KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 12, 2008

Hindraf desak P Uthayakumar diberikan rawatan segera

Suarakeadilan - [...] Ko-ordinator Hindraf, S jayathas berkata perhimpunan aman terbabit diadakan bagi memberikan mesej jelas kepada kerajaan supaya memenuhi tuntutan mereka jika tidak mahu berhadapan dengan demonstrasi yang lebih besar.

Dalam pada itu, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah, selaku peguam yang turut hadir di perhimpunan tersebut mendesak kerajaan sekali lagi supaya membebaskan semua tahanan ISA dan membawa mereka untuk dibicarakan di mahkamah terbuka jika mereka benar-benar disyaki bersalah.

Sementara itu, di Penang, seramai tujuh orang ditahan oleh Polis kerana berhimpun secara aman di depan Plaza Gurney untuk menuntut perkara yang sama. Antara yang ditahan ialah Ong Boon keong, aktivis Penang Watch, Satia, seorang penulis blog, Lau Shu Shi (Koordinator Suaram Penang), TeH Chun Hong (Ahli Sekretariat SUARAM) , Sudhagaran Stanley (Hindraf Penang), Suparamaniam dan Vimal (peserta perhimpunan).

Suaram melalui kenyataan yang dikeluarkan mengutuk tindakan keras Polis menahan perserta perhimpunan tersebut dan berkata bahawa tangkapan yang dilakukan adalah bercanggah dengan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia.

Choo Chon Kai, Sekretariat SUARAM Penang berkata Polis telah melupakan tanggungjawab mereka yang sebenar untuk menjaga keselamatan dan harta benda rakyat sebaliknya menjadi pihak yang mengancam rakyat.

...selanjutnya [KLIK DI SINI]

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive