KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 13, 2008

Pakatan Rakyat segera kan perubahan !

Sudah diakui oleh rakyat Selangor bahawa Pakatan Rakyat bukan lah faktor kemenangan mereka di Selangor. Tapi kerana rakyat sudah muak dengan karenah dan sikap hidung tinggi kepimpinan UMNO keseluruhannya. Maka kalau sikap seperti ini di buat contoh dan ikutan, maka Pakatan rakyat akan menerima nasib kekalahan yang sama.

Di Selangor sehingga sekarang masih kurang terdapat perubahan. PAS bergerak laju manakala diikuti oleh DAP dan akhir sekali adalah Keadilan Rakyat. Masih banyak yang perlu di lakukan sedangkan rakyat sedang menanti dengan penuh kyusuk akan harapan yang ada untuk dikongsi bersama.

Baru baru ini aku sempat bertemu dengan beberapa orang kuat Pas Selangor dan mereka menunjukkan jadual aktiviti yang mereka akan jalankan pada tahun ini. Perubahan dan pembaikan sistem yang punah ketika bersama Barisan Nasional akan di perhalusi untuk kepentingan rakyat bersama. Majlis majlis ilmu juga tidak ketinggalan.

Selepas kemenangan pilihanraya pada bulan Mac yang lepas, PAS sudah menganjurkan 2 perjumpaan mega di Stadium Melawati. Di hadiri ramai penyokong parti Pakatan Rakyat dan perjumpaan itu ternyata berjaya. Namun, DAP dan PKR senyap seribu bahasa. Sehingga sekarang masih merancang dan merancang.

Kalau melihat kepada keadaan di Shah Alam dan sekitarnya, masih terdapat papan tanda BN yang megah berdiri. Walaupun kerajaan sudah bertukar, ianya masih ada dan tiada sebarang tindakan dibuat. Pelik juga kerana nombor di paparkan itu sudah tidak boleh dihubungi tetapi masih terus menyemakkan pandangan. Mungkin itu kelihatan sebagai isu remeh tetapi sebenarnya ia sering menjadi persoalan penting merujuk kepada bentuk pemerintahan yang tidak berubah sejak dan sebelum pilihanraya. Jangan anggap ianya perkara mudah. Perlu kah dinanti ahli majlis bertukar baru tindakan perubahan dilakukan?

Itu belum lagi persoal tentang pengurusan di Jabatan jabatan. Ramai lagi yang masih kekal dimana mereka mereka itu menjadi halangan kepada usaha merapatkan hubungan antara kerajaan baru dan rakyat. Kalau masih berlengah lengah dan bersopan santun di dalam bertindak, tidak hairan kalau selepas ini kesempatan sebegini akan diambil oleh pihak UMNO untuk memonopoli kemudahan yang ada di Selangor. Bila UMNO yang kukuh bertambah kukuh, jangan harap mereka akan berkompromi seperti yang Pakatan Rakyat lakukan kepada mereka.

Perlu ingat .... berhati hati dengan perangai buruk UMNO yang rakus dan sombong ketika memerintah. Kalau mereka dapat kembali Selangor, susah untuk kembali kepada Pakatan Rakyat kerana UMNO dan BN penuh dengan tipu daya. Maka, jangan berfikir seperti korporat kerana politik tidak kenal kasih dan sayang. Musuh akan di bunuh, biar terlentang sekali pun mereka tetap berjuang. Mereka berjuang bukan untuk rakyat, tetapi untuk kepentingan peribadi. Tempoh lama, beri kita banyak pelajaran. Takkan tak pandai lagi.

PKR, PAS dan DAP ..... musim bulan madu sudah tamat .... kini masa untuk berkhidmat. Tapi ingat waspada dengan pemimpin UMNO kerana membuka ruang kepada mereka adalah seperti mencipta risiko ditindas sekali lagi. Masa itu emas, terlewat, kita yang lemas.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive