KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Soi Lek. Show all posts
Showing posts with label Soi Lek. Show all posts

Nov 28, 2008

'Konsep Ketuanan Melayu tak lagi relevan'- Soi Lek

Bharian | ...."Rakyat kini tidak lagi dapat menerima konsep bertunjangkan hubungan antara tuan dan hamba. Kita tidak menolak kepemimpinan Melayu, tetapi tidak akan dapat menerima konsep Ketuanan Melayu.

"Negara ini perlu berubah dan maju ke depan, bukannya terus hidup dibayangi masa lampau. Apabila kita menolak Ketuanan Melayu, ia bukan bermakna kaum lain mencabar hak keistimewaan orang Melayu kerana ia termaktub dalam Perlembagaan dan tidak boleh diganggu-gugat pada masa ini," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk Perubahan Politik di 'Kancil Speaker Series', di sini, semalam.... more.
Satu kuntau dari MCA buat Pekida dan Pewaris ....
Arwah ... .wakakakakak
Laaa ... aku cakap sorang ghupe nye.... diorang dah lari ... wakakakak

Oct 20, 2008

Soi lek says KANGKUNG can be healthy?



Pada tahun lepas, sebuah lori yang membawa kacukan babi hutan dan babi bandar telah terbalik di jalan berdekatan dengan kampungku. Sangkar terbuka dan babi bertempiaran lari masuk ke kebun kebun di kampung.

Maka bermula la kemasukan secara HARAM babi babi di kampung aku.

Sejak itu lah orang kampung kerap terlihat babi babi hutan sekeluarga mencari makan dan bersiar siar di laman rumah di waktu petang. Kalau di waktu tengahari, ada penduduk kampung yang terserempak dengan babi yang senang berehat dan bergelempang, suami isteri serta anak anak sedang tidur.

Melucukan apabila, babi babi ini yang 'educated ' ni, tidak bimbang bila berdepan dengan penduduk kampung. Badannya .. mak... ai besar besar dan berbulu lebat. Cuma yang boleh di cam adalah bentuk idungnya yang akan pesek dan ekornya berpintal dan tak boleh di buat sup ekor langsung. Bila di halau dari laman rumah, babi tidak lari tapi cuma menjeling manja merenung ke arah kita.

Sebelum itu, penduduk kampung rajin gak tanam sayur kat tepi tepi longkang dan parit. Kalau setakat kangkung, memang gemuk gemuk. Kalau di buat pecal dan masakan lain, segenggam kangkung dah boleh sekali hidang. Siap sendawa selepas makan .... Alhamdulillah.

Sejak kebelakangan ini, seorang penduduk kampung dah melihat di depan mata bagaimana babi babi ini berpeleseran dan menggeselkan badannya pada kangkung kangkung yang di tanam di pinggir kolam dan parit. Bermula dari itu, orang kampung dah tak makan kangkung lagi. Aku pun bila dengar cerita tu pada hari raya pada tahun ini, aku dah tak gemar nak makan lagi. Takut termakan sekali hingus babi tu. Kalau ada orang kampung yang hidang kangkung, kita akan berpandangan sesama sendiri, sambil 'tanda soal' pun muncul di atas kepala.

Tapi SOI LEK bercerita tentang khasiat memakan kangkung ... kepala aku dah mula berputar ... ok ke? Beritanya DI SINI.

Dr Chua, a doctor by training, also got the central delegates in stitches when he told them that kangkung (weng chai in Mandarin) was a healthy food provided you did not cook it with too much belacan.

Dr Chua (chua is pronounced as cai or vegetable in Mandarin) and Ong (whose surname is pronounced as weng in Mandarin) saw their supporters using the vegetable tag to project them as the future president and deputy president at the height of the party’s election campaign.
Tapi pada sesiapa yang sudah menonton CD Lucah Soi Lek ... mungkin ingin mencuba. Aku pun nak cuba. Kalau dulu bila Khir Toyo kata muka jadi licin setelah makan tempe, pun aku dah cuba. Tapi jawa tu memang penipu. Sampai sekarang muka aku tak licin licin.

Jan 17, 2008

SOI LEK, TOKOH MAAL HIJRAH

Undian Tranungkite Setakat ini
Siapa tokoh Maal Hijrah pilihan anda bagi tahun Hijrah 1428?

Jumlah undian calun calaun
Abdullah bin Ahmad Badawi 15.08% (222)
Shahidan bin Kasim 2.79% (41)
Chua Soi Lek 43.89% (646)
Samy Vellu 5.57% (82)
Nazri bin Abdul Aziz 0.61% (9)
Hishammuddin bin Hussein 0.48% (7)
Khairy bin Jamaluddin 5.77% (85)
Kanagalingam Veluppillai (VK Lingam) 4.08% (60)
Mohd Khir bin Toyo 2.79% (41)
Abdul Rashid bin Abdul Rahman (SPR) 14.33% (211)
Idris bin Jusoh 4.62% (68)
Mohd Shafie bin Afdal 5.37% (79)

Pendahulu setakat ini (16/1/2008) adalah Bintang Filem Lucah aka x-Menteri Kesihatan aka Penasihat MCA Johor aka Bapa Mithali aka Chua Soi Lek , dengan undian sebanyak 43.89% (646)

Nampaknya Chua Soi Lek mendahului kejuaraan calun Tokoh Maal Hijrah. Walaupun dah lepas, tapi pihak Tranungkite terus mendapat undian yang menggalakkan. Memandangkan Tokoh Maal Hijrah di negara kita sudah tak kira agama dan bangsa maka Chua Soi Lek memanglah calun yang paling layak untuk tahun ini atau tahun depan. Bakal menjadi calun bangsa asing yang ke dua selepas Karam Singh Walia.

Pemilihan Syed Mokhtar al-Bukhari yang dipilih sebagai calun bagi tahun ini pasti mendapat kritikan yang hebat.Pemilihan yang tidak adil. Semuga tahun depan rezeki Chua Soi Lek pula. Kalau nak maintain undian, Chua Soi Lek kena keluarkan satu lagi Video. Kalau perlu cari Menteri lain untuk dijadikan pasangan.

MCA Contohi Umno

Chua Soi Lek Jadi Penasihat Parti:MCA Contohi Umno
tukulbesi

Rakan kongsi Umno,MCA akhirnya mengikut jejak langkah Umno dengan terus mengangkat pemimpin yang tidak bermoral ke jawatan penting yang dihormati.Chua Soi Lek,aksi utama dalam DVD lucah yang tersebar ke seluruh negara dipandang mulia dan disanjung dengan kejujurannya mengaku "Sayalah orangnya(dlm DVD lucah)".

Turut menyangjung beliau ialah pimpinan Umno Johor yang bersama dalam sidang media pengakuan Chua Soi Lek.Akhbar hari ini pula melaporkan,bekas menteri lucah itu telah dilantik sebagai Penasihat Badan Perhubungan MCA Johor mengambilkira pengalaman yang ada padanya.

Apa yang dibuat MCA tiadalah beza dengan ahli keluarga Barisan Nasional yang lain khususnya Umno.

Tan Sri Rahim Tamby Chik yang pernah dikaitkan dengan skandal wanita Portugis dan remaja wanita 16 tahun pernah dipilih oleh perwakilan Umno untuk terus menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno.Begitu juga bekas MB Selangor Mohammad Mohd Taib yang terpalit lumpur kerana melarikan puteri Sultan Selangor dan membawa wang RM 3juta keluar negara,tiba-tiba hari ini menjadi Ketua Penerangan Umno.

Sebelum ini ,Megat Joned yang dikaitkan dengan skandal Mustakizah juga terus diangkat menjadi pimpinan tertinggi Umno.Beberapa orang pemimpin Umno yang berkuasa pada hari ini seperti Rapidah Aziz yang dikaitkan dengan AP dan rasuah anak menantunya,Tengku Adnan Tengku Mansor yang memiliki syer dalam perjudian di Bukit Tinggi,Tan Sri Nor Muhammad yang juga dikaitkan dengan rasuah,mereka ini terus dikekalkan oleh Umno.

Apa kurangnya pula bakal PM akan datang,Najib Razak yang terpalit dengan lumpur Altantuya.

Atas sebab itu tindakan MCA melantik Chua Soi Lek memang wajar dan menepati cita rasa komponen Barisan Nasional yang tidak mementingkan masalah moral.

Kepada penyokong tegar Umno yang beriman dengan Islam Hadhari cubalah anda bandingkan sendiri Rukun Islam Hadhari yang pertama iaitu untuk melahirkan masyarakat yang bertaqwa,dengan apa yang anda sedang saksikan.more...

Jan 9, 2008

Woman in DVD was Angelina Yam

Woman in DVD was Angelina Yam : Chua Soi Lek
skandal-seks-chua-soi-lek.blogspot.com

Health Minister Chua Soi Lek said that his co-star in the latest Barisan Nasional "Sex Movie 'was a personal friend, a woman he has known for a very short time. Unconfirmed reports say that in situations like this the Women can be identified as Angelina Yam, often truncated A. Yam. This can be further reduced to only Ayam.

Buoyed by the fact that his wife Datin Seri sec Hin Wong was sent by fax a statement to Bernama that they and their families would be by him, the MCA vice-president and Labis MP said he would not resign over the sex DVD.

Chua also with Prime Minister Abdullah Badawi and the DPM Najib Tun Razak. Chua was a little confused when the prime minister asked whether the woman had worked before Chua as a housekeeper. The DPM suggested that Chua learn 'Silat goncang "to improve on some of his" lipat kijang' and 'lipat tanduk' moves, obviously needs some oil.

Both the PM and DPM Chua advised that he is more discreet with his dalliances. They gave Chua a few hints on how to avoid getting caught. This time, C4 explosives were not discussed. The DPM Chua promised that he, Prime Minister if he would pass that legislation, the import of Spy CCTV cameras and devices must Approved Permits or APs. He promised to give Chua a monopoly over spy camera APs when Chua would solidly support him to oust the clock, shortly after the next election.

The Prime Minister is not to ask Chua to resign. The Prime Minister and the DPM are of the opinion that this is a very personal matter. According to Islam Hadhari, it is better to do something to stand, when to sit doing nothing. If the reader finds this confusing, the writer.

Since Chua's wife has publicly said that they expect from him, it also means that Chua will meet again with A. Yam, but perhaps in another hotel with another room. The other option is to Chua Chua Jui Meng church and looking for the light to be reborn. But Chua Soi Lek has not hit this kind of rock bottom. He has a lot more to wild rice seeds.

No2umnO - Dont take this TOO serious, I would say, its only a JOKE

Seks cara Chua Soi Lek amalan biasa Umno/BN

Perilaku seks Chua Soi Lek amalan biasa Umno/BN - Prof Agus
Harakahdaily

Kita tidak boleh menganggap pengakuan berani Soi Lek sebagai suatu ketelusan dalam politik. Sebaliknya, ia harus melihat bagaimana hendak memastikan di peringkat awal masalah tersebut dapat dihindari," ujarnya ketika dihubungi Harakah.

"Apa yang menghairankan saya, sekarang banyak pihak yang menyanjung Soi Lek seolah-olah dia adalah hero, sedangkan sebenarnya dia telah melakukan kesalahan kerana telah memperkosa kepercayaan yang diberikan rakyat kepadanya," katanya yang juga Pensyarah Kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dr Agus turut menekankan bahawa moral seseorang pemimpin negara perlu kemas serta bebas daripada sebarang unsur yang boleh menjerumuskan diri mereka ke dalam fitnah yang boleh memudaratkan maruah negara.

Sungguhpun begitu, beliau masih menyatakan bahawa apa yang menimpa Soi Lek sebagai tidak bernasib baik, sambil mendakwa perlakuan tersebut telah biasa dilakukan oleh pemimpin Umno/BN. |More...|

Jan 8, 2008

DR CHUA BUAT ORANG MAKAN CILI TAK RASA PEDAS

Minang Menung
dipetik: umno-reform

Saya tabik dan kagum dengan Dr Chua Soi Lek. Kurang 48 jam VCD lucah yang membabitkan dirinya didedahkan media eletronik, dia tampil kemuka dengan pengakuan. “Lelaki dalam adegan itu adalah saya”. Inilah anak jantan. Inilah pemimpin yang dikatakan ada maruah. Dia tidak berdalih seribu bahasa tetapi terus mengaku. Anak jantan yang menepati pepatah, ‘kalau tangan berani mencincang, bahu sanggup memikul”. Bagaimana umum menerima pengakuan Dr Chua – Menteri Kesihatan dan orang penting dalam barisan ketiga kepimpinan MCA, komponan dan kongsi kuat UMNO? Pelik atau heran!

Kalau saya tidak silap dalam sejarah politik negara kita selama ini tiada siapa dalam barisan kepimpinan yang dikatakan terpalit dengan kelakuan tidak berakhlak dan menjijikkan tampil kemuka dan mengaku. Setahu saya belum ada seorangpun. Lantas kelakuan tidak bermaruah dan menjijikkan dalam masyarakat terutama di kalangan orang kenamaan dan kepimpinan seolah-olah dianggap satu kebiasaan dalam dihidup kita. Justeru Dr Chua boleh dikatakan memecah tradisi kita selama ini. Syabas Dr Chua Soy Lek!! Ini dia sikap orang yang ada integrity. Mungkin ada yang ingat dasar “sorong makan tarik makan/double standard’ Mahathir Mohammad semasa menerajui kepimpinan Kerajaan. Apabila pelakuan keji dan terkutuk membabitkan kelompoknya didedahkan, dia bertegas mempertahankan. Sikapnya, yang didakawa konon berlaku curang atau menyeleweng, “belum tentu bersalah selagi belum dibuktikan bersalah” Kerana itu sebut apa sahaja kelakuan keji dan menjijikan terutama sekali di kalangan orang politik dan pentadbiran menjadi-jadi dengan hebat sekali semasa pentadbirannya.

Lebih mengkagumkan dalam sidang media mengumumkan perletakan jawatannya, Dr Chua menyatakan keputusan itu didorong oleh soal maruah (lebih kurang maksudnya). Sambil itu dia juga mengatakan ‘sebagai manusia saya tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tetapi dalam konteks maruah rasuah dan pelbagai penyelewengan lain juga keji.’ Dalam kata lain orang yang ada conscience tidak boleh tidur lena kerana dihantaui kesalahannya. Memang betul manusia sentiasa dijengok hawa nafsu tetapi conscience/aqal fikiran dapat menundukkannya. Maka itulah kita dikejutkan oleh pengumuman dibuat Dr Chua. Pengakuan Menteri Kesihatan itu nampaknya bersahaja tetapi mengandungi makna yang mendalam sekali dan lebih pedas. Sepatutnya orang yang terpalit atau terkena tempias kenyataan demikian terketuk mindanya dan berfikir panjang. Apatah lagi yang bergama Islam, apakah tidak terdetik imannya!!

Lihat laporan siasatan Public Accounts Committee dan Auditor General berkaitan perbelanjan wang rakyat begitu menakutkan. Tetapi reaksi pihak berkuasa seperti tiada apa yang berlaku. Di Jepun dan Korea Selatan yang menjadi ikutan kita di bawah Dasar Pandang ke Timor rejim Mahathir, akibah pendedahan seperti ini lebih drastic. Kalau kerajaan tidak tersungkur pemimpin yang terbabit rasuah dan penyelewengan bunuh diri. Saya masih ingat dulu pernah terjadi seorang Menteri Singapura membunuh diri sekonyong-konyong dikatakan rasuah. Dalam konteks maruah di negera kita, Dr Chua tidak usah malu dengan apa yang telah berlaku, sebaliknya berjalan dan begaullah dalam masyarakat dengan penuh hormat. Seseorang mesti rasa malu kalau kesalahan yang dilakukan tidak diakui atau dinafikan. Yang sepatutnya malu adalah keseluruhan rakyat Malaysia dari bapak menteri hingga marhaen di ceruk kampong. Ini kerana mereka tahu kemungkaran berlaku tetapi sanggup memejamkan mata demi menjaga sesuap nasi lalu mengenepikan akhlak. Bapak menteri terlebih malu, terutama yang beragama Islam. Tidak cukup dengan Islam yang diturunkan Allah swt sebagai agama yang diredhai, dicipta pula Islam Hadhari konon untuk mencapai kesempurnaan hidup! Ke serata pelusuk dilaungkan juga ‘integrity’ dengan nada hampir memutuskan nafas acap kali berucap. Tahukah bapak menteri pengertian dan nilai terminology itu?

Jan 7, 2008

Chua Soi Lek makin panas

chua-soi-lek-support.jpg

keadilanpk

Apakah karier politik Chua Soi Lek sudah berakhir dengan pengakuan beliau? Belum pasti. Apa yang pasti, keadaan akan menjadi semakin panas. Oriental Daily melaporkan ribuan penyokong beliau membanjiri Batu Pahat untuk menyatakan sokongan.

Mengikut laporan, MCA Bahagian Labis telah membuat resolusi untuk mencadangkan beliau sebagai calun didalam pilihanraya akan datang.

Lapuran selanjutnya dari hsudarren

EASY TO PLANT CAMERAS IN HOTEL ROOMS

Electric News

THE recent sex DVD scandal involving former Malaysian Health Minister Datuk Seri

Dr Chua Soi Lek shows how easy it is to rig a spy camera and film someone without their knowledge.

Experts tell The New Paper on Sunday that it takes anyone just 30 minutes to rig a spy cam.

It takes the professionally trained even less time.

This has the Malaysian Association of Hotels (MAH) concerned. It will discuss the possibility of getting its more than 400 members to sweep all their hotel rooms for hidden cameras or other spying devices.

Whether or not this suggestion will become reality is not confirmed.

MAH secretary-general Sam Cheah Swee Hee told Weekend Mail that the idea would be discussed during its security committee meeting this month.

The meeting is aimed at enhancing security within the hotel and tourism industry.

The New Paper on Sunday interviewed five PIs and one shop-owner who sells spy cam equipment, and asked them what it takes to plant such equipment in hotel rooms.

PI Charles Gomez said in a telephone interview from Hong Kong: 'It's just a matter of getting beyond the closed door.'

More...

Posting terkini

Blog Archive