KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 13, 2008

PELAJARAN SEKS DI PLKN OKTOBER INI

Mulai Oktober 2008, PLKN nak mulakan sessi pelajaran seks dan bahaya aids. Banyak juga persoalan yang timbul di dalam kepala otak emak dan bapak. Sejauh mana bertanggung jawab dan berilmunya tenaga pengajar yang dihantar kepada semua kem kem latihan? Emak dan bapa pula jauh untuk ketahui keberkesanan pelajaran tersebut. Selepas 3 bulan berpisah dengan anak baru tahu apa yang mereka ajar. 3 bulan macam macam boleh jadi.

Apa sebenarnya tujuan pelajaran seks di perkenalkan? Adakah untuk hanya mengurangkan penyakit aids? Kalau gitu tentu di ajar bagaimana melakukan seks sebelum nikah dengan selamat ...... Tak berani aku nak letak anak di PLKN lepas ni.....Tak yakin. Dan ustaz ku ajar dulu, kalau tak yakin dengan makanan yang HALAL dan HARAM, lebih baik jangan makan.

Berita berkaitan ....

BHarian - [...] Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet mengenai PLKN sudah memberikan persetujuan supaya kursus itu dilaksanakan.

“Kursus ini adalah sebahagian daripada empat modul baru yang turut mendapat kelulusan untuk diperkenalkan dalam program pengurusan kemahiran kehidupan kendiri bagi peserta PLKN akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Larian Siemens 2008 di sini hari ini.

Beliau berkata modul baru itu termasuk kursus pembangunan dan pengurusan remaja dan cara-cara melindungi diri melibatkan pengisian selama 10 jam membabitkan tempoh antara tiga hari dan seminggu. more...

1 comments:

Anonymous said...

harap ahli parlimen mengasak kerajaan dengan isu plkn ni.rata2 rakyat malaysia dah muak dgn isu cacat,kematian dan tak lama lagi isu seks pulak dah.lepas ni bekalkan sekali kondom ataupun pil pencegah hamil kat budak2 tu,eish projek tu...duit tu...

Posting terkini

Blog Archive