Assalammu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahirrahmanirraheem.
(Bulan Penuh 2012) - Saya tidak faham apa makna perkataan 'Tajol'. Datok saya sudah arwah, tidak sempat saya bertanya.
Masa saya kecil dulu, dia hidup lagi, dia ada bela beberapa ekor kerbau. Satu hari dia menebok lubang di tengah hidung kerbau jantannya untuk diletakkan tali yang dikat membulat. Di tali itu kemudiannya, dijadikan pangkal mengikat tali kerbau yang panjang-panjang tu.
Saya tanya, datok apa benda tu? Datok jawab, ini namanya 'tanjol' cu.
Tahulah saya benda tu namanya 'tanjol'. Sama ada 'tanjol' itu sama dengan Tajol Rosli yang meroyan di Perak, saya tidak tahu. Nak tanya datok; datok dah masuk dalam.
Terfikir pasal tanjol dan tajol ni selepas baca Pak Sin tulis http://alhusseyn51.blogspot.com/2008/11/igauan-tajol-tidak-kesampaian.html.
Sebab tak faham 'ketajolan' cerita itu saya pantun sahaja kepada Pak Sin.
kepala benjol digigit semut,
banyakkah Tajol dalam selimut?
Lepas itu, Pak Sin jawab pulak begini;
Cendol dibeli dari mamak
Tajol tak banyak, tapi menyemak
[melalui email]
Nabi Ibrahim Sebagai Seorang Ayah
8 minutes ago
0 comments:
Post a Comment