KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 4, 2008

Samy Vellu Ingin Pertahan Jawatan


Bernama - Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu mengumumkan hari ini beliau akan mempertahankan jawatan itu bagi kali terakhir pada pemilihan parti Mac tahun depan.

Bekas Menteri Kerja Raya itu bagaimanapun berkata beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya pasti akan bertanding pada pemilihan presiden. Saya dah kata sebelum ini saya akan bersara selepas 2012.

"Tapi, saya tak akan bertanding lagi pada pilihan raya umum. Cukuplah tu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan buku ulang kaji UPSR kepada pelajar sekolah Tamil di sini.

Samy Vellu, yang kalah pada pilihan raya umum lepas bagi kerusi Parlimen kawasan Sungai Siput, berkata beliau mengalu-alukan sesiapa saja yang ingin mencabar beliau bagi merebut jawatan yang telah beliau sandang selama 27 tahun itu.

"Sesiapapun boleh bertanding, saya tak mahu kata siapakah yang akan bertanding dan sebagainya. Saya akan rasa amat gembira kerana boleh melihat kekuatan mereka," katanya.

Pada pemilihan Presiden MIC 2006, Samy Vellu menang tanpa ditandingi bagi kali kesepuluh berturut-turut dan menjadikan beliau orang paling lama menyandang jawatan presiden parti itu.

Samy Vellu berkata sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan sebelum atau pada 2012, beliaulah yang akan memilih calon bagi mewakili parti itu. Bagaimanapun, pemimpin MIC itu berkata kini, beliau akan menumpukan usaha ke arah membaik pulih parti itu di semua peringkat dan memulakan siri pertemuan dengan pemimpin peringkat akar umbi bulan depan.

Kata Samy Vellu, mesyuarat agung tahunan MIC dijangka diadakan pada Julai dan selepas itu, beliau akan mengambil langkah bagi menyusun semula jawatankuasa di peringkat negeri.

Beliau berkata MIC menetapkan sasaran untuk mempunyai sekurang-kurangnya 200,000 anggota muda dalam tempoh dua tahun akan datang bagi membolehkan parti itu meneruskan perjuangannya dan kekal relevan, setelah mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya umum bulan lepas.

"Kami mahu membaik pulih parti ini dan melihat perubahan dalam barisan kepimpinannnya," kata beliau.

Samy Vellu, 72, berkata kini beliau lebih gembira kerana dapat melakukan lebih banyak kerja dan memberi sumbangan kepada MIC.

Rujuk juga: Samy bersara lepas 2012

1 comments:

Anonymous said...

27 tahun pegang jawatan? takkan la ahli mic tanak rasa pemimpin baru kot. dah cukup lama tuh..

Posting terkini

Blog Archive