KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Bank Islam. Show all posts
Showing posts with label Bank Islam. Show all posts

Apr 4, 2008

Pinjaman perumahan pembiayaan kewangan Islam mencekik darah?

Harakahdaily - Diarah membayar RM505,368.54, apabila bank hanya membayar RM10,000. Lebih malang beliau diarah membayar RM505,368.54 (sama dengan keuntungan berserta dengan jumlah yang dibahagikan kepada pemaju) dan lebih daripada itu, kos guaman pula mencecah sehingga RM17,450! Semua ini adalah kepada bayaran sebanyak RM10,000 yang telah dibuat oleh bank kepada pemaju projek yang gagal itu. Ini berlaku kepada peminjam-pinjaman perumahan sebuah perbankan Islam.

Ini adalah kisah benar. Abdul (bukan nama sebenar) memutus untuk memiliki sebuah kondominium pilihan keluarganya pada tahun 1997 melalui pembiayaan kewangan Islam. Abdul ketika itu merupakan seorang eksekutif muda yang berusia 31 tahun dan baru sahaja menaiki tangga kejayaan dalam kariernya selepas menamatkan pengajian daripada Universiti Islam Antarabangsa enam tahun yang lalu.

Abdul yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak dan berlatar belakang dalam Ekonomi Islam ini, hendak memastikan dapat membeli kondominium untuk didiami oleh keluarganya.

Baginya, pembelian ini hendaklah bebas daripada sebarang riba yang dilarang dalam kepercayaan Islam. Memandangkan pembiayaan rumah cara konvensional ini dikenakan riba, dia memutus untuk membiayai pembelian rumahnya dengan menggunakan prinsip pembiyaan al-bay bithaman ajil (BBA) yang ditawarkan oleh bank terbabit. more...

Feb 22, 2008

MARI RAMAI RAMAI SAMAN TESCO

Ayam Tesco tidak halal!
isuhangat

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.

Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini. Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.

Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77. Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam. Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.
Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.

Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara’ dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam. Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan. “Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.

“Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus,” katanya.

No2umnO - Mana yang selama ini telah membeli dan berbelanja untuk membeli ayam di TESCO. ambil tindakan yang sama. Saman TESCO !!! Biar jadikan pengajaran kepada peniaga yang lain. Nak murah sangat .....nak makan BANGKAI rupanya. Nasib baik aku tak pernah beli ayam kat sana.

Jan 28, 2008

GEMPAR !!! YAHUDI SUDAH MASUK ISLAM

Terima kaseh kepada MRA yang mengirim pendedahan tentang Bank Islam Agen Yahudi kepada Tranungkite, Rujuk : Bank Islam Agen Yahudi



Hari ini aku cuba untuk meneliti kembali keratan artikel lama untuk melihat perkembangannya, dan menakjubkan ................. YAHUDI SUDAH MASUK ISLAM rupanya.



Klik untuk kepastian: http://www.bankislam.com.my/Pewani.aspx

Mungkin ada antara kakitangan BANK ISLAM yang melayari Tranungkite, atau ada pelayar yang mengirim kritikan tersebut sehingga Pihak pengurusan Bank Islam terpaksa atau dipaksa menukar imej DUIT SYILING YAHUDI yang tertera sebelum ini.

Tapi, sejarah mungkin mengajar kita AGAR sentiasa waspada bahawa yang bertudung itu bukan semuanya ISLAM. Malah kalau segala yang ujud di dalam tahun ISLAM HADHARI ini, maka perlu di perhalusi terlebih dahulu. Siang jadi IMAM, malam sentuh bahu. Yang haram boleh jadi halal.

Memandangkan ketika ini, Wang dari Singapura yang mencurah curah masuk ke Malaysia untuk segala projek pembangunan dan penstruktur semula perniagaan yang rugi, maka perlunya kita berjaga jaga.

Kerana ALPA, maka kita gagal membezakan antara WANG HARAM DAN HALAL KERANA STRUKTUR DAN BENTUKNYA ADALAH SAMA.

Jan 22, 2008

MESTI BACA: BANK ISLAM AGEN YAHUDI?

Bank Islam dah Jadi Agen Yahudi Isreal!tranungkite

Kiriman M.R.A.

Jika ada melawat laman Bank Islam, dalam promosi telah menayang logo Jata Yahudi Isreal yang boleh diperolehi di http://en.wikipedia.org/wiki/Emblem_of_Israel.

Perkara ini cukup serius dan perlu mendapat penjelasan daripada pihak Bank Islam sendiri. Sila lihat sendiri di bawah:-



Sila klik untuk besarkan!!
Sila semak disini : http://www.bankislam.com.my/Pewani.aspx

No2umno - Rasanya tindakan seperti ini bukan lah kesilapan, kecuali di sengajakan. Kerana itu pada awal lagi banyak kritikan tentang perubahan warna logo Bank Islam disuarakan. Malah ada juga yang menyatakan bahawa logo terbaru Bank ISLAM lebih merujuk kepada "BAN ISLAM". Malangnya ramai juga makhluk bodoh yang menyebelahi Pengurusan Baru Bank Islam, kononnya mahu melakukan perubahan dan mesra pengguna pelbagai agama. Melihatkan keadaan ini, rasanya ia sudah dirancang sejak awal lagi. Siapa kah disebalik semua perancangan ini?

Posting terkini

Blog Archive