KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 13, 2008

Kahlid Ibrahim perjelas tindakan pemberian air percuma Selangor

harakahdaily - [...] Jelasnya kerajaan Selangor bersedia untuk memberi air secara percuma, kerana ia merupakan salah satu usaha kebajikan daripada kerajaan Selangor kepada rakyatnya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

"Terdapat sebilangan Ahli Parlimen yang 'mencemburui' kemudahan yang akan diberikan oleh kerajaan Selangor. Mungkin ramai kerajaan lain yang 'cemburu' dengan kebajikan yang diberikan kerajaan Selangor, tetapi kita telah menggunakan mekanisme harga untuk mengurangkan penggunaan yang tidak digunakan," katanya.

Katanya, mekanisme harga telah menekankan penggunaan 20 meter padu yang pertama yang dikenakan harga 50 sen dan penggunaan meter padu yang kedua yang telah dibuat dalam bil air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang menunjukkan harga dinaikkan kepada RM1.03. Manakala jika penggunaan melebihi meter padu yang kedua, harganya akan tetap dinaikkan.

"Jika mereka menggunakan air melebihi meter padu pertama, harga yang akan dikenakan dua kali ganda. Oleh itu pemberian percuma ini melatih masyarakat supaya berjimat cermat menggunakan mekanisme harga bagi salah satu cara masyarakat dapat menggunakan dengan sebaik-baiknya. Ini merupakan satu pengajaran kepada negeri-negeri lain supaya mereka dapat mempraktikkan cara ini," katanya.

Sementara itu, sewaktu Khalid menyampaikan perbahasannya, Ahmad dan Mohd Puad kelihatan bangun beberapa kali untuk memberi penjelasan tetapi tidak diberikan kerana tempoh perbahasan yang diberikan hanya 15 minit kepada setiap ahli parlimen....selanjutnya [KLIK DI SINI]

No2umnO - Kepada ahli UMNO yang keras tak mahu terima air percuma tu nanti ..... pandai pandai lah bayar penuh kepada Kerajaan Negeri atau bayar pada PUAS. Masuk tabung orang miskin.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive