KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jul 21, 2008

Kenapa perlu rahsiakan pertemuan?

msomelayu | MENURUT Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beliau sudah tiga kali berjumpa dengan pemimpin Pas dalam rangka bermuzarakah antara satu sama lain. Pejumpaan itu dilakukan secara senyap dan tidak dihebohkan kepada umum.

Perbincangan menerusi muzakarah itu ialah soal-soal kepentingan Melayu dan agama Islam. Beberapa cadangan daripada Pas juga difahamkan disampaikan kepada pengetahuan Abdulah, dan PM itu bersikap positif.

Abdullah menjelaskan pertemuan itu tidak membabitakn Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Perlukah penjelasan itu dan apakah pertemuan itu perlu kehadiran Nik Aziz, lagipun beliau tidak berapa sihat!

Semacam ada sesutau mesej yang ingin disampaikan Abdullah apabila beliau menyebut ia tidak membabitkan Nik Aziz. Bahawa Nik Aziz tidak dilibatkan dalam pertemuan itu. Kalau begitu kenapa? Apa ini kerana Nik Aziz menunjukkan sikap kurang setuju dengan muzakarah itu maka beliau tidak diajak sama? Mungkin dengan penyertaannya nanti menyebabkan usaha baik itu tergendala.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive