KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label curi pasir. Show all posts
Showing posts with label curi pasir. Show all posts

Nov 9, 2008

'Datuk' dalang curi pasir

NST | Illegal sand miners are raking in the big bucks, as much as RM500 day, according to Kampung Tunku assemblyman Lau Weng San. He said the activity had been going on for the past 10 years in an area near the Universiti Industri Selangor campus in Bestari Jaya here. "The mastermind of the operation is a 'Datuk'. Five-tonne lorries are used to take the sand out," he said yesterday. Lau added the "Datuk" had yet to be brought to book.
Sekurang kurangnya untung RM500.00 sehari.
kalau sebulan RM15,000
kalau setahun RM180,000.00
Itu baru satu tempat ... akalau 4 lombong, 4 sungai .... wak kayo !!!!

Orang Selangor kata KSSB (Kumpulan Semesta Sdn Bhd) di tugaskan jaga pasir seluruh Selangor. Baik Sungai atau lombong .... diorang ni berdengkur ke?
Atau diorang pun terlibat sama? Gua dengar cerita Ramai orang besar besar kat dalam adalah antara barua barua Kerajaan UMNO dulu.

Cara logiknya ...
Kalau tender di berikan cepat .... takut perompak tak boleh curi pasir. Jadi masing masing melewatkan urusan. Lagi lambat ... lagi kaya. Banyak duit curi pasir dari gaji.

Weyyyy ... korang ni dapat berapa sebulan?

Oct 19, 2008

Rasuah punca curi pasir berterusan

umnomore | Saya ingin menyentuh artikel yang tersiar pada bulan Jun.

Lapurannya adalah seperti berikut,


Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata kegiatan itu dilihat tidak bermoral dan melanggar Akta Kanun Tanah Negara serta peraturan pejabat tanah dan galian (PTG) yang menghalang aktiviti seumpama itu.

Kerajaan negeri memandang serius kegiatan mencuri pasir dan tanah yang berleluasa sejak kebelakangan ini dan berharap pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan kegiatan itu diseret ke pengadilan secepat mungkin. - terengganulening
Kaedah pencurian pasir di Terengganu, Perak dan Selangor semuanya adalah sama. Anda lihat photo di sebelah dan adalah menjadi kemushkilan sekiranya jentera yang jalannya seperti siput itu, terlalu sukar untuk di tahan atau di sitar.... selanjutnya.

Mari Curi Pasir !!!

Hoi hoi hoyahoi ... hati kita gembira. ..... Hoi hoiya pulang dapat harta !!!
Begitu gembiranya hati pencuri pencuri pasir di Selangor.

Kalau susah sangat nak rompak, bank dan kedai emas, perompak perompak boleh lah mencuri pasir. Tak der siapa yang marah dan larang sementara tiada hukuman yang berat. Paling teruk pun hanya di sitar kenderaan dan kenderaan baru boleh di keluarkan dalam masa yang singkat menggunakan untung yang anda perolehi. Setakat RM200,000 nilai kenderaan ... Untung beratus juta.

Apa da hal ...... !

Berita menarik dari Utusan, untuk kita kongsi bersama. Korang baca berita ni ....

Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) mahu semua aktiviti melombong pasir berdekatan paip-paip utama dihentikan bagi mengelak kejadian paip pecah sehingga menjejaskan kehidupan harian rakyat berulang.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diarah berbincang dengan Pejabat Tanah dan Galian di setiap negeri bagi memastikan tiada aktiviti melombong pasir dilakukan berdekatan paip utama.

''Kita akan pastikan supaya tidak ada aktiviti perlombongan pasir berhampiran dengan kawasan paip utama kerana ia merupakan nadi kepada bekalan air.

''Walaupun kita boleh kenakan denda sehingga RM50,000 atau enam tahun penjara jika sabit kesalahan atau minta ganti rugi (aktiviti perlombongan haram) tetapi akibatnya ia akan menyusahkan orang ramai dan menjejaskan imej negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat kerja-kerja penggantian tiga batang paip pecah di Kampung Revolusi Hijau, Semarang di sini hari ini.

Kejadian paip pecah pada Khamis lalu itu telah menyebabkan lebih 350,000 penduduk sekitar Hulu Langat, Kuala Langat dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terputus bekalan air.

Menurut Shaziman, pihaknya tidak menolak aktiviti perlombongan pasir di sekitar kawasan itu telah menyebabkan berlaku kejadian paip pecah itu.

Tiada perkataan "perlombongan HARAM". Semuanya dah jadi HALAL ke..... Kah Kah kah.

Malah kelihatan di dalam berita seolah olah, kerosakan paip lebih besar isunya dari mencuri pasir.
Shaziman minta selepas ini operasi pasir tidak di lakukan berdekatan dengan paip air.

Semua diorang ni dah kena sogok oleh tawkey pasir ke?

Pejabat Tanah dan Galian, Menteri besar Selangor, YB dan EXCO .... sila jawab !!!!
Kalau Kerajaan Negeri merestui, apa yang kita tunggu lagi .... MARI CURI PASIR !!!

Oct 18, 2008

Perak considering stop work order on sand dredging work

Star | Perak will seek a stop work order against the Federal Government’s Marine Department if proven that its sand dredging work in Sungai Dinding is killing millions of fish and prawn livestock.

Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said the state should be able to make a decision after studying reports from various agencies and Universiti Sains Malaysia on Monday.

It was reported on Oct 10 that fish breeders blamed sand dredging works, initiated by the department under the Transport Ministry to deepen Sungai Dinding, for killing RM1.5mil in livestock.

Many of the farmers claimed that their stocks began dying around July soon after the dredging works started.... selanjutnya.

"Hello MB ... No talk but walk" - Radenjowo

Berita pagi ni

Owners of vehicles used in illegal sand mining activities may be prevented from renewing their commercial vehicle licences in the future.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said the state government was looking into the possibility of working together with the Federal Government on the matter.

He was commenting on three burst water pipes in Kampung Revolusi Hijau in Sepang on Thursday which were believed to have been caused by sand mining activities.

The incident disrupted supply to 75,000 households in Sepang, Kuala Langat and Hulu Langat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) had said in a statement that the damage was believed to be from sand mining activities.
This is the second case of water disruption suspected to be caused by dredgers and sand mining activities.... selanjutnya.

Ahhhh ... lega sikit bila dengar kenyataan MB, tapi jangan cakap aje. YB dan EXCO yang bertugas tu macamana?

Kalau cakap soal hukuman ...tindakannya bila? Dah 7 bulan Pakatan Rakyat memerintah, telur belum menetas !!!

Nak tunggu kerajaan pusat buat keputusan. Selagi itu perompak pasir boleh curi pasir?
MB and EXCO .... sorry !!!! No Excuses pls.

Pencuri pasir Selangor



umnomore | ... Mengikut laporan di terima, berton ton pasir di keluarkan sehari tanpa sebarang masalah. Kerajaan negeri buat buat tak tahu, Pejabat Tanah dan Galian buat buat bodoh, Polis buat buat buta dan pejabat daerah, buat buat tak pandang. Semuanya berjalan lancar dan di dalam tempoh satu malam, beratus ratus ton pasir di keluarkan dari satu satu lokasi.

Untuk pengetahuan pelayar ... satu satu operasi pembenterasan yang dibuat secara mengejut, boleh menyebabkan syarikat pasir haram akan kerugian beratus ribu ringgit. Kos pekerja, jentera dan lori sudah cukup membuatkan mereka bingung.

Yang pasti, Pejabat Tanah dan Galian sudah mengenal pasti jalan keluar mana mana lombong dan sungai yang terdapat di Selangor. Baik jalan besar atau pun lorong tikus. Mereka cuma perlu sekat di satu persimpangan keluar dalam hanya tempoh 4 jam dan pengusaha pasir haram akan mula tepuk dahi.

Kerap yang berlaku, terdapatnya orang dalam yang sudah di bayar secara bulanan, untuk memberitahu pengusaha pasir haram tentang jadual operasi mereka. Disamping itu, tonto juga mengikut penguatkuasa kesana dan kemari untuk meninjau arah mana tujuan penguatkuasa dan sebelum mereka sampai ke lokasi operasi, lori lori sudah tiada... selanjutnya.

no2umno - Macam ni la ... kalau EXCO dan Menteri Besar tak boleh buat kerja, biar kita bantu. Kalau ada ilmu dan kelulusan tapi tapi tak boleh buat kerja, biar kita tolong.

Maklumlah ... tempoh mengeram telur, kebiasaannya 5 tahun. Selepas itu baru lah telur menetas. Kerana terlalu sibuk mengeram telur, YB YB ni ..... lupa tanggung jawab kepada rakyat. Orang susah perlu dibantu. Mentang mentang gaji dah besar .. elaun pun dah ada. Pergi mana mana minyak di isi dek kerajaan, jangan ingat dunia ni korang punya. Nak lepaskan tekak korang sendiri ke?


Kerana layan sangat tempoh mengeram telur diorang ni, nama Pakatan Rakyat yang bakal rosak. Dari itu .... baik kita bantu. Bila sampai waktu nanti .... kita tukarkan mereka mereka ini kepada potfolio setakat Pengerusi PIBG atau Ketua Kampung. Tak payah susah susah panjat SUK tu.

OK ... kepada pelayar no2umno... permudahkan cara. Kemana mana ada lori pasir yang bergerak di lebuhraya atau di celah celah kampung. Terutama lori pencuri pasir ... sila ambil gambar guna Kamera Handphone korang. Klik dan kemudian catat, waktu, lokasi.
... emailkan kepada
radenjowo@yahoo.com.

Kita nak tengok kerja atau tidak kerajaan negeri Selangor ni bila dah di tolong. Dah ngantuk di sorong bantal. Dah di soron bantal pun masih tidak mahu tidur. Korang pekak ke?

Selepas usaha itu nanti ... Apa lagi alasan lagi yang mampu di berikan oleh mereka. YB Yaakob, YB Shuhaimi, Tan Sri Khalid serta syarikat KSSB (yang menguruskan pasir) sila berbuat sesuatu sebelum PKR sendiri terjah korang untuk paksa buat kerja).

Kalau tak reti buat kerja .... angkat tangan. Itu lebih mudah. Jangan sampai kitorang terajang korang kebawah !!!

Posting terkini

Blog Archive