KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Felda. Show all posts
Showing posts with label Felda. Show all posts

Apr 6, 2008

Gaji pekerja Felda di bawah paras kemiskinan


Kerani Felda
harakahdaily - Akhir-akhir ini, kejayaan Felda dalam meningkatkan taraf hidup sebahagian rakyat sering digembar-gemburkan. Tetapi sedarkah para pembaca sekalian bahawa ada kalangan pekerja-pekerja Felda yang seakan-akan dianaktirikan?

Sebagai contoh, gaji kakitangan bukan eksekutif seperti penyelia dan kerani berada di bawah paras kemiskinan, dengan gaji pokok RM700 sebulan tanpa elaun seperti Cola dan perumahan.

Nama Felda kononnya ke taraf global tetapi rakyat tidak tahu penderitaan kakitangan bawahannya. Malah kakitangan syarikat Felda terpaksa tinggal di kawasan pedalaman.

Sebenarnya pendapatan Felda banyak. Sebagai contoh, salah sebuah anak syarikat Felda iaitu Felda Plantations Sdn Bhd memperolehi keuntungan lebih RM1 bilion pada 2007 kerana harga komoditi sawit melebihi RM600 setan.

Bagaimanapun kakitangan Felda Plantations adalah di antara yang tersikit mendapat bonus tahunan. Tahun lepas ada kakitangan yang dapat hanya sebulan sahaja. Sedangkan syarikat lain walaupun punyai keluasan ladang 6,000 ekar mampu membayar bonus yang lebih tinggi.

Wang kumpulan Felda telah dibelanjakan secara boros sejak Felda diletakkan di bawah penguasaan politik, iaitu di bawah Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak. Pengerusi Felda kini ialah Tan Sri Dr Yusof Noor manakala Pengarah Urusan Felda Holding ialah Dato' Mohamad Bakke Salleh yang baru dua tahun dilantik.

Penindasan paling terkini adalah kadar kenaikan gaji tahunan pada Januari 2008. Ada kakitangan yang hanya dinaikkan gaji sebanyak RM40 sedangkan pegawai atasan yang bergaji melebihi RM10,000 menerima kenaikan gaji pelarasan sehingga 25 peratus.

Untuk makluman, gaji penyelia dan kerani di semua anak syarikat Felda seperti Felda Plantations, Felda Agricultural, Felda Technoplant dan lain-lain adalah di bawah paras kemiskinan iaitu RM700 sebulan, sedangkan gaji pekerja asing daripada Indonesia dan Bangladesh telah dinaikkan sehingga ada yang melebihi RM1,000 sebulan. more ...

Apr 4, 2008

Pengerusi Anak bidas pemimpin Umno

Harakahdaily - Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Se Malaysia (Anak), Mazlan Aliman mempersoalkan dakwaan pemimpin Umno kononnya 'Anak' memperdaya generasi ke-2 Felda dengan borang permohonan tanah.

Menurutnya, tidak timbul isu Anak cuba memperdaya generasi ke-2 sebagaimana didakwa, kerana memangnya menjadi matlamat penubuhan Anak untuk membela golongan itu di samping menjadi jambatan penghubung di antara Felda, peneroka dan generasi ke-2 Felda.

Mazlan menolak dakwaan kononnya Anak mengedar borang permohonan tanah bagi membolehkan golongan itu mendapatkan tanah secara mudah.

Katanya, apa yang diedar Anak adalah borang aduan serta butiran peribadi ahlinya yang ingin memohon tanah lot di dalam penempatan Felda.

Menurutnya beliau difahamkan banyak lot-lot tanah kosong di dalam Felda yang boleh dimohon untuk diusahakan oleh peneroka atau generasi ke-2 Felda tetapi malangnya Felda tidak memberi jawapan sebaliknya lot-lot kosong itu akan diambil dan dimajukan oleh Felda. more...

Mar 17, 2008

Pengurus FELDA Yang Tidak Bertamadun Sepanjang Kempen Pilihanraya

mtdpastglumpur

Kisah Felda menekan penyokong pembangkang di rancangan Felda bukanlah cerita baru. Tahun 80an dulu sudah banyak kedengaran cerita sebegini berlaku .Ramai peneroka ketika itu dibuang rancangan kerana terlibat dengan PAS khususnya.Pernah berlaku satu kes, seorang penyokong PAS di Jengka 23, rumahnya dikepung polis dan FRU bagai seorang penjenayah besar,beliau disingkir dari rancangan Felda semata-mata kerana berani menyoal soalan yang pedas kepada Menteri Tanah ketika itu iaitu Dato' Rais Yatim dalam satu sesi lawatan menteri berkenaan ke kawasan Jengka.

Hj Suhaimi Said peguam PAS ketika itu(sekarang Ketua PKR Bahagian K.Krau) mempertaruhkan diri beliau untuk menghadapi kerakusan pentadbiran Felda.Selepas Felda menghadapi berbagai saman dari peneroka ,kejadian singkir,tekanan ke atas peneroka tidak berlaku lagi.

Tetapi hari ini,mungkin generasi mentadbir Felda ini tidak teringat atau tidak tahu kisah 20 tahun dahulu.Mereka cuba mengulangi kesilapan yang sama.Semenjak Felda diletakkan di bawah telapak kaki TPM ,Najib Razak,Felda telah menjatuhkan martabatnya dengan menjadi lembu yang dicucuk hidung oleh Umno /BN untuk menekan penyokong PAS dan parti pembangkang yang lain.

Di Jengka dalam kempen pilihanraya yang lepas,terdapat pengurus yang melarang PAS cawangan menganjurkan ceramah di permis persendirian.Di Jengka 17 contohnya,Pengurus Felda mengarahkan PAS Cawangan mengadakan ceramah di dalam rumah tanpa pembesar suara.Pentadbiran Felda Jengka 23 pula meminta permit daripada PAS cawangan yang mengadakan ceramah dalam musim pilihanraya.Pengurus Felda cuba berlagak sebagai polis bertanya tentang permit.

Di Jengka 17 juga ,Pengurusnya mengarahkan Ketua PAS Cawangan menyerahkan laporan semasa dari pondok panas PAS berkenaan kedudukan pengundi yang keluar mengundi.Pengurus turut mengugut untuk memecat pekerja ladang Felda yang menyokong PAS.

Di Jengka 15,Pengurusnya cuba menghalang ahli PAS memasang bendera di atas tanahnya sendiri.Lebih memualkan ,Pengurus terang-terangan menyalahgunakan kuasanya membenarkan pimpinan pemuda Umno menggunakan Dewan Orang Ramai untuk melancarkan jentera pilihanraya pemuda Umno.

Tanpa segan silu pengurus berkenaan juga menghalang anak peneroka yang tidak menyokong BN dari masuk ke Dewan Orang Ramai untuk mendengar ucapan Dato Hishamudin Husin Onn,Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Ibu pejabat Felda juga dikatakan mengarahkan pejabat-pejabat Felda beroperasi 24 jam,macam Bilik Gerakan Umno! sepanjang kempen pilihanraya.Ternyata juga pentadbiran Felda lah yang memainkan peranan utama memenangkan calon BN di Jengka,Jenderak,Cini dan lain-lain kawasan Felda.

Soalnya adakah Felda telah menjadi satu parti politik baru komponen Barisan nasional?Atau adakah pentadbiran Felda perlu diajar seperti yang dibuat oleh peneroka Felda Kemahang 3?...(tukulbesi.blogspot.com)"

Posting terkini

Blog Archive