KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 13, 2008

‘Walaupun 2,000 laporan polis, saya tak berganjak’

Utumeloya - [...] Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh (gambar) menegaskan, walaupun 2,000 laporan polis dibuat terhadapnya, beliau akan terus berpegang kepada kenyataan bahawa Sultan Perak tidak mempunyai bidang kuasa terhadap pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

Ketika membahaskan usul terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Karpal mendakwa laporan-laporan polis terhadapnya yang kini mencecah 20 kes didalangi oleh UMNO.

“Saya tidak lakukan perbuatan melanggar undang-undang, tetapi ada 20 laporan polis mengenai isu Sultan Perak. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mengarahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membuat laporan polis.

“Apa kredibiliti Ahli Parlimen Putrajaya (Tengku Adnan) untuk buat laporan polis terhadap saya?” katanya.

Tindakan Karpal yang menyentuh mengenai peribadi ahli Dewan Rakyat yang lain ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ronald Kiandee di bawah Peraturan Mesyuarat 36(9)....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Rujuk juga - Dewan Diraja Selangor bidas Karpal

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive