KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 21, 2008

Anwar dakwa hakim kendali kes liwat terbaru sudah dilantik

Mstar | Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini mengadakan program jelajah ke seluruh negara mendakwa, tiada siapa lagi yang kini percaya dengan sistem perundangan negara ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, ketidakpercayaan itu timbul dan dapat dilihat selepas terbongkarnya kes pita video V.K. Lingam.

"Saya tidak mahu lagi tertipu dua kali," kata Anwar yang dipetik Bernama ketika berceramah pada kira-kira 3,000 penyokong parti itu di Parit Raja di sini malam tadi.

Anwar ditahan polis Rabu lalu berhubung kes itu dan dibebaskan dengan jaminan polis keesokan hari.

Beliau juga mendakwa bahawa hakim yang akan mengendalikan perbicaraan kes dakwaan liwat terhadapnya oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, telah pun dilantik.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive