klpos - [...] Mursyidul Am Pas itu bagaimana pun menegaskan adalah menjadi hak peribadi Ahli Yang Berhormat Bebas itu untuk memilih haluan untuk kepentingan sendiri.
“Saya tidak fakir beliau akan berbuat demikian,” kata Nik Aziz ketika diminta mengulas kenyataan Ibrahim mengenai kemungkinan untuk melompat ke parti lain.
Ibrahim dalam pertemuan dengan Sinar Harian mengakui walaupun selesa dengan situasi sekarang sebagai wakil Bebas beliau tidak menafikan untuk beralih ke parti lain.
Dalam kenyataannya Ibrahim berkata lebih selesa dengan keadaan sekarang kerana berpeluang menyuarakan pandangan, kritikan dan sebagainya terhadap Barisan Nasional, Pas atau PKR.
Mengulas lanjut kenyataan Ibraim, Nik Aziz berkata:
“Apabila saya memberikan peluang kepada beliau untuk bertanding di atas tiket Pas saya tidak mahu dianggap mempergunakan beliau dan saya juga tidak mahu beliau mempergunakan Pas.
“Kami sama-sama bergerak. Saya mengembangkan Islam beliau pula memperjuangkan dan membangkitkan isu-isu yang disuarakan pembangkang.”
Nik Aziz berkata, Ibrahim tidak boleh dianggap mempergunakan Pas dengan bertanding di atas tiket Pas untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya umum yang lepas.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 12, 2008
"Ibrahim Ali akan berjuang bersama PAS" Nik Aziz
Labels: OKU Ibrahim Ali
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 11, 2008
Kemana katak nak melompat kali ini?
Ibrahim Ali akui tidak mampu bertahan lama sebagai anggota Parlimen bebas
utusmeloya - Datuk Ibrahim Ali hari ini mengakui beliau tidak mampu bertahan lama sebagai anggota Parlimen bebas dan terpaksa juga bernaung di bawah parti untuk melaksanakan tugasnya dengan baik.
Oleh itu, katanya, beliau kini sedang meneliti beberapa parti yang dirasakan “serasi” dengan pendirian dan pemikirannya namun tidak mahu terlalu gopoh untuk membuat pilihan yang sebaiknya.
"Saya sedar saya tak boleh selamanya menjadi wakil bebas, saya perlu juga ada parti kerana rakyat mula datang jumpa saya untuk minta bantuan.
"Tapi saya akan ambil masa untuk membuat keputusan, mungkin lima enam bulan lagi kerana saya juga mahu pilih parti yang boleh terima saya seadanya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabat menteri besar itu, hari ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: OKU Ibrahim Ali
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
PAS DITIPU SI KATAK LOMPAT
khatibwalwaasi - [...] Sifat kurang ajarnya yang pertama ialah mempertikaikan kunjungan TG Nik Aziz ke rumah Datuk Zaid Ibrahim setelah dilantik sebagai Menteri. Menuduh TG Nik Aziz berhutang kepada rakyat Kelantan dan perlu menjelaskan tujuan kunjungan tersebut. Seolah-olah satu dosa pulak apabila TG Nik Aziz menziarahi rumah Datuk Zaid Ibrahim.
Kurang ajarnya yang kedua ialah turut menghentam dan menghina Karpal Singh di Parlimen sebagai OKU. Isi perbahasannya banyak memihak kepada kerajaan BN. Seolah-olah dia pulak menjadi pendesak bagi pihak UMNO/BN dan menghentam pembangkang.
Kurang ajarnya yang ketiga mempertikaikan kononnya PKR membisu dalam isu Karpal Singh menderhaka kepada Raja. Isu sebenarnya ialah Karpal Singh hanya mengeluarkan pendapatnya berlandaskan undang-undang tentang isu yang berlaku di Perak. Media massa milik UMNO/BN saja yang membesar-besarkan serta memesongkan isu ini kononnya Karpal Singh menghina Raja dan mempertikaikan kewibawaan Raja-Raja Melayu.
Pada pendapat saya itulah sebabnya PKR tidak mahu terjebak sama dalam kemelut ini kerana jika PKR mengeluarkan komen dan komentar seolah-olah mereka juga turut terpesong dari isu yang sebenar dan menyokong fakta yang disebarkan oleh UMNO/BN melalui media massa milik mereka. UMNO/BN sengaja memperbesarkan isu ini supaya rakyat melupakan isu kelemahan Pak Lah dan pentadbirannya setelah kalah teruk dalam PRU12 dilanda tsunami politik.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: OKU Ibrahim Ali
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 9, 2008
OKU Serah Memorandum Bantahan
suarakeadilan - [...] Tindakan tersebut telah dilihat oleh MDD sebagai simbolik menghina golongan OKU di negara ini memandang pemimpin DAP tersebut kini masih menggunakan kerusi roda untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat yang berlangsung sejak 30 April 2008.Berikutan daripada tindakan menghina tersebut, wakil MDD yang hadir di Parlimen telah menghantar memorandum tersebut yang antara lain menuntut agar:
- Ahli YB yang berkenaan segera meminta maaf kepada seluruh golongan OKU di Malaysia.
- Meminta sebarang bentuk tindakan diskriminasi terhadap OKU di dalam Parlimen segera dihentikan.
- Menuntut sebarang tidakan disipin diambil terhadap Ahli Parlimen yang melanggar peraturan menghina golongan OKU.
- Menuntut supaya tiada sikap prejudis dilabelkan kepada OKU dimana setiap Ahli Parlimen sepatutnya menggunakan kedudukan untuk mengemukakan soal pembelaan golongan OKU sama ada dari segi pengangkutan awam, kebajikan kesihatan, pendidikan, pengangguran, komunikasi dan seumpamanya.
- Menuntut Parlimen supaya mesra-OKU.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Imej kemarahan OKU di parlimen
Labels: OKU Ibrahim Ali, Sidang Parlimen
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments