buletinonline - Polis masih meneruskan siasatan keatas kenyataan ahli-ahli UMNO yang ‘menghasut’ dan menghina pihak istana di Terengganu dan Perlis
Datuk Mohd Bakri Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan mengesahkan pihaknya sedang giat menjalankan siasatan ke atas laporan polis yang dibuat terhadap ahli-ahli UMNO yang membuat kenyataan ‘menghasut dan menghina’ pihak istana Terengganu dan Perlis.
Beliau berkata demikian ketika menjawab isu “ hanya penyiasatan terpilih” yang dilakukan oleh pihak polis, telah ditimbulkan oleh beberapa menteri kabinet dan ahli-ahli parlimen.
”Siapa kata kami tak siasat? Siasatan keatas laporan sedang berjalan. Kadangkala kami tidak boleh dedahkan apa tindakan yang diambil sebelum merumuskan penyiasatan. Kami terpaksa mengumpulkan bukti yang kukuh.” kata Bakri Zinin ketika ditanya, apakah hasil siasatan berkaitan, sekiranya polis telah membuka siasatan atas tuduhan menghasut itu.
Menurut akhbar The Sun, isu diatas dibangkitkan ekoran dari tindakan ‘sertamerta’ polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga didakwa ‘menghasut dan menghina’ Sultan Perak ketika beliau mempersoalkan tindakan Tuanku Sultan yang campurtangan dalam kes pertukaran kakitangan kerajaan Perak.... selanjutnya.
May 18, 2008
Siasatan terhadap ahli UMNO, Rosol Masih Diteruskan
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 17, 2008
Abdullah & Karpal Similar Case Scenario Kata Pemuda Pakatan Rakyat?
whitenaval.wordpress - [...] Lupakah kita semua kepada kes pelantikan Menteri Besar Terengganu di mana Pak Lah menuntut Datuk Idris Jusoh sebagai MB tetapi Sultan Terengganu memilih Adun Kijal, Dato` Ahmad Said sekarang sebagai MB? Adegan krisis antara Pihak Istana Terengganu dan UMNO tersebut lebih serius kerana melibatkan banyak pihak! Satu negara gempar apabila Perdana Menteri Malaysia dipanggil mengadap Yang DiPertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan.
Janganlah kita semua lupa akan peristiwa tersebut apabila Peguam Negara dengan yakinnya akan Kedaulatan Undang-Undang Negara Malaysia yang menjadi ideologi kebangsaan Malaysia ke-4, ketika itu Tan Sri Ghani Patail dengan tegasnya melalui media pro-kerajaan menjelaskan bahawa Sultan Mizan tiada kuasa ke atas pelantikan MB Terengganu dengan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada ketika itu. Adakah perlu menyuarakan di khalayak umum tetapi mengambil pendekatan lebih bermaruah dengan mengutus surat secara rahsia atau melalui pintu belakang kepada Pihak Istana?... selanjutnya.
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 16, 2008
Nik Aziz cadang Raja-raja perjelas hak ketuanan Melayu
Utusmeloya - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Mat mencadangkan agar Raja-raja Melayu menjelaskan isu hak ketuanan Melayu setelah ada pihak sudah berani mempertikaikannya.
"Raja-raja Melayu perlu memperbetulkan apa-apa kesilapan yang menyebabkan bangsa Melayu dipertikai sekarang,” katanya ketika berucap pada ceramah mingguannya di sini hari ini.
Menurut Nik Aziz sekiranya sultan mendiamkan diri tanpa bertindak dalam menyatakan hak Melayu di negara ini selagi itu ia akan dipermainkan oleh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan untuk sesuatu matlamat.
Kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh baru-baru ini mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat Melayu yang menganggap ia mencabar kewibawaan orang Melayu. >> selanjutnya
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Sedition probe on Umno members
sun2surf - [...] He was asked if police had opened investigation files on the reports alleging sedition and what the outcome of the probe revealed.
This was because several members of opposition parties and a cabinet minister had raised the matter, saying that while the police had been quick to investigate DAP chairman Karpal Singh for alleged sedition when he questioned the jurisdiction of the Sultan of Perak over a staff transfer, similar cases involving Umno members who made such remarks on the Perlis and Terengganu royalty appeared to see inaction by the authorities.
Earlier this week, Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz was quoted as saying action must be initiated against Terengganu Umno secretary Datuk Rosol Wahid and 22 assemblymen if they had in any way committed sedition when protesting against the Sultan of Terengganu who picked a mentri besar of his choice soon after the 2008 general election.
Police reports were lodged against Rosol but to date the progress of the probe has been kept under wraps.
Nazri had said the law must be upheld and action must be taken against wrongdoers regardless which political party they belong to.
