KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 21, 2008

PM mahu pecah belah PAS...

malaysiakini | Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad husam musa 03Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.

"Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau?

"Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya Husam dalam laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily malam ini.

Abdullah hari ini mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dengan keagamaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga presiden Umno dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, pertemuan tersebut tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive