KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 4, 2008

Hasrat anak Kedah UKM temu MB di Halang

MStar - HASRAT mahasiswa mahasiswi anak kedah UKM tidak kesampaian apabila niat mereka untuk bertemu Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dalam majlis perasmian Makan Malam Darul Aman 2008 (MDA’08) anjuran Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah (PKMK) dihalang.

Makan malam yang dikenakan bayaran RM7 satu kepala tersebut diadakan bermula 7.45 malam pada hari Rabu 2 April 2008 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM.

Pada peringkat awal lagi, tiket makan malam tersebut dibeli dengan larisnya oleh mahasiswa mahasiswi Kedah kerana ingin bersua muka dengan Menteri Besar mereka. Tetapi malangnya, perasmi pada malam tersebut bukan Menteri Besar Kedah tetapi Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Dr Abdul Hamid bin Othman, Penasihat Agama Islam YAB Perdana Menteri.


Keputusan yang dibuat ini adalah satu penyalahgunaan kuasa sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKM. Alasan yang diberikan adalah parti politik tidak boleh dibawa masuk dalam universiti.

Alasan ini tidak munasabah dan tidak bertepatan dengan beberapa program yang diadakan di UKM sebelum ini. Buktinya, apabila YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dijemput merasmikan beberapa acara di UKM seperti Majlis Perasmian Institut Islam Hadhari, beliau yang juga merangkap Presiden UMNO dibenarkan masuk. Persoalannya, kenapa Pak Lah boleh, tapi Azizan tak boleh?

Selain itu, pada 15 Julai 2007, Puteri UMNO Serdang dibenarkan secara terang-terangan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan di Kompleks Bestari (sekarang di kenali sebagai Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh). Pada 29 Julai 2007 pula UMNO Serdang dibenarkan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).

Bahkan, tiada siapa yang menghalang mereka menggantung bendera putih merah berkeris dengan megahnya dari luar pintu pagar UKM hingga ke hadapan DECTAR. Alasan tadi tidak pula digunakan oleh pentadbiran UKM.

Persoalannya, kenapa UMNO sahaja yang boleh tetapi parti-parti lain tidak boleh? Inilah yang dikatakan sebagai ‘UMNO dominant’ yang meresap dalam pentadbiran universiti. PMUKM Aspirasi hanya berdiam diri tanda setuju terhadap isu ini.

Secara logiknya, jemputan Azizan Razak adalah bukan atas dasar beliau sebagai Pesuruhjaya PAS negeri Kedah atau pemimpin BA, tetapi atas dasar beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang diberi kepercayaan oleh rakyat Kedah dan diperkenan oleh Sultan Kedah.

Oleh itu, pendirian yang ditunjukkan seumpama tidak menghormati kerajaan Kedah dan Sultan Kedah. Sebelum ini, UKM telah dikhabarkan terlibat dengan penghantaran 1500 mahasiswa mahasiswi universiti ke Kelantan bagi membantu UMNO.

Di samping itu, dengan sikapnya yang membiarkan program-program hiburan melampau berleluasa di seluruh UKM, maka tidak hairanlah UKM dihujani dengan pelbagai masalah sosial.

Oleh hal demikian, dalam mencapai universiti bertaraf dunia, seseorang pentadbir universiti yang dipilih tidak sepatutnya bersikap double-standard dan tidak menyalahgunakan kuasa semata-mata untuk kepentingan peribadi dan pihak-pihak tertentu.

ANAK KEDAH TERKILAN

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive