KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 24, 2008

TIADA JAMINAN HARGA TURUN - Najib

MStar

(...) Najib berkata Majlis Harga Negara akan bertanggungjawab memantau, menasihati dan menyelia bagi kerajaan mengenai dasar harga, struktur pasaran kompetitif, kecekapan dalam skim subsidi dan pencegahan terhadap ketidakadilan serta amalan pakatan sulit perdagangan yang menjejaskan bekalan dan harga barang keperluan serta perkhidmatan dengan memperluaskan bidang tugas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Barang-barang Perlu sedia ada.

"Objektif utama majlis ini adalah untuk meminimumkan kesan kenaikan harga barang terhadap kos sara hidup dan penurunan kuasa beli rakyat," katanya. (Pooooraaaahhhhh !!!!)

Timbalan Perdana Menteri berkata penubuhan majlis itu tidak semestinya memberi jaminan harga barang akan dikurangkan kerana tujuan utama majlis adalah bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga stabil.

Inisiatif terbaru kerajaan itu merupakan kesinambungan usaha-usaha kerajaan dalam mengambil tindakan komprehensif dan berorientasikan tindakan dalam mengawal harga barang dan memastikan bekalan mencukupi.

No2umnO - Kerajaan mahu kekal kan fikiran rakyat bahawa TIADA YANG PERCUMA, TIADA YANG MURAH. Lantas bila kenaikan harga minyak dunia, kecoh satu negara. Bila harga turun, senyap macam tikus.

Bila Anwar berjanji turunkan harga minyak serta berikan kaedahnya, kenyataan itu dipermainkan kerana kerajaan tidak mahu rakyat berubah fikiran dari apa yang mereka nyatakan. Pemimpin Barisan Nasional mahu rakyat terus bayar, terus berbelanja dan terus menerima kenaikan harga.

Mahu turun harga minyak, mahu pendidikan percuma? Jangan berharap pada BN. Mereka lebih pentingkan diri sendiri dari kebajikan rakyat.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive