KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 4, 2008

Pinjaman perumahan pembiayaan kewangan Islam mencekik darah?

Harakahdaily - Diarah membayar RM505,368.54, apabila bank hanya membayar RM10,000. Lebih malang beliau diarah membayar RM505,368.54 (sama dengan keuntungan berserta dengan jumlah yang dibahagikan kepada pemaju) dan lebih daripada itu, kos guaman pula mencecah sehingga RM17,450! Semua ini adalah kepada bayaran sebanyak RM10,000 yang telah dibuat oleh bank kepada pemaju projek yang gagal itu. Ini berlaku kepada peminjam-pinjaman perumahan sebuah perbankan Islam.

Ini adalah kisah benar. Abdul (bukan nama sebenar) memutus untuk memiliki sebuah kondominium pilihan keluarganya pada tahun 1997 melalui pembiayaan kewangan Islam. Abdul ketika itu merupakan seorang eksekutif muda yang berusia 31 tahun dan baru sahaja menaiki tangga kejayaan dalam kariernya selepas menamatkan pengajian daripada Universiti Islam Antarabangsa enam tahun yang lalu.

Abdul yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dan berlatar belakang dalam Ekonomi Islam ini, hendak memastikan dapat membeli kondominium untuk didiami oleh keluarganya.

Baginya, pembelian ini hendaklah bebas daripada sebarang riba yang dilarang dalam kepercayaan Islam. Memandangkan pembiayaan rumah cara konvensional ini dikenakan riba, dia memutus untuk membiayai pembelian rumahnya dengan menggunakan prinsip pembiyaan al-bay bithaman ajil (BBA) yang ditawarkan oleh bank terbabit. more...

1 comments:

Nizam said...

Betul wak, bukan sahaja pinjaman perumahan, pinjaman pribadi pun pinjam serupa jugak... saya pinjam 30K kena bayar balik 70K dalam masa 10tahun ... nangis wak

Posting terkini

Blog Archive