tranungkite | ..."Saya dibawa tiga anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kelantan ke Kuala Lumpur. Perjalanan bermula jam 2 petang melalui Kuala Terengganu.
"Sepanjang perjalanan kami senyap tidak bercakap. Saya tahu polis hanya menjadi alat orang politik. Namun, terkejutnya apabila sampai di sebuah rumah banglo di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur ada empat lagi wakil rakyat PAS sudah berada di situ."
"Alangkah terkejutnya saya. Namun, kami senyap kerana tahu angkara siapa sebenarnya sehingga kami dibawa ke situ," kata bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur, Che Omar Mohamad, 82 ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.
Inilah cerita yang jarang diketengahkan bagi memperlihatkan wajah sebenar para pemimpin Umno (Perikatan ketika itu), semata-mata mahu merampas kerajaan Kelantan melalui tindakan bacul.
Ketika itu, pilihan raya kedua diadakan selepas merdeka. PAS mempunyai 21 wakil rakyat dengan kelebihan lima kerusi berbanding Perikatan. ... selanjutnya.
Nov 11, 2008
Umno peralat Cawangan Khas 'culik' 5 wakil rakyat PAS
Labels: Belit Polis, Belit UMNO, tranungkite
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 24, 2008
Enam anak berhenti sekolah di N.Sembilan kerana miskin !
tranungkite - [...] "Kesan kemalangan menyebabkan saya tidak boleh duduk terlalu lama dan berasa terlalu sakit di badan. Sebelum ini, saya berulang alik dari Tanjung Malim, Perak ke Kuala Lumpur ketika bekerja di sebuah bengkel membaiki televisyen.
"Selepas kemalangan, saya berpindah ke kampung mengambil upah membaiki televisyen, mesin basuh dan kipas angin dari rumah ke rumah," katanya. Mohd Mokhtar berkata, pendapatan yang tidak seberapa dan tidak menentu tidak mampu menampung keperluan harian menyebabkan empat anaknya tidak dapat meneruskan persekolahan.
"Malah, atas desakan kemiskinan, kami terpaksa memberikan tiga anak kepada orang lain untuk dipelihara," katanya. Siti Khalijah berkata, mereka sebenarnya mempunyai 10 anak iaitu enam yang kini di bawah jagaan iaitu Mohammad Noramin, 11; Mohammad Noriman, 10; Norida, 7; Mohammad Nor Azmi, 6; Mohammad Norimani Nordin, 4; dan Shima, tujuh bulan. "Seorang lagi anak kami dijaga ibu saya di Kepala Batas, Pulau Pinang," katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati rumah keluarga berkenaan hanya diterangi sebiji lampu kalimantang, tingkap rumah yang hanya ditutup kain buruk dan berlantai tanah. ... selanjutnya.
no2umnO - tahniah kerajaan BN kerana berjaya kurangkan jumlah orang miskin.
Labels: Belit BN, Kemiskinan, tranungkite
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 12, 2008
RTM, 62 Tahun Agen Kristian
tranungkite - [...] Sering berita atau rancangan RTM mengutuk kerajaan Turki dangan Britain dalam isu kerajaan tersebut enggan membenarkan wanita Islam memakai Tudung atau purdah tetapiApa kurang kerajaan hadhari sekarang dengan kerajaan turki, kerajaan britain ? Rupanya RTM dan angkatan lagi terpesong dari Islam.
Firman Allah Ta‘ala:
Tafsirnya: “Allah telah meletakkan laknatNya ke atas orang kafir daripada kaum Bani Isra’il atas lisan (lidah) Nabi Daud dan Nabi Isa bin Maryam. Yang demikian disebabkan mereka menderhaka dan sering melanggar batas. Mereka itu selalunya tiada larang melarang terhadap kejahatan yang mereka lakukan. Alangkah buruknya perilaku yang mereka lakukan itu.”
(Surah Al-Mâ’idah: 78-79)
Sementara hadis-hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam pula menyebutkan yang maksudnya: “Siapa yang menyaksikan sesuatu mungkar, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak berkuasa, maka dengan lisannya, jika tiada berkuasa juga, maka dengan hatinya dan yang demikian adalah selemah-lemah iman.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Maka selama ini RTM bole dikenali sebagai Radio Tv Murtad @kafir Laknatulah Patutlah Isteri isteri Bedolah, Najib tarak pakai tudung, Kalu pakai tudung tak bole masuk RTM Nauzubillah Min Zalik ...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: tranungkite
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 10, 2008
Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata !
cucumatkilau - [...] Apa yang lebih menggusarkan kita ialah sikap kerajaan yang kini beriya-iya benar memainkan isu perkauman dalam hal ketuanan Melayu. Rata-rata NGO yang berpihak kepada kerajaan kini kononnya sudah hilang keyakinan terhadap parti pembangkang dalam isu ketuanan Melayu. Mereka mengganggap kemenangan besar Pakatan Rakyat dibeberapa buah negeri baru-baru ini bakal menjerumuskan bangsa Melayu ke lembah kehinaan. Banyak isu yang dimainkan bagi meraih serta menagih simpati orang-orang Melayu. Antara isu yang paling panas sejak 100 hari kemenangan Pakatan Rakyat itu ialah isu DEB yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kemudian isu Lim Kit Siang yang mengarahkan ADUN DAP Perak memboikot majlis angkat sumpah. Selepas itu timbul pula isu Babi di Selangor, dan kini timbul lagi isu penghinaan terhadap Sultan yang membabitkan Karpal Singh.
Maka, mendabik dadalah Pemuda UMNO, GPMS serta lain-lain NGO kononnya ingin membela dan mempertahankan bangsa Melayu. Baru kini mereka sedar yang nasib bangsa Melayu itu perlu dibela. Sedangkan setelah 50 tahun memerintah negara ini, nasib bangsa Melayu terbiar dan tidak terbela. Kaum lain memonopoli ekonomi. Sedangkan orang-orang Melayu hanya layak untuk menjaga harta kaum lain. Orang Melayu hanya layak menjadi anggota polis dan tentera untuk menjaga keamanan dan harta kaum lain. Orang Melayu hanya layak menjaga kebersihan negara. Memang dapat kita lihat kebanyakan pekerja pembersihan bandar, penjaga tandas dan lain-lain lagi hanya orang Melayu yang terpaksa melakukan kerja itu. Berapa ramai kaum lain yang menjadi polis dan tentera? Apakah UMNO dan kerajaan sedar perkara ini. Orang Melayu hanya layak menjadi penganggur setelah menamatkan pengajian di mana-mana pusat pengajian tinggi di tanahair. Anak orang-orang Melayu hanya popular dengan isu Mat Rempit, penagih dadah di pusat serenti, pergaulan bebas serta gejala-geejala sosial yang lain. Malahan orang Melayu juga kini sudah berani Murtad gara-gara pemimpin UMNO yang kononnya mendabik dada untuk membela orang Melayu. Apakah mereka sedar akan semua ini, atau sengaja buat-buat buta?
Dalam isu sultan dan raja-raja Melayu pula, masihkah kita ingat pemimpin UMNO lah yang mempertikaikan imuni raja-raja Melayu. Bahkan yang terbaru juga isu perlantikan Menteri Besar di negeri Melayu Perlis dan Trengganu. Perlantikan sudah diperkenankan dan watikah sudah dikeluarkan oleh sultan negeri terbabit, masihkah kita ingat Pak Lah tidak merestui (Menghina) apabila mengeluarkan watikah lain untuk melantik MB pilihannya iaitu Shahidan Kassim dan Idris Jusoh. Kes ini akhirnya menyebabkan orang Melayu menyokong BN, dan memperlekehkan kuasa sultan. Maka akhirnya mereka berhimpun dan menyatakan kemarahan atas perkara ini. Hingga akhirnya mencetuskan pergaduhan serta timbullah kain rentang UMNO yang berbunyi "Kami Nok Idris Natang !!" yang ditujukan kepada sultan negeri terbabit yang juga merupakan Duli Yang Maha Mulis Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukankah pemimpin mereka yang mahu penyokongnya menghina sultann Trengganu dengan gelaran "Natang @ Binatang", tetapi hingga ke hari ini mereka tidak didakwa atau disabitkan dengan pertuduhan. Sepatutnya orang-orang seperti Pak Lah, Shahidan Kassim, Idris Jusoh serta kroni-kroninya boleh dituduh menghina kerana mereka juga mempertikaikan perlantikkan MB baru negeri masing-masing. Walhal watikah delah dikeluarkan dan dipersetujui oleh sultan (MPPR) negeri terbabit. Bukankah kes ini lebih besar dari isu Karpal sebenarnya....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Karpal Singh, tranungkite
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 9, 2008
Penasihat Laman TranungKite
tranungkite - Ramai dikalangan pengunjung, terutama pengunjung baru tidak menyedari bahawa laman TranungKite Online adalah laman kendalian Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun yang diamanahkan kepada Ketua Lajnah IT, saudara Nawawi serta beberapa orang di bawahnya. Turut serta bekas ketua Lajnah IT, sdr cybershot.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun sekarang ini di pimpin oleh Ustaz Jamaluddin Ibrahim al-Hafiz, mudir Madrasah BarulBayan. Beliau juga penasihat kepada laman TranungKite Online.
Saya tulis maklumat ini kerana saya melihat hampir keseluruhan laman-laman web yang dikendalikan oleh PAS memaklumkan atau war-warkan pemimpin mereka, tetapi TKO asyik cerita 'antarabangsa' hinggakan maklumat tempatan terabai..
Puji sedikit, Ustaz Ja, masih muda (terlalu muda..) tetapi tenang dan matang! Saya sempat bersama dengan 2 Ketua Pemuda, Ustaz Saiful Bahri Mamat dan Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani. Saya mula bergiat dengan Pemuda selepas Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli meninggalkan Pemuda...
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: tranungkite
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 8, 2008
ROMBAKAN BESAR-BESARAN LZS - PENGURUS AGIHAN LETAK JAWATAN
tranungkite
Oleh ibnukhuzaimah
"Lembaga Zakat Selangor akan mengalami satu rombakan besar-besaran dalam masa yang terdekat ini.
Pengurus Bahagian Agihan LZS, Zulkefli Abdul Hamid diberitakan kasualti paling utama dalam rombakan kali ini. Beliau yang pernah ditahan reman oleh Badan Pencegah Rasuah baru-baru ini di diberitakan meletakkan jawatan secara terhormat dalam rombakan ini.
Sehubungan ini, Pengurus Besar LZS, Ahmad Shahir yang juga telah dipanggil memberi keterangan dalam siasatan BPR masih dikekalkan sebagai Pengurus Besar LZS buat masa sekarang.
Rombakan ini melibatkan bahagian pengurusan pertengahan, bawahan dan pengurusan tertinggi Lembaga Zakat Selangor. Ia melibatkan hampir 30 orang kakitangan LZS.
Menurut sumber terdekat, rombakan kali ini melibatkan pertukaran kakitangan LZS ke wilayah-wilayah lain di Negeri Selangor.
Beberapa kakitangan LZS yang dihubungi mengesahkan akan rombakan ini. Sebahagiannya berpendapat rombakan ini adalah langkkah pro-aktif yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor untuk memulihkan semula imej LZS yang agak menurun sejak kebelakangan ini.
http://selangortoday.wordpress.com/
Labels: tranungkite
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 2, 2008
Raja Petra ke ISA ??
Adakah anda-anda semua bersedia untuk berkorban ? Berkorban demi seorang pemimpin yang mengorbankan dirinya untuk anda semua, tidak salah kita rapat bersama menentang penjajah era baru ini !!
Kita tunggu keputusanya. Jika positif ISA, marilah kita rapat umum untuk membebaskan beliau. Memang kita tidak mampu walaupun berkumpul, tetapi kita harus menunjukkan kesepaduan kita ! " selanjutnya di tranungkite
Labels: Raja Petra, tranungkite
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
Adakah kita yang dilahirkan Islam dapat berhujah sebegini?
tranungkite - Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macamtu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je ? kan elok ? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup
Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia . Perjuangan ku bermula semasa aku berumur 19 tahun. , Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik . cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai secretary….. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia " Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais ?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu , kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah oran Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam….. Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad , siapa Muhammad?.
Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan. more...
Labels: Artikel, tranungkite
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Apr 26, 2008
Tawaran terbuka kepada semua wakil rakyat dari UMNO
tranungkite - (...) Umum mengetahui bahawa kedudukan Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semakin goyah. Tekanan dari kalangan ahli UMNO yang mahu beliau berundur dari kerusi Presiden UMNO dan secara automatik dari kerusi Perdana Menteri Malaysia semakin meningkat. Ramai yang meramalkan beliau tidak dapat bertahan sehingga penghujung tahun ini. Ramalan yang paling popular adalah beliau akan dicabar pada pemilihan Disember nanti dan terpaksa berundur selepas itu yang akan mengakibatkan keadaan UMNO bertambah lemah dan kucar-kacir.
Keadaan kucar-kacir tersebut akan memberi peluang selesa untuk Dato' Seri Anwar Ibrahim melaksanakan rancangannya dan diyakini akan berjaya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam. Perdana menteri yang baru tersebut pastinya akan memilih kalangan ahli Parlimen yang menyokongnya untuk dilantik sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan mungkin juga jawatan Setiausaha Parlimen yang tidak mustahil akan diujudkan semula.
Peluang untuk menjadi Menteri dan timbalan Menteri ini terbuka kepada semua Ahli Perlimen termasuk dari kalangan UMNO kerana pastinya Perdana Menteri baru menginginkan sokongan yang paling kuat untuk memastikan kekudukannya tidak goyah terutama sekali dengan sokongan padu dari orang melayu yang kebanyakkannya datang dari UMNO. more...
Labels: tranungkite
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
