KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 21, 2008

Anwar ulangi tanding pilihan raya kecil

harakah | "Sama ada kes berjalan atau tidak saya tetap akan bertanding, jika saya tidak ditangkap saya tentu sudah umumkan di mana tempat saya akan bertanding," katanya di hadapan 7,000 orang baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa rakyat kini begitu terbeban dengan kenaikan harga minyak dan menyatakan lagi dua bulan tarif eletrik akan meningkat dua kali ganda, di mana bakal menyebabkan rakyat akan sengsara, peniaga kecil akan merosot, IKS banyak terkesan dan penganguran masa ini setengah juta akan mencecah 800,000 juta dalam dua atau tiga bulan lagi.

"Sebab itu saya bantah kenaikkan harga minyak ini, mereka tuduh saya populis, saya kata lebih baik populis untuk jaga rakyat daripada jaga kroni, saya fikir itu satu tanggungjawab dan bila kita perintah kita akan batalkan syarikat kroni ini.

"Kalau saya nak jadi Perdana Menteri, tahun 98 dulu ikut Mahathir ambil duit banyak mana pun sekarang saya dah jadi Perdana Menteri, kalau nak jadi kaya saya tak perlu susah-susah begini tapi sebab saya tengok politik Malaysia sudah kacau-bilau, siapa yang boleh percaya negara ini mengikut hukum dan undang-undang dengan hakim 'corect-corect'," ujarnya.

Seterusnya, beliau menjelaskan bahawa sekarang tiada yang mahu melabur, pasaran saham merudum dan rakyat kena buat perubahan untuk angkat kedudukan sebagai satu anggota keluarga besar untuk menjamin keselamatan negara ini. ... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive