KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts

Nov 26, 2008

Hasrat Karpal bawa usul jadi kenyataan

mstar | ..."Di bawah Perkara 127 Perlembagaan Persekutuan, kami kemukan usul terhadap Ketua Hakim Negara ini, mesti ditandatangani oleh satu perempat daripada ahli Dewan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Jelas beliau syarat berkenaan telah dipenuhi kerana jumlah keseluruhan ahli Parlimen ialah seramai 222 orang dan beliau sebenarnya memerlukan sekurang-kurangnya 56 tandatangan ahli Dewan.

"Yang diperlukan ialah 56, tapi kami dapat 57 iaitu termask seorang ahli Parlimen Bebas," katanya.

Jelas beliau wakil Bebas yang turut menyokong usul berkenaan ialah Datuk Eric Enchin Majimbun (BEBAS-Sepanggar).

Zaki dilaporkan membuat pengakuan di Kuching pada 7 November lalu bahawa beliau pernah memberi rasuah kepada kakitangan mahkamah semasa beliau masih lagi seorang peguam pada tahun 1987.

Bagaimanapun pada 8 November, Zaki membuat penjelasan bahawa beliau sebenarnya berpengetahuan berkenaan rasuah yang berlaku di bahagian pendaftaran mahkamah pada masa beliau berkhidmat sebagai peguam.

"Yang mana adalah jelas merupakan satu pembohongan yang mengakibatkan keseluruhan badan kehakiman yang diketuai beliau mendapat nama buruk di khalayak umum," katanya.... more.

Jul 28, 2008

Patutkah PAS terus menganggotai Pakatan?

malaysiakini | "Selepas pilihanraya umum pada 8 Mac lalu, PAS telah mengadakan perbincangan dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan campuran di Selangor," katanya yang menyifatkan tindakan itu berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan mengenainya.

Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS, memerintah di lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Tambahnya, PAS turut mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan Umno "atas nama perpaduan Melayu".

"langkah bersifat perkauman oleh PAS itu sebagai tidak sejajar dengan dasar DAP dan Pakatan Rakyat," katanya.

Karpal turut menyentuh cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam agar Umno dan PAS dibubarkan dan sebuah parti baru ditubuhkan bagi menyatukan semua orang Melayu.

"Pendedahan ini sungguh memeranjatkan dan memberi kesan dan implikasi yang serius," katanya dalam satu kenyataan.... selanjutnya.

Jul 20, 2008

Let cops decide, so shut up Pak Lah!

Malaysiakini | Karpal Singh has warned Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi and his ministers not to volunteer unsolicited comments that may compromise police investigations into PKR de facto leader Anwar Ibrahim’s alleged sodomy offence.

The DAP chairperson said in a statement today that he was shocked by Pak Lah's challenge to Anwar to prove his innocence in this controversial allegation by giving his DNA sample.

“It is elementary that under our system of law, it is not the PM who considers the result of an investigation but the police who are required to put up investigation papers to the Attorney-General.

“It is wrong for the PM to publicly challenge Anwar to disprove the allegation of sodomy against him.

“The PM should hold his piece and not publicly direct and influence police investigation,” he said.

Pak Lah's remarks unwarranted

Anwar was arrested on Wednesday over sodomy allegations levelled against him by his ex-aide Saiful Bukhari Azlan.

The former deputy prime minister had refused to give a DNA sample on grounds that the sample could be tampered with.

He will not consent to giving a DNA sample even if the police obtain a court order unless stringent conditions are met.... selanjutnya.

May 24, 2008

Karpal wants death-threat charge, dropped

NST - DAP chairman Karpal Singh wants the Attorney-General (AG) to drop a charge against a college student who had posted a death threat on a PAS Youth website.
Karpal Singh, who received the death threat, said this was because he had accepted an apology from the 19-year-old and the fact that he was still young.

"But the court process has to go on because my statement has been recorded. I only want the AG to drop the charge.

"His apology was sincere and I have accepted it,” he told a press conference at his office here today.

On April 26, the teenager turned up at the Johor Baru South police headquarters to assist police with investigations into the posting of the death threat.
Accompanied by his father and a PAS supporter, the student had also handed a letter of apology to Karpal through Johor DAP deputy chairman Norman Fernandez.

In the letter, he had also asked the DAP stalwart to withdraw the police report.... selanjutnya.

May 21, 2008

Karpal receives a live cartridge

sun2surf - [...] A round of live cartridge and a note were sent to DAP chairman and Bukit Gelugor MP Karpal Singh today warning him of impending death if he continues to question the special rights and privileges of the Malays and the Malay Rulers.

Viewing the warning as a serious threat to his life, the lawyer lodged a police report in the Dang Wangi police headquarters at about 5pm today.

Speaking to reporters after making the report, Karpal, who was accompanied by his son and Puchong MP Gobind Singh, Ipoh Timur MP Lim Kit Siang and two other DAP MPs, said the typed note and cartridge came in an envelope hand-delivered by a man to his staff in his office on Jalan Pudu Lama at about 12.45pm.

He said the man, who wore a helmet with a visor covering his face hurriedly left the office and sped off on a motorcycle on handing over the envelope.

Karpal, who was at home at the time, said his staff opened the envelope and a bullet fell out. After reading the note, she immediatly called to inform him.

The note which he showed reporters read: "Don't you try to question the privilages of the Malays. Dont you try to question the powers of the Malay Rulers. If you do not stop, this bullet will be embedded on your forehead. Remember this Bengali! Do not forget! This is your first warning!!!!.... selanjutnya.

Anggota Parlimen kutuk ugutan bunuh terhadap Karpal

bharian - [...] "Karpal tidak pernah menghina Raja-raja atau orang Melayu,” kata Anggota Parlimen Bagan itu.

Semalam, Karpal membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi selepas menerima surat ugutan berserta sebutir peluru hidup pada kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Karpal dipetik oleh sebuah akhbar tempatan hari ini sebagai berkata, nota ugutan itu antara lain meminta beliau supaya jangan mempersoalkan kuasa Raja-Raja Melayu dan ia merupakan amaran pertama.... selanjutnya.

Karpal terima ancaman peluru hidup

karpal singh live bullet threat police report 200508 03malaysiakini - [...] Dalam aduannya, beliau mendakwa menerima sebutir peluru hidup 9mm dan sepucuk surat dalam sekeping sampul yang dikirim oleh seorang lelaki ke pejabat guamannya di Jalan Pudu.

Menurutnya, seorang lelaki bertopi keledar yang berpenutup muka menyerahkan sampul surat tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Kandungan surat itu, antaranya, mengancam untuk membunuh peguam terkenal tersebut berhubung isu kuasa institusi raja dan hak orang Melayu.

"Karpal Singh, kau jangan cuba mempersoalkan keistimewaan orang Melayu!... selanjutnya.

May 15, 2008

Isu raja: Tidak wajar dakwa Karpal saja

malaysiakini - [...] "Majlis Peguam mendesak pihak berwajib berpada-pada dalam hubungannya dengan tindakan yang dicadangkan terhadap Karpal," kata presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan.

Siasatan terhadap peguam terkenal itu susulan 20 laporan polis yang dibuat terhadapnya selepas kenyataannya mengulas dakwaan "campur tangan" Raja-raja Melayu dalam pentadbiran negeri, termasuk di isu pelantikan menteri besar Terengganu dan pertukaran pengarah jabatan agama Perak.

Ambiga berkata perkembangan politik selepas pilihanraya umum 8 Mac telah melonjakkan perdebatan banyak pihak, termasuk pemimpin-pemimpin BN, tentang kuasa dan bidang Raja-raja Melayu dalam pentadbiran politik di Terengganu, Perlis dan Perak.

"Sekarang kelihatannya hanya Karpal diugut untuk dikenakan pendakwaan akibat terlibat dalam perbahasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.>> selanjutnya

May 14, 2008

Siapa di belakang Karpal?

mstar - [...] Ketuanan Melayu sekali lagi teruji apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan lantang mempertikaikan ‘campur tangan’ Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury atas arahan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Karpal begitu yakin bermain dengan api yang sekarang ini sedang marak menyala tatkala isu paling sensitif yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan dan peranan Raja-raja sebagai ketua agama Islam cuba digoncang. Hati-hati bermain api, kelak nanti terbakar diri!

Siapa Karpal dan apa haknya untuk mempertikaikan bidang kuasa Raja-raja Melayu? Wujudkah agenda tersembunyi di sebalik kelantangan beliau itu?

Sukar diterima akal seorang peguam berpengalaman seperti Karpal seolah-olah ‘terlepas pandang’ mengenai perkara besar seumpama ini.

Ini bukan perkara remeh yang boleh dicuit atau dicubit untuk dibawa bergurau apatah lagi bila mempersoalkan kuasa dan peranan ketua agama yang terletak di bawah tanggungjawab Raja-raja Melayu.

Nampaknya Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu masih belum puas dalam usahanya untuk menyangkal kuasa Raja-raja Melayu kerana beliau juga sebelum ini petah mencabar bidang kuasa tertinggi itu apabila pernah menyaman Sultan Selangor pada 1987.

Keberanian Karpal menyaman Sultan Selangor ketika itu atas satu isu yang mengundang tindak balas seorang guru silat, Allahyarham Kiyai Arshad Mohd Gamat yang bertindak menampar Karpal di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur....selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 13, 2008

PR perlu pandai menarik rambut dalam tepung

Roslansms - [...] Umno yang sudah pasti mendapat liputan meluas hasil dari tindakan Karpal itu.
Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz telah menasihatkan agar Karpal berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Kita sekarang bukan lagi berada disaf pembangkang tetapi kita membentuk kerajaan di 5 buah negeri. Dan kebetulan 4 daripadanya diketuai oleh Raja-raja Melayu manakala Pulau Pinang di bawah SPB Yang Dipertuan Agong.

Hari ini AJK DAP Pusat yang juga Spekaer DUN Selangor, Teng Chang Khim pula mengeluarkan kenyataan. Kata Teng kenyataan Karpal berhubung bidangkuasa Sultan Perak terbukti tidak bijak. Tambah Teng Karpal mungkin dianggap sebagai "hero" oleh setengah-setengah pihak kerana kenyataannya itu tetapi beliau tidak sedar yang kenyataannya itu sebenarnya mengancam kedudukan dan masadepan Pakatan Rakyat kerana beliau membuka ruang untuk musuh-musuh politik PR mengambil kesempatan.

Kata Teng lagi apa yang Karpal nyatakan mungkin betul dari segi undang-undang, akan tetapi isu ini tidak hanya melibatkan undang-undang tetapi ia isu politik dan beliau tidak setuju sekiranya pendekatan seperti Karpla itu diambil. Dari segi pentadbiran memang benar MB Perak berkuasa ke atas kakitangan negeri namun, undang-undang tubuh kerajaan negeri meletakkan Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri. Oleh itu ia melibatkan pentafsiran perlembagaan negeri dan politik. Biarlah MB Perak sebagai seorang Muslim menyelesaikan isu ini dan tidak perlu campurtangan pihak lain....selanjutnya [KLIK DI SINI]

UMNO mengajar Karpal menjadi biadab

penyokongKJ - Jika kita bandingkan kenyataan oleh Karpal dalam beberapa isu 'hangat' dengan apa yang berlaku di Terengganu dan Perlis, mana satukah lebih BIADAB?

Setakad ini Karpal tidak pun mengeluarkan kata-kata kasar 'NATANG' seperti yang berlaku di Terengganu. Malah Karpal bukan orang Melayu. Sedangkan Natang yang ditujukan kepada Sultan Terengganu diucapkan oleh orang Melayu sendiri. Agaknya Melayu ini dari parti mana?

Jadi kenapa laporan polis yang dibuat di Terengganu itu tidak diambil tindakan dan hukuman terlebih dahulu sebelum pihak berkenaan hendak menjadikan Karpal sebagai sasaran kononnya biadab terhadap Raja-raja Melayu. Siapa sebenarnya yang benar-benar biadab kepada Raja-raja Melayu?

Saya harap kerajaan dibawah pimpinan UMNO sekarang, sila umumkan dahulu hasil siasatan, tindakan dan hukuman bersabit 'NATANG' di Terengganu sebelum anda membuat riuh rendah dengan Karpal?
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Kenapa tiada tindakan terhadap Datuk Rosol Wahid dan 22 Ahli Dewan Undangan - Karpal

Bharian - [...] Karpal berkata setakat ini sudah ada 20 laporan polis dibuat terhadapnya dan beliau tidak risau walaupun 2,000 laporan dibuat kerana berpendapat tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Antara yang buat laporan termasuk Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Apa kredibiliti beliau untuk buat laporan polis, namanya sendiri baru-baru ini terbabit dalam skandal klip video V K Lingam.

"Kalau perbuatan saya salah, kenapa tiada tindakan terhadap Datuk Rosol Wahid dan 22 Ahli Dewan Undangan Negeri di Terengganu yang membantah tindakan Sultan Terengganu kerana enggan memberi perkenan melantik Menteri Besar pilihan Barisan Nasional (BN).

"Begitu juga di Perlis. Kenapa ada pilih kasih. Umno yang mulakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu," katanya. ...selanjutnya [KLIK DI SINI]

‘Walaupun 2,000 laporan polis, saya tak berganjak’

Utumeloya - [...] Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) menegaskan, walaupun 2,000 laporan polis dibuat terhadapnya, beliau akan terus berpegang kepada kenyataan bahawa Sultan Perak tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

Ketika membahaskan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Karpal mendakwa laporan-laporan polis terhadapnya yang kini mencecah 20 kes didalangi oleh UMNO.

“Saya tidak lakukan perbuatan melanggar undang-undang, tetapi ada 20 laporan polis mengenai isu Sultan Perak. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mengarahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membuat laporan polis.

“Apa kredibiliti Ahli Parlimen Putrajaya (Tengku Adnan) untuk buat laporan polis terhadap saya?” katanya.

Tindakan Karpal yang menyentuh mengenai peribadi ahli Dewan Rakyat yang lain ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ronald Kiandee di bawah Peraturan Mesyuarat 36(9)....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Rujuk juga - Dewan Diraja Selangor bidas Karpal

Isu Karpal dicetus cubaan media tutup kelemahan pemimpin negara

harakahdaily - [...] Naib Presiden PAS, Dato� Husam Musa berkata, media sebenarnya banyak mengeksploitkan kenyataan Pengerusi DAP sehingga ia dianggap menyimpang daripada kenyataan asal.

Sebenarnya masih banyak lagi isu lain yang perlu diketengahkan terutamanya kekurangan dan kenaikan harga beras yang cukup membebankan rakyat sekarang,� katanya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya juga adalah menjadi hak Karpal untuk menyuarakan pendapat peribadinya atas kapasiti sebagai seorang pemimpin.

Namun kata beliau sekiranya media tidak memberi liputan meluas terhadap isu tersebut, ia tidak akan menjadi besar dan berpanjangan.

Jadi saya harap media usah memperbesarkan isu itu sahaja, jangan pula ikut rentak dia (Karpal), kalau tak sampai bila pun tak selesai.

Dalam keadaan sekarang media sepatutnya memberikan fokus kepada isu dan agenda negara menghadapi cabaran yang lebih besar khususnya bidang ekonomi,� ujarnya.

Katanya juga ekonomi dunia sekarang semakin terancam dan ia memerlukan perhatian pemimpin negara dan bukannya menyembunyi kekalahan teruk pemimpin Barisan Nasional pada pilihan raya umum lalu....selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 12, 2008

Karpal probe: ‘Not trying to scare reporters’

theStar - [...] Syed Hamid said the police needed to connect the case in the newspaper by talking to reporters, especially if there was not enough evidence.

“I don't think that there is any ulterior intention or motive. There is no reason why we want to scare reporters.

“The police have worked quite closely with the media and I think they have got fantastic relationship with the media and are happy with that cooperation that they have,” he said.

Karpal Singh also said he felt that it was quite normal for the police to ask reporters questions.

“They have to get witnesses under the law, and those witnesses happen to be those who have heard what I said,” he said....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Antara Karpal dan Ghani Patail- kenapa Abdullah tidak bertindak serupa?

detikdaily - [...] Tindakan pemimpin-pemimpin Umno yang menggunakan media arus perdana cuba mengheret PAS dan PKR berhubung isu Karpal ini.

Karpal diserang dan dipolitikkan kerana Isu ini menyentuh hak dan imuniti raja serta orang melayu amat sensitif berhubung sentimen ini .

Persoalannya :

1. Presiden MCA, Ong Ka Ting juga mempersoalkan kenyataan Raja muda Kelantan yang membuat kenyataan berhubung kesetiaan orang bukan melayu kepada institusi raja di negara ini.

2. Ketua Pemuda MCA, Ong Tee Kiat juga membuat kenyataan mempertikaikan persoalan ketuanan melayu dan menganggap orang melayu sebagai tuan dan orang bukan melayu sebagai hamba.

Mengapa Presiden Umno merangkap PM bersikap 'double standard' dengan tidak menggesa membuat lapuran polis sebagaimana di lakukan ke atas Karpal? Bacalah selanjutnya di blog baru Ustaz Ahmad Awang disini
Sementara itu, Wakil Parlimen Klang Charles Santiago meminta PM Abdullah Badawi dan para editor media perdana supaya menghentikan putar belit mereka terhadap kenyataan Karpal di sini ...selanjutnya [KLIK DI SINI]

DAP tells federal govt to stop interfering in police probe on Karpal

sun2surf - [...] DAP's Ipoh Timor MP Lim Kit Siang said: "Do not interfere in the legal procedure, let the Attorney-General (A-G) and police investigate the matter."

Lim urged Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to withdraw the police report against Karpal Singh as Karpal Singh had spoken purely on a legal point of law. He said Umno should not politicise the issue for its own benefit."

The DAP strongman spoke in a dialogue with the people to address their problems in the Kwang Tong Association here last night. About 1,000 people attended the dialogue which saw the people voicing their grievances on several issues.

Since last Monday, several police reports were lodged in Kuala Lumpur, Ipoh, Port Dickson, Muar and George Town, calling for action against Karpal Singh.

Karpal Singh was reported to have said the Perak Sultan did not have the power to reinstate the Perak Religious Department director Datuk Jamry Sury who was transferred by the Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin....selanjutnya [KLIK DI SINI]

No2umnO - Menurut lapuran berita radio RTM pagi tadi ada dinyatakan bahawa Nazri Aziz ada menyarankan tindakan yang sama di kena kan kepada anggota UMNO di Terengganu, yang mana terlibat dengan insiden DERHAKA untuk dikena kan tindakan. Untuk mengelakkan sebarang rasa tidak puas hati rakyat. Itu kata berita .... jangan caya sangat kerana lapuran polis yang dibuat dulu pun tak ada tindakan lagi .... yang kena adalah pak sanggup yang pamer BANNER , tapi sampai sekarang polis pun dengkur juga ..... Mungkin polis terengganu sedang bermonsun.

May 11, 2008

SIAPA HASUT?

Aku sebenarnya dah jadi tak faham dengan Akta hasutan yang Malaysia gunakan. Maklumlah bukan belajar tinggi tapi sekadar tahu berfikir antara logik dan tidak. kalau orang suruh tunjuk bukti bertulis, nak bukak buku pun malas. Bukan tak mahu, tapi malas. Dulu ada juga teringin untuk tanya cikgu, tapi bila cikgu aku tu kahwin, aku pun tak der mood nak tanya lagi.

Aku nak bertanya korang tentang Akta Hasutan pada orang orang yang pandai di luar sana dan ia merujuk kepada isu Karpal Singh vs UMNO Singh.

Mula mula cerita tentang lapuran hasutan yang dikenakan kepada Karpal Singh atas persoalan tentang perlantikan semula Pengarah JAIP oleh Sultan Perak. Itu hasutan kata mereka ....

Kemudian UMNO serang Karpal dengan lapuran lapuran polis yang dibuat oleh ahli UMNO menggunakan nama BN dan kemudian media yang kononnya mewakili bangsa melayu mengeluarkan tajuk utama terpampang di muka hadapan bertulis "Melayu Marah !!!" .

So, Persoalan di dalam otak benak aku ni adalah siapa yang hasut siapa dan siapa sebenarnya yang menghasut? Kalau ikut pandangan bodoh bercirikan sekolah pondok aku nihhh.. Karpal hasut, dan UMNO pun hasut. Dua dua pun menghasut.

Entah laa...... kekadang aku rasa AKTA HASUTAN ni macam di salahgunakan saje. Siapa yang ada kuasa, boleh tuduh orang lain hasut. Mudah kan ...

Apa pandangan korang?

Reporters who covered Karpal to be interviewed

thestar - The police will interview reporters who covered Bukit Gelugor Member of Parliament Karpal Singh over his statement allegedly questioning the power of the Sultan of Perak.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said recording statements from reporters was part of the police investigation.

“All reporters who interviewed him (Karpal) will have their statements recorded. I can't reveal offhand how many reporters will be interviewed,” he said.

He expected the investigation to be completed soon.

“We will hand over our investigation paper to the Attorney-General in two or three days,” he told reporters after launching a new marine police beat base at Banding island in Tasik Temenggor near here on Sunday.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

ULASAN ANA UNTUK ISU KARPAL SINGH

pemudarasa - [...] Pertamanya kita mesti mengenali Karpal ini. Beliau adalah seorang yang hobinya adalah membangkang. Tidak kisahlah apa yang hendak dibangkangnya, dia akan bangkang. Mungkin kerana sikapnya yang suka membangkang, maka perkara yang remeh pun akan dibangkangnya.

Kes yang terbaru lagi sensasi apa yang dibangkangnya ialah kes Raja Muda Perak Nazri bersama menteri besar Perak Ir. Nizar berkenaan dengan pemindahan Ketua Pengarah JAIP. Apa yang tidak dipuas hatikan oleh Karpal adalah pada beliau Sultan tidak berhak mencampuri urusan pemindahan kakitangan kerajaan kerana pada pandangannya, skop ketua kepada urusan agama Islam oleh Sultan tidak termasuk berkenaan dengan perihal urusan pentadbiran kakitangan awam kerajaan negeri. Itu sahaja. Beliau tidak mengutuk atau menghina Sultan. Itu adalah pandangan beliau terhadap undang-undang dan perlembagaan negeri berkenaan kuasa-kuasa Sultan. Perkara undang-undang lah katakan, diakan peguam.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Posting terkini

Blog Archive