KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Sayfool suka liwat. Show all posts
Showing posts with label Sayfool suka liwat. Show all posts

Nov 29, 2008

Tiada bukti Saiful tiada penyakit

Munculnya Saiful sebelum kongres baru baru ni dah macam di rancang. Bila liputan hebat melibatkan musuhnya DS ANwar, Saiful pun terkedek kedek muncul.

Dulu... masa pilihanraya Permatang pauh, dia gi ke Masjid Wilayah untuk angkat sumpah. hebat .. siapa rancang agaknya? Hepppp .. jangan main tuduh tuduh.

Dan kali ni kononnya tujuan Saiful muncul sekali lagi untuk menafikan beliau masih hidup dan bersih dari sebarang penyakit kelamin. Wakakakka

Aku selak internet dan blog. apa yang memeranjatkan, tiada lapuran tentang kesihatan dirinya di tunjuk. Sekali lagi .. dia hanya buat pengakuan. Tiada lapuran kesihatan dari pihak yang bertauliah atau beliau tidak bogelkan diri untuk tunjukkan pada wartawan bahawa dirinya tiada berpenyakit .

Rujuk SINI.

OK ..... depan. Ok belakang..... selak sikit .... wakakakaka
Wakakakakakk ... kalau berani ...bogel. Wakakakak

Nov 27, 2008

Saiful ke JAWI sebelum Kongres PKR



Saiful datang ke JAWI nak pertahankan diri dari di fitnah .. Berita KLIK SINI
Hah .... sapa kat belakang tu? Jaga jaga.
Microphone pun jangan letak dekat sangat .. .Wakakakakakka

Masa Anwar bertanding di Permatang Pauh ... dia angkat sumpah.
Masa Kongres PKR dia pegi JAWI.
berapa upah bro?

Siapa fitnah Sayfool meninggal dunia?

Korang rujuk berita Malaysiakini.

Saiful Bukhari Azlan hari ini menafikan dakwaan yang disiarkan di lamanweb dan cakap-cakap bahawa dia kini terlantar sakit, menjadi lumpuh dan mengidap penyakit kelamin sehingga ke tahap saya telah meninggal dunia.
Ada orang kata Sayfool dah meninggal dunia ... Ish ish ish korang ni tak baik la cam tu.

Dah la budak tu bengong .. korang kata dia meninggal dunia plak.
Cukup la sekadar kata gila, bunting, barua, isim ke ...
Tapi jangan lah fitnah dia meninggal dunia.

Tak baik tau ....
Cian Sayfool .....
Wakakakak !!!!

Aduiiii ...senang nya kentut ... wakakakaka

Saiful di JAWI hari ini

Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) esok pada jam 11 pagi.

Hal ini diberitahu oleh salah seorang ahli keluarga Saiful ketika dihubungi mStar Online, petang tadi.

Menurut sumber itu, kehadiran Saiful adalah berhubung laporan tuntutan qazaf (tuduhan palsu) yang dibuat oleh Anwar terhadapnya di Mahkamah Syariah pada 9 Julai lalu.

Anwar pada 7 Ogos lalu turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara, di sini pada 26 Jun.

Sehubungan itu, Mohd Saiful telah diminta hadir memberi keterangan kepada JAWI berhubung tuntutan qazaf tersebut pada 19 Ogos.... more.
Bawak geran tanah Pahang tak?

Sep 30, 2008

Saiful ucap Salam Lebaran untuk MAMA?



hah ... .satu lagi benda pelik di buat dek Saiful selepas sumpak lakhnatnya. Orang tak buat benda cam ni ... dia ucapkan Salam Lebaran untuk Arwah ibunya ...

Kalau ikut akal bodoh aku ni ... DOA untuk MAMA ... dan salam lebaran untuk yang masih hidup. Ini dah terbalik.

tajuk artikelnya terbarunya....

Salam Lebaran Buat Mama


Dan sila beri komen. Atau aku yang bingung?

Sep 8, 2008

Ramlang nafi liabiliti

malaysiakini | ....Khamis lalu, Prof Madya Khairil Annas Jusoh dilaporkan berkata, barisan peguamnya mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ramlang dan dua lagi akhbar pro-pembangkang popular kerana mendakwanya mengatur sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Khairil Annas dilaporkan berkata, kenyataan Ramlang melalui temuramah dan artikel yang disiarkan itu, adalah amat tidak bertanggungjawab.

Khairul Annas merujuk kepada laporan "Najib dalang sumpah-Imam Ramlang Porigi" yang diterbitkan oleh Suara Keadilan edisi 27 Ogos lalu, rakaman video temuramah imam muda itu dengan Suara Keadilan Online (25 Ogos) dan artikel "Siapa malu besar di Permatang Pauh" (mingguan Siasah edisi 31 Ogos).

Ahmad Nizam bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu buat masa sekarang.

“Tidak ada surat (dari Khairil Annas). (Kita) tidak dihubungi. Jadi, tiada komen,” katanya.... selanjutnya.

Sep 6, 2008

Dr Osman tegaskan tiada tanda liwat pada Saiful

siasah | Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, doktor dari Hospital Pusrawi menegaskan, tidak ada sebarang tanda Mohd Saiful Bukhari Azlan diliwat ketika diperiksa beliau pada 28 Jun lalu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabat Majlis Peguam bersama dua peguamnya hari ini untuk mengesahkan laporan perubatan yang disebarkan sebelum ini.

Kenyataan Dr Osman hari ini memecah kebuntuan apabila beliau tidak membuat sebarang penjelasan selepas laporan perubatan yang beliau tulis tersebar luas sebelum ini.... selanjutnya.

Sep 5, 2008

Dr Osman: Pemeriksaan saya berkaitan liwat

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 06malaysiakini | ....Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam, doktor berketurunan Burma itu berkata prosedur yang dikenali sebagai 'per-rectal examination' adalah 'wajib' diketahui setiap doktor.

"Setiap doktor tahu bagaimana melakukannya, itu adalah amalan biasa (seseorang itu) tidak perlu menjadi pakar untuk melakukan pemeriksaan tersebut," katanya ketika menjelaskan bagaimana pemeriksaan itu dilakukan.

Dr Osman muncul semalam selepas 'hilang' selama lebih sebulan sejak laporan perubatannya, yang memutuskan bahawa Saiful tidak diliwat, telah dibocorkan kepada pihak media.

Berikutan itu, Hospital Pusrawi menegaskan bahawa Osman tidak melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas pesakitnya itu.

Saiful, 23, telah mendakwa bahawa bekas majikannya, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya dan kes itu telah dibawa ke mahkamah.... selanjutnya.

"Missing" Pusrawi doctor returns to clear his name



Sun2surf | ...."There have been a lot of media statements in Malaysia made by various individuals, and some of those statements have put me in a bad light both professionally and as a person. Please be assured that I had merely done my job as a doctor," said Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, who was accompanied by his lawyers M Puravelan and Yusri Kamaruddin.

His hastily-called press conference was held at the Bar Council premises here.

He denied leaking a medical report from Pusrawi that was made by him which declared that no evidence of sodomy was found in a physical examinatino of Saiful, the person who accused Datuk Seri Anwar Ibrahim of sodomy. ... selanjutnya.

Sep 4, 2008

Doktor Pusrawi mengaku akuan bersumpah miliknya

Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Hospital Pusrawi mengesahkan akuan bersumpah yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today adalah miliknya.

Beliau bagaimanapun mendakwa, penyebaran akuan bersumpah melalui laman web tersebut adalah di luar pengetahuannya.

"Saya bercuti selepas dinasihatkan Pusrawi dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar.

"Saya tidak terlibat dengan politik dan sesungguhnya akuan bersumpah saya adalah benar,’’ katanya pada sidang akhbar di Majlis Peguam di sini hari ini. – Utusan.

berita lain - Dr Osman tampil pertahan laporan kes liwat

Aug 28, 2008

Lakhnat sudah bermula?

"...Marilah kita memangil anak-anak kami dan anak-anak kamu,
isteri kami dan isteri-isteri kamu, din kami dan din kamu; kemudian
marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya
laknat Allah ditimpakan kepada para pendusta." (QS. Ali ‘lmran: 61)

dan ini yang di lakukan oleh insan yang mengakui diriya di sodomi,
“Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 dan pada hari tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

“Jika saya berdusta dengan perkara ini, saya berdusta dengan Allah S.W.T dan akan dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat.”
Dan .... semalam Pilihanraya di Permatang Pauh, di menangi oleh DS Anwar Ibrahim. Cuma yang aku ingin bertanya ... lakhnat sudah kah bermula? Dan sampai bila?

Aug 27, 2008

Terima kasih Saiful dan Mahasiswa UiTM…

 bmbupm | Jutaan terima kasih kepada Saiful dan juga mahasiswa UiTM yang keluar berdemonstrasi. Kerana anda, majoriti undi PKR di Permatang Pauh meningkat 2000 undi. Masa Wan Azizah dulu, masa PRU dulu, majoriti hanya lebih kurang 13 000 majoriti sahaja. Tapi, Anwar Ibrahim berjaya meningkatkan undi majoriti kepada 15000 lebih undi.

Terima kasih banyak-banyak kepada Saiful (budak yang bergelar mahasiswa yang tak malu mengaku diliwat Anwar tu la…) kerana beliau berjaya menambah undi kepada PKR di pilihanraya kecil di Permatang Pauh semalam. Juga terima kasih banyak-banyak kepada mahasiswa UiTM yang telah dijadikan kuda tunggangan UMNO di seluruh UiTM di Malaysia, kerana usaha anda berdemonstrasi dan mencetuskan huru-hara perkauman beberapa minggu lepas, telah memberi peluang kepada Pakatan Rakyat meningkatkan undi di Permatang Pauh semalam.... selanjutnya.

Aug 26, 2008

60% tak caya sumpah Saiful

Hampir dua pertiga masyarakat Melayu negara ini tidak mempercayai sumpah laknat yang dibuat oleh bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan sehari sebelum hari penamaan calon.

Kajian pendapat umum yang dijalankan oleh badan penganalisis pilihan raya tempatan Merdeka Center menunjukkan seramai 56 responden yang ditemui mengatakan mereka tidak percaya langsung dan agak tidak percaya dengan sumpah Saiful bahawa dia telah diliwat oleh Anwar.

Kajian itu dijalankan dari 22 hingga 24 Ogos sempena pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Aug 25, 2008

Najib kata sumpah Saiful mengikut Islam

heh bukan main mencelah lagi najib bila mufti wilayah persekutuan bersetuju dengan kaedah sumpah si Saiful.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, sumpah bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah mengikut Islam.

Katanya, perkara ini telah dijelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur petang tadi, Wan Zahidi berkata. beliau sangsi dengan kredibiliti Ramlang yang mengeluarkan fatwa atau bercakap mengenai sesuatu tanpa merujuk kepada kitab.

Menurut beliau, mana-mana individu yang ingin mengeluarkan sebarang fatwa atau hukum dalam Islam perlu mendalami ilmu yang terkandung dalam kitab-kitab Feqah bagi memperkukuhkan hujah mengenai sesuatu perkara.

Najib juga berkata, tindak tanduk Anwar untuk tidak bersumpah menimbulkan keraguan kepada pengundi.... selanjutnya.
Sibuk soal sumpah orang lain, bagaimana dengan sumpah tak kenal altantuya? Siapa saksinya dan cukupkah syaratnya?

Kalau cukup sekadar sumpah untuk elakkan diri ke mahkamah, semua orang akan akan bersumpah lepas rogol dan bunuh orang. Nak selamat diri di dunia, akhirat nanti lain cerita.

Kenapa Mubahalah perlu ada dua pihak?



Radenjowo

Malam tadi imam muda Ramlang Porigi ada menyatakan bahawa sumpah lakhnat Mubahalah perlu di hadiri oleh kedua dua pihak., lalu sumpah yang dibuat oleh Saiful di kira tidak SAH.

Kenyataan itu di sanggah oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan keraguan akan kredibliti Imam Ramlang.

Menurut Ramlang lagi, Saiful dikatakan tidak langsung rasa gementar kecuali tersasul sasul ketika mengangkat sumpah dengan membaca tulisan RUMI yang dibawa bersama.

Apa yang dapat kita simpulkan disini adalah,

Umat Islam sekarang sudah tidak takut pada Allah swt. Mereka lebih bimbang sesama manusia walaupun masing masing mengakui beriman pada Quran dan Rasul. Sedangkan perbuatan jahat yang dilakukan seperti tidak mengambil kira tentang anutan dan ajaran agama Islam. Lantas bersumpah sendirian dilakukan kerana tidak mahu berdepan dengan mereka yang difitnah.

Kerap yang berlaku, mereka yang menabur fitnah dan tohmah selalunya akan terkedu kedu di depan mangsa kerana rasa bersalah. Dan kalau merujuk kepada cara yang diajar dan di pelajari oleh Imam Ramlang itu berkemungkinan betul. Namun ... tak mustahil bahawa Sumpah itu SAH, tapi ...benar atau tidak, terletak kepada hati dan diri masing masing.

Kehadiran dua dua pihak perlu untuk melihat riak wajah dan keberanian mereka untuk berdepan antara satu sama lain. Tapi sekali lagi .... sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Ramlang, sumpah tidak mampu selesai masalah kerana mereka perlu hadir ke mahkamah kemudiannya. Sumpah tidak boleh menjatuhkan hukuman pada yang salah selain dari menyedapkan hati masing masing.

Kalau aku di dalam keadaan yang benar dan mengangkat sumpah, esok aku demam. Sekali lagi aku di tuduh kerana di laknat. Tak ke haru jadinya.

So .... fikir pakai logik akal dan sumpah akan benar benar berkesan kalau yang bersumpah itu benar benar beriman. Jangan siang sumpah, malam buat perkara di laknat tuhan.

Kononnya minta di laknat sedang kan dianya sudah lama di laknat. Apa ke bende?

Sekadar hiburan - Sumpah Pocong
Sekadar pengetahunan - Sumpah Pocong dalam politik di Indonesia

Mufti wilayan pula bercakap

Soal lain dua tak sebut .... tapi tiba tiba soal yang melibatkan kepentingan UMNO dan BN ... dia mencelah


Mstar |

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh pada sidang media sebentar tadi berkata, beliau sangsi dengan kredibiliti Ramlang yang mengeluarkan fatwa atau bercakap mengenai sesuatu tanpa merujuk kepada kitab.

Beliau menjelaskan, sumpah dibuat Saiful adalah sah di sisi Islam.

Sidang media itu bertujuan memperjelaskan tindakan Ramlang muncul dan memberi kenyataan di umum di sini malam tadi.

Anwar ketika bercakap pada sidang akhbar di Yayasan Aman - Pusat Operasi Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini tengah hari tadi berkata:

"Pengakuan ini merupakan satu lagi bukti bahawa wujudnya kempen politik kotor (dalam pilihan raya kecil ini). Dia (Ramlang) membantu memberi penerangan bahawa ada konspirasi jahat Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

"Sebab itu beliau betul-betul kelam-kabut (ketika pilihan raya kecil)."... selanjutnya.

Mufti Wilayah nak balas kenyataan Ramlang?

MStar | ...Dalam pada itu, mStar Online difahamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dijangka mengadakan sidang media di Kuala Lumpur pukul 2 petang ini.

Sidang media itu bertujuan memperjelaskan tindakan Ramlang muncul dan memberi kenyataan secara umum malam tadi.

Turut hadir di masjid tersebut ketika itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS, yang awal-awal lagi telah menegaskan cara Saiful bersumpah adalah salah.... selanjutnya.

CD Mubahalah Bersepah Di Permatang Pauh

msomelayu | ...Pembacuh kopi berusia 23 tahun itu hanya menjawab akan menjelaskannya di mahkamah. "Saua akan jawab di mahkamah... saya akan jawab di mahkamah." Jawaban mengelak begitu tentulah tidak memuaskan hati di kalangan wartawan.
Lagak pembacuh kopi itu mengingatkan kita kepada dua hamba Allah yang mempopularkan dua perkataan 'tidak relevan' dan 'correct...correct.." Hakim Augustin Paul semasa perbicaraan Anwar dalam satu kes melibatkan Anwar sering menolak hujah Anwar dengan mengatakan tidak relevan.

Manakala seorang peguam kanan pula dalam satu percakapan telefon dengan seseorang menyebut corret...correct bagi mengsahkan apa yang dicakapkan.

Apakah pembacuh kopi itu mempelajari tektik dan teknik sama dengan pemilik perkataan itu, Augustin Paul dan VK Lingam?

Dalam CD itu juga turut memaparkan wajah Imam Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ramlang Pogiri yang berada di sisi untuk mendengar pembacuh kopi melapazkan sumpah kemudian bersalam dengan budak pembacuh kopi itu.... selanjutnya.

Penjelasan Imam Ramlang pada 24/8/2008



dan pada semalam sebelum di pentas PKR. 'PEGAWAI Khas TPM Najib berjumpa Imam Ramlang di masjid pada hari Saiful bersumpah?' tonton video di bawah.



Di harap tiada lagi yang menyalahkan Ramlang selepas ini. Beliau sebenarnya tidak tahu menahu.

PKR denies bribing Ramlang

kamaltalk |
Parti Keadilan Rakyat has denied that they offered any monetary rewards to imam Ramlang Porigi for his frank testimony this morning.

He has been very earnest and impromptu. And as an imam, he has to tell the truth," said Azmin Ali at Yayasan Aman, PKR's by-election headquarters in Permatang Pauh.

Azmin was responding to questions after Ramlang who witnessed Mohd Saiful Bukhari Azlan swearing on the Quran in FT Mosque that Anwar Ibrahim had sodomised him raised doubts on the swearing.

At a mosque and then at two ceramahs before a press conference at the PKR's HQ in Permatang Pauh, Ramlang revealed that there were inconsistencies in the swearing.

Ramlang also revealed that he was only instructed to witness the ceremony by his superiors.

Azmin said that PKR leaders were only told at the last minute that Ramlang would be casting his doubts on the swearing ceremony.... selanjutnya.

Posting terkini

Blog Archive