KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 11, 2008

Usah bermain api

politik-pmrsibu - [...] Pada hari yang sama, lima ahli Parlimen dan NGO turut mengambil langkah yang sama dan ia dianggap amaran awal kepada Karpal bahawa beliau harus bersedia untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan akibat kebiadapan yang ditunjukkan.

UMNO terpaksa membuat laporan polis setelah mendapati kenyataan Karpal mempunyai kecenderungan menghasut dan menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Setakat ini, Karpal masih berdegil dan tetap mempertahankan pendiriannya. Malah beliau juga menegaskan, kenyataan beliau telah dipolitikkan oleh UMNO.

Tetapi persoalannya, dari satu segi kenapakah Karpal begitu berani membuat kenyataan mempertikaikan tindakan Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan penukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury?

Apa yang perlu difahami, ketegasan UMNO dalam soal ini bukanlah kerana kenyataan itu dibuat oleh Karpal yang merupakan anggota pembangkang dalam Parlimen tetapi demi mengelakkan ia mencetuskan isu perkauman memandangkan institusi raja amat dekat dengan kedaulatan Melayu.

berdolak-dalihMalah ketika mengulas perkara ini, Peguam terkemuka, Datuk Muhammad Shafee Abdullah berkata, tindakan Karpal itu boleh dianggap melaga-lagakan rakyat dan istana.

Menurut beliau tindakan boleh diambil sekiranya orang Melayu terluka dan marah dengan kenyataan Karpal.

Oleh itu apabila Karpal mempertikaikan Sultan, ia bermakna beliau menyentuh soal sensitiviti orang Melayu dan ia ibarat sengaja bermain api.

Dalam isu seumpama ini, bukan kata Karpal malah sesiapa juga yang cuba bermain isu yang sama pasti akan berhadapan dengan risiko yang serupa.

Ini kerana terdapat tiga perkara yang melibatkan raja-raja Melayu yang sama sekali tidak boleh dipersoalkan, pertama, individu tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sultan dan raja sekiranya ungkapan itu berbau perkauman....selanjutnya [KLIK DI SINI]

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive