KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 13, 2008

IKLAN SEKS DALAM BUKU PANDUAN TALIPON


ANTARA iklan khidmat seks yang dipaparkan pada buku panduan telefon terbaru yang telah diedarkan di seluruh negara.

kosmo - [...] Tanpa disedari, iklan-iklan berbau perkhidmatan seks yang dipercayai bernilai lebih RM1 juta telah tersebar ke seluruh negara dengan sewenang-wenangnya walaupun ia telah diharamkan.

Sekurang-kurangnya 70 iklan perkhidmatan urut dan teman penghibur bagaikan 'dihalalkan' apabila didapati dicetak pada enam helaian muka surat dalam buku panduan telefon iklan dan diedarkan secara percuma sejak pertengahan tahun lalu.

Sebahagian besar iklan tersebut hanya memaparkan nombor telefon bimbit dan bentuk perkhidmatan yang disediakan tanpa menyatakan alamat pejabat yang lengkap, dipercayai bagi mengelak premis operasi mereka dikesan pihak berkuasa.

Malah ada juga yang memaparkan lukisan gadis-gadis dengan aksi yang seksi serta perkataan-perkataan Inggeris yang me narik perhatian pelanggan seperti 'pleasure,' 'young friendly companion,' 'secret' dan 'indoor and outdoor services.'...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Manakala KDN berkata -

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan pihaknya terlepas pandang sehingga buku panduan telefon iklan melampau bagi edisi 2007/08 telah diterbitkan dan diedarkan ke seluruh negara. Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Unit Penguatkuasaan Bahagian Kawalan Penerbitan KDN, Zailani Hashim."Kami mungkin terlepas pandang. Terlalu banyak buku di negara ini diterbitkan, bahkan mencecah jutaan buku."Jika kita teliti satu persatu, pasti tak sempat dan ke biasaannya kita hanya mampu mengambil tindakan setelah ia berada di lapangan (pasaran) selepas menerima aduan atau maklumat," katanya. Rujuk [DISINI]


0 comments:

Posting terkini

Blog Archive