KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Sidang Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Sidang Parlimen. Show all posts

Nov 7, 2008

Tindakan tegas untuk Tajuddin Bastard

malaysiakini | ...Lim berkata, Tajuddin patut digantung sekurang-kurangnya setahun kerana menggunakan perkataan tersebut, memandang beberapa wakil pembangkang dikenakan tindakan keluar dewan atas kesalahan kecil.

Semalam dua wakil rakyat DAP Fong Po Kuan (Batu Gajah) dan Chong Chieng Jen (Bandar Kuching) digantung sehari daripada menghadiri sidang dewan kerana membantah keputusan Pandikar Amin berhubung kata-kata Tajuddin.

Selasa lalu, Tian Chua (PKR-Batu) digantung kehadirannya kerana membantah langkah pembentangan pakej rangsangan ekonomi RM7 bilion, yang didakwa melanggar peraturan tetap Dewan Rakyat, oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) digantung dua hari kehadirannya kerana menuduh yang dipertua dewan membuat keputusan "main-main" berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang didakwanya menghina orang buta.
Lim menambah, jika Tajuddin dibiarkan lepas daripada sebarang tindakan, kata-kata carutan akan lebih sedang dilontarkan di dalam Parlimen.... selanjutnya.

Jul 16, 2008

Bagaimana Khairy lebih tahu dari Wan Azizah?

Utusmeloya | ... Kata-kata Khairy itu menyebabkan beberapa Anggota Parlimen pembangkang termasuk isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail (PKR-Permatang Pauh) bangun dan mempertikaikan kenyataan itu seolah-olah Khairy tahu kandungan laporan polis yang dibuat.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata: “ Kenapa Rembau (Khairy) hendak minta DNA dari suami saya. Laporan polis yang dibuat tidak diberi kepada kami, bagaimana Rembau boleh tahu, apakah Rembau tahu kandungan dari laporan polis itu.”

Laporan terhadap Anwar itu dibuat oleh bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Khairy kemudian menjelaskan bahawa beliau tidak tahu-menahu mengenai penyiasatan polis berhubung kes itu, tetapi katanya, sampel DNA amat diperlukan sebagai bukti.

“Laporan polis tidak diberi kepada ketua pembangkang (Wan Azizah) sebab suaminya tidak hadir ke Balai Polis. Saya tidak tahu-menahu tentang siasatan ini, yang tergerak hati saya minta DNA adalah bentuk laporan polis tersebut.... selanjutnya.

Pakatan bangkit isu Anwar di Parlimen

malaysiakini | Beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat, yang hadir sebentar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur, akan membangkitkan isu tangkapan mendadak Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Ahli parlimen DAP Lim Kit Siang dan rakan-rakannya dilihat meninggalkan Jalan Hang Tuah kira-kira jam 2.40 petang ke bangunan Parlimen.

Jul 14, 2008

Wakil rakyat Pakatan boikot Parlimen

malaysiakini | .... Selain mendapatkan perintah mahkamah menghalang perhimpunan di sekitar lima kilometer dari bangunan Parlimen, polis juga mengadakan sekatan-sekatan jalan raya sejak semalam bagi menghalang sebarang perhimpunan berhampiran bangunan tersebut (foto kanan).

Perhimpunan itu yang tidak dianjurkan oleh parti-parti pembangkang, dikatakan bagi menghadapi usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Anwar semalam berkata Pakatan Rakyat dan partinya tidak terlibat dalam penganjuran sebarang perhimpunan hari ini.

"Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara ex parte oleh ketua polis daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (semalam)," katanya.

opposition pakatan rakyat parliament walkout pc 140708 02Beliau menganggap perintah mahkamah itu adalah satu "fitnah dan menyalahgunakan proses undang-undang."

Katanya beliau akan mengarahkan peguam Pakatan memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut.

Usul itu diserahkan untuk dibahaskan Khamis lalu.

Antara lain, usul tersebut menyatakan bahawa pilihanraya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik apabila lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.... selanjutnya.

Seperti Medan Perang: Polis Bersenjata Kepung Parlimen

Suarakeadilan | Seperti medan perang! Begitulah gambaran situasi di Parlimen hari ini berikutan kepungan polis. Dengan anggota bersenjata mengawal setiap laluan menuju ke mercu rakyat tersebut, ratusan dan mungkin ribuan kereta ditahan, diperiksa dan dipaksa mengambil laluan lain menuju destinasi masing-masing.

Dari dalam premis Parlimen, kumpulan-kumpulan peronda terdiri tiga anggota pegawai keselamatan bersenjata sub-mesingan meronda dan memantau pergerakan wartawan dan Ahli-Ahli Parlimen.

Di Dewan Rakyat, Pakatan Rakyat mempersoalkan keperluan kawalan ini, walaubagaimanapun ia dihalang Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia. Katanya, risikan pihak berkuasa memaklumkan pentadbiran Parlimen bahawa wujudnya anasir-anasir tertentu yang berkomplot untuk mengadakan demonstrasi di Parlimen.

Atas nama keselamatan, Pandikar berkata pihak Pakatan Rakyat tidak perlu mempersoalkan keputusan Ketua Polis Negara mengerah anggota polis bersenjata, unit anti-rusuhan dan polis trafik mengepung kawasan Parlimen.

Pakatan Rakyat bagaimanapun berkata Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar yang hadir di Dewan Rakyat hari ini menjelaskan kepada Parlimen siapa, dan atas bukti apa, yang kononnya akan menganjurkan demonstrasi itu.... selanjutnya.

SAPP sundal politik - Dr Maximus Ongkili

Malaysiakini | Parti Maju Sabah berasa "tersinggung" dengan parti komponen BN dan menganggap mereka sebagai "alat kerajaan persekutuan" apabila mengecamnya berhubung usul tidak percaya terhadap perdana menteri dan isu-isu tentang Sabah.

Setiausaha agung SAPP Datuk Richard Yong berkata parti-parti komponen itu termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) berdiam diri apabila pemimpin-pemimpin Umno sendiri mendesak Daruk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga pengerusi BN, berundur daripada jawatan tersebut.

"Ia jelas menunjukkan sesetengah pemimpin politik Sabah yang memegang jawatan dalam kerajaan telah secara sukarela menganut taktik 'pecah dan perintah' Kuala Lumpur dan cuba meredahkan usaha SAPP berjuang demi kepentingan Sabah dan rakyatnya," kata Yong hari ini.

Menurutnya, timbalan presiden PBS Datuk Dr Maximus Ongkili dalam sebuah akhbar tempatan negeri itu Sabtu lalu menyifatkan SAPP sebagai "sundal politik."

Usul di tolak, MP Pakatan Rakyat keluar dewan

harakahdaily | ... Seperti dijangkakan, speaker telah menolak usul ketidakpercayaan yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Tindakan speaker yang menolak untuk dibawa ke dewan usul tersebut telah menyebabkan Ahli-ahli Pakatan Rakyat bertindak bangun dan keluar dari persidangan yang sedang berlangsung.

Berikut adalah kronologi peristiwa

1.00 petang: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar daripada dewan hari ini sebagai protes terhadap speaker yang tidak membenarkan usul dibawa ke dalam dewan.

Sementara itu, Wan Azizah dalam sidang medianya sebentar tadi melahirkan kekesalannya atas perintah mahkamah yang dikeluarkan untuk menghalang Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada hadir ke parlimen.... selanjutnya.

no2umno - Tolak usul tanpa alasan. Parlimen dah jadi pentas lawak jenaka penonton dunia.

Usul Pakatan terhadap PM ditolak

malaysiakini | ... Usul tergempar hilang keyakinan pada perdana menteri yang dibawa oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat ditolak sebentar tadi.

Yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang difailkan oleh ketua pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail.

wan azizah and pakatan rakyat parliament motion of no confidence on pak lah 100708Usul itu diserahkan untuk dibahaskan Khamis lalu.

Gabungan pembangkang - Pakatan Rakyat - mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Antara lain, usul tersebut menyatakan bahawa pilihanraya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik apabila lima negeri dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Menurutnya, BN mencapai kemenangan tipis dengan memanipulasi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan melalui pembohongan.... selanjutnya.

A visit to Parliament House is impossible now

kosongcafe | For the first time in history, visitors are barred from our Parliament House. Before this, I think, there was a limit of 5 visitors per MP which works out to 1,110 visitors on paper. But realistically, it is difficult to get even a full attendance of the 222 MPs, let alone expecting them to bring 5 visitors each on a particular day.

Sometimes, we cannot take things for granted, like attending a Parliamentary session, which recently we were told, anybody can visit. Just when I was about to suggest to my daughter to visit Parliament House for the first time, this new ruling came about because of the Pakatan motion of No Confidence.... selanjutnya.

Perhimpunan satu khabar angin !!!

Selepas Anwar, Salahuddin pula menafikan ... terbabit di dalam sebarang usaha mengadakan demonstrasi......

Pas mendakwa parti itu tidak tahu-menahu mengenai sebarang rancangan mengadakan perhimpunan besar-besaran anjuran pakatan pembangkang di Parlimen esok.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, isu tersebut ada dibawa ke mesyuarat Pusat parti itu tengah hari ini.

"Pada mesyuarat tersebut, kami memutuskan bahawa perkhabaran mengenai perhimpunan tersebut adalah satu khabar angin yang tiada kesahihannya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Salahuddin berkata, beliau hanya mengetahui mengenai perhimpunan tersebut selepas membaca kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz beberapa hari lalu.

"Sekiranya terdapat sebarang perhimpunan di bangunan Parlimen sebagaimana yang diuar-uarkan, ia bukan anjuran Pas," ujarnya. ... Utusmeloya
'Mengadakan demonstrasi'? Bila angin bertiup mesra. Semua orang pun jadi percaya. Kesalahan baru, pertuduhan baru, berkait kait.....tangkap, jadi tujuan. Rakyat kecoh tak karuan, Rancangannya biar ikan termakan umpan.

Jul 13, 2008

'Dewan Rakyat' dah jadi 'Dewan BN'?

UMNO memang muka tak tau malu. Penyakit mengambil hak kerajaan untuk dijadikan hak sendiri, memang dah lama dipraktikkan. Banyak PBT yang sehingga kini menghadapi masalah dengan puak puak UMNO. Terutama tentang dewan dewan yang di dirikan menggunakan wang rakyat tetapi di salah gunakan. Dewan digunakan untuk aktiviti parti dan diluar dewan di letakkan sepanduk parti UMNO tanpa rasa segan dan malu. Sedangkan dewan tersebut untuk di gunakan rakyat tidak kira parti dan fahaman.

Apabila kerajaan negeri bertukar tangan, baru ramai yang tahu bahawa sebilangan kunci dewan dewan serbaguna, di pegang oleh ketua cawangan. Menyedihkan lagi, setelah kerajaan berubah, kunci kunci tersebut tidak mahu di pulangkan kepada PBT. Keadaan ini berlanjutan selepas kira kira 3 bulan selepas Kerajaan BN kecundang.

Kini, Parlimen mahu dijadikan harta BN. Rakyat di tegah untuk berkumpul. Sedangkan dewan di beri nama sebagai "DEWAN RAKYAT". MP hanya menjalankan tugas dan tanggung jawab untuk mewakili rakyat di dalam Sidang Parlimen.

