahan dalam mana-mana kumpulan dalam BN bukanlah merupakan perkembangan yang sihat.
"Saya harap ia tidak berterusan. Kita mesti mencari usaha untuk meredakan dan mendamaikan keadaan ini supaya kita memberi fokus kepada tanggungjawab kita dalam Parlimen iaitu membahas isu-isu yang berkaitan kepentingan rakyat dan membela nasib rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa "Meeting of Minds: Developing the Malaysia Master Brand" di Kuala Lumpur hari ini.
Ditanya sama ada beliau akan mengeluarkan arahan supaya perkara itu dihentikan, Bernama memetik Najib sebagai berkata:"Tak apalah, saya akan bisik (kepada mereka yang berkenaan)." - malaysiakini
Labels: Belit Nazri, BNBBC vs Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Jun 27, 2008
Siapa samseng?
'BNBCC kebudak-budakan dan dari kelab samseng”.' kata budak botak.
BNBCC pulak kata, "Setelah kami gagal mendapat penjelasan (mengenai arahan sekatan itu) daripada Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia), jawatankuasa peraturan Parlimen dan menteri itu sendiri, kami merasakan sekatan itu perlu dialihkan."
Apa susah sangat? Sebenarnya ... dua dua pun samseng.
Labels: Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 26, 2008
Nazri Melampau - DS Tiong
malaysiakini - [...] Pengerusi BNBCC, Datuk Seri Tiong King Sing berkata wakil rakyat BN berasa terhina dianggap sedemikian sedangkan apa yang mereka cuba lakukan ialah membetulkan keadaan kerana merasakan wartawan tidak seharusnya dihalang daripada menjalankan tugas di Parlimen.
"Setelah kami gagal mendapat penjelasan (mengenai arahan sekatan itu) dari Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia), jawatankuasa peraturan Parlimen dan menteri itu sendiri, kami merasakan sekatan itu perlu dialihkan," katanya kepada Bernama hari ini.Dua hari lalu, Nazri mengutuk perbuatan beberapa ahli parlimen BN yang mengalihkan sekatan itu di kawasan lobi Parlimen, tempat sidang akhbar diadakan, sambil menyifatkan mereka sebagai "kebudak-budakan dan dari kelab samseng".
Tiong berkata, tidak wajar bagi Nazri menganggap ahli parlimen sebagai samseng dan budak-budak kerana mereka merupakan wakil rakyat.
Katanya BNBCC akan berbincang Isnin ini mengenai tindakan yang akan diambil seterusnya kerana mereka melihat kenyataan Nazri itu "melampau".... selanjutnya.
Labels: Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 25, 2008
Larangan bercelaru
Mstar - PARLIMEN BATAL LARANGAN?... Larangan yang dikenakan ke atas petugas-petugas media semalam daripada membuat liputan berita di lobi Parlimen, yang sebelum ini merupakan kawasan bagi menteri atau ahli-ahli Parlimen mengadakan sidang akhbar, ditarik balik pagi ini selepas perbincangan antara Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datukn Seri Tiong King Sing. Beberapa jam selepas Tiong mengatakan larangan itu ditarik balik, Pandikar pula memberitahu larangan itu kekal tetapi wartawan bebas bergerak di lobi. Isu itu telah dibangkitkan semalam dan petugas-petugas media telah memulau beberapa sidang media diadakan di lobi semalam.
Bingung bingung ... apa yang tak kena dengan kerajaan dan parlimen hari ni. Cakap berbelit belit, macam ular sawa. Parlimen dah macam zoo ke? Rujuk sini - Chief editors back protest
Labels: Belit Nazri, Sidang Parlimen
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
BNBBC macam budak ! - Nazri
Nazri selar anggota BNBBC alih sekatan kawasan larangan media
bharian - [...] Menteri Di Jabatan Perana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kecewa dengan tindakan beberapa anggota Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) membuang sekatan yang dipasang bagi mengehadkan pergerakan petugas media semasa membuat liputan di ruang legar Parlimen semalam.
Sambil menyifatkan perbuatan itu menjadi contoh tidak baik kepada orang ramai dan tidak menghormati Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau berkata, perkara itu akan dibincang pada mesyuarat BNBBC akan datang sebelum tindakan diambil terhadap mereka yang terbabit.
“Siapa mereka untuk buat macam tu? Saya tidak boleh terima perbuatan itu. Macam budak-budak. Mereka tak ada kuasa untuk buat begitu dan kuasa di dewan ini (Parlimen) terletak di tangan Yang Dipertua, yang berhak membuat sesuatu keputusan.... selanjutnya.
no2umno - sebelum ini 4 orang MP PKR di gelar budak kerana naik basikal ke Parlimen. Hari ini BNBBC pulak jadi budak? Kalau ada orang tua botak tapi bodoh, baik jadi budak.
Labels: Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Media jangan pulaukan Parlimen - Zaid Ibrahim
Berlaga angin. Nazri halang media, Zaid mahukan media. Korang cakap biar betul. Berbelit belit. cam lepas minum todi....?
bernama - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim meminta petugas media agar tidak meneruskan tindakan memboikot liputan di lobi Parlimen selepas mereka dilarang memasuki kawasan itu.
Bagaimanapun, beliau berkata media perlu diberi ruang secukupnya untuk menjalankan tugas kerana mereka perlu menyampaikan maklumat yang tepat kepada pembaca dan orang ramai.
"Kebebasan akhbar adalah penting dan saya fikir media ada tugas yang penting dan perlu menjalankan tugas mereka dengan teratur.
Jika tidak mendapat maklumat yang tepat, mereka tak dapat buat kerja dengan teratur," katanya ketika ditemui selepas melancarkan buku bertajuk "Sharing the Nation: Faith, Difference, Power and the State, 50 Years After Merdeka" di Universiti Malaya di sini, hari Selasa.
Hadir sama pada majlis itu ialah penulis buku Prof Noraini Othman, Fellow Ketua Penyelidik di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Mavis Puthucheary, ahli sains politik kanan dan Clive Kessler, Prof Emeritus Sosiologi dan Antropologi di University New South Wales, Australia.
Zaid berkata kerajaan dan agensi berkaitan perlu menangani isu tersebut serta mencari jalan penyelesaian dan berbincang dengan pihak media untuk memudahkan kerja masing-masing.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan petugas media supaya tidak melanggar peraturan yang ditetapkan.
Zaid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan petugas media yang membuat liputan pada Sidang Dewan Rakyat mengambil tindakan itu sebagai membantah terhadap peraturan baru yang melarang mereka memasuki lobi Parlimen.
Dalam kejadian Selasa pagi, jurugambar dilihat meletakkan kamera masing-masing di tepi ruang lobi sebagai tanda protes.
Labels: Belit Nazri, Media, Sidang Parlimen, zaid ibrahim
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 24, 2008
Nazri ordered media curbs, says BN backbencher
Patut lah perangai cam orang bodoh, idea cam orang bangang ..... rupanya memang idea budak sekor ni .... wa ketawa pecah perut .... [Jangan cakap ngan Nazri...gua nak bagi tau, Idea bodoh, datangnya dari orang bodoh]malaysianinsider - [...] PARLIAMENT June 24 - Today's restrictions on media access in Parliament was ordered by Datuk Nazri Mohd Aziz, minister in the Prime Minister's Department, a Barisan Nasional backbencher told The Malaysian Insider.
"Nazri directed Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia to give the orders and the speaker conceded," the backbencher told The Malaysian Insider over lunch in Parliament on condition of anonymity.
The media turned up in Parliament today and were barricaded from meeting lawmakers and ministers at the lobby outside the Dewan Rakyat except during lunch break. They were also restricted to the cafetaria, media room, a media conference area and the speaker's office. Political aides and press secretaries were also barred from issuing printed statements to the media.
Some reporters have decided to boycott all media activities in Parliament except for the meetings inside the chamber. Those affected include an Opposition media conference on the Kuala Lumpur Draft Plan at lunchtime and a possible news conference by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak this afternoon.... selanjutnya.
Labels: Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 19, 2008
NAZRI TAK CERDIK ATAU BUAT RAKYAT MENYAMPAH
wrlr
INI HUJAH PROFF DR AZIZ BARI
Yang pertama hujahnya, ialah soal sokongan majoriti itu penting sebagaimana yang disebut oleh Perlembagaan dalam beberapa peruntukan bermula dengan Perkara 43(2)(a). Ini diikuti oleh Perkara 43(4) yang mewajibkan Perdana Menteri meletakkan jawatan sekiranya beliau kehilangan sokongan majoriti.
Yang kedua ialah bahawa kuasa Speaker adalah berdasarkan peraturan tetap dewan (standing orders) yang dibuat berdasarkan Perkara 62(1). Dengan kata lain adalah tidak munasabah jika undang-undang kecil mengatasi Perlembagaan. Beliau berhujah ini tidak selaras dengan Perkara 4(1) yang meletakkan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.
Yang ketiga kuasa mutlak Speaker adalah berhubung dengan perjalanan mesyuarat dewan tidak harus disalahgunakan untuk menyelamatkan kerajaan yang kehilangan kekuatan untuk memerintah.
Aziz menegaskan jika Speaker dibenarkan menyekat usul tidak percaya maka sistem demokrasi berparlimen - di mana kerajaan dilantik berdasarkan sokongan majoriti di dalam dewan - akan hancur.
Ini juga membawa makna konsep kerajaan bertanggungjawab (responsible government) yang sentral di dalam demokrasi Westminster tidak terlaksana.... selanjutnya.
Labels: Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 12, 2008
Nazri: No one is above the law
NST - The government does not practise double standards when it comes to taking action against anyone who makes seditious remarks against the Malay rulers.
Therefore, as in the case of Karpal Singh, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz said, swift action must also be taken against Terengganu Umno secretary Datuk Rosol Wahid and 22 assemblymen, if they had behaved in a way which may be interpreted as seditious against the Sultan of Terengganu.
Rosol and the assemblymen had protested against the appointment of the menteri besar in March.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
No2umnO - Tolong jaga blog ni jap !!! aku nak keluar muntah jap ......
Labels: Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Nazri terkejut terima SMS khabar angin
utusmeloya - [...] Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata, 'berita hangat' tersebut diperoleh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sehingga kini tidak dapat dipastikan kesahihannya oleh mana-mana pihak.
"Saya terima SMS. Saya tak tahu... kena tunggu sampai Rabu. Tunggulah hari Rabu sebab mereka kata hari Rabu ini akan banyak berlaku lompat (parti).
"Mereka sebut ada ahli UMNO dari Sabah hendak lompat. Katanya, 16 orang tapi tak tahulah, kena tunggulah. Saya kira kalau hari Rabu tak berlaku, maka tak boleh percayalah SMS ini,'' katanya.
Mohamad Nazri menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Maulidur Rasul Kampung Cheh Hulu dekat sini hari ini.
Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya berpegang kepada prinsip ahli yang setia dan tidak sesekali mengkhianati UMNO dan BN.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
No2umno - SMS pun dah ado katogori....sms khabar angin. Bukak screen dah ado label....-kbr.angin.
Labels: Belit Nazri
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 11, 2008
APABILA GANGSTER UMNO MAKAN TUANNYA..
jasindaily - [...] "Saya sendiri tidak setuju undang-undang itu digubal," katanya di lobi Parlimen, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) kelmarin bahawa tiada salahnya jika Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Sabah melompat parti jika mereka tidak mendapat tempat dan layanan sewajarnya daripada parti sedia ada.
Nazri berkata, beliau menganggap kenyataan Anifah sebagai peringatan kepada BN untuk memberi perhatian kepada permasalahan dan permintaan rakyat di Sabah dan Sarawak.
"Pada saya ucapan beliau adalah satu peringatan yang baik dan saya langsung tidak berasa ada apa-apa lebih daripada itu yang perlu dibimbangkan," katanya mengulas sama ada kenyataan sebagai tanda ugutan wakil rakyat BN dari Sabah mereka akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat seperti yang diuar-uarkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nazri berkata, beliau tidak berasakan ucapan itu akan menggugat kestabilan Barisan Nasional dan Umno kerana beliau memahami prinsip Ahli Parlimen Sabah.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Belit Nazri, Belit UMNO
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
