KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Nov 26, 2008

Jumpa semua pemimpin PR January depan



suarakeadilan | Satu perjumpaan bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan pemimpin akar umbi akan diadakan pada Januari depan, kata Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua.

Katanya pertemuan berkenaan akan merapatkan lagi hubungan sesama Pakatan Rakyat dan menguatkan lagi jentera dan sokongan kepada Pakatan Rakyat.... more.

Retreat kedua Pakatan Rakyat fokus isu Selangor dan Perak

MStar | Retreat kedua Pakatan Rakyat yang diadakan dua minggu berturut-turut pada malam ini memfokuskan mengenai cabaran yang dihadapi di dua negeri pembangkang iaitu Selangor dan Perak yang dianggap berhadapan dengan masalah yang sama.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, pada perjumpaan yang berlangsung selama hampir tiga jam itu memberi peluang kepada Menteri Besar kedua-dua negeri berkenaan membentangkan mengenai pelaksanaan dan prestasi kerajaan negeri masing-masing.

"Di Perak khususnya di mana bilangan ADUN BN (Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional) yang agak seimbang dengan kerajaan negeri iaitu pemerintah.

"Kita juga menghadapi banyak rintangan kuat daripada BN dan kita harus menghadapi banyak isu seperti manipulasi media dan lain-lain lagi," katanya ketika ditemui selepas menghadiri retreat berkenaan.... more.

Nov 18, 2008

Retreat sulung Pakatan di ibu negara hari ini

MStar | ...Pakatan Rakyat, ikatan pembangkang yang ditubuhkan April lalu, mengadakan retreat - yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12, di ibu negara hari ini.

Pertemuan informal itu yang disertai ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat, antara lain bertujuan membincangkan usaha merapatkan ikatan wakil-wakil rakyat pembangkang.

mStar Online difahamkan pertemuan ini bertujuan menyusun strategi Pakatan Rakyat untuk menghadapi beberapa isu semasa termasuk isu sasaran 16 September dijangka menjadi tumpuan.

Ia merupakan siri pertemuan dua kali. Pertemuan kedua dijadual diadakan minggu depan.

"Pertemuan hari ini adalah retreat yang pertama sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua Pembangkang... mahu adakan group binding, bertujuan merapatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat," kata Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution kepada mStar Online.

Saifuddin yang juga anggota Sekretariat Pakatan Rakyat berkata, majoriti ahli Parlimen pembangkang akan menghadiri pertemuan hari ini.

"Kira-kira 10 ahli Parlimen tidak dapat hadir hari ini, ada yang kini berada di luar negara.. di Kuwait, Paris dan sebagainya," katanya.... selanjutnya.

Nov 8, 2008

PR Selangor’s Policy Not Curbing Corruption and Benefiting the Corruptors

malaysianwaves | I had a very interesting conversation with a Pakatan Rakyat activist friend of mine from Hulu Langat. He has taught me something that many had overlooked.
The Pakatan Rakyat’s Selangor government had passed a policy stating that politicians are not to be member to tender committee in every level of government in Selangor. This is meant to curb corruption that has existed since the BN time.

It was perceived that when politicians sits in the tender committees they tend to influence decisions and thus always end up awarding contracts to cronies.

The policy is passed with the intention to curb such practice. The downside to this practice is the assumption that all government employee are also clean from corruption. Since politicians are barred from becoming members of the tender committees, only government officials are allowed to sit in it. Unfortunately, the current crop of government employees that Selangor has are remnants from the BN days. They too benefited from the corrupt practices of UMNO and thus their decisions even today follow along the lines of what they were used to.

In other words, contracts and projects are still being awarded to UMNO cronies and UMNO machinery by the current crop of government employees whom have been passing projects to these people all the while. As a result, the UMNO rank and file are still siphoning money from the Pakatan Rakyat state government to oil the political machinery at the grassroot levels.... selanjutnya.

Jul 13, 2008

Usul Undi Tidak Percaya Uji Abdullah atau Pakatan Rakyat?

msomelayu | CERITA panas yang bakal diperkataan esok ialah mengenai usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen. Parlimen akan jadi tumpuan pemerhati dari dalam dan luar negeri esok. Apakah esok Parlimen dan perdana menteri bakal melakar satu sejarah politik negara. Sebelum ini belum pernah ada perdana menteti dihadap dengan usul undi tidak percaya.

Awal-awal lagi menteri ditugas menjaga Parlimen, Mohamad Nazri Aziz sudah membuat kenyataan meminta supaya ahli Parlimen tidak membawa tetamu masing-masing. Arahan beliau itu menggambarkan seperti ada sesuatu yang menggemparkan akan berlaku di Parlimen esok?

Sementara menurut kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, semua jalan menuju ke Parlimen juga akan ditutup. Parlimen akan jadi seperti 'zoo' esok dikawal dan dijaga rapi!

Larangan dan kawalan ini menggambarkan suasana seolah-olah negara ini di ambang darurat. Mengapa harus halang orang ramai untuk mengunjungi Parlimen? Rakyat sepatutnya diberikan kebebasan untuk memerhatikan peristiwa penting yang bakal menentukan nasib dan masa depannya.

Dengan tindakan itu juga menyebabkan ‘agenda’ undi tidak percaya yang dianggap sengaja dilakukan bagiu mengalihkan pandangan rakyat mengenai sesutau isu itu berjaya dan semakin menjadi perhatian umum!

Noits usul itu telah diserahkan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bersama 14 MP Pakatan Rakyat minggu lepas.... selanjutnya.

Jul 10, 2008

Pakatan Rakyat usul undi tidak percaya petang ini

suarakeadilan | Pakatan Rakyat diparlimen yang dipimpin oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengemukakam usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi tepat jam 3 petang di sini hari ini.

Jul 2, 2008

Kenyataan Media Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat percaya bahawa laporan polis yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya beliau meliwat seorang pembantunya tidak lebih daripada hanya pengulangan pertuduhan tahun 1998 bagi menghancurkan karier politik beliau. Ini dilakukan sebagai tindakbalas kepada kemungkinan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat.

Skandal 1998 telah memperlihatkan bagaimana seluruh institusi negara dimanipulasi bagi kepentingan pihak tertentu yang akhirnya dibuktikan satu demi satu pada hari ini. Kredibiliti kerajaan pusat akan hilang di mata rakyat, keyakinan pelabur akan terjejas dan nama Malaysia di mata dunia akan tercemar. Proses membangunkan semula negara akan terganggu dan memakan masa. Oleh itu kami menyeru agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan adil dan telus terhadap dakwaan ini.

Oleh kerana kredibiliti Polis DiRaja Malaysia sudah hilang di mata rakyat apabila Ketua Polis Negara pada ketika itu sendiri menyebabkan kecederaan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu skandal 1998, kami menuntut agar suatu badan bebas khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terbaru ini.

Dato’ Seri Anwar juga percaya terdapat cubaan yang mengancam nyawa beliau sehingga memaksa beliau meminta perlindungan di Kedutaan negara luar. Pihak berkuasa perlu mengambil segala tindakan yang sepatutnya demi menjamin keselamatan beliau dan memberikan peluang sewajarnya untuk beliau mempertahankan diri bagi dakwaan kali ini.

YB Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti KeADILan Rakyat

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
Parti Tindakan Demokratik

YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden
Parti Islam Se-Malaysia

Jun 17, 2008

Ulasan berita utama hari ini

KEMASKINI - Pasang tali pinggang keledar anda. Kejutan akan berlaku di dalam minggu ini. Pergerakan halus berlaku sebelum upacara 100 hari pemerintahan Pakatan Rakyat yang akan di adakan pada 20hb Jun 2008, bersamaan dengan Hari Jumaat, bertempat di Stadium Shah Alam.

Walaupun tarikh perubahan kerajaan di jangkakan berlaku pada November 16, namun jentera sudah sudah mula di panas kan dan bersedia untuk 'take off'.

Anda sudah baca berita ini, Former Gerakan and MCA strongman Lim Boo Chang joint PKR di awal pagi, kemudian beberapa berita yang terbaru menyusul lewat hari ini....

antaranya, SAPP BUAT KEJUTAN ESOK? dan kenyataan berita tersebut, maka berita ini pula menyusul ... BN big guns head for Sabah.

Semua perubahan ini berlaku begitu ketara selepas Rombongan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat selesai membuat lawatan ke Dubai baru baru ini. Kepulangan itu juga turut membawa bersama berita gembira buat 5 negeri Pakatan Rakyat [ Dubai interest in five states ]

Adakah mereka membawa pulang projek, pelaburan atau mereka membawa bersama [$] untuk menjalankan urusan pembelian ... [?]. Aku teka je ....

imej di atas di ambil dari artikel Anwar, Khalid, Husam Thrilled Dubai Crowd

Kerana itu aku begitu yakin tentang perubahan yang berlaku kepada personaliti TS Khalid Ibrahim ada kaitannya dengan perancangan perubahan kerajaan yang mungkin telah di bincangkan bersama anggota rombongan yang lain ketika di Dubai tempoh hari. Rujuk artikel ini [MB Selangor sudah bersemangat ].

Dan sekarang bagaimana pula dengan DS Anwar, dimana kah beliau akan bertanding? Adakah,
[Anwar bakal pilih Permatang Pauh?] atau, [Anwar buka langkah diKuala Kangsar] ?

Dalam pada itu, Pak Lah yang bergegas ke Sabah 3.15 petang tadi [klik] telah kembali ke Kuala Lumpur pada 11.15 malam ini. [klik]

Dubai interest in five states

thestar - Seven investors from Dubai have expressed keen interest in investing US$10bil (RM30.3bil) in various sectors, including food and manufacturing, in the five Pakatan Rakyat-held states.

Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim said he met with the investors during his visit to Dubai recently and they showed no signs of apprehension over investing in states not held by Barisan Nasional.

He said the investments would help states like Selangor maintain an economic growth rate that is higher than the national rate.

“The investors are looking at states like Selangor to use as a stepping stone to expand into other Asian countries,” he said during his speech at the monthly gathering with government department heads here yesterday.

He said, however, there was a need for Selangor to keep increasing its efficiency in managing the state if it wanted to attract more investors.... selanjutnya.

Jun 15, 2008

Konsert Ella dan Mas Idayu di Selangor?

roslansms - Dalam akhbar The Star hari ini dipaparkan gambar Pengerusi KDEB dan beberapa pegawai termasuklah dari polis turun ke padang di Stadium Shah Alam untuk menyaksikan kerja-kerja persiapan pertandingan Piala Sultan pada 6 Julai nanti antara pilihan Singapura dan Selangor. Pertandingan tersebut menurut penganjur dijangka menerima sambutan hangat kerana aturcara padat yang telah disusun untuk menarik minta para penyokong.



Sebagaimana pernah saya bangkitkan sebelum ini, nampaknya anak syarikat kerajaan Selangor ini terus tidak berganjak mahu menganjurkan juga konsert tersebut sebagai salah satu usaha menarik minta penyokong dan pengunjung. Konsert itu akan membariskan Alleycat disamping ratu rock Ella dan ratu dangdut Mas Idayu.
... selanjutnya.

Jun 4, 2008

SAMBUTAN 100 HARI PAKATAN RAKYAT

PR100days

SEKRETARIAT SAMBUTAN 100 HARI PAKATAN RAKYAT
3A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/B, Seksyen 9, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5511-7781 Fax : 03-5511-7782

KENYATAAN MEDIA

Shah Alam, 31hb Mei 2008 bersamaan 25 JamadilAwal 1429

Sekretariat Pakatan Rakat Negeri Selangor akan menyambut 100 Hari Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada 20hb Jun 2008, bertempat di Stadium Shah Alam, pukul 7.30 Malam.

Sambutan ini dimulakan dengan Gerai Jualan dan Pameran disekitar stadium dan pada sebelah malamnya akan diadakan Ceramah Perdana 100 Hari Pakatan Rakyat. Antara Tetamu Kehormat adalah Dato’ Sri Anwar Ibrahim, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang , YB Lim Kit Siang dan beberapa Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat akan turut serta.

Pihak kami mengalu-alukan hebahan dan promosi bagi menjayakan program ini, disediakan ”banner” untuk dimuatkan di laman-laman web.

Program ini disokong dan mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Selangor.

Sekreteriat Pakatan Rakyat Negeri Selangor
jadual program Pakatan Rakyat negeri Selangor [klik]

May 31, 2008

PSM: Pakatan Rakyat macam BN

malaysiakini - [...] "Malangnya pentadbiran dan pengagihan kerja berkisar pada kuota parti yang berjaya dan mengikut kuota kaum," kata pengerusi penaja PSM, Dr Mohd Nasir Hashim dalam ucapan dasarnya.

psm federal court pc 051006 nasir hashim"Tindakan seperti ini tidak berbeza dengan pemerintahan lalu. Maka demi menjaga kuota, kualiti akan dirobohkan."

Beliau, yang juga wakil rakyat Kota Damansara di Selangor yang menang atas tiket PKR, menyifatkan Pakatan mempunyai "hala tuju yang tidak jelas yang berpaut pada sistem yang berunsurkan penindasan dan berlandaskan pada mengejar keuntungan yang maksimum."

"Sistem ini pada dasarnya mendorong pada penggunaan kaum dan agama bagi mengatur dasar pembangunan negara.

"Sifat berjinak pada sistem kapitalis akan memunculkan era pemerintahan yang pada mulanya berbentuk liberal, diikuti dengan era cogan kata dan diakhiri dengan pemerintahan kuku besi," tambahnya di kongres tahunan ke-10 parti di Port Dickson.
... selanjutnya.

no2umno - dunia beb .... dunia.

May 23, 2008

Siasat penyelewengan dan rasuah juga janji manifesto Pakatan Rakyat

harakahdaily - Sambil menyifatkan janji-janji dalam manifesto pakatan pembangkang semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 sebagai 'permainan politik', beliau dilapor menjelaskan bahawa manifesto bukanlah satu akta atau undang-undang yang boleh membawa kepada implikasi undang-undang.

"Oleh itu, tiada apa yang boleh dilakukan oleh Suhakam termasuk membawa perkara ini ke mahkamah kerana manifesto ialah kempen parti-parti politik dalam menghadapi sesuatu pilihan raya," katanya kepada Utusan Malaysia.

Adnan diminta mengulas desakan segelintir pihak yang mahu Suhakam berbuat sesuatu terhadap pakatan pembangkang yang didakwa "sering mengubah manifesto mereka selepas menguasai beberapa negeri termasuk Selangor dalam pilihan raya umum" 8 Mac lalu.

Bagaimanapun Hamdan mengingatkan bahawa bukan hanya pakatan pembangkang sahaja yang tampil dengan manifesto pada pilihan raya umum yang lalu, sebaliknya kerajaan Pusat (atau lebih tepatnya BN) turut tampil dengan manifesto mereka.
... selanjutnya.

May 11, 2008

Udah Tak Nak Rebut Jawatan?

telokbakong - [...] menjadi pemimpin banyak tanggungjawab.Kita memikul amanah dan jikalau gagal dosa akan mengiringi kita ke perkuburan kelak.Dosa pemimpin paling ngetop kerana jikalau semasa pemimpinannya berlaku sumbang mahram,kadar jenayah tinggi serta dosa seangkatannya berlaku dia lah orang paling bertanggungjawab.Mudah kita lihat di kampung kampung kita ada orang alim ulama kurang nak merebut jawatan ini kerana mereka tahu hukum dan khuatir tak mampu melaksanakannya.

Golongan yang numpang tuuwii nilah yang beria-ria melobi.Jikalau mereka ini dilantik dikhuatiri akan mendatangkan musibah lebih dari Ketua kampung dari Umno dulu.Malah terdapat juga Ketua kampung dari Umno dulu yang mesra dengan anak buahnya.Sepatutnya Pakatan Rakyat mencari yang lebih baik lagi dari mantan Ketua kampung dahulu.Kalau setakat.....tak payahlah.

Pas dan Keadilan Parit harus meletakkan calon dalam Pilihanraya Ketua Kampung kelak dengan sebaik baiknya.Adakan musyawarah segera dan elakkan dibuai khayalan kemenangan dalam PRU 12 lalu.Udah ler tu menyambut kemenangannya kalau kata berpoye-poye kang marah pulak.Banyakkan penerangan ke kampung kampung mengenai dasar dan polisi kerajaan Perak.Gunakan kesempatan zaman memerintah ini dengan baik.Jangan terngange 5 tahun akan datang nguling dalam PRU 13.

...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 9, 2008

Pertemuan rasmi lima ketua negeri Pakatan awal Jun

Siasah - Mesyuarat bersama lima ketua kerajaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat akan diadakan awal bulan Jun ini, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang bakal menjadi tuan rumah mesyuarat bersejarah itu berkata, beliau kini sedang menyiapkan satu kertas kerja khas untuk menjadi panduan dalam perbincangan itu nanti.

"Selepas pertemuan yang diadakan bersama penasihat KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekarang ini saya sedang berbincang untuk menangani hal pertemuan dengan ketua-ketua di lima negeri yang diterajui Pakatan Rakyat," ujarnya ketika ditemui di Restoran Cheng Ho milik penyanyi rock terkenal Amy Search, dekat Wangsa Maju, Ahad lepas.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menjelaskan bahawa pertemuan tersebut dijangka akan dibuat bulan depan memandangkan beliau akan mengerjakan ibadah umrah hujung bulan ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 1, 2008

Pakatan Rakyat Cadang Pendidikan Percuma Dari Tadika Ke Peringkat Universiti

bernama - Pakatan Rakyat akan mencadangkan kepada kerajaan agar diwujudkan dasar pendidikan percuma bermula dari peringkat tadika hingga universiti, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata pengwujudan dasar demikian boleh meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyekolahkan anak-anak mereka.


"Perkara ini akan dibangkitkan oleh anggota-anggota Parlimen dari Pakatan Rakyat di dalam Dewan Rakyat. Kita juga akan memberi penjelasan kepada rakyat bagaimana mereka boleh mendapat pendidikan secara percuma untuk anak-anak mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja anjuran Persatuan Kebangsaaan Pekerja-pekerja Syarikat Pembuat Keluaran Getah cawangan Perak, di sini Khamis.

"Sekarang ini ibu bapa perlu membayar yuran anak-anak mereka sebanyak RM4.50 bagi sekolah rendah dan RM9 untuk sekolah menengah. Jumlah ini tidak besar tetapi ceritanya seolah-olah seluruh dunia merasakan di Malaysia ini pendidikan adalah percuma sedangkan ia tidak benar," katanya.
Sementara itu Mohammad Nizar berkata masih belum terdapat nama calon bagi dilantik sebagai Pengarah Jabatan Agama yang baru selepas Datuk Jamry Sury diberikan notis pertukaran 24 jam pada Selasa lepas.

Apr 28, 2008

YB JANGAN LEPAS TANGAN

Rujuk : greenboc

dan rujuk berita ranking berikut
BLOG/LAMANWEB MP PAS

Hj. Roslan Bin Shaharum (Bkt Gantang)
Dr. Lo'lo Mohd Ghazali (Titiwngsa)
Dato Seri TG Abdul Hadi Awang (Marang)
Ust Nasharudin Mat Isa (Bachok)
Ust Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)
Ust Nasir Zakaria (Padang Terap)

Tidak dikemaskini

Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)
Hj. Mahfuz Omar (Pokok Sena)


YB JANGAN LEPAS TANGAN

Radenjowo
Terpesona wak dengan kajian oleh Greenboc. Merujuk artikel Greenboc, terdapat 8 laman blog pemimpin PR yang aktif dari ramai ramai YB yang ada. Diberikan bintang kepada mereka yang rajin update blog masing masing dan kritikan diberikan kepada mereka yang tak rajin tapi kononnya akui BLOG wadah perjuangan. Rujuk kepada lamanblog Greenboc untuk ketahui secara detail.

Selepas di periksa, ianya memang benar. Kebanyakan blog dan web yang ada adalah di kendali kan oleh mereka mereka yang tiada kepentingan di dalam politik. Termasuk, Tranungkite, Kedahlanie, Kelantankini, Malaysiakini, Rockybru, Kickdefella dan macam macam lagi. Ianya atas dasar dan impian sendiri sahaja. Tidak mahu menjadi pemimpin kerana mereka ini lebih kepada pemerhatian dan kepekaan untuk berjuang menolak, rasuah, salah guna kuasa pemimpin BN dan menolak sebarang fitnah yang dilemparkan oleh media arus perdana.

Bukan nak ungkit, tapi di dalam perjuangan blog, ramai yang tidak bergaji. Usaha sambilan atau sekadar suka suka. Yang pasti, BN dah kalah dan Blog menjadi salah salu punca kekalahan tersebut. Terima kaseh kepada para bloggers dan laman web yang dibina khas untuk menceritakan tentang kebenaran dan penjelasan agar rakyat tahu yang mana betul dan yang mana salah. Melawan kuasa kuat pakatan media arus BN selama ini dan usaha sudah pun mendapatkan hasil.

Bukan mudah untuk menjaga blog kecuali minat dan dedikasi. Berdepan dengan komputer untuk jangkamasa yang lama boleh buat mata juling. mencelah di dalam sebarang isu untuk mencari isu terkini dan digemari pembaca. Kalau isu tak menarik, pelayar tak baca pun. Kena rajin membaca dan meneliti, silap pilih, kena saman pulak.

Kita tahu YB Pakatan Rakyat kononnya nak buat perubahan. Dah masuk bulan ke 2 asyik cerita susunan jawatan itu dan ini. Rakyat tidak mahu tahu macamana perancangan tapi yang rakyat mahu adalah janji perubahan yang dikatakan dulu serta bukti bukti. Perubahan apa? Takkan YB nak jumpa semua rakyat untuk bagi tau perkembangan. Tentu tak logik. Jadi apa kaedahnya selain dari blog kerana media masih dikawal oleh kerajaan Pusat. So kena pandai pandai lah buat rancangan, Jangan sampai yang dikejar, tak dapat, yang dikendong, keciciran.

Mereka boleh kata, bekerja kerana Allah swt tapi sejauh mana rakyat boleh percaya? Kaedah dan alasan begini, BN dah lama guna. ASyik dengan alasan dan alasan. Kalau di tanya, sebut nama Tuhan dan harap rakyat percaya. Tak perlu menjadi seperti akademi fantasia yang boleh ditonton sehari 4 jam, tapi sekurang kurangnya beritalah perkembangan mereka itu kita ketahui. Rakyat mahu tahu apa yang YB mereka buat. Dalam masa yang sama menambahkan populariti masing masing.

Sekarang ini kita dah sampai masanya dimana Pemimpin perlu mempunyai blog mereka dan kebenaran ini diakui oleh BN yang selama ini memberikan penuh harapan hanya kepada media arus perdana semata mata. Ianya gagal. Kerana itu lah maka setiap pemimpin BN kini sudah mula menjinakkan diri dengan blog. Kini bagai cendawan tumbuh sementara blog PKR, PAS dan DAP ada yang sudah layu.

Sementara pasukan dalam gerombolan BN terus membelasah Pakatan Rakyat menggunakan media yang sudah sedia ada. Serangan dari beberapa pendekatan dan kaedah untuk merampas semual negeri negeri yang mereka terlepas. YB YB Pakatan Rakyat kena sedar semua itu.

Tak perlu bagi alasan kerana jadual kita, kita yang tetapkan. Kalau sibuk sangat takkan 5 minit pun tak boleh nak kemaskini. Cuma tulis beberapa kerat perkataan, singkatan dari aktiviti harian dan ianya dikira sebagai 'dikemaskini'. Kalau lah teruk sangat, YB boleh gunakan perkhidmatan orang lain, cuma perlu beritahu apa yang YB buat untuk hari ini dan jawab pertanyaan bila ada kesempatan. Kalau boleh diagihkan kerja .... agihkan sebelum terlambat. Takkan itu pun nak di ajar.

ALhamdullillah blog dan web masih mampu bertahan. Semuanya kerana telus hati dan tidak mengejar kebendaan. Apalagi pangkat dan kuasa. Nasihat wak pada YB, jangan terlalu berharap pada orang lain, sampai satu masa nanti, kalau kecundang, jangan salahkan kami kerana kita dah buat apa yang mampu kita buat. Bola ditangan anda dan terserah. Mahu jaringkan ke gol atau pecahkan bola dan keluar saja dari padang.

Apr 5, 2008

2 parties mull joining Pakatan Rakyat

NST - KUALA LUMPUR: Two small parties which contested in the general election and won on Parti Keadilan Rakyat tickets are not averse to joining the Pakatan Rakyat.
However, leaders from the Malaysian Democratic Party (MDP) and Parti Sosialis Malaysia (PSM) will only decide after discussions with their party committees.

MDP secretary-general Wee Choo Keong said if the move was good for the people, they would go for it.

Wee, who won the Wangsa Maju parliamentary seat, said the party needed time to consider it.

"We are quite busy right now setting up our service centre," he said yesterday.
PSM national chairman Dr Nasir Hashim said the party's central committee would discuss joining the Pakatan Rakyat this weekend. more...

Posting terkini

Blog Archive