KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label pewaris. Show all posts
Showing posts with label pewaris. Show all posts

Nov 29, 2008

Satu lagi 'flying kick' untuk Pekida dan Pewaris

Ketuanan Melayu tidak lagi relevan - Mei Fun
Utusan
| Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan hari ini atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara.

Sambil menyokong kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengenai perkara itu semalam, beliau berkata, di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.

''Oleh itu kita sama-sama bangunkan negara,'' katanya selepas mempengerusikan dialog antara Exco Wanita MCA dengan 19 ahli bahagian Wanita, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Miri di sini hari ini.

Ditanya apakah pandangan Soi Lek itu selari dengan semangat UMNO yang menjadi ahli komponen dalam Barisan Nasional (BN), Mei Fun berkata:

''Kita tidak dapat memberi arahan supaya semua orang bersetuju dengan pandangan mereka.

''Biar mereka mempunyai pandangan yang tidak sama tetapi apa yang penting ada semangat kerjasama antara satu sama lain.... more.
Tu la .... orang kata cakap jangan berdego dego ... nanti kepala kena gelego.
Wakakakaka .... dah sinonim. Kalau Melayu tersepit, kena panggil pahlawan melayu. Pekida dan pewaris. Nama pun gayat. Tolooooonnnnn..... !!!!
Wakakakakaka

Nov 28, 2008

'Konsep Ketuanan Melayu tak lagi relevan'- Soi Lek

Bharian | ...."Rakyat kini tidak lagi dapat menerima konsep bertunjangkan hubungan antara tuan dan hamba. Kita tidak menolak kepemimpinan Melayu, tetapi tidak akan dapat menerima konsep Ketuanan Melayu.

"Negara ini perlu berubah dan maju ke depan, bukannya terus hidup dibayangi masa lampau. Apabila kita menolak Ketuanan Melayu, ia bukan bermakna kaum lain mencabar hak keistimewaan orang Melayu kerana ia termaktub dalam Perlembagaan dan tidak boleh diganggu-gugat pada masa ini," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Perubahan Politik di 'Kancil Speaker Series', di sini, semalam.... more.
Satu kuntau dari MCA buat Pekida dan Pewaris ....
Arwah ... .wakakakakak
Laaa ... aku cakap sorang ghupe nye.... diorang dah lari ... wakakakak

Nov 27, 2008

Hello Pewaris ... apa komen?

Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu
malaysia | ... Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah.

Katanya slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi.

Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu," katanya dalam ucapan penerimaan Anugerah Kancil di Petaling Jaya hari ini.

"Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini.... more.
Kita tengok kan silat pewaris dan pekida bila MCA sendiri tolak ketuanan Melayu .... .wakakakakakk
Lucu ... memang lucu.

Nov 26, 2008

Penguat kuasa DBKL diserang 20 tonto

bhairan | Dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera dibelasah sekumpulan 20 lelaki dipercayai tonto dalam satu operasi pemantauan di pasar malam Jalan Lombong, Cheras dekat sini, malam kelmarin.

Kumpulan itu dipercayai turut merempuh pintu pagar Stor Sitaan Direktorat Penguatkuasaan DBKL berhadapan dengan pasar malam berkenaan dalam kejadian jam 9 malam itu.

Mereka dikatakan tidak berpuas hati selepas 12 penguat kuasa menyita VCD dijual di pasar malam berkenaan.... more.
Suruh DBKL panggil PEWARIS .... wakakakakakak
Mesti hebat ... pendekar melayu terakhir ....wakakakak.
Tanjak siap streka@iron!!!!

Nov 25, 2008

Pewaris pejuang .. wakakaka [poooottt]

Image

Pewaris berjuang untuk Islam, Melayu dan Tanah Air. Uwekkkkkkk !!!
Korang ada masa 5 minit untuk muntah dan kentut sepuas puasnya.

Pulau Batu Putih, Projek Wilayah Iskandar ... dah gadai dah. Wakakaka
Bila Mahathir kata semua bangsa boleh jadi PM....Pewaris jadi bodoh macam tikus mondok.

Pewaris Sila Jawab soalan ni

Siapa yang memasuhkan kuota 30% untuk anak Melayu di Universiti ???.
Secara tidak lansung, keujudan IPTS yang bercambah, telah melenyapkan
Kuota ini. Jurang perbezaan tahap pendidikan antara Anak Melayu
dengan Bukan Melayu semakin jauh. Anak-anak bukan Melayu yang rata-
rata mempunyai kedudukan ekonomi yang lebih kukuh, mampu belajar di
IPTS yang tumbuh bagai cendawan. Sedang Anak Melayu hanya bergantung
kepada IPTA yang terhad tempatnya. Itu pun masih ramai anak Melayu
yang tak mampu. Kini jumlah pelajar anak Melayu dalam IPT tak sampai
5%.

Siapa yang telah meyekat anak Melayu daripada mendapat pendidikan
Tinggi dengan mengenakan" syarat wajib lulus bahasa Inggeris" Untuk
layak ke IPT ??? Syarat lulus ini telah menjejaskan peluang anak
melayu daripada luar bandar. Sekolah-sekolah Di luar bandar rata-rata
mempunyai kekurangan guru Bahasa Inggeris. Dan tidak pula di atasi
oleh Kerajaan. Siapa yang menggubal Akta Pendidikan 1995 dan
memansuhkan biasiswa untuk anak Melayu? Siapa yang menyekat royalti
Petronas yang boleh digunakan untuk membangunkan Terengganu (secara
lebih jujur dan amanah daripada kerajaan Wan Mokhtar yang banyak
merompak sebahagian besar RM7 billion royalti dari 1978 hingga Mac
2000) yang 95% penduduk ialah Melayu?

Siapakah yang telah mengharamkan tulisan Jawi kalau bukan Khir Johari
dan UMNO? Sehingga kita ini sudah tidak fasih tulisan Jawi. Syukur
kehadrat Illahi kerena berkat perjuangan PAS dan NGO Islam lain,
akhirnya tulisan Jawi yang merupakan identiti dan jatidiri Melayu
dapat diujudkan dan digunakan secara lebih luas. Siapakah yang
berkali-kali mengatakan bahasa Melayu tidak universal dan masyarakat
perlu kembali mengagungkan bahasa Inggeris? Bukankah Mahathir?

Siapa yang mengetatkan syarat bagi mubaligh atau penceramah Islam
untuk menyampaikan seruan ALLAH. Tazkirah, kuliah, ceramah seperti
menjadi taboo dan jinx kepada UMNO kerana bagi mereka jika rakyat
lebih faham Islam, rakyat akan menolak UMNO. Ini telah mengakibatkan
usaha untuk meyebar Islam secara total terbantut. Untuk menjaga ISLAM
tidak cukup dengan hanya amalan Fardu Ain. ISLAM hendaklah di amal
dalam setiap bidang, ekonomi, perundangan, politik dan sosial. Tapi
mubaligh kristian dapat bergerak dengan bebas tanpa sebarang sekatan.
Hasilnya ramai orang ISLAM telah murtad.

Krisis Perlembagaan yang di cetuskan oleh Mahathir bagi merampas Hak
Istimewa Raja-Raja Melayu masih segar dalam ingatan rakyat. Masih
terdengar di telinga rakyat, bagaimana Mahathir dan kuncu-kuncunya
memaki dan menghina Raja-Raja Melayu. Masih terbayang kepada kita,
bagaimana Mahathir menelanjangkan Raja Melayu hinggakan ketahap UMNO
sanggup membuang Sultan Kelantan dan menabalkan Tengku Ibrahim
sebagai Sultan Kelantan. Kini bila kerajaan Kelantan ingin
memperbaiki perlembagaan negeri, sebok pula UMNO dan penyokong buta
hati mereka menghentam PAS dan mempertahankan pula Sultan Kelantan!

rujuk SINI

Atau Pewaris ni baru semalam di tubuhkan?
Ok ... semua sambung muntah ....wakakakaka

Posting terkini

Blog Archive