KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 21, 2008

FITNAH Terhadap PAS Johor

mindakembara | Saya telah dimaklumkan oleh seorang pemuda di Batu Pahat pada hari Jumaat yang lalu bahawa beliau telah menemui risalah yang diedarkan kepada para jamaah ketika selepas solat di kawasan Sri Gading yang ditulis di atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Johor supaya orang ramai tidak menghadiri program yang melibatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim dan PAS tidak pernah menganggap bahawa DSAI sebagai Pemimpin Barisan Rakyat.

Saya menafikan bahawa risalah ini diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ). Saya melihat bahawa kerjabuat yang dilakukan oleh 'pihak tertentu' ini sudah cukup membayangkan bahawa Pakatan Rakyat sudah mula dirasai keberkesanannya kepada rakyat. Cubaan untuk menggagalkan aktiviti PR dan memecahbelahkan PR dilancarkan supaya PAS, DAP dan PKR akan berpecah-belah sesama-sendiri.

Risalah ini telah dicetak dengan tulisan berwarna hijau pada asalnya dan setakat ini dapat dikesan diedarkan di kawasan Batu Pahat dan Muar. Saya mendapati bahawa 'letterhead' DPPNJ telah diambil daripada blog DPPNJ untuk meyakinkan bahawa ia telah dikeluarkan oleh DPPNJ. Saya cadangkan kepada 'pihak tertentu' ini supaya pada masa akan datang surat gerak saraf seperti ini dibuat dalam bentuk surat rasmi, siap dengan letterhead dan nama serta tandatangan saya sekali selaku Ketua DPPNJ.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive