KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label klpos. Show all posts
Showing posts with label klpos. Show all posts

Jun 22, 2008

"10 MP BN diarah keluar negara elak lompat" PKR

klpos - Ketika tercetus drama politik di Sabah berikutan pengumuman Parti Maju Sabah (SAPP) bahawa mereka akan meneruskan langkah mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperhebat kempen mempamer kekuatan.

Ia mendakwa 10 ahli Parlimen (MP) Sarawak telah dibawa ke seberang laut dalam usaha menyekat mereka daripada meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PKR.

Timbalan presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali mendakwa mereka telah dibawa ke Beijing.

Tidak semua 10 orang itu akan menyertai PKR, katanya kepada pemberita selepas merasmikan perayaan Kaamatan PKR di sini hari ini.

Sebaliknya menambah, hanya dua dari mereka yang sepatutnya mengumumkan keluar BN, semalam.

Naib presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan bila ditanya sama ada beberapa MP di Sabah juga mempertimbang untuk menyertai mereka, berkata: “Ya, sudah tentu, adalah beberapa orang dari Sabah”.

May 12, 2008

Anwar jumpa wartawan jam 2.30 petang ini



klpos - KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang akhbar khas di pejabatnya Section 16, Petaling Jaya petang ini.

Sidang akhbar tersebut dijangka memberi tumpuan kepada pandangan Anwar mengenai laporan Suruhanjaya Di Raja mengenai Klip Video yang sudah diserahkan kepada kerajaan.

Selain itu, Anwar dijangka mengumumkan mengenai desas-desus berhubung 'penghijrahan' 17 wakil rakyat BN kepada Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, laman web Agendadaily mendedahkan Rabu ini 17 wakil BN akan menyertai Pakatan Rakyat. Laporan tersebut memetik sumber dari PKR.

May 8, 2008

"Pakatan Rakyat mampu bentuk k'jaan Persekutuan lebih awal dari 16 Sept'



klpos - PAKATAN Rakyat mampu membentuk Kerajaan Persekutuan lebih cepat dari 16 September ini, kata Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohamad Akin. Bagaimanapun, menurutnya, Pakatan rakyat mungkin menunggu sehingga 16 September sebagai simbolik kepada hari pembentukan Malaysia.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

Apr 19, 2008

UMNO NAK TIPU MELAYU ...... lagi

Parti-parti lawan diperalatkan lagi 'demi kepentingan Melayu'?


Umno biasanya akan memperalatkan isu "kepentingan Melayu" bila parti itu hadapi kemerosotan sokongan

Oleh Rustam A. Sani

Eksklusif PADA waktu itu, kerana yang kuat hanyalah PAS sedangkan kekuatan PKR dipandang remeh oleh Dr Mahathir. Para pemimpin PKR yang menghadiri perhimpunan di DBP itu malah telah diletakkan di suatu pojok yang hampir tidak dipedulikan Dr Mahathir. Tetapi kini, kerana PKR ternyata lebih kuat berbanding dulu, maka inisiatif Norza itu telah melibatkan PKR pula – malah melibatkan seorang tokoh besarnya, Naib Presiden Azmin Ali. - klpos for more

Apr 18, 2008

Anwar Ibrahim, Guru Asia

Former deputy prime minister Anwar Ibrahim delivers his returning ...klpos - ANWAR Ibrahim layak dijadikan guru oleh banyak ahli politik Asia. Ilham yang disajikannya melampaui apa yang ditunjukkan Deng Xiaoping, Kim Dae-jung, atau Benazir Bhutto.

Ia bukan hanya contoh terbaik tentang jatuh-bangun politik yang ekstrem dihadapi dengan penuh martabat. Tapi ia juga menunjukkan bahwa politik merupakan paduan tepat antara cita-cita kenegaraan yang berjangkauan jauh dan luas, landasan intelektual yang kokoh, dan pragmatisme yang diabdikan demi cita-cita itu.

Dengan gemilang ia menunjukkan bahwa amal politik haruslah dimulai dengan mengatasi rasa benci. Karir politiknya ditapaki dengan tahapan yang mantap, dan kemudian meteorik. Dalam usia 20-an ia menjadi tokoh mahasiswa paling menonjol, pada umur 30-an ia bintang politik Malaysia paling bersinar di generasinya.

Dalam usia 40-an, sarjana sastra dengan bakat beragam ini menjadi 'putera mahkota', wakil dari seorang perdana menteri yang amat kuat, merangkap menteri keuangan di sebuah negara yang ekonominya sedang tumbuh pesat. more...

Mar 27, 2008

Ada apa di White House Malaysia hari ini?

klpos

KECOH, ramai yang hendak tahu majlis apa yang diadakan di banglo besar berwarna putih di Jalan Langgak Golf, Jalan Ampang tempat kediaman rasmi anak raja dari Kelantan.

Pagi-pagi KLpos.com diberitahu bahawa tenggahhari ini ada perjumpaan Ketua-Ketua Bahagian Umno di rumah Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut maklumat tersebut, pertemuan tidak rasmi itu dianjurkan oleh Ku Li atas permintaan Ketua-Ketua Bahagian Umno terbabit.

Bagaimanapun, KLpos yang menghubungi orang kanan Ku Li diberitahu bahawa pertemuan terbabit memang diadakan.

"Ia antara ahli Umno dengan Ku Li, mungkin ada di antara mereka Ketua Bahagian, tetapi mereka hadir atas kapasiti ahli Umno, bukan atas jawatan masing-masing," kata orang kanan Ku Li terbabit.

Jan 19, 2008

Bila nama PM Malaysia tidak disebut

Beberapa orang tokoh korporat tempatan yang saya kenali tidak segan silu mengutuk Paklah. Ada juga yang bertanya, "Bila Anwar akan jadi PM?"

Seorang lagi yang memegang jawatan sebagai ketua pelaburan sebuah syarikat gergasi kerajaan Dubai berkata, "Selagi Abdullah menjadi PM Malaysia, kami tidak akan melabur, cukuplah!"

Bila nama PM Malaysia tidak disebut
klpos

PM UAE bersama marhaen dalam lawatan selepas hujan lebat melanda UAE

Oleh Fudzail

BERITA dibawah dari agensi berita WAM mengenai Forum Perikatan Ketamadunan (AOC) yang mana PM Malaysia, sebagai Pengerusi OIC turut serta berucap sebagai ahli panel. Kalau diukur dari segi kedudukan beliau sebagai pengerusi OIC dan Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Muslim, sepatutnya nama Paklah termasuk dalam senarai mereka yang berucap, seperti Erdogan, PM Turki. Tetapi PM Malaysia tidak disebut. Begitulah taraf sebenar Paklah di Timur Tengah. Paklah tidak punya populariti seperti Mahathir. Kedudukan sebagai pengerusi OIC juga sekadar pada nama.

More...

Posting terkini

Blog Archive