KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Beras. Show all posts
Showing posts with label Beras. Show all posts

Jun 24, 2008

Berbaloi undi BN

Radenjowo
Hari ni aku sedikit waras. Tapi aku mulakan dengan mukaddimah ... "CELAKA PUNYA BN !!!" .... Alhamdullillah, lega rasanya.

Itu dah kira waras kerana jika tidak, mungkin lebih teruk dari itu.

AKu nak cerita tentang kemungkinan beras ST15 naik harga. Korang pergi ke pasar atau kedai, korang takkan lihat beras ST15 dijual. Korang tau kenapa? Rujuk berita ini - Beras ST15 masih tiada di pasaran, 70% rakyat makin miskin

Beras ini adalah beras yang kualitinya rendah. 15% dari kandungannya di campur dengan beras hancur. Dikatakan semenjak beras naik harga, peratus permintaan telah melonjak kepada 50% sehingga 70%. Kalau dah tak der duit, beras ini menjadi pilihan. Option kepada jenis beras yang ada. Kalau sekampit 10kilo beras ST5 dijual setinggi RM32, mungkin beras ST15 ni dijual dengan harga jauh lebih rendah, sekitar RM20.00.

Maka petang ni ada pula berita yang lewat munculnya. Harga beras ST15 naik? - utusan Meloya.

Baca lapuran lanjut ....

Kerajaan tidak menolak kemungkinan terpaksa membenarkan kenaikan harga beras Super Tempatan 15 peratus hancur (ST15) sebagaimana diminta pemborong dalam masa terdekat.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ia bertujuan mengatasi jurang harga beras tersebut dengan beras jenis Super Spesial Tempatan 10 peratus hancur (SST10) yang terlalu tinggi.

Beliau bagaimanapun menegaskan, perkara itu masih dalam rundingan dengan pihak pemborong beras.

``Ia antara cadangan yang dikemukakan pemborong dalam rundingan kedua-dua pihak sebelum ini kerana mereka kurang berminat menjual beras ST15,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Usahawan Industri Asas Tani di sini hari ini.

Katanya, jurang harga yang terlalu tinggi menyebabkan bekalan beras ST15 mengalami kekurangan sehingga mencetuskan kerisauan rakyat.

``Terdapat pemborong merungut mereka jual beras 10 peratus hancur tidak untung dan sebab itu kita tengah berunding untuk melihat cara terbaik bagi mengatasi masalah itu,” katanya.

Harga semasa bagi sekilogram beras jenis ST15 yang merupakan barang kawalan ialah RM1.80 manakala beras 10 peratus hancur pula RM2.70 sekilogram....selanjutnya
Korang baca alasan menaikkan harga tu....aku ulang sekali lagi...
"ia bertujuan mengatasi jurang harga beras tersebut dengan beras jenis Super Spesial Tempatan 10 peratus hancur (SST10) yang terlalu tinggi."
Kalau dah Beras ST15 pun turut naik, maka tiadalah beras yang murah lagi akan dijual. Melainkan korang kutip padi, anginkan, di jemur, tumbuk dan di tampi untuk dapatkan beras. Tak payah pegi kilang untuk proses. Jika tidak, anda terpaksa mencari alternatif lain yang disaran oleh kerajaan. Samaada untuk memjadikan kentang dan keledek untuk jadi makan ruji anda yang baru. Merujuk kepada harga dan stok keledek dan ubi yang ada sekarang, aku rasa korang lebih baik makan pasir atau rumput di rebus dengan asam jawa. Kalau nak rasa lain sikit, korang campurkan dengan asam keping dan di toskan sebelum korang rebus.

Pada mereka yang gemar menyimpan barangan lama, elok lah korang 'framekan' beras untuk ditunjukkan kepada cucu cucu kalian 10 tahun akan datang. Beritahu pada mereka nanti, "ini lah beras yang kita pernah makan satu masa dulu".

Aku cuba untuk sabarkan hati bila menerima berita kenaikan harga barangan. Tapi sememang nya aku tak mampu. Sejak dua menjak ni, hati semakin membara, maruah rasanya sudah hilang, kesabaran sudah terbang. Rasa nak mencarut sepanjang masa. Minta maaf kepada pembaca kerana bahasa kurang elok kerana akhir akhir ini kerana kesengsaraan merosakkan akal fikiran.

Tahniah lah kepada mereka yang mengundi Barisan Nasional kerana jasa anda sekelian membuatkan bukan aku sorang yang sengsara, malah ramai lagi. Semuga tuhan buka lah hati korang dan menilai bahawasanya Barisan Nasional adalah parti BArang Naik. Korang dah kena batang hidung, anak makan pasir, baru tahu kenapa kita harus tolak parti pemalas, lembab dan tidak kreatif menangani masalah rakyat seperti ini.

May 19, 2008

200 demontrasi tuntut wakil rakyat serius bincang isu beras

harakahdaily - [...] Mereka menyifatkan perbahasan di Parlimen sekarang hanya berkaitan isu remeh seumpama dalam pasar.

Oleh itu mereka mahu anggota-anggota Parlimen terutamanya pembangkang bertindak mendesak kerajaan segera mengatasi kemelut kekurangan beras yang melanda negara sejak sebulan lalu.Image

ImageWakil penduduk, Mohd Monier Mat Din meminta anggota Parlimen yang dipilih rakyat pada pilihan raya umum lalu mengutamakan isu yang mencengkam negara sekarang.

Katanya, mereka kena fokuskan isu kekurangan bekalan beras yang disifatkan semakin mendesak.

"Jangan pula wakil rakyat pembangkang turut seronok di parlimen membahaskan isu remeh atau terikut-ikut dengan gelagat Umno dan BN yang sememangnya jauh beza ketika kempen dulu," ujarnya yang juga seorang blogger.

Katanya, rakyat bawahan terutamanya di pedalaman Kedah semakin sengsara kerana kekurangan beras dan harganya pula melambung tinggi.

Seorang lagi penduduk, Shamugam berkata, golongan miskin kian tertekan apabila harga beras tiba-tiba meningkat berkali ganda. ... selanjutnya.

May 15, 2008

Kekurangan Beras Dalam Negara 'Disengajakan'- Bernas

bernama - [...] Bernas, badan induk yang mengawal industri beras Malaysia, berkata antara sebab bagi kekurangan itu ialah kawalan yang dilakukan oleh pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan daripada kenaikan harga beras antarabangsa dengan hanya menawarkan beras SST (Super Special Tempatan) daripada gred S15 (yang mengandungi 15 peratus beras hancur).

Kenaikan harga beras antarabangsa juga menyebabkan pengilang tempatan membuat spekulasi bahawa harga beras tempatan juga akan naik, dengan itu mewujudkan persaingan untuk memperoleh padi.

Harga padi di Selangor kini sekitar RM1,000 satu tan metrik.

"Sebenarnya tiada kekurangan bekalan beras di dalam negara kerana pengeluaran padi tempatan kekal stabil dan Bernas telah mengimport lebih banyak iaitu kira-kira 221,421 tan metrik dari Januari hingga April tahun ini," kata seorang pegawai Beras pada taklimat kepada media. Kekurangan beras gred S15 yang lebih murah berlaku kerana hanya Bernas mengeluarkan dan mengawal harga gred S15.

"Secara keseluruhannya, kenaikan harga beras gred lain membawa kepada peningkatan permintaan bagi gred beras yang harganya dikawal. Pengeluar mee hoon dan produk berasaskan beras yang lain juga bertukar menggunakan gred beras yang harganya dikawal kerana lebih murah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Bernas Bakry Hamzah berkata disebalik kenaikan harga beras antarabangsa (yang kini kira-kira US$1,000 atau RM3,240 bagi satu tan metrik), Bernas masih menjualnya pada harga RM1,450 satu tan metrik kepada pemborong.

Walaupun keadaan itu menyebabkan kerugian, syarikat akan mengekalkan harga rendah supaya harga runcit tempatan tidak terjejas teruk oleh pergerakan harga di pasaran antarabangsa.

Katanya Bernas mampu berbuat demikian kerana ia membuat belian hadapan dan mengekalkan stok lebih daripada cukup. Bakry berkata keputusan kerajaan untuk membenarkan harga beras import diapungkan dalam pasaran tempatan akan membolehkan syarikat itu mendapatkan semula keuntungan..selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 14, 2008

Cadangan Makan Ubi Ganti Nasi Sindir Pemimpin Umno!

hermansamsudeen - [...] Cadangan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Dr Mahani Zainal Abidin berhubung pengambilan ubi keledek bagi menggantikan nasi ekoran krisis makanan dan kekurangan bekalan beras negara adalah tepat pada masanya.

Di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah serta Jepun, rakyat mereka hanya makan ubi sebagai makanan ruji dan gandum atau nasi adalah sumber karbohidrat yang kedua.

Membaca cadangan ini pada kali pertama, secara tidak langsung membawa memori kita semua mengimbas kembali zaman Jepun bila mana beras amat susah dicari. Pada zaman itu, nenek moyang kita terpaksa mengorek tanah mencangkul ubi. Dari spesis ubi kayu hinggalah spesis ubi keladi. Semua yang ada jadi rebutan.

Tamat sahaja zaman perang semuanya kembali seperti sedia kala dan beras makin mudah diperolehi. Sebaik sahaja negara Merdeka dari tangan British maka Umno ambil alih pemerintahan negara. Dari Parti Perikatan mereka membangun kepada Barisan Nasional...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 13, 2008

Syarikat asing kuasai BERNAS?

malaysiakini - [...] “Ini kerana jika niat mementingkan keuntungan akan dapat mendatangkan kesusahan kepada pengguna,” kata setiasusaha agung gabungan itu Muhammad Sha'ani Abdullah.

Beliau berkata, bidang strategik seperti pengeluaran beras tidak harus diswastakan seperti yang berlaku sekarang.

Wang Tak Co Ltd, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, sejak awal tahun lepas dilaporkan sedang menguasai saham Bernas sehingga lebih 25 peratus.

Syarikat tunggal pengedaran beras negara itu asalnya sebuah agensi kerajaan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) yang diswastakan pada 1996.
Muhammad Sha'ani berkata, Bernas seharusnya melaksanakan tanggungjawab kepada kerajaan dan pengguna untuk memberikan harga yang berpatutan.

Kerajaan, katanya, harus mengawal pihak pemegang saham agar keputusan yang diambil oleh mereka tidak dapat memanipulasi masalah kekurangan bekalan beras.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 12, 2008

Beli beras hancur perlu tunjuk kad pengenalan?

utusmeloya - [...] Selepas berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan bekalan, penduduk negeri ini kini perlu menunjukkan kad pengenalan dan menulis maklumat peribadi sebelum dibenarkan membeli beras super tempatan 15 peratus hancur.

Tinjauan Utusan Malaysia di kedai-kedai sekitar bandar raya ini mendapati, rata-rata pengguna tidak berpuas hati dengan tindakan yang dibuat oleh pihak pembekal kepada mereka.

Menurut seorang pemilik sebuah pasar raya, Aziz Mustapha, 55, dia tidak mempunyai pilihan melainkan mengikut kehendak pembekal yang memintanya mencatatkan maklumat peribadi pelanggan sebelum mereka boleh membeli beras gred tersebut.

"Macam-macam rungutan yang saya terpaksa dengar daripada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakan pembekal menetapkan syarat-syarat tersebut.

"Mereka mempersoalkan pihak kerajaan tidak pula membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini dan kenapa terlalu banyak syarat yang dikenakan sebelum mereka boleh membeli beras ini," ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 10, 2008

Gabem mahu kerajaan kuasai kembali 100 peratus saham Bernas

Mstar - [...] Pengerusi Gabem Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mendakwa saham Bernas kini dikuasai 30 peratus oleh sebuah negara luar dan badan itu tidak mahu Bernas berkongsi kuasa dengan pihak luar berkenaan pada suatu masa kelak dalam menangani halhal berkaitan komoditi itu.

"Saham-saham Bernas, kini sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia, telah dibeli secara konsisten oleh pihak tertentu sehingga mereka kini menguasai 30 peratus sahamnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Memperkasa Ekonomi anjuran Gabem di sini malam semalam.

Beliau meminta kerajaan menyediakan dana untuk membeli semula semua saham yang dimiliki oleh syarikat luar itu dan Bernas kembali dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.

"Ini juga untuk mengurangkan permasalahan beras selain lesen pengagihan beras diberikan secara saksama kepada bumiputera," katanya.

Abdul Rahim berkata Gabem mahu kerajaan memastikan agensi-agensi yang menjadi pelaksana Dasar Ekonomi Baru diwujudkan semula untuk kembali memainkan peranan mereka seperti PernasEdar yang mengedar bahanbahan binaan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 9, 2008

Kerajaan Cemas Bekalan Beras Tahan 15 Hari Shj.

suarakeadilan - KERAJAAN Thailand telah memperuntukkan 500,000 tan beras sebagai langkah kecemasan membantu Malaysia kerana simpanan beras negara sekadar mampu bertahan 15 hari sahaja.
Jurucakap kerajaan Wichainchot Sukchotrat berkata Menteri Pertanian Malaysia Mustapa Mohamed menemui Perdana Menteri Samak Sundaravej bagi membincangkan kecemasan tersebut.
“Ini sebagai persediaan menghadapi isu kekurangan bekalan beras,” kata Wichainchot kepada media.
“Thailand akan membantu memberi 100,000 ...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 3, 2008

Shahidah the rice killer

malaysiaflipflop - The idea behind the formation of Bernas was to assist our Malaysian Padi Farmers. At that time the farmers could only manage to earn around RM200 – RM300 per month. The intention was to help them increase their production and achieve the sum of RM1200. Sad to say when you give a cash cow to people like Shahidah, who have bottomless pockets you are in trouble. The earnings of these padi farmers dip to as low as RM60 per month. How to survive? Try feeding seven mouths with that sum and you can be slim for life.

Like Japan we can be self sufficient and even export our rice overseas. With all the resources and manpower, it is simply a shame that we have to buy from Thailand. more...

Apr 30, 2008

Bekas Ketua Pengarah Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) 1989 - 1992, Datuk Mohd Amir Yaakub berkata, hanya dengan cara inilah kerajaan boleh mengawal

Siasahdaily - (...) Bekas Ketua Pengarah Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) 1989 - 1992, Datuk Mohd Amir Yaakub berkata, hanya dengan cara inilah kerajaan boleh mengawal balik industri terpenting negara ini.

Industri padi dan beras negara telah diserahkan kepada pihak swasta apabila peranan LPN telah diserahkan kepada syarikat padi dan besar negara, Bernas pada tahun 1984.

Datuk Amir, ketika ditemui Siasah baru-baru ini, bersetuju dengan pendapat seorang profesor bahawa kerajaan telah tidak lagi menjaga kepentingan industri padi dan beras negara sejak 15 tahun yang lalu sebaik sahaja Bernas ditubuhkan.

Datuk Amir, dipenghujung keriernya selaku Ketua Pengarah LPN telah menulis satu iaitu pada 16 September 1992 telah menulis satu laporan khas kepada Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Datuk Ahmad Sarji Abdul Hamid bagi menerangkan kepentingan industri padi dan beras negara. more...

Apr 16, 2008

Rice millers hoarding rice, say wholesalers

Sun2surf - Rice wholesalers claim some millers are hoarding the grain or have jacked up the prices, resulting in wholesale price of local rice almost 40% higher than imported rice.

Oriental Daily News reported today local white rice (with 5% broken rice), which was supplied by millers at RM80 to RM82 per 50kg bag last month, has gone up to RM110 to RM115 per 50kg bag now.

Similarly, local white rice with 10% broken rice has gone up from RM75 to RM78 to RM105 to RM110 per 50kg bag.

Despite the hike in price, some millers have stopped taking orders, resulting in many wholesalers unable to get their supply.

"Some millers have switched off their handphones to avoid us. They are waiting for the next wave of price increase before releasing their stock," said a wholesaler, who believed the price of white rice will go up in the near future.

White rice mixed with 5% to 10% broken rice is not a controlled item.

A Malaysian Rice Wholesalers Association spokesman said some millers have taken advantage of the global hike in prices of rice to also jack up the price of local white rice which is mixed with 5% or 10% broken rice, especially in the last two weeks.

The spokesman said the wholesale price of local white rice, which has exceeded RM100 per 50kg bag, is about RM30 more than the imported variety.

This is because Padiberas Nasional, the sole licenced rice importer, has not increased the prices of rice despite the global rice price hikes lately.more...

Beras naik harga, siapa yang untung ?

cinaislam - Harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 10 peratus hingga 20 peratus sejak Ahad lalu, dipercayai berpunca daripada peningkatan harga beras global.Tinjauan mendapati beras Super Special 5% Tempatan jenama Jasmine naik antara RM3 hingga RM4 sekampit dengan harga terbaru RM15.90 bagi kampit 5 kilogram berbanding RM12.90 sebelum ini dan RM28.80 bagi kampit 10 kilogram berbanding RM24.80.

Namun begitu perlu saya ingatkan bahawa yang tidak mendapat manfaat langsung dari kenaikan harga ini ialah petani yang menanam padi itu sendiri. Setahu saya harga padi tidak pernah naik-naik sejak sekian lama.Malah mereka sendiri terpaksa menaggung resiko dengan membeli balik padi yang dijualnya dengan harga beras yang sangat tinggi berbanding padi yang dijual.

Selain itu kesan kenaikan harga barang sangat membebankan penanam padi sekarang akibat kenaikan semua bahan dan barang serta upah yang berkaitan dengan padi.more...

Posting terkini

Blog Archive