Esok ... Rakyat di larang untuk berada 5 kilometer dari Parlimen. Larangan tersebut di keluarkan oleh Nazri Aziz. Sehari selepas larangan itu dibuat, pihak polis pula membuat sekatan jalanraya dengan alasan pembangkang mahu adakan perhimpunan. Surat larangan yang dikeluarkan oleh Mahkamah, melarang DS Anwar dan penyokongnya menghampiri bangunan tersebut. Sedangkan Anwar tidak tahu menahu tentang sebarang perhimpunan.

Yang nyata, pada hari esok, satu usul tidak percaya kepada Perdana menteri akan di buat di Dewan Rakyat. UMNO dan BN kelihatan panik. Apa muslihat sekatan itu, kita tak tahu. Samada larangan dan sekatan jalanraya di buat untuk rakyat ataupun untuk MP yang bakal menyokong usul tersebut

Kalau lah Rakyat tidak boleh berkunjung ke Parlimen, maka eloklah Parlimen dijadikan sahaja hak UMNO. Kalau dulu dewan serbaguna di rampas oleh BN dan UMNO, selepas ini UMNO mensasarkan dewan rakyat sebagai hak peribadi mereka pula. Bila nak buang tabiat buruk ini, kita tak tahu. Hidup ibarat, Hidung tak mancung, pipi tersorong sorong.

Selepas ini, tukarkan sahaja nama Bangunan Parlimen dan dewan rakyat sebagai "Dewan dan Bangunan BN'. Biar UMNO dan BN puas hati. Mungkin selepas itu baru puas hati mereka.

Baca juga artikel dari blog Aminiskandar.

PR never made any decision to hold a gathering - Anwar

It is an abuse of the legal process, says Anwar
Star | ... The PKR de facto leader stressed the PR never made any decision to hold a gathering at the Parliament or its grounds on Monday.

He said the only decision the PR MPs made was to put forward a no confidence motion under the Standing Orders 18(1) against the government.

He said he regretted that the police had "deliberately linked" his name and that of PR in a magistrate's court order obtained ex-parte Sunday by the Sentul district police.

"The order was not even handed to me but only pasted outside my house," he said in a statement.

Anwar said he had instructed his lawyers to initiate legal proceedings to set aside the court order.....selanjutnya.

Road Block la goblok



ROAD BLOCKED: The sign says it all. The road to Parliament is off-limits to all except those on duty and Members of Parliament from 7am tomorrow. Police today obtained a court order barring any rally from being held within a five-kilometre radius of Parliament House tomorrow. NST PIX BY Mohd Radzi Bujang. - NST

KL blocked, democracy locked down

elizabethwong | In anticipation of the vote of no-confidence scheduled to be up on Monday morning, the police have set up road blocks all around Kuala Lumpur. There appears to be an order to lock-down the Parliament on Monday morning from 7 am onwards.

Question is: Are the police doing this to protect public security or to deter the curious and interested public from turning up in Parliament tomorrow. There is no rally tomorrow at Parliament scheduled. But there is an emergency motion on the state of the country especially since the price hike of fuel and other basic essentials. ... selanjutnya.



Ntah mana berita di dengar, kini KL kembali sesak kerana roadblock. Mahu tahan penyokong atau mahu halang MP? Nampaknya MP Pakatan rakyat kena pegi awal ke Parlimen.

Anwar banned close to Parliament

HardT | Brickfield Deputy Police Chief, Azri Abd Rahman show the court order.

PKR de facto Datuk Seri Anwar Ibrahim was banned from going anywhere close to Parliament building, tomorrow.

PKR information chief, Tian Chua said:
“Police came to Anwar’s home today and presented the court order restricting him from going near parliament on Monday. If Anwar breaches the order, he could be arrested and charged in court.”

PKR President Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, called for an emergency motion of no-confidence in the prime minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. The Parliament speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia will decide whether to allow the debate to go ahead.... selanjutnya.

no2umno - BN dah ketakutan. Terpaksa gunakan polis untuk elak Anwar ke Parlimen. Apa nak selindung selindung lagi .....

Usul Hilang Percaya Tidak Dapat Dielakkan

kickdefella | Usul hilang percaya pada Abdullah tidak dapat tidak, harus dibentang dan wajib disokong oleh ahli-ahli Parlimen dari UMNO terutama Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.

Pengumuman Abdullah tentang proses penyerahan kuasa kepada Timbalannya Najib Razak pada Jun 2010 menandakan bahawa,

  • Tekanan terhadap Abdullah supaya melepaskan jawatannya begitu kuat di dalam UMNO.
  • Majlis Tertinggi UMNO telah menerima bahawa Abdullah adalah liabiliti kepada UMNO dan menyokong tekanan akar umbi supaya Abdullah berundur.
  • Tiada pihak yang didalam UMNO yang menggesa Abdullah menarik balik keputusannya dan ini bermakna, UMNO secara keseluruhannya menolak kepimpinan Abdullah.
  • Parti-parti rakan UMNO dan komponen BN tidak merasa terkejut atau menolak cadangan penyerahan kuasa Abdullah itu.
Oleh yang demikian, ini bererti,
  • Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli-ahli partinya.
  • Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti pemimpin-pemimpin partinya.
  • Perdana Menteri Malaysia sekarang, Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menikmati sokongan majoriti ahli-ahli parlimen UMNO dan parti-parti komponen BN.
Berdasarkan kesimpulan tersebut,
  • Abdullah tidak boleh kekal sebagai Perdana Menteri apabila dia tidak lagi mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.
  • Abdullah tidak boleh menjadi Perdana Menteri apabila dia tidak lagi mewakili majoriti anggota Dewan Rakyat.
Maka dengan itu,
  • Satu Usul Hilang Percaya terhadap kepimpinannya perlu dibentangkan, dibahaskan dan satu undian perlu dilakukan.... selanjutnya.

Usul Undi Tidak Percaya Uji Abdullah atau Pakatan Rakyat?

msomelayu | CERITA panas yang bakal diperkataan esok ialah mengenai usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen. Parlimen akan jadi tumpuan pemerhati dari dalam dan luar negeri esok. Apakah esok Parlimen dan perdana menteri bakal melakar satu sejarah politik negara. Sebelum ini belum pernah ada perdana menteti dihadap dengan usul undi tidak percaya.

Awal-awal lagi menteri ditugas menjaga Parlimen, Mohamad Nazri Aziz sudah membuat kenyataan meminta supaya ahli Parlimen tidak membawa tetamu masing-masing. Arahan beliau itu menggambarkan seperti ada sesuatu yang menggemparkan akan berlaku di Parlimen esok?

Sementara menurut kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, semua jalan menuju ke Parlimen juga akan ditutup. Parlimen akan jadi seperti 'zoo' esok dikawal dan dijaga rapi!

Larangan dan kawalan ini menggambarkan suasana seolah-olah negara ini di ambang darurat. Mengapa harus halang orang ramai untuk mengunjungi Parlimen? Rakyat sepatutnya diberikan kebebasan untuk memerhatikan peristiwa penting yang bakal menentukan nasib dan masa depannya.

Dengan tindakan itu juga menyebabkan ‘agenda’ undi tidak percaya yang dianggap sengaja dilakukan bagiu mengalihkan pandangan rakyat mengenai sesutau isu itu berjaya dan semakin menjadi perhatian umum!

Noits usul itu telah diserahkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bersama 14 MP Pakatan Rakyat minggu lepas.... selanjutnya.

Speaker tolak usul tak caya?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yakin usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri tidak akan berjaya kerana tiada peruntukan berbuat demikian dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Beliau berkata, pembangkang sedar mengenai perkara ini, tetapi tetap mahu mengemukakan usul itu kerana tindakan itu sebenarnya permainan politik.

“Mereka mahu menunjukkan pembangkang berani mencabar kerajaan,” katanya pada temu bual bersama Berita Minggu, semalam.... BHarian
dan berita sebelum ini ... Tidak mengejutkan jika Speaker tolak usul - Salahuddin

Jul 12, 2008

Parlimen ditutup untuk tetamu, Nazri dakwa ada demonstrasi

Harakah | ...Ia ekoran tindakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang akan memutuskan sama ada menerima atau menolak usul itu, Isnin ini.

"Saya difahamkan, sama ada usul ini akan diterima ataupun ditolak, saya telah mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat sama ada di dalam atau di luar kawasan Parlimen, Isnin ini,"dakwanya.

Nazri berkata pihak polis akan membuat kawalan yang ketat dan hanya akan membenarkan ahli Parlimen sahaja masuk ke dalam kawasan Parlimen, demikian menurut laporan Bernama.

"Saya telahpun menghubungi Speaker memaklumkan tentang tindakan yang saya ambil ini, semata-mata untuk keselamatan ahli-ahli Parlimen dan juga kawasan Parlimen.

"Keselamatan Anggota-anggota Parlimen dan keselamatan kawasan Parlimen adalah diutamakan dan kita tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku dalam kawasan Parlimen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk di Kampung Ngok, Beluru di Kuala Kangsar hari ini.... selanjutnya.
no2umno - cadangan usul pertama dulu, MP dari SAPP tidak muncul. Usul tidak percaya kali ini pula, diorang kata DEMONSTRASI pulak ... APa cerita sebenarnya? Agenda siapa semua ni? Takut kerana benar, berani kerana salah. Kelakar punya parlimen. Ada yang tak senang duduk ... sebabnya adalah berikut,
Lanskap baru politik negara bermula Isnin ini - Anwar
Anwar berkata, usul tersebut begitu penting bagi memulihkan kembali suasana politik negara yang semakin tidak selesa sekarang.

Beliau juga menjelaskan selagi keadaan politik negara tidak dipulihkan semakin ramai pelabur asing tidak berminat untuk melabur di negara ini.

"Ketika saya menghadiri perjumpaan dengan kira-kira 700 pelabur dan pengurus dana di Singapura baru-baru ini mereka memberitahu sudah tidak yakin dengan suasana politik di Malaysia sekarang.

"Keadaan politik yang tidak menentu menyebabkan mereka tidak berminat. Begitu juga pelabur dan pengurus dana dari negara-negara Arab. - Harakah

Jul 10, 2008

Bung Mokhtar gets off scott free with making indecent gesture

now it's ok....let me teach u how ..

http://www.istockphoto.com/file_thumbview_approve/3390425/2/istockphoto_3390425_middle_finger.jpg
malaysianinsider | Attempts by DAP parliamentarians to raise the issue of BN-Kinabatangan MP Datuk Bung Mokhtar Radin making a lewd gesture in the Dewan Rakyat on Tuesday, failed today.

This was because Deputy Speaker Datuk Ronald Kiandee did not allow the matter to be raised under the Standing Orders of the House, saying the incident took place "two days ago".

"It was witnessed by thousands of viewers. Does this mean any MP can get away with making lewd gestures?" DAP-Segambut MP Lim Lip Eng who had raised the issue under Standing Order 26(1)(p), challenged Kiandee.

"You must bring it up on the same day," interjected BN-Batu Pahat MP Dr Mohd Puad Zarkashi

DAP-Batu Gajah MP Fong Po Kuan then joined the fray saying Bung Mokhtar’s act had embarrassed the Dewan Rakyat and asked that he be referred to the Rights and Privileges Committee.

"This is an important issue. He was reported to have admitted to it (in Malaysiakini) and it is in YouTube. It happened and he was reported to have done it," she said.... selanjutnya.
no2umo - if MP can do .... everybody can too..... so let's do it.

Posting terkini

Blog Archive