KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 4, 2008

Pengerusi Anak bidas pemimpin Umno

Harakahdaily - Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Se Malaysia (Anak), Mazlan Aliman mempersoalkan dakwaan pemimpin Umno kononnya 'Anak' memperdaya generasi ke-2 Felda dengan borang permohonan tanah.

Menurutnya, tidak timbul isu Anak cuba memperdaya generasi ke-2 sebagaimana didakwa, kerana memangnya menjadi matlamat penubuhan Anak untuk membela golongan itu di samping menjadi jambatan penghubung di antara Felda, peneroka dan generasi ke-2 Felda.

Mazlan menolak dakwaan kononnya Anak mengedar borang permohonan tanah bagi membolehkan golongan itu mendapatkan tanah secara mudah.

Katanya, apa yang diedar Anak adalah borang aduan serta butiran peribadi ahlinya yang ingin memohon tanah lot di dalam penempatan Felda.

Menurutnya beliau difahamkan banyak lot-lot tanah kosong di dalam Felda yang boleh dimohon untuk diusahakan oleh peneroka atau generasi ke-2 Felda tetapi malangnya Felda tidak memberi jawapan sebaliknya lot-lot kosong itu akan diambil dan dimajukan oleh Felda. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive