KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 12, 2008

Pertembungan tiga penjuru di Terengganu

siasah - [...] Pertembungan tiga penjuru antara kumpulan Umno Datuk Seri Idris Jusoh, Datuk Ahmad Said dan pembangkang yang diketuai PAS nampaknya tidak dapat dielakkan dalam politik Terengganu.

Yang jelas kedua-dua kumpulan dalam Umno itu cuba mendapat sokongan PAS dalam mempastikan agenda masing-masing berjalan dengan baik.

Terkini, Badan Perhubungan Umno yang dipimpin Idris sedang berusaha keras untuk mempastikan royalti minyak yang bernilai kira-kira RM1 bilion setahun kekal dibawah kawalan mereka.

Satu mekanisme sedang dibuat untuk membolehkan ia berjalan dengan lancar.Kumpulan penyokong Ahmad Said pula dikatakan sedang menggerakkan bahagian-bahagian Umno untuk membawa usul bagi mendesak Perhubungan Umno Terengganu meminta Pusat menyerahkan balik royalti kepada kerajaan negeri.

Ahmad Said mendapat sokongan enam dari lapan bahagian Umno di Terengganu iaitu Kemaman, Dungun, Marang, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Setiu.

Namun Idris agak kuat kerana mendapat sokongan dari Pemuda, Wanita dan Puteri di samping bahagian Besut dan Kuala Terengganu....selanjutnya [KLIK DI SINI]

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive