KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Ayoyo Samy. Show all posts
Showing posts with label Ayoyo Samy. Show all posts

Nov 27, 2008

Vell Paari: Biar saya bersihkan Maika dahulu...

malaysiakini | ...Ketua Pegawai Eksekutif Maika S Vell Paari hari ini berkata beliau akan melepaskan jawatannya sebaik sahaja beliau dapat memulihkan syarikat pelaburan MIC itu.

"Niat saya ialah untuk membersihkan syarikat teresbut dan memulihkannya menjadi sebuah syarikat berasaskan aset yang kukuh dan kemudian melepaskan jawatan CEO.

s vellpaari samy vellu son"CEO baru kemudiannya akan dilantik menerajui syarikat tersebut. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, saya sentiasa membayangkan dengan jelas niat saya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata, semasa mesyuarat tahunan syarikat tersebut tahun lalu, lembaga pengarah Maika telah mencadangkan resolusi untuk menjual semua aset Maika dan mengagihkan lebihan perolehannya kepada pemegang saham..... more.
si kotor yang nak cuba jadi pembersih ... wakakakakak

Apr 29, 2008

'Samy Vellu ordered temple demolition'

exclusive In the second of a three-part interview, Dr Mohd Khir Toyo denies involvement in the demolition of the Rimba Jaya Hindu temple, claiming that MIC head S Samy Vellu had asked for this to be done.Malaysiakini

Rujuk Video: Khir Toyo

Melalui temubual antara malaysiakini dan Khir Toyo, beliau menyatakan bahawa Kuil yang dirobohkan di Rimba Jaya bukan arahan beliau sementara merujuk kepada punca dari Samy Vellu.

Menurut beliau di dalam temubual tersebut, selepas Deepavali pada 15 hb November, pada jam 11 lebih, samy vellu menalipon beliau dan memberitahu ianya kena runtuh pada malam itu juga kerana menurut kata Samy, Hindraf akan masuk dan melakukan upcara sembahyang. Katanya "Doing some ritual activities."...

Akhirnya Samy Vellu yang kena ...... Macam macam .... tolak selagi boleh. .... Aku tak salah !!!

Apr 4, 2008

Samy Vellu Ingin Pertahan Jawatan


Bernama - Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mengumumkan hari ini beliau akan mempertahankan jawatan itu bagi kali terakhir pada pemilihan parti Mac tahun depan.

Bekas Menteri Kerja Raya itu bagaimanapun berkata beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya pasti akan bertanding pada pemilihan presiden. Saya dah kata sebelum ini saya akan bersara selepas 2012.

"Tapi, saya tak akan bertanding lagi pada pilihan raya umum. Cukuplah tu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan buku ulang kaji UPSR kepada pelajar sekolah Tamil di sini.

Samy Vellu, yang kalah pada pilihan raya umum lepas bagi kerusi Parlimen kawasan Sungai Siput, berkata beliau mengalu-alukan sesiapa saja yang ingin mencabar beliau bagi merebut jawatan yang telah beliau sandang selama 27 tahun itu.

"Sesiapapun boleh bertanding, saya tak mahu kata siapakah yang akan bertanding dan sebagainya. Saya akan rasa amat gembira kerana boleh melihat kekuatan mereka," katanya.

Pada pemilihan Presiden MIC 2006, Samy Vellu menang tanpa ditandingi bagi kali kesepuluh berturut-turut dan menjadikan beliau orang paling lama menyandang jawatan presiden parti itu.

Samy Vellu berkata sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum atau pada 2012, beliaulah yang akan memilih calon bagi mewakili parti itu. Bagaimanapun, pemimpin MIC itu berkata kini, beliau akan menumpukan usaha ke arah membaik pulih parti itu di semua peringkat dan memulakan siri pertemuan dengan pemimpin peringkat akar umbi bulan depan.

Kata Samy Vellu, mesyuarat agung tahunan MIC dijangka diadakan pada Julai dan selepas itu, beliau akan mengambil langkah bagi menyusun semula jawatankuasa di peringkat negeri.

Beliau berkata MIC menetapkan sasaran untuk mempunyai sekurang-kurangnya 200,000 anggota muda dalam tempoh dua tahun akan datang bagi membolehkan parti itu meneruskan perjuangannya dan kekal relevan, setelah mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum bulan lepas.

"Kami mahu membaik pulih parti ini dan melihat perubahan dalam barisan kepimpinannnya," kata beliau.

Samy Vellu, 72, berkata kini beliau lebih gembira kerana dapat melakukan lebih banyak kerja dan memberi sumbangan kepada MIC.

Rujuk juga: Samy bersara lepas 2012

Mar 23, 2008

Ezam dedah akaun bank Samy

wmjpatriot

oleh Zulkifli Mohamed

RANTAU PANJANG : Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Ezam Mohd Noor, hari ini mendedahkan akaun bank milik Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, yang dikatakan ada hubungkait dengan kehilangan wang saham Maika Holdings yang pernah diperuntukkan kepada MIC untuk masyarakat India miskin.

Akaun 'Bank Of Commerce' itu bernombor 1402-0000168-00-2.

"Pada 4 April 1992, pengeluaran wang RM14.4juta, 'balance' RM11.4 juta , maknanya dalam akaun ada RM25 juta. Ini penyata akuan bank atas nama.....YB Datuk Seri S Samy Vellu.

"Saya hendak bagitau Samy Vellu, kalau tidak cukup bertarung di Ijok esok, saya boleh bertarung di Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan dia, saya pegang dokumen ini.

"Dia kena jawab, dalam ini juga (dokumen) ada fix deposit RM3.5juta, nama dia juga," jelasnya dalam ceramah kempen pilihan raya kecil N11 Ijok, dekat sini, semalam.

Menurut Ezam, transaksi bank tersebut semasa kes Maika Holding berlaku.

"Saya hendak beritahu rakan-rakan India, inilah rupa perompak."

Jelasnya bukan sahaja Samy, menteri-menteri Melayu seperti Raridah,Rahim Tamby Chik mahupun Lim Leong Sik juga terpalit dengan rasuah.

Sebab itu katanya pertarungan esok, bukan sekadar Barisan Nasional (BN) dengan Parti Keadilan tetapi pertarungan antara rakyat yang selama ini ditipu dan diseleweng oleh para pemimpin yang rakus.

" Sebab itu saya minta semua, pembangkang , ahli Umno ahli Gerakan, ahli MIC, kalau saudara rakyat, kalau saudara ada maruah, kalau saudara ada martabat, marilah bersama-sama kita, bersama PAS, bersama DAP dan seluruh Barisan Nasional, kita beri mesej kepada kerajaan Barisan Nasional…'enough is enough'." "

Mar 9, 2008

My friend is looking for VACANCY

ANNOUNCEMENT !!!

My friend is looking for a job. His education background is not that strong. He have been working with Malaysian Government more than 30 years. His last post is held was WORKS MINISTER with Malaysian Government. His Name is Samy Vellu. Pls Help him.

Attached is his portfolio

http://thecourtroom.stomp.com.sg/thecourtroom/images/MMM/day43_cctv.jpg

http://haxa.blogs.com/Protest111.JPG

The image “http://www.laughparty.com/funny-pictures/Toll-Booth-War-1140.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

His 'ID'
http://cache.virtualtourist.com/1/3089891-Transportation-Malaysia.jpg

Feb 19, 2008

SAMY TERPAKSA MENYANYI UTK PUJUK KAUM INDIA


Apabila Samy Vellu menyanyi...
utusan meloya

TERDAPAT 1,001 cara digunakan pemimpin bagi menarik perhatian pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-12.

Bagi Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu, beliau menyanyikan sebuah lagu Tamil ketika bermesra dengan rakyat di Taman Inderawasih, Prai kelmarin.

Lagu klasik berjudul Sollathan Nineikiren Mudaivillai (Saya ingin bersuara tetapi tidak berupaya) itu yang pernah dinyanyikan oleh P. Susaila mempunyai melodi dan lirik yang sangat indah.

Ia mengesahkan seseorang yang ingin menyampaikan hasrat hati kepada orang lain tetapi tidak mampu menyatakannya dengan kata-kata malah bimbang orang lain tidak dapat memahami hasrat dan perasaan hatinya.

Mungkinkah ia ada kaitan dengan kedudukan Samy Vellu dan masyarakat India sekarang?

No2umnO - Samy vellu nampaknya dah kena guna tektik filem Tamil. Nak tau samaada dia nyanyi sambil baring ngereng tak?

Feb 6, 2008

Samy rubbishes blogs of him not contesting

myunitedindians
Source : NST

MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu rubbished talk on the web blogs that he is being "forced" by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi not to contest in the coming general election.

In fact, said Samy Vellu, he and the prime minister have never discussed about election and candidates at all. "He has never asked me anything about elections or candidates and I have told him nothing. The day he (Abdullah) decides, he will call one by one all the component party leaders and discuss the candidates' list. But until now nothing of that sort has happened," he said after officiating the opening of Duromac's (M) Sdn Bhd's new premises in Bandar Kinrara, Puchong, near here yesterday.

He was responding when asked about a report on one of the blogs that reported that Samy Vellu in a recent meeting with the prime pinister is being forced by Abdullah to resign and not seek re-election in the coming general election.

In jest Samy Vellu said: "Yes. The prime minister told me not to contest in the year 2010. The stories (blog reports) are all work of mad people."

Samy Vellu described as “mad” the people whop spread lies over the Internet and short messaging system over handphones. "But the more they try to destroy the party the stronger we become," he said.

"I know there is one ‘fat mad man’ from Klang whose work is only these (SMS)," said the Works Minister.

On news reports that many aspiring candidates in Selangor were trying to get close to Samy Vellu in an effort to get a seat in the coming general election, the party president said: "Nothing of that sort. We will pick candidates who can work for the people. They must be of calibre and have the ability to serve. Just because they come and show their face to me more often it does not mean they will be picked to contest the general election."

Furthermore, added Samy Vellu the candidates list would have to be approved by the prime minister first.

No2umnO - Samy or No samy, makes no different to me. Doesnt me that no samy no toll. But NO BN, NO TOLL. Thats it.

Feb 2, 2008

Cerita pelik pagi Sabtu

Samy bimbang golongan miskin bandar tidak berumah
MStar

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengkaji semula dasar pinjaman perumahan bagi masyarakat berpendapatan rendah.

Katanya beliau akan bertemu menterinya Datuk Seri Ong Ka Ting tidak lama lagi bagi membincangkan perkara itu.

"Masalah itu perlu dibangkitkan terutama sekali bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah yang tinggal di bandar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Semula Setinggan Lebuhraya di Plaza Tol Mines Selatan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) di sini Jumaat.

Di majlis itu, seramai 239 keluarga setinggan daripada enam kampung di sekitar Lebuhraya Sungai Besi -- Kg.Tai Yew, Kg.Baru Salak Selatan, Sekolah Tai Thung, Kg.Melayu Muhibbah, Batu 4 Jalan Sungai Besi dan kawasan depan Kelab Lumba Kuda diberikan kunci penempatan semula di Pangsapuri Kos Rendah Permai.

Posting terkini

Blog Archive