KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Belit Tajol Rosli. Show all posts
Showing posts with label Belit Tajol Rosli. Show all posts

Sep 2, 2008

Tajol tak mahu komen

"Tak payah komenlah" ... itu kata Tajol Rosli bila wartawan bertanyakan tentang hasratnya untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pada tempoh 31 Ogos. Berita lanjut ....

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar bawah) yang turut dihubungi berkata, beliau juga menunggu perkara itu berlaku, namun ia ternyata tidak menjadi kenyataan.

“Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak masih mempunyai 31 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) pada 31 Ogos. Tiada perubahan... tiada yang melompat (parti),” katanya.

Mohammad Nizar berkata, beliau ada bertemu dengan Tajol ketika upacara perbarisan Hari Merdeka peringkat negeri di Ipoh semalam, namun katanya mereka sekadar bersalam dan bertanya khabar.

“Saya jumpa beliau... saya tunggu juga kalau-kalau ada pengumuman yang beliau hendak lakukan tapi tak ada pula.

“Saya bersalaman... bertanya khabar dan ucapkan Selamat Hari Merdeka dan selamat berpuasa kepada beliau. Tiada pula tanda-tanda yang beliau akan menggulingkan kerajaan,” katanya.

Ketika ditanya kemungkinan Tajol mempunyai tarikh lain selepas ini untuk mengambil alih kerajaan pimpinannya, Mohammad Nizar berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

“Itu kenalah tanya dia. Saya tidak tahu kenapa ia tidak berlaku (ambil alih kerajaan)...ada perkara-perkara yang tidak tercapai.

“Namun, apa yang penting matlamat kerajaan Pakatan Rakyat pada hari merdeka adalah memerdekakan negeri Perak dari kejahilan dan semangat perkauman,”
katanya. - MStar

Aug 24, 2008

Tajol Rosli pulak bersumpah

Wallahi, Wabillahi, Watallahi ... hari ini Tajol Rosli pulak bersumpah. UMNO diserang virus bersumpah. Bertabur tabur sumpah mereka dan tak terkutip lagi. Lepas ni buat satu buku directory sumpah pemimpin UMNO. Mungkin boleh jadi koleksi tahun 2008. Musim durian dah habis, musim sumpah sepanjang tahun.

Bermula dengan

Sayfool sumpah di liwat,
Najib sumpah tak kenal Altantuya,
Puteri UMNO sumpah undi UMNO sampai kiamat
dan sekarang Tajol Rosli sumpah tak terbabit dengan penahanan EXCO perak.
Hangpa ingat sumpah ni boleh bua main main ka? Samdol punya UMNO. Depa pahamka pasal Islam?
"In the name of God, I have nothing to do with their arrest. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. I am not behind their arrest by the Anti-Corruption Agency," he said at a press conference at the Perak Umno building. - Nst
Demi Permatang Pauh ... sumpah pun sumpah la. Mungkin depa ingat, dosa masing masing dan dunia lain cerita, akhirat pun lain cerita.

Sekarang soal nak selamat kat dunia dulu. Akhirat itu ... soal kendian.

Jul 29, 2008

Selepas UMNO kalah, baru nak bergabung

MStar | Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, tawaran itu adalah bagi menyahut saranan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

"Umno Perak mahu memulakannya dengan langkah pertama ke arah penggabungan. Ini langkah awal elak perpecahan Melayu dan bagi mewujudkan kestabilan politik serta sebuah kerajaan negeri Perak yang lebih kukuh," katanya kepada pemberita di pejabat Umno Perak di sini.

Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dengan tegas menolak cadangan yang dikemukakan oleh Tajol itu.

“Pada PAS, kami akan bersama Pakatan Rakyat buat selama-lamanya. Kami tidak akan berpasangan dengan mereka (Umno). Kami adalah Pakatan Rakyat, komposisi PAS, DAP dan PKR," kata beliau pada sidang di sini.... selanjutnya.

Jun 26, 2008

Sikap buruk Tajol Rosli

Terima kasih kepada momo untuk rujukan blog yang merujuk kepada sikap sebenar bekas Menteri besar Perak, Tajol Rosli. Aku mungkin antara ramai pengguna yang tidak lagi berminat lagi dengan berita TV3. Maka banyak berita yang mungkin terlepas pandang.

Kekalahan memang memeritkan, tapi mungkin ianya sikap semula jadi pemimpin Tajol ROsli yang didedahkan, samaada sengaja atau tidak. Untuk mengetahui, sedikit petikan dari laman blog berkenaan.....agar rakyat yang tidak menonton, dapat menilaikan sendiri bentuk kepimpinan UMNO di perak Selama ini.

http://pdtpengkalanhulu.perak.gov.my/images/pentadbiran/16134457-778.gifsaiful-anis - [...] The anger of the certain BN's assemblymen especially Tajol Rosli (Ex-Perak's MB) against the method of PK's distributing goods without using the open tender system were totally can't be accepted despite the facts that these hardcore poor people's are needing the vital substances in urgency and they are the one who have no ability whatsoever to work or to cope with the risen of the fuel prices and other chain reaction items that affected by the soaring.

It was such a humiliated scene to see the BN's assemblymen rose from the chair and commented the Nizar's justification rudely by saying: "Kenape pulak nak beli terus, mereka nie bukannya dikategorikan sebagai mangsa banjir dan bencana alam untuk bagi cepat-cepat bantuan". I'd like to ask the question to Tajol: "How do you find these peoples aren't not supposedly of getting the goods in urgency? Why makes it so difficult of buying these goods to the poorest peoples? You've a lot of options to facilitate the goods. Why does your previous state government can make a direct purchase for the stationary items without undergo rigorous procedures of open tender system? Is it because of the 'mark-up' done by their own cronies that could 'give back' into your personal account?" ... selanjutnya.
Kalau selama ini tiada siaran terus menerus dibuat kepada Sidang DUN Perak, tahun ini kita merasa. Tahu perangai pemimpin UMNO satu persatu. Itu baru kes Tajul, sebelum ini kes lain pula.. Rujuk SINI

Jun 4, 2008

BN govt left RM700 million in Perak coffers

sun2surf - The former Perak government has shot down the Pakatan Rakyat (PR) administration's claim of shortage of funds, saying that it left RM700 million in the state coffers in the form of shares and bank deposits.

State Barisan Nasional chairman and former mentri besar Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali said: "Our government did not leave the state treasury in the red as alleged by the PR-led government. "

He said PR politicians are going around the rural areas claiming there are no funds left for development as the money has been used up by the former BN government.

"This wrong perception conveyed to the rural people has put the BN government in a bad light and I had remained silent for so long. Now I am going to speak my mind and clear all the wrong and misleading allegations," he told a press conference this evening.

Tajol Rosli said the PR government had also been harping about the RM8 million in development funds being used up by the BN state assemblymen within 75 days from January this year, just before the general election.

To this, he said: "There is a RM180 million development fund allocated and left by the former state government. If RM8 million was used up as reported in the press, then the PR should ask questions about the balance of RM172 million remaining with the State Development Officer (SDO)."... selanjutnya.

May 12, 2008

Saya Cabar Tajul Rosli Letak Jawatan

mindakembara - Bila saya terbaca berita bertajuk “Tajul Rosli sanggup letak jawatan ADUN Pengkalan Hulu” saya teringat kepada cakap-cakap YB Rosul Wahid yang membuat kenyataan yang sama untuk meletakkan jawatan bersama 21 ADUN di Trengganu sekiranya Idris Jusoh tidak dilantik menjadi MB.

Walaupun tujuannya tidak sama tetapi kedua-dua YB daripada UMNO ini sanggup untuk meletakan jawatan untuk membuktikan sesuatu. Rosul Wahid sanggup kehilangan jawatan ADUN untuk membuktikan kesetiaannya kepada Idris Jusoh manakala Tajol Rosli pula sanggup meletakkan jawatan kerana mahu membuktikan bahawa BN masih lagi berkuasa di Perak.

Satu ketika dahulu, terbayang di mata kita bahawa akan berlaku pilihanraya kecil secara besar-besaran di Trengganu kerana kesemua 22 ADUN BN akan meletakkan jawatan kerana kecewa dengan Mohd Said yang menerima perlantikan sebagai MB Trengganu yang baru. Bagaikan sudah tidak ada jalan lain melainkan dengan ugutan meletakkan jawatan beramai-ramai akan menyelesaikan kemelut dalam UMNO/BN Trengganu....selanjutnya [KLIK DI SINI]

Apr 27, 2008

Tajol Rosli didesak letak jawatan

tajol rosli 170805malaysiakini - (...) Setiausaha Umno bahagian itu, Abdul Rahman Md Som berkata salinan petisyen itu telah dihantar kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku presiden Umno.

tajol rosli 170805Bernama melaporkan, pada 14 April lalu, ketua bahagian berkenaan, Datuk Mohd Radzi Manan membuat kenyataan terbuka mendesak Tajol Rosli (kiri) meletakkan jawatannya secepat mungkin bagi membolehkan Umno Perak dipimpin oleh ketua yang lebih bersemangat.

Abdul Rahman berkata petisyen itu turut menyatakan Umno Kampar kesal kerana bekas menteri besar Perak itu tidak mengambil inisiatif selaku pemimpin untuk merangsang semangat ahli parti selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) di Perak dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu. more...

Mar 10, 2008

Tajol Rosli kunci pintu dan menangis


Tetamu: Hellooo !!! Dato' Tajol !! Ade rumah ke? Assalamualaikum ...(Dah. pindah ke?)

utusan.com.
IPOH 9 Mac – Kekalahan mengejut Barisan Nasional (BN) Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam merupakan sesuatu yang di luar jangkaan banyak pihak terutama Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Hulu dikatakan hanya mampu menangis di kediaman rasminya bersama penyokong dan pemimpin kanan UMNO negeri malam tadi.

Berita kekalahan demi kekalahan calon BN juga membuatkan beliau terkedu hingga enggan menemui orang ramai dan pihak media yang berkumpul di kediaman rasminya sejak pukul 8 malam.

Hasrat pihak media untuk mendapatkan reaksi dan ulasan mengenai kejayaan pembangkang juga terbantut apabila beliau tetap mengurung diri di dalam rumah tersebut.

Sehingga ke pukul 6 pagi ini, pihak media masih gagal mendapatkan sebarang komen daripadanya malah wartawan diminta beredar secara baik oleh penyokong-penyokong beliau.


Pihak media yang setia menunggu dan sanggup bersengkang mata akhirnya mengalah dan mengambil keputusan untuk beredar bagi melaksanakan tugasan lain.

Usaha mendapatkan komen daripada Tajol Rosli sehingga kini masih diteruskan tetapi malangnya rumah kediaman rasmi itu dikawal ketat polis malah telah dikunci bagi menghalang orang ramai dan media memasukinya.

Difahamkan, Tajol Rosli masih terkejut dan bersedih hingga enggan menemui mana-mana pihak bagi mententeramkan perasaannya. Beliau sebelum ini dilihat begitu yakin bahawa BN mampu sekurang-kurangnya mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 semalam, pembangkang berjaya membentuk kerajaan baru selepas menang 31 kerusi DUN manakala BN hanya mampu menguasai 28 kerusi.

Pembangkang turut menang di 11 kerusi Parlimen manakala BN memperoleh 13 kerusi.

Feb 19, 2008

A meet-the-people session turned ugly

thestar.com

IPOH: A meet-the-people session here led by Perak Barisan Nasional chief Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali turned ugly on Sunday night but the cool Mentri Besar slickly turned things around, thanking the hecklers instead for their actions.

The crowd in Buntong jeered the VIPs instead of cheering but Tajol Rosli then thanked a constituent for throwing an egg. That stopped them. The night had started well with 66 non-governmental organisations from the Ipoh Barat constituency gathering but chaos took over as soon as the VIPs took to the rostrum.

At first, only a few jeered the VIPs, including Perak MIC chief Datuk G. Rajoo and incumbent Buntong assemblyman Datuk Yik Phooi Hong, but the taunting soon grew more intense and physical.

Unhappy lot: The residents jeering the VIPs during the meetthe- people session in Buntong on Sunday night.
When Tajol Rosli, Rajoo and Yik were presented with garlands, an egg was hurled onto the stage, missing the VIPs.
At the same time, a man made his way up to the stage and charged towards the VIPs but the policemen managed to remove him.

Thanking the group for the egg and their jeers, Tajol Rosli said: “I was formerly a Youth leader, I’ve been president of the Malaysian Youth Council and Asian Youth Council. So this is nothing new to me, thank you very much.”

Tajol Rosli stressed that there were Malays in Malay-majority areas who were angry with Umno and Chinese in Chinese-majority areas who were also angry with the MCA and Gerakan.

“And of course when we come to an Indian area, there will be Indians who are angry with the MIC. This is because we are moderate parties. We do not only fight for a single race.

“I don’t only fight for the Malays, Yik does not only fight for the Chinese, the same for Rajoo who does not only fight for the Indian community.

“We fight for all races,” added Tajol Rosli, who was later swarmed by squatters handing him letters for their land application.

Tajol Rosli then introduced his two special assistants, telling those who had not given their letters to hand them over to his assistants.

Before leaving the function, Tajol Rosli announced that the Perak exco had, before the dissolution of Parliament, approved more than 40ha in Ulu Johan, Papan, for the relocation of 562 squatters from Buntong, which has the highest number of Indian voters in Perak.

Feb 18, 2008

Rumble in Taiping II

asmawi.blogspot.com

The rumble in Taiping has escalated from a headache to a migraine for DS Tajul Rosli, the Star reports today. Taiping was originally a seat "on loan" from Gerakan to PPP in GE2004 to allow Kayveas to contest, on condition that it will be returned to Gerakan in this coming election. Gerakan is not really losing, because it was, in return, loaned with another parliamentary seat from UMNO, Bukit Gantang.

Now UMNO is requesting Bukit Gantang back. So, it started a chain reaction with Gerakan insisting that it be given back Taiping that it lent to PPP. That leaves PPP with no seat to contest.

Don't ask me details on how UMNO could have given it Bukit Gantang seat last time. Foolish is an understatement. Now, Tajul Rosli is not only having headaches, but migraine. And Kayveas is adamant on sticking to his Taiping seat, come what me. He has in fact pre-emptively announced that he is staying in Taiping.

In another news, it looks that Pak Lah is hinting that Kayveas will be relocated elsewhere, if the PM's politicalspeak is looked into closely:

Let's see who can outsmart the other one better: Kayveas or BN leadership.

Jan 30, 2008

Mangsa Ribut Dizalimi


idhamlim

Kedatangan Menteri Besar Perak untuk menyampaikan bantuan di kawasan yang dilanda ribut dikaitkan oleh banyak pihak ada hubungan dengan sikap perihatin PAS lebih awal yang turun kelapangan dan menghulurkan bantuan segera berupa sedikit bantuan kewangan. Paling menyedihkan bantuan yang diberikan sangat sedikit dan tidak sama, malah tidak adil.

Keadaan ini solah-olah ingin melaga-lagakan masyarakat dan menggalakan perpecahan. Mana boleh tahan jiran sebelah yang tidak rosak teruk dapat RM 700, sedangkan mangsa yang rosak teruk dapat RM 300 sahaja. Sikap ketua kampung yang memilih kroni dan bulu nampak sekali. Paling menyedihkan ramai yang tidak dapat bantuan dengan alasan lambat menghantar borang. "terkejut biawak" bila ada yang tak terlibat sama-sama terima bantuan ?

Pengagihan bantuan yang dilakukan di Tebuk Hj. Musa dikatakan berbeza jumlah. Ada sampul sebanyak RM 150, RM 300, RM 700, RM 800 dan kelmarin ada sumber mengaitkan ada sampul sebanyak RM 60 sahaja. Persoalannya kenapa dengan bantuan yang kononnya "wang ihsan" kena berbeza antara rumah? Sebaik semua mangsa tidak mengira siapa dia dan dari parti mana sama jumlah bantuannya dan mestilah disegerakan. Ini sesudah 3 hari kejadian menyayat hati itu berlaku baru sampai bantuan.

Sepatutnya BN yang kononnya pandai memerintah dan mempersendakan tawaran " Negara Berkebajikan" dalam menifesto PAS membuktikannya. Yang jelas sikap pembohong dan temberang mereka sendiri dilihat oleh semua mangsa yang terlibat.

Sampul yang berisi dengan RM 800 dan &00 hanya ada 20 orang sahaja. Selain itu MB perak mendakwa sebanyak 119 (lihat laporan Metro)buah rumah. Sedangkan yang dapat dikesan oleh PAS hanya 60 buah sahaja. Inilah cara membilang pemimpin UMNO iaitu 2,4,6,8....sedangkan kita ikut bilangan yang betul 1,2,3,4....Malah rata-rata sampulnya RM 150 dan RM 300 sahaja. Kemana dan kepada siapa sebenarnya diberikan bantuan tersebut? Beberapa pihak yang ditemui mengiakan ada unsur penyelewengan dalam pengagihan bantuan ini.

Paling menyedihkan rumah yang dianggap paling teruk rosak dari sekian mangsa atau kita panggil "total loss" hanya menerima RM 300 sahaja. Adakah bukan zalim namanya?. Bila ditanya kenapa dia dapat sebanyak itu, dia mengatakan ketua kampung memberitahunya sebabnya silap maklumat kerana dia tidak hadir ke lokasi pengagihan bantuan. Bila ditanya kena dia berada dirumah, beliau mengakui dia juga diarahkan berada dirumah sebab MB akan melawat kerumahnya yang rosak teruk itu. Persiapannya bukan main sehingga pergi kesekolah dan memohon anaknya bercuti.

kalau begitu kata saya alasan itu adalah untuk "memperbodohkan " dia. Kalaulah begitu keadaannya sepatutunya MB sendiri yang bawa sampul yang lebih banyak , dan mungkin saja lebih RM 1000 untuk mengurangkan bebanannya.

Kini yang tinggal janji-janji dari MB dan yang lainnya, kononnya ada lagi bantuan yang akan disalurkan. Bantuan kelmarin kononnya pendahuluan dan banyak lagi akan diberi. Adalah janji hanya akan tinggal janji, atau kena tunggu datang ribut sekali lagi atau kena tunggu ikan keli bersisik ?

Kita amat berharap semua pihak mengambil pengajaran dari peristiwa ini untuk menjatuhkan pemimpin BN yang tidak amanah dan menzalimi rakyat yang ditimpa musibah ini. Sudah cukup lama kita memberi peluang untuk mereka memerintah, yang jelas ada "tangan -tangan hitam" yang mengambil peluang dari kesusahan orang lain. Ya Allah jauhkan hati kami dari menyokong atau cenderung dari orang sebegini, nanti kami akan disambar oleh api neraka Mu, sebagaimana Firman Mu. Aaamiin.....

Rujuk berita: Ribut Kencang Melanda Parit Buntar

Posting terkini

Blog Archive