Police said the investigation on Karpal Singh is in its final stages and the probe papers are expected to be submitted to the Attorney-General (A-G)'s Chambers soon.>> selanjutnya
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Rosmah Mansor hina Sultan
matsamankati - [...] Raja Petra ada cerita hot tentang Rosmah Mansor. Lepas ni aku nak tengok, berapa repot polis orang Umno nak buat. Berapa majlis Penerangan Mat Taib nak buat. Berapa demonstrasi Pemuda Umno nak buat. Isteri Timbalan Perdana Menteri menghina Sultan Selangor!
Rosmah bukan nak bagi tau pasai peruntukan undang-undang. Tapi pasai marah Raja Petra tulis tentang laki dia, dia pi telefon maki Sultan. Ada akai ka?
Hang nak marah kat Petra, pi la marah kat dia. Yang pi telefon Sultan Selangor pasai apa? Dia ingat dia dah besaq sangat kot.
Mungkin lepas laki dia jumpa Mahathir, dia rasa dia dah boleh naik tocang. Lepas ni, laki dia mungkin dah kuat sikit, pasai Mahathir dah sokong.
Aku kesian la kat Najib. Kehidupan dia penuh kontroversi. Dan setiap kontroversi itu melibatkan....perempuan. Aku pun minta Pak Lah kesian la sikit kat dia ni. Bagi la can Najib ni jadi PM sebelum Umno bungkus.>> selanjutnya
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 15, 2008
Siasat PM 'cuba derhaka' pada Raja
malaysiakini - [...] Dalam laporannya di ibu pejabat daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini, Shamsul Iskandar merujuk kenyataan dan insiden sewaktu perebutan jawatan menteri besar Terengganu hujung Mac lalu.
Mengulas pelantikan Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar baru Terengganu pada 23 Mac lalu sebagai ganti Datuk Seri Idris Jusoh yang menjadi pilihannya, Abdullah berkata istana Terengganu "tidak mengikut perlembagaan"."Semua Adun yang bilangannya agak besar itu tetap menyokong Datuk Seri Idris Jusoh. Itu satu perkara yang tidak ada perubahan dari segi sokongan.
"Dengan itu, maka sebarang lantikan yang dibuat terhadap orang lain itu, tidak kena dengan Perlembagaan," kata perdana menteri.
Pada hari yang sama, sewaktu Ahmad menerima watikah pelantikannya, sekumpulan penyokong Idris dan 22 wakil rakyat BN berdemonstrasi membantah wakil Kijal itu dekat kediaman menteri besar Terengganu.
Beberapa orang daripada mereka menaikkan kain rentang yang menyebut "Kami nak Idris, natang".
"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.
>> selanjutnya
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Barisan reps questioned on pledge to resign
thestar - [...] The backbenchers repeated pledges made by the 23 Barisan assemblymen that they would resign if Jertih assemblyman Datuk Seri Idris Jusoh was not reinstated as Mentri Besar.
The first salvo came from Mohd Abdul Wahid Endut (PAS – Wakaf Mempelam) who criticised Barisan representatives for reneging on their promise.
“I see that most of you are still here. What about your pledges to resign?” he asked, drawing no response from the Barisan side.
Another PAS assemblyman, Dr Alias Razak (Bukit Tunggal), labelled the Monsoon Cup and the Crystal Mosque at the Islamic Civilisation Park in Pulau Wan Man as extravagant projects that did not benefit locals.
He said that foreigners benefited from events like the Monsoon Cup and locals were left in the lurch.
“For instance, fogging is carried out during dengue outbreaks, but each year during the Monsoon Cup, Pulau Duyong is fogged not to control any outbreaks but to protect foreigners,” he said>> selanjutnya
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
DAKWA PAK LAH
Hina Raja - Pemuda Pakatan Rakyat mahu Abdullah Badawi didakwa
harakahdaily - [...] Kenyataan tersebut disuarakan oleh Pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP hari ini di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
"Pada kebiasaannya, setiap kali Umno menghadapi krisis dalaman mereka akan cuba untuk mengalih perhatian umum dengan menjadikan isu Karpal Singh untuk menutup kelemahan mereka," ujar Setiausaha Kebangsaan Pemuda DAP, Anthony Lok pada sidang Media di sini ketika membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung kes yang membabitkan istana dan perlembagaan ini.
Tegasnya, pihak polis perlu adil dan telus dengan mengambil kes yang berlaku kepada kes kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri berhubung perlantikan Menteri Besar Terengganu sebelum ini sehingga menuduh Yang DiPertuan Agong sebagai tidak mematuhi perlembagaan.
"Abdullah telah membuat kenyataan akhbar yang disiarkan di akhbar-akhbar utama bertarikh 24 Mac 2008 sebagaimana yang disertakan (The Sun) yang mendakwa kononnya YDPA telah membuat suatu tindakan yang tidak mematuhi perlembagaan," kata Ketua Pemuda KeADILan, Samsul Iskandar Mat Akin pula.
Pada masa yang sama, ujarnya pemimpin, ahli dan penyokong Umno Terengganu juga telah membawa sepanduk bertulis 'Kami Ndak Idris, Natang' sewaktu demonstrasi menolak pelantikan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.
"Ini boleh difahami sebagai menggelarkan Tuanku sebagai binatang, dan ini adalah suatu tindakan yang biadap dan menghasut," ujarnya lagi.
Tambahnya, kedua-dua tindakan ini memberi maksud Abdullah dan Umno tidak menghormati kedudukan Raja-raja Melayu dan berani mempersoalkan tindakan Yang DiPertuan Agong.
"Kami sangat tidak berpuas hati kerana ini menunjukkan Abdullah cuba menderhaka kepada institusi istana," katanya lagi. >> selanjutnya
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Isu raja: Tidak wajar dakwa Karpal saja
malaysiakini - [...] "Majlis Peguam mendesak pihak berwajib berpada-pada dalam hubungannya dengan tindakan yang dicadangkan terhadap Karpal," kata presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan.
Siasatan terhadap peguam terkenal itu susulan 20 laporan polis yang dibuat terhadapnya selepas kenyataannya mengulas dakwaan "campur tangan" Raja-raja Melayu dalam pentadbiran negeri, termasuk di isu pelantikan menteri besar Terengganu dan pertukaran pengarah jabatan agama Perak.
Ambiga berkata perkembangan politik selepas pilihanraya umum 8 Mac telah melonjakkan perdebatan banyak pihak, termasuk pemimpin-pemimpin BN, tentang kuasa dan bidang Raja-raja Melayu dalam pentadbiran politik di Terengganu, Perlis dan Perak.
"Sekarang kelihatannya hanya Karpal diugut untuk dikenakan pendakwaan akibat terlibat dalam perbahasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.>> selanjutnya
Labels: Karpal Singh, UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 13, 2008
Mahathir sepatutnya boleh dihukum pancung oleh raja-raja Melayu - Ahmad Awang
siasah - [...] "Mengapa pemimpin Umno yang mendakwa membela raja dan ketuanan Melayu bertindak lebih biadap dari Karpal yang mungkin tidak tahu adat resam dan sensitiviti orang Melayu itu?" tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang dalam tulisan keduanya di blog beliau usahmadawang.blogspot.com.
Ahmad Awang dipercayai mengulas kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang kini dihebohkan oleh media dan para pemimpin BN.
Ahmad dipercayai mengaitkan kain rentang yang dinaikkan oleh penyokong Datuk Seri Idris, bekas MB Terengganu dalam kekecohan perlantikan MB Terengganu baru-baru ini.
Dalam kes itu, kain rentang yang dinaikkan berbunyi "Kami nak Idris, natang". Natang adalah singkatan dari perkataan 'binatang' yang dipanggil sebagai 'natang' dalam loghat Terengganu atau 'nate' dalam loghat Kelantan. (Gambar atas)
Walaupun beberapa laporan polis dibuat, sehingga kini tidak ada sebarang dakwaan dibuat ke atas pihak yang menaikkan kain rentang itu.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
No2umnO - Jebat kadang kadang teringin nak jadi Tuah
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
PM guru derhakai Raja-Raja
harakahdaily - [...] "Guru derhaka ialah Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil merujuk tindakan Perdaan Menteri membantah keputusan Raja Perlis dan Sultan Terengganu dalam soal perlantikan Menteri Besar.
Dalam tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membantah keputusan Sultan Terengganu, para penyokong bertindak sehingga ke peringkat menghina Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga Yang di-Pertuan Agong.
Antaranya memasang kain rentang yang tertulis "Kami nak Idris, natang!". Perkataan natang dalam loghat Terengganu bermaksud binatang.
Perdana Menteri tidak dilaporkan membuat sebarang kenyataan membantah tindakan itu serta lain-lain tindakan yang menderhakai Sultan Terengganu oleh para penyokongnya.
"Umno yang jadi guru," katanya lagi.
Beliau mengingatkan Umno jangan nak menunjuk-nunjukkan kesetian kepada Raja-Raja Melayu untuk kepentingan politik parti itu....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 12, 2008
Umno Biadap Umno Derhaka (Bahagian Satu)
email: Noontime Silence
Bendahara biadap
Dalam tahun 1779, Gabenor Belanda di Melaka mengarahkan satu kajian dibuat tentang upacara adat istiadat melayu. Pengkaji yang dilantik telah menggunakan keterangan Abdulmuhit (seorang imam) sebagai sumber utama.
Beliau memahami adat turun-temurun kesultanan melayu melaka yang diamalkan semenjak 2 kurun sebelum itu. Manuskrip hasil kajian tersebut, 'Adat Raja-raja Melayu', menyatakan dengan jelas kebiadaban berterusan Perdana Menteri kepada sultan.
Berdasarkan komentari Prof Panuti Hudjiman dari Universiti Indonesia, apabila sultan menitahkan bendahara atau perdana menteri untuk menghadiri satu majlis perkahwinan, bendahara mempunyai cara tersendiri untuk menyahut titah diraja itu.
"Apabila utusan istana mendatanginya pada kali pertama, dia menjawab, "datanglah kita mengadap"."
"Bendahara tidak pergi terus ke istana, sebaliknya bersiram dahulu. Sekali lagi utusan istana dihantar, bendahara menyuruhnya kembali ke istana kerana dia sedang bersiap sedia untuk pergi."
"Bendahara membiarkan orang lain menantikan kehadirannya, menunggunya siap berpakaian, dan, menunggu utusan istana datang kali ke3, barulah dia menjunjung titah."
"Perlakuan ini adalah untuk menunjukkan kedudukannya di sisi sultan. Bendahara adalah ketua penasihat diraja dan dianggap sebagai kuasa sebenar di sebalik takhta. Penggunaan kata jamak (plural) 'kita' adalah satu perlambangan meninggikan diri atau kurang ajar."
Ini bukanlah satu-satunya kes terpencil yang direkodkan. Bendahara mengulangi sikap biadap dan tinggi diri ini semasa seorang sultan yang baru ditabalkan dan bendahara dilantik semula ke jawatannya. Dia tetap enggan mengadap sehinggalah titah diraja disampaikan sebanyak 3 kali.
Berdasarkan 'Adat Raja-raja Melayu', kita boleh melihat bahawa ketengangan di antara Raja-raja melayu dengan menteri-menterinya yang berkuasa telahpun tersemadi di dalam budaya kesultanan melayu Melaka semasa hari-hari awal perkembangannya.
Saya ingin menyatakan bahawa kita sedang melihatnya semula dalam kes-kes tertentu baru-baru ini dalam pertikaian antara SPB YDP Agong, yang juga Sultan Terengganu, dan PM Dollah Badawi.
Presiden Umno biadap dalam isu lantik MB
Peranan yang dimainkan oleh DYMM Sultan dalam soal perlantikan MB baru-baru ini amat menarik perhatian untuk diteliti sama ada ia menunjukkan peranan istana tiba-tiba berkembang semula. Sama ada berminat atau menyampah, ia bergantung kepada sikap anda terhadap kerajaan persekutuan.
Walaubagaimanapun, dari perspektif sejarah, campurtangan istana di dalam arena politik, hanyalah sekadar kebangkitan semula yang natural dan boleh difahami. Sekali-sekala raja-raja melayu hendak memainkan sedikit peranannya sebagai pemerintah - satu keinginan yang telah dikekang oleh penjajah British dan nasionalis melayu secara berterusan sejak 100 tahun yang lalu.
Kita tidak perlu terperanjat melihat raja-raja melayu sudah 'berbunyi' sekarang, kita sepatutnya hairan kenapa mereka 'mendiamkan diri' begitu lama. Sebagaimana sultan pernah berhadapan dengan bendahara yang biadap, mereka telahpun sepanjang masa itu akur dan menerima 'campurtangan luar' secara berhemah.
British dan Jepun biadap
Sewaktu dijajah, dalam beberapa tahun sebelum perang dunia ke2, negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor menerima penasihat-penasihat British. Dalam melaksanakan tugas 'menasihati', mereka telah berjaya, dalam pelbagai peringkat untuk mentadbir secara tidak langsung.
Bermula tahun 1896, Negeri-negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang menerima residen British mentadbir secara langsung, membuat pengisytiharan dan perintah yang dimulakan dengan kata-kata penghinaan, "The British Resident is pleased to.....".
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu menyaksikan sesetengah sultan dipecat, dan yang lain-lainnya diugut untuk bekerjasama. Selepas Jepun menyerah kalah, Pentadbiran Tentera British memperlihatkan diri mereka sebagai kuasa tunggal yang berautoriti penuh untuk mengiktiraf kedaulatan istana. Jika Raja-raja didapati telah bekerjasama dengan Jepun, atau lebih celaka lagi, jika mereka tidak bersedia untuk menandatangani satu set perjanjian baru yang melibatkan penyerahan semua kuasa istana kepada Britain, mereka akan diturunkan dari takhta.
Raja disindir dan dihina
Laporan Brigadier HC Willan tentang raja-raja melayu bertarikh 7 Oktober 1945, adalah satu contoh jelas perlaksanaan kuasa dalam bentuk penghinaan.
"Menurut pandangan saya, lebih baik mengadap Sultan Johor dahulu berkaitan perundingan untuk perjanjian baru. Saya fikir dalam keadaan sekarang, dia akan tandatangan. Dia sedar dan berasa amat bergantung kepada sokongan H.M.G."
"(Sultan Selangor) adalah seorang yang menyenangkan tetapi tidak mempunyai pendirian yang teguh. Ketika ini dia begitu gembira kerana British kembali ke Tanah Melayu dan mengiktirafnya semula sebagai sultan. Saya fikir dia akan tandatangan."
"Saya berpendapat Yam Tuan Negeri Sembilan sepatutnya ditemui berikutnya. Ketika ini dia mengalami kemurungan dan agak khuatir memikirkan bagaimana negerinya akan pulih semula. Dalam keadaan ini dia bersedia untuk menerima perintah dan bukan sekadar nasihat....".
Akhirnya kerana bimbang diturunkan dari takhta dan digantikan dengan orang lain yang bersedia untuk bekerjasama dengan British, kesemua 9 raja-raja melayu menandatangani Perjanjian MacMichael. Berlakulah penyerahan semula kedaulatan dan kuasa mereka kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam melayu.
Onn Jaafar Biadap
Langkah pertama British ini dalam menjayakan perancangan penubuhan Malayan Union telah menimbulkan kemarahan puak nasionalis melayu yang sedang berkembang pada ketika itu.
Bagaimanapun pengkaji mendapati, mereka tentang Malayan Union bukan kerana risaukan raja-raja hilang kuasa tetapi mereka risaukan cadangan British untuk memberi kerakyatan kepada kaum bukan melayu yang dilahirkan di Tanah Melayu.
Jelas apa yang menggerakkan puak nasionalis ialah tanggapan bahawa cadangan ini adalah satu ancaman kepada orang-orang melayu. Mereka tidak risau ancaman kepada raja-raja melayu. Malahan Onn Jaafar diketahui memiliki pandangan yang negatif terhadap raja-raja. Semasa zaman mudanya beliau pernah menulis artikel-artikel yang mengkritik keras raja-raja melayu di dada-dada akhbar.
Onn Jaafar dan Umno biadap
Pada 30 Mac 1946, raja-raja melayu berkumpul di sebuah hotel untuk menghadiri upacara perlantikan Gabenor Sir Edward Gent.
Dalam biografunya mengenai Tunku Abdul Rahman, Harry Miller menyatakan, "Petang itu Onn sendiri bertemu raja-raja dan menyampaikan mesej dari Umno. Mesej itu menyatakan rakyat tidak mahu raja-raja melayu menghadiri majlis perlantikan gabenor dan mereka sepatutnya berhenti dari mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa upacara yang berkaitan Malayan Union."
"Seterusnya mesej itu menzahirkan jika raja-raja melayu berkeras untuk bertemu gabenor baru, mereka akan disingkirkan oleh orang melayu, yang sedang berjuang habis-habisan menentang Malayan Union."
Beribu-ribu ahli Umno menunjuk perasaan di hadapan hotel yang didiami oleh raja-raja dan menyorakkan 'Daulat Tuanku!' dan 'Hidup Melayu!'.
Tulis Miller, "raja-raja melangkah turun ke arah anjung besar hotel yang telahpun dipenuhi penunjuk perasaan yang mengangkat sembah kepada mereka. Suasana yang menyentuh perasaan. Tetapi ada pemimpin Umno yang mendedahkan kemudiannya, kami bawa raja-raja turun ke bawah untuk mengajar mereka. Mereka bernasib baik kerana kami tidak menghapuskan istana sepenuhnya selepas mereka menandatangani Perjanjian MacMichael. Pada masa itu, kami beritahu kami akan menyokong mereka."
Umno dan British sama-sama Biadap
Raja-raja umpama tersepit di celahan batu, antara tekanan penjajah British dan kemaraan nasionalis melayu. Mereka mengutus aduan ke Pejabat Jajahan di London menyatakan mereka dipaksa menandatangani Perjanjian MacMichael.
Kemudian mereka memboikot majlis perlantikan gabenor dan menjarakkan diri darinya di tempat awam (padahal dalam masa yang sama mengekalkan hubungan mesra di luar pengetahuan awam).
British akhirnya menyedari penentangan hebat akar umbi terhadap Malayan Union dan menarik balik rancangan itu.
Persekutuan Tanah Melayu -kompromi skim perlembagaan pada 1948- menyaksikan British melantik penasihat-penasihat yang benar-benar sekadar penasihat. Kuasa eksekutif di negeri-negeri diserahkan kepada menteri besar.
Namun begitu, raja-raja melayu masih bimbang kalau-kalau mereka akan diturunkan dari takhta oleh Umno. Onn Jaafar tidak dapat meyakinkan mereka sepenuhnya bahawa ini tidak akan berlaku.
Dalam surat Sir Malcolm MacDonald kepada Sir Henry Gurney pada 15 Disember 1949, "Masa saya berborak dengannya pada 12 Disember 1949 yang lalu, Dato' Onn memberitahu tentang perbincangan terbarunya dengan menteri-menteri besar......Mereka bertanya sama ada Onn bercadang untuk menyingkirkan raja-raja melayu dalam tempoh terdekat. Onn menolak tanggapan itu dengan tegas. Katanya, jika ada kewajaran, dalam keadaan-keadaan tertentu, ramai raja akan disingkirkan kerana kaum melayu yang hendakkan sebegitu."
"Tetapi ia tidak akan berlaku sehingga satu tempoh masa yang lama dan bergantung sepenuhnya kepada pendirian umum orang-orang melayu."
Sebelum Merdeka pun dah biadap
Bagi rakyat Malaysia segenerasi dengan saya, membesar dalam kekangan Akta Hasutan supaya tidak terlintas sedikitpun di dalam hati fikiran republikan, sudah tentu memeranjatkan apabila mendapati pengasas Umno tanpa segan-silu memberitahu menteri-menteri besar bahawa dia fikir orang-orang melayu satu hari nanti akan berkeinginan untuk menyingkirkan raja-raja mereka.
6 dekad berlalu, hari yang disebutkan masih belum terjangkaukan di fikiran.
Namun, dari waktu perundingan membentuk Perikatan dalam tahun-tahun pra-merdeka sehinggalah ke peristiwa-peristiwa hitam era 1981-2003 -ketika bendahara tidak engkar lagi sehingga panggilan ke3 untuk ke istana- raja-raja melayu menderita mengahadapi percubaan-percubaan untuk menghapuskan kuasa-kuasa mereka.
Saya akan membincangkannya dalam bahagian ke2 dan ke3 artikel ini.
Labels: EMAIL, UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 11, 2008
Isu persenda istana di Terengganu, PM tidak bertindak?
harakahdaily - [...] Tidakkah ini jelas satu double standard yang dicerminkan pemimpin Umno sekarang. Sedangkan peristiwa yang berlaku pada April 1993 bukan sekadar mencabar raja malah cubaan menolak institusi raja-raja.
Pemimpin Umno terbabit dianggap cuba mempengaruhi sekumpulan rakyat bagi membangkit kebencian terhadap raja-raja Melayu. Namun mengapa Perdana Menteri tidak bertindak agresif seperti sekarang,� kata seorang pegawai pencen.
Pada peristiwa yang mencatat sejarah hitam dalam institusi beraja di Kelantan itu kedengaran laungan Daulat Tuanku ketika menyambut ketibaan Tengku Ibrahim Petra pada majlis pemasyhuran Anugerah Pingat Emas Kecemerlangan Indera Petra.
Ketibaan beliau di Sekolah Rendah Kebangsaan Ketereh disambut meriah dengan iringan sirih junjung dan perarakan pulut semangat dan paluan nobat.
Antara pemimpin Umno Kelantan yang dikatakan terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit iaitu Datuk Annuar Musa yang berjawatan menteri ketika itu.
Seorang lagi bekas kakitangan kerajaan mempersoalkan mengapa pula isu menghina Sultan Terengganu dengan perkataan �natang� semasa isu pelantikan Menteri Besar tidak dihebohkan seperti sekarang.
Pemimpin Umno sendiri yang menolak pelantikan Datuk Ahmad Said sehingga mengugut mahu menyingkirkannya daripada parti.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Siapa Lebih Biadap Hina Raja Dan Sultan ?
amuraria alikram - [...] Satu ketika dahulu Umno semasa dibawah pemerintahan Mahathir berkobar-kobar menghasut dan menghina Raja-raja Melayu,satu demi satu raja-raja Melayu dimalu dan diaibkan berminggu-minggu disemua media pembodek dan diseluruh negara . Sehingga tahap kebiadapan paling hina sampai menabalkan seorang 'sultan' palsu disebelah pantai timur
Tetapi lebih menghairankan sehingga kini macam mudah lupa atau pura-pura lupa akan kedurjanaan ini tanpa sebarang penyiasatan dan tindakan ! Sehinggalah terjadi lagi kebiadapan yang paling kurang ajar (mungkin amalan dasar Umno) terhadap Sultan lagi dengan me'natang'kan pula seorang lagi Sultan oleh puak-puak yang sebenarnya binatang !
Sebuah parti yang konon mempertahankan institusi dan perlembagaan beraja tapi menjadi paling biadap tersohor terhadap Raja yang konon mereka sendiri cinta ! Sampai tahap mengeluarkan pepatah lapuk 'raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah' lagi! PM Malaysia sendiri pernah menghina dengan memberi watikah lantikan terhadap dua orang yang disanggah raja dan sultan selepas PRU-12 yang lepas !
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 10, 2008
Betulkah Umno Sokong Sultan ?
detikdaily - [...] Bercampur tidak percaya bila UMNO, samada pemimpin mahupun ahli biasa mereka, sibuk beriya-iya dalam membantah apa yang dikatakan penghinaan terhadap Raja Perak oleh Karpal Singh.
IB sendiri pun tidak bersetuju jika Karpal celupar dan biadap menghina kedaulatkan institusi Raja di Tanah Air kita. IB tidak kira samada penghinaan itu dilakukan oleh orang Melayu ataupun bukan Melayu.
Tetapi, IB terlebih amat marah bila keceluparan datang dari orang Melayu kita sendiri yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.
Malah, IB amat terkejut bila orang Melayu secara terangan menghina Tuanku Mizan kerana tidak memilih pemimpin mereka sebagai MB. Tuanku Mizan disifatkan sebagai binatang!
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 8, 2008
Si penderhaka yang mahu membela istana
harakahdaily - [...] Di masa yang sama, puluhan perajurit memegang kain pemidang bertulis "Kami mahu Deris binatang!", "Kami sokong Deris sebagai bendahara", "Kami tak mahu Md Said". Banyak lagi kain pemidang yang ditayangkan di hadapan istana. Semuanya berunsur menghina dan menderhakai istana.
Selepas menghantar memorandum bantahan, para hulubalang itu bergerak ke kediaman rasmi bendahara dan membuat pengumuman penting.
Antaranya, jurucakap hulubalang mahu calon yang dipersetujui Yang Dipertua parti hulubalang diangkat sebagai bendahara. Jika calon lain diangkat istana, maka para hulubalang akan memberontak dan paling kurang pun meletakkan jawatan.
Begitulah tekad hulubalang. Apabila dingatkan sang warta bahawa hasrat para hulubalang untuk meletakkan jawatan akan menyebabkan mereka kehilangan jawatan itu buat seumur hidup, maka jurucakap para hulubalang penderhaka itu pun dengan gugup gagapnya berkata: "Errr... kami akan mengkaji semula hasrat kami itu, kami acah-acah aja..."Kesudahan ceriteranya, hasrat para hulubalang itu tidak kesampaian, dan calon yang dipilih Majlis Pemangku Raja terus kekal sebagai bendahara.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 26, 2008
Surat CT kepada Rosol Wahid
Buletinonline
Dato' tentu masih ingat semasa seawal zaman reformasi ditahun 1998. Ketika itu Dato' bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, selepas sebelum itu dato' bertugas di Sek Men Matang, Hulu Terengganu."
Assalamualaikum,
YB Dato', semoga YB dato' didalam kesejahteraan dan berada dalam suasana ketenangan yang memuncak hendaknya.
Maafkan saya kerana menjenguk Dato' dengan surat ini.Bukan lah niat saya untuk menyerabutkan dato' dengan peristiwa-peristiwa lepas yang semestinya dato' sendiri tidak selesa untuk memperingatinya kembali.
Dato' tentu masih ingat semasa seawal zaman reformasi ditahun 1998. Ketika itu Dato' bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, selepas sebelum itu dato' bertugas di Sek Men Matang, Hulu Terengganu.
Dato' semasa itu adalah penyokong dan pendokong Dato' Seri Anwar Ibrahim,mati-mati Dato' pertahankan DSAI.Tak sudah sudah Dato' mengutuk Tun Mahathir ketika itu.Sementara Dato' membuat salinan bahan reformasi di laman web, salinan itu pula di bawa oleh isteri Dato' ke Pejabat Pertanian Kuala Berang untuk edaran teman-teman sepejabat beliau.Saya amat yakin tentu sekali Dato' Masih Ingat....Masihkah Kau Ingat.... more...
No2umnO - Aiiii .... toyer nye muka. Dah macam mengkuang layu. Ni surat CT, bukan SITI. Siti Nurhaliza nak buat ape bagi surat kat mengkuang nihhh...? Baik dia bagi kat wak. Heheh.....
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 25, 2008
APA YANG DIA SIBUK PASAL SELANGOR?
No2umnO - Artikel di hasilkan oleh pemimpin UMNO yang melawan YM Sultan T'gnu. Dalam bahasa lain, MELAYU DERHAKA. Korang masuk la lamannya "REFORMASI MAKLUMAT" tu....dan sila lah belasah cukup cukup. Melayu tak kenal di untung. Dah bagi betis nak kan peha. Kini cuba tunjuk pandai. Terengganu tak boleh nak handle, berangan nak kacau negeri Selangor.Janji Kosong & Angan-angan Mat Jenin Kerajaan Selangor
Rosolwahid - Sebelum Pilihanraya Umum 12 yang lalu,Parti Campuran Pembangkang iaitu PKR+PAS+DAP telah berjanji atau membuat manifesto yang cuba menawan hati rakyat Selangor apabila parti tersebut berjaya membentuk kerajaan baru maka ianya akan melaksanakan janji-janji tersebut.Antaranya memberi air percuma kepada seluruh rakyat Selangor untuk 20 meter padu yang pertama dan memberi hadiah rm1000 seorang kepada anak-anak Selangor yang cemerlang yang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.Tetapi apabila kita lihat sekarang, janji tersebut seolah-olah hanya tinggal janji sahaja.Menteri Besar, Tan Sri Khalid apabila beliau mengambil alih kuasa dari YB Dato Seri Mohd Khir Toyo mengumumkan bahawa pelaksanaan air percuma bermula pada 1 Mei.
Tetapi,apabila kita mendengar penjelasan sendiri daripada Ketua Pembangkang di Selangor iaitu Dato Seri Mohd Khir Toyo, jelas menyatakan hasrat tersebut ditangguh kepada 1 Jun.Di mana janji-janji manis beliau?Saya bukan ingin membangkit isu tersebut,tetapi saya ingin menyedarkan kepada rakyat agar menuntut janji tersebut kepada kerajaan yang baru dan kerajaan baru perlu bertanggungjawab di atas janji-janji tersebut.Kita boleh mengambil iktibar dan pengajaran di Terengganu apabila peralihan kuasa pada tahun 1999-2004 BN-PAS.Banyak manifesto yang dibuat tidak dapat ditunaikan dan hanya yang dapat menghapusan kutipan bayaran tol di Jambatan Sultan Mahmud. more....
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 5 comments
Apr 6, 2008
2 suspek kes kain rentang serah diri
B. Hairan
KUALA TERENGGANU: Polis Kontinjen Terengganu yakin dapat menyelesaikan kes membabitkan kain rentang berbaur hasutan berhubung isu pelantikan Menteri Besar Terengganu 16 Mac lalu, apabila dua suspek yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes itu, menyerah diri di Balai Polis Kampung Raja, Besut, pagi semalam.
Kedua-dua suspek berusia 20-an dan 30 tahun dari Besut itu menyerah diri kira-kira jam 8.30 pagi apabila mengetahui mereka dikehendaki polis berhubung kes kain rentang berbaur hasutan `Kami Nak Derih Natang' di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman, di sini 16 Mac lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata mereka ialah seorang pemandu lori dari Kampung Gertak Setarus, Besut berusia 20-an dan seorang pemuda juga penganggur dari Kampung Tok Sabah, Kuala Besut. more...
No2umnO - Polis serius atau berlakun? Tunggu je la...
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Mar 30, 2008
Lelaki ditahan kes hina Raja
KUALA TERENGGANU (B.harian): Polis menahan seorang lelaki berusia 20-an yang bekerja di sebuah sekolah memandu di Besut, tengah malam kelmarin kerana disyaki terbabit dalam kes hasutan berhubung isu pelantikan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Said.
Lelaki terbabit yang berasal dari Kuala Besut ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata lelaki terbabit adalah seorang daripada empat lelaki yang memegang kain rentang bertulis `Kami Nak Deris Natang' di hadapan kediaman Menteri Besar di Seri Iman, di sini, pada 16 Mac lalu. Deris adalah singkatan nama untuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.
Mohd Fauzi berkata, suspek dikenal pasti sebagai seorang daripada empat lelaki dalam gambar yang dirakam memegang kain rentang itu pada hari kejadian.
"Polis sedang mencari tiga lagi lelaki yang terbabit untuk membantu siasatan polis," katanya kepada Berita Minggu, di sini, semalam.
Labels: UMNO Derhaka
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
