KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label PAS Kedah. Show all posts
Showing posts with label PAS Kedah. Show all posts

Jun 16, 2008

Pas Perlu Komited Laksanakan Perundangan Islam

msomelayu - [...] Rasanya perundangan Siasah Syariah itu perlu untuk dijadikan panduan kerajaan Pakatan Rakyat bagi dilaksanakan di negeri-negeri pemerintahannya bukan ditunjangi Pas seperti Kelantan. Walaupun Kedah dan Perak menteri besarnya daripada Pas, tetapi negeri berkenaan nampak sedikit kekok untuk melaksanakan perundangan demikian.

Misalnya Azizan Razak (MB Kedah) dikenali sebagai pemimpin Pas yang vokal terhadap Islam namun sejak jadi MB ini beliau seakan sudah mula mengalami kelemahan bateri dan nada cakapnya juga sudah berubah dan daya tolenrasninya juga semakin baik!

Cuma saya merasa sedikit pelit kenapa pengumuman perkara sepenting itu dibuat oleh Naib Ketua Pemuda dan bukan Timbalan atau Ketuanya sendiri? Apakah sudah ada pembahagian tugas (kuota) dalam Dewan Pemuda Pas, isu-isu semasa mencakupi ekonomi, sosial diserahkan kepada ketuanya Sallahudin Ayub, soal-soal membawa memorandum diserahkan kepada timbalannya, manakala soal-soal berhubung dengan keagamaan dan perundangan Islam atau yang boleh menimbulkan kontroversi diserahkan kepada Naib Ketua, Azman Sapawi.

Sebenarnya cadangan yang diumumkan oleh Azman itu perkara besar dan perlu diberikan keutamaan dan penekanan. Pemuda sebagai sayap kanan dalam parti sepatut menjadi pendesak kepada badan induk melakukan sesuatu tindakan ke arah mencapai agenda perjuangan. Dewan pemuda patut menjadi pihak yang memantau, mencetus dan mengasak agar agenda parti dilaksanakan.... selanjutnya.

May 10, 2008

PORTAL KERAJAAN KEDAH

kedahlanie

Alhamdulillah.. nampaknya laman web rasmi Kerajaan Negeri Kedah sudah dikemaskini dengan baiknya. Ini menunjukkan bahawa ada insan yang ditugaskan untuk memastikan laman web ini diselenggarakan dengan sebaik-baiknya..Syabas KedahLanie ucapkan....

Oleh itu apabila laman web rasmi kerajaan negeri ini siapa namun ada satu lagi laman web iaitu Warta Darulaman yang didapati sungguh malang kerana tidak diberikan tumpuan..(maaf andainya). Untuk berprasangka baik mungkin pihak-pihak yang terlibat akan memastikan pula laman web Warta Darul Aman akan di make-up dan dibubuh bedak dengan segaknya selepas ini. Insya'allah kita nantikan akan kemunculannya...

...selanjutnya [KLIK DI SINI]

May 3, 2008

PAS to take Kedah speaker and deputy speaker posts

Star - Dr Isa Ismail and Abd Ghani Ahmad from PAS will be sworn in Monday as the Kedah State Legislative Assembly speaker and deputy speaker respectively.

They will be taking their oath together with fellow Pakatan Rakyat and Barisan Nasional assemblymen at the assembly hall at Wisma Darul Aman.

State executive councilor Amiruddin Hamzah said the names of Dr Isa and Abdul Ghani were proposed during the first state executive council meeting on March 12.

Dr Isa contested and lost the Kubang Pasu parliamentary seat while Abd Ghani is the Ayer Hitam assemblyman. more...
No2umnO - PAS to take Kedah speaker and deputy speaker posts ..... So what?

Apr 19, 2008

Hikmah disebalik langkah Kerajaan Kedah kekalkan tanah sawah

Izwan Abdul Halim
Kedahlanie - Bukanlah mudah untuk menyingkap hikmah disebalik sesuatu kejadian. Usahkan mudah untuk menembusi atmosfera yang tidak berhalangan itu, perkara yang berlaku disekeliling kehidupan kita juga selalunya tidak mampu diolah.

Hikmah atau kebijaksanaan itu sendiri, kepada manusia adalah satu bentuk kurniaan daripada Allah. Namun tidak semua manusia menerimanya. Nabi Adam diberi hikmah mengenali nama-nama benda, Nabi Sulaiman diberi hikmah menguasai makhluk bumi lain.

Di antara mereka yang terpilih diberi hikmah ada pula yang lebih tinggi hikmahnya sepertimana kisah antara Nabi Khidir dan Nabi Musa. Kadang-kadang orang marah kepada orang yang berhikmah kerana tidak memahami hikmah disebalik tindakan mereka sepertimana yang dialami oleh Baginda Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah.

Namun, atas taqwa dan tawadhuk Baginda lembut menjelaskan bahawa Baginda seorang Rasul dan tidak akan menyalahi ketetapan Allah kepadanya.

Sememangnya hikmah yang dimiliki seseorang, tetapi orang disekeliling sukar memahami baik perkataan, keputusan mahupun perbuatan menyebabkan kepada konflik. Tidak kurang hikmah yang akhirnya difahami bersama berlalunya masa.more...

No2umnO - Segala perancangan kerajaan baru negeri Kedah ada muslihatnya. Untuk kebaikan rakyat. Semakin lama semakin menarik. Sebelum ini Kerajaan kedah di sokong untuk YAM Sultan Kedah turut mewajibkan zakat di kutip. Nampak seperti kasar tetapi sebagai rakyat perlu memikirkan sedalam dalamnya tentang keberkesanannya. Dibandingkan dengan cukai, lebih baik berzakat. Cukai ke pusat, Zakat ke negeri. Fikirkan sendiri apa kah akibatnya. Kalau semua ke pusat, rakyat tak dapat lihat kebaikan kecuali pembaziran terutama ketika negara masih berkerajaankan kumpulan manusia yang tamak, ego, korup dan pentingkan diri sendiri. So....jangan cepat melatah kerana setiap kebaikan itu perlu di teliti. Ungkap tujuan dan rahsia sebenar kerana Al Quran juga memiliki kandungan yang misteri sehingga kini.

Apr 2, 2008

MB Kedah umum kenaikan gaji guru SAR

Cina Islam
Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan kenaikan gaji bagi guru sekolah agama rakyat (SAR) di negeri ini berkuat kuasa semalam. Menteri Besar, Azizan Abdul Razak, berkata kenaikan itu dibuat mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM), selaras dengan tangga gaji yang diterima oleh guru sekolah kebangsaan. “Sebelum ini, tangga gaji guru SAR tidak mengikut kelulusan yang mereka miliki, justeru kerajaan negeri meluluskan permohonan untuk menaikkan gaji mengikut gred SSM,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Beliau berkata, kenaikan gaji kepada 214 orang guru SAR di 21 buah sekolah itu membabitkan peruntukan RM2.5 juta bagi tahun ini saja. Mengenai peletakan jawatan anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya, Azizan berkata, pihaknya sudah menerima surat berhubung perkara itu hari ini. “Lantikan baru akan dibuat selepas mesyuarat Exco minggu depan,” katanya.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengarahkan semua 1,938 JKKK serta ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya daripada Umno meletak jawatan berkuat kuasa semalam ekoran kekalahan Barisan Nasional (BN) di negeri ini dalam pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Mar 29, 2008

Pertemuan bersama MB Kedah

kedahlanie.blogspot

PENGKALAN CHEPA: Kehadiran Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak ternyata dinanti-nantikan rakyat negeri apabila puluhan ribu orang hadir pada program ceramah perdana meraikan kemenangan PAS dan BA di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), malam tadi.

2mb-putik3.jpg

Kehadiran luar biasa menyaksikan kesesakan teruk lalu lintas menghala ke Putik terutama dari arah jalan utama Pengkalan Chepa menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan Jalan Raja Perempuan Zainab 2 ke Jalan Padang Tembak.

2mb-putik4.jpg

2mb-putik2.jpg Ternyata program yang turut membariskan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abduk Aziz Nik Mat, Naib Presiden, Dato’ Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali tidak menghampakan apabila banyak isu-isu semasa dan perkembangan di Kedah dikupas tokoh terbabit.

Ucapan yang diselang-selikan dengan jenaka bersahaja daripada Ustaz Azizan juga menghiburkan orang ramai yang hadir. Ini adalah kali pertama Ustaz Azizan berceramah di Kelantan atas kapasitinya selaku Menteri Besar Kedah.

Isu-isu lain yang dikupas termasuk kemelut di Terengganu dan juga krisis dalaman Umno. Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah bertindak selaku Pengerusi Majlis.

Mar 26, 2008

Umno Kedah dilanda sindrom takut - MB

PENGKALAN CHEPA, 26 Mac (Hrkh) Umno Kedah dianggap telah dilanda sindrom takut apabila kerajaan negeri yang secara tradisi dikuasai Barisan Nasional (BN) tiba-tiba dimenangi PAS dan KeADILan pada pilihan raya umum lalu.

Keadaan itu menyebabkan mereka dengan sendirinya cuba keluar daripada premis-premis milik kerajaan negeri yang digunakan sebelum ini termasuk kelas Tadika.

Sampai kelas-kelas Tadika pun mereka hendak pindah. Saya kata jangan pindah kerana anak-anak kita hendak belajar,� kata Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak.

ImageBeliau menyampaikan ceramah bersama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali di Putik malam tadi.

Ceramah itu merupakan yang kedua diadakan selepas kemenangan besar PAS dan KeADILan di Kelantan pada pilihan raya umum, 8 Mac lalu.

Ribuan manusia membanjir perkarangan Putik sehingga kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer. Banyak kenderaan terperangkap sehingga jam 1.30 pagi.

Biar pun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan sekali sekala lebat ia tidak menghalang orang ramai datang. Dianggarkan lebih 10,000 membanjiri perkarangan Putik. More...on Harakahdaily

No2umnO - Penyakit ketakutan ini bukan hanya berlaku di Kedah malah semua negeri yang berkerajaankan BA. Di Perak, Ketua Kampung ketakutan dan rasa bersalah lalu meletakkan jawatan. DI Selangor, guru kemas meninggal dan membawa bersama file segala. Berani kerana benar, takut kerana salah. Kelakar betul UMNO nihhhh.....

Mar 20, 2008

Belum habis kenduri kesyukuran

lubokkawah.
Bilik Gerakan Kg Paya Sok memulakan kenduri kesyukuran beberapa hari selepas Pilihanraya. Semua petugas PAS dan PKR dijemput menjamu selera babekiu ayam, kemudian diikuti dengan kenduri di Kg Pasu, Kg Pian, Kg Pelong dan Kg Seboi.

Pada 18hb Mac pula 2 ekor kambing disembelih untuk petugas-petugas kaum India di Estet Sg Tekal dan Taman Mewah dibuat di Kg Simpang Kg Jenderak. Malam tadi, 19hb Mac ditumbangkan pula seekor lembu di Kg Paya Luas.

Kerja-kerja kenduri ini dibuat secara gotong royong. Beginilah cara kita mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas serta pengundi-pengundi kita untuk kawasan DUN Jenderak.

Itu, kita kalah. Kalau menang tak tahulah macam mana! Pada 31hb ini pula, sekor lembu lagi akan ditumbangkan di Felda Jenderak Utara oleh PAS.
Sedang dirancangkan kenduri di Kg Gong dan Kg Jenderak, Kg Rekoh dan Kg Berdut.

Sementara itu Bilik Gerakan PKR di Pekan Kuala Krau sudah ditukarkan kepada Pusat Khidmat Rakyat yang akan dikendalikan bersama diantara PKR dan PAS.
Pusat itu telah menerima aduan-aduan daripada pengundi-pengundi DUN Jenderak. Ada yang mengadu tentang masalah culvert tersumbat sehingga menyebabkan lebih 100 ekar tanah sawit dan getah ditenggelami air. Pusat itu telah mengambil tindakan sewajarnya, dan pihak Road Care sudah mulai mengambil tindakan, dan culvert yang tersumbat itu sudah mulai diperbaikki.

Ada yang mengadu bahawa seorang Ahli Majlis Perbandaran Temerloh yang mengambil wang sebanyak RM4000.00 daripada seorang peniaga kononnya untuk tempat perniagaan, tetapi setelah wang dibayar, tempat perniagaan itu tidak dipertimbangkan. Ahli peniaga itu meminta kembali wangnya dan jika tidak dikembalikan kes ini akan dilapurkan kepada BPR.

Ada yang mengadu bahawa permohonan tanah mereka sudah berbelas tahun masih tidak diluluskan lagi. Kes ini akan dirujuk kepada Pejabat Tanah Temerloh.
Pusat ini akan memberikan khidmat kepada rakyat, dan akan membawa dan rujuk kes-kes kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan yang bekenaan. Jika Jabatan Kerajaan itu tidak mengambil apa-apa tindakan sedangkan perkara itu ada didalam bidang kuasa mereka maka itu bukanlah menjadi ukuran samada kita telah menjalankan tugas kita atau tidak; itu membayangkan kelemahan Jabatan Kerajaan dibawah kelolaan Kerajaan UMNO/BN. Kita juga akan paparkan kelemahan Jabatan Kerajaan berkenaan kepada rakyat.

Pusat Khidmat Rakyat (PKR) di Pekan Kuala Krau terletak di No. 37 Jalan Besar, 28050 Kuala Krau, dibuka 7 hari seminggu bergilir-gilir diantara petugas-petugas PAS dan PKR, terbuka kepada semua penduduk Kuala Krau tanpa mengira kaum, parti atau agama.

Berjumpa anda dari DUN Jenderak di Pusat Khidmat Rakyat Kuala Krau dan jika ada perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian dikampong-kampong di DUN Jenderak, hubungilah kami di PKR Kuala Krau hp: 0199321260.

"The Day We Captured Wisma Negeri"

kedahlanie

8 Mac 2008, tarikh yang menyaksikan kebangkitan rakyat jelata menundukkan keangkuhan UMNO dan BN di bumi bertuah ini, terasa bagaikan baru semalam saja berlalu. Di mana-mana orang masih memperihalkan tentang perkara ini.

Setiap kita tentunya mempunyai berbagai cerita, kisah suka duka selama 2 minggu di musim PRU12 ini, dan tentunya kisah-kisah tersebut akan kita kenang sampai bila-bila.

Seperti orang lain, saya pun punya kisah-kisah manis yang tersendiri; tapi dalam banyak-banyak itu saya tak akan lupakan kisah "The Day We Captured Wisma Negeri", iaitu kisah hari di mana akhirnya kami insan-insan biasa ini (yg tak punya apa-apa jawatan istimewa dlm parti) akhirnya berjaya juga menjejak kaki ke wisma negeri.

Untuk pengetahuan, Wisma Negeri yg dimaksudkan itu ialah panggilan rakyat marhain macam kami di negeri Kedah ini untuk Wisma Persekutuan yang memuatkan pusat pentadbiran negeri. Bagi kami, ianya menjadi mercu tanda kepada mana-mana pihak yang menguasai tampuk pemerintahan negeri Kedah ini.

Seawal pukul 8:00 lagi, sebaik habis solat maghrib, bintang petanda bahawa Kedah bakal jatuh ke tangan BA sudah mula terserlah. Sebetulnya, kami berada di DUN Merbau Pulas, yg pada Pemilu 2004 hari itu dijadikan sebagai batu ukuran oleh both PAS/UMNO sebagai sebuah DUN Panas yang akan menjadi penentu siapa yang bakal menguasai Negeri Kedah. Kawasan ini mempunyai penyokong UMNO dan PAS yang agak ramai, serta peratus kaum India dan China yang walaupun tak ramai mana tapi menjadi penentu sekiranya pengundi Melayu 50-50 PAS dan UMNO.

Lebih kurang jam 8:30 mlm sudah heboh di markas kami bahawa DUN Merbau Pulas sudah pun gerenti dlm genggaman (berdasarkan undi kasar di peti-peti undi). Waktu itu semua orang nampak begitu happy; dan bukan kami saja tetapi seorang pengundi India dengan isteri dan anak kecil yang setia menunggu di luar pagar sekolah Cina kat tengah pekan Pdg Serai itu, saya dengar suami isteri itu berkata sesuatu, kemudian isterinya cakap kat saya, kata dia: "Kita menang....saya sudah janji sama anak, mau pegi beli Kek....kita potong kek ini malam!!"

Confident sungguh dia!!

Meringkaskan cerita, malam itu kami berkampung di markas hingga hampir subuh. Kami menunggu pengumuman rasmi di kaca TV, siap pasang skrin besar. Satu persatu DUN/Parlimen yg menang kami tulis dan catat, takbir dan tepuk sorak usah dikira. Bila sms mula bertalu-talu masuk menyatakan bahawa PAS sudah pun mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, semua orang bertakbir, dan kemudian disusuli dengan selawat dan salam memuji illahi serentak tanpa diundang.

Pun begitu, kami tetap setia menunggu di depan TV...tujuannya cuma satu, nak tunggu pengumuman rasmi di TV, tunggu punya tunggu tak keluar keluar juga hinggalah keluar tulisan kecil sepintas lalu berbunyi "PEMBANGKANG GAGAL KUASAI 2/3 DUN KEDAH". Hah, sahlah Kedah sudah pun milik BA; waktu itu kalau tak silap sudah pun hampir jam 2:30 pagi.

Entah mai idea mana, saya ambik mike dan buat announcement yg saya nak bertolak ke Alor Setar nak pi ke Wisma Negeri mlm tu juga; saya kata sapa-sapa yg nak pi boleh ikut sekali. Dalam ramai-ramai yg nak tak nak pi tu (sebab dah larut malam, dari situ ke Alor Setar lebih kurang 2 Jam)ada sorang hamba Allah, dia yang mola sekali angkat tangan cakap nak ikut sekali; nama dia Ust Yusdi.

So, waktu sedang bersiap-siap nak pi, dok tunggu kawan tu dok tunggu kawan ni, dlm pukul 3.00 pagi bila dah nak bertolak, saya dpt panggilan drpd seorang sahabat di Alor Setar bagitau kata jangan dok mai, semua org diarah patah balik ke Kompleks PAS, Batu 9, kalau nak mai, mai esok jam 3.

So, dok esok tu, selepas Zohor, kami berkonvoi ramai-ramai ke sana, sampai di satu simpang dekat Sg Petani, bertemu dengan konvoi entah dari kawasan mana, terus berarak sekali; sampai simpang lain jumpa konvoi lain. So, hari tu kami semua berkonvoi dan berarak ke Alor Setar tanpa dirancang.

Sampai di Wisma Negeri, tu dia begitu ramai lautan manusia; ada hamba Allah bagitau kalau mai mlm tadi lagi ramai, ada dekat berbelas ribu orang.

Sampai-sampai saja di pagar Wisma Negeri, saya cakap kuat-kuat kat kwn-kwn yg mai konvoi tu, saya kata:

"Ha, jom pakat pegang dan sentuh pintu pagar Wisma Negeri ini sebagai tanda bahawa kita dah menang dan berjaya tawan Negeri Kedah!!"

Berebut-rebut sahabat2 saya ni pakat dok pi pegang pagar tu, kemudian kami ambik gambar ramai-ramai tanda kenangan spt yg disertakan ini.

Kemudian saya pi kat celah-celah org ramai yg mai dari seluruh pelusuk bumi Kedah tu, macam nak pi bagi ceramah saya kata:

"Assalamualaikum semua; ini saya nak perkenalkan sahabat kita Ust Yusdi Bin Mat Piah, anak Mujahidin MEMALI.....hari ini dia mai bersama-sama kita....mai nak tengok hasil perjuangan arwah Ayahanda dia. Inilah dia hasil titik peluh dan darah mereka....tak sia-sia perjuangan depa!!" Saya laung TAKBIR!! ALLAH HU AKBAR Takbir! ALLAH HU AKBAR Takbir! ALLAH HU AKBAR bergema di hadapan bangunan Wisma Negeri itu!!

Entah kenapa, saya sendiri tumpang rasa bangga dapat menemankan sahabat saya itu ke sini, dan dari raut wajah beliau saya dapat melihat rasa puas hati yang tak terhingga kerana setelah sekian lama, setelah 23 tahun tragedi Memali berlalu, akhirnya beliau dapat melihat sendiri hasil perjuangan ayahandanya itu di hadapan mata.

Tak sia-sia darah para shuhada menitis di Memali sana.

"KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA"

Mar 17, 2008

MB KEDAH BERI TIKET BOLA DAN TURUN CUKAI TANAH

Azizan Umum Turun Cukai Tanah
bernama

ALOR STAR, 17 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Azizan Abdul Razak hari ini mengumumkan akan menurunkan tidak lebih dari 30 peratus bagi semua cukai tanah berbanding kadar cukai sekarang.

"Kita akan tunaikan semua janji dalam manifesto dan ini termasuklah penurunan cukai tanah untuk semua kategori tanah yang perinciannya akan dimaklumkan kemudian", katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau berkata penurunan cukai tanah itu adalah berpatutan.

Azizan juga mengumumkan pemberian tiket percuma untuk rakyat menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan terbaik dalam Liga Super.

Perlawanan terbaik itu antara lain akan melibatkan pasukan Kedah dengan Perak di Stadium Darul Aman pada 23 Mac ini.

Beliau berkata peminat bola sepak boleh mendapatkan tiket percuma di pintu masuk stadium selepas pengumuman mengenainya dibuat kelak.

Mengenai ura-ura akan berlaku rombakan jawatan dalam Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Azizan berkata ia akan diusulkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu ini.

Jawatan presiden KFA kini disandang oleh mantan menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Saya tidak kisah untuk memegang jawatan presiden KFA. Jawatan menteri besar lagi besar untuk dipegang, lagipun saya juga ahli sukan. Saya pemain (bekas) bola sepak dan golf," kata Azizan.

Beliau berkata kerajaan negeri akan menunaikan janji untuk memotong elaun menteri besar dan semua anggota exco kerajan negeri yang jumlah potongan akan diumumkan kelak.

Azizan juga berkata kerajaan negeri akan merancakkan pertumbuhan industri pelancongan di Pulau Langkawi dengan memperbanyakkan lagi produk pelancongan termasuk menumpukan usaha menarik pelancong dari negara Timur Tengah.

"Kita akan menawarkan kursus khas kepada graduan tempatan yang berkelulusan dari universiti negara Timur Tengah untuk menjadi pemandu pelancong khusus bagi pasaran negara berbahasa Arab," kata beliau.

Beliau berkata sebuah hotel bertaraf enam bintang akan dibina di pulau berkenaan dan kerajaan juga bercadang untuk menyediakan kemudahan kolam mandi yang berasingan untuk wanita dan lelaki.

No2umnO - Semua kemudahan ini untuk rakyat Kedah tidak kira parti, tapi kalau puak UMNO tak mahu terima, buat lah DEMO.

Mar 14, 2008

MESTI BACA: Debaran sebelum BN Kedah tumbang

harakahdaily

Ditemani jurugambar Harakah, Wan Zahari Salleh, saya keluar sekitar jam 8 pagi dari Pejabat PAS Kawasan Kuala Kedah di Kobang Rotan pada pagi hari mengundi, 8 Mac lalu menuju ke kawasan Dun Sungai Limau.

Kami melalui beberapa pusat mengundi dalam Dun Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor. Suasana tidaklah begitu rancak, namun tidak pula begitu sunyi.

Bagaimanapun seingat saya suasana kali ini amat jauh bezanya dengan tiga pilihanraya umum yang lalu, iaitu pada tahun 1995, 1999 dan 2004.

Puteri Umno langsung tidak nampak berkempen di bangsal panas BN, yang tinggal hanya makcik-macik berbaju putih berkain merah. Suasana serupa kelihatan di semua pusat mengundi yang kami lalui.

Sekitar jam 10 pagi, kami mengikuti kenderaan pacuan empat roda yang membawa Ustaz Azizan Abdul Razak, penyandang kerusi Dun Sungai Limau, singgah di bangsal panas berdekatan Sekolah Kebangsaan Bukit Besar. Kami berjalan kaki ke bilik mengundi di sekolah berkenaan.

Ustaz Azizan berbaris panjang bersama pengundi lain di saluran 1. Ramai yang menegur, beliau dilihat berseloroh dengan mereka.

Rata-rata pengundi di situ berkopiah, bertudung labuh, memanggil 'Ustaz' bila ternampak Pesuruhjaya PAS Kedah itu. Saya berbisik dengan Wan Zahari, "itu orang PAS kot, sebab tu tegur ustaz."

Selesai membuang undi, Ustaz Azizan - sebelum kami bersalaman untuk meninjau di kawasan lain - sempat berkata, "Enta perasan tak, suasana hari ini macam di Kelantan tahun 1990."

"Ya ka Ustaz?" balas saya. Nak mengaku lebih-lebih pun tahun 1990 saya baru di tingkatan lima, dan tak pernah pun pergi Kelantan masa itu, hanya menyorak kawan-kawan yang menyokong Umno di bilik TV asrama B, Kolej Sutan Abdul Hamid.

Dari Bukit Besar, kami melalui jalan utama Sungai Petani-Alor Star, masuk ke jalan Alor Mengkudu, mencari Dr Ismail Salleh, calon PAS Dun Alor Mengkudu. Kami bertemu di Tok Keling, rupanya di situ kubu PAS. Bagi saya dua tempat tadi belum dapat dibuat apa-apa kesimpulan mengenai mood pengundi.

Kami bertolak pula ke Jalan Datuk Kumbar, sempadan Parlimen Pokok Sena dan Alor Star, singgah di Sekolah Kebangsaan Datuk Kumbar. Bergenang air mata saya apabila melihat kalangan kaum Cina memegang payung, bendera dan sepanduk PAS.

Mereka berkempen. Di situ amat kurang kelibat perayu undi BN. Lama juga Wan Zahari mengambil masa merakamkan gambar di situ. Jam 1 petang. Saya belum menunaikan tugas untuk mengundi, lalu kami terus ke Taman Aman, Anak Bukit. Bangsal panas BN di situ pun tidak seperti biasa, sudah kurang petugas berbanding jumlah petugas di bangsal panas PAS.

Keluar dari bilik mengundi, baru tergerak hati untuk mengikuti Haji Amirudin, calon PAS Dun Anak Bukit. Tiba-tiba beliau muncul di Taman Aman, saya bertanyakan peratus keluar mengundi di tempat-tempat yang telah beliau lawati. Katanya, lebih 70 peratus.

Peratusan itu bagi Anak Bukit agak tinggi. Ada sedikit kebimbangan dalam hati, apa tidaknya Anak Bukit semestinya mahu dirampas kembali oleh BN.

Kerana tidur yang tidak menentu dalam tempoh kempen, mata sudah lali, letih, tetapi saya ingin melihat reaksi pengundi bukan Melayu dengan lebih dekat. Destinasi terakhir pilihan saya adalah Dun Kubang Rotan, mengikuti calon PAS Mohd Nasir Mustafa kerana beliau banyak program tersendiri dengan masyarakat Cina.

Beliau risau dengan kawasan pengundi Melayu. Sedangkan pengundi Cina memberikan reaksi positif apabila beliau bersalaman dengan mereka.

Kami balik ke markas di Kubang Rotan, 'rumah rasmi' kami ketika bertugas dalam pilihan raya ini. Kawan-kawan di situ memberikan gambaran cukup baik, kata mereka, orang Umno akan tolong PAS kali ini.

Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman, dari rumahnya di Kg Raja, Kubang Pasu hantar SMS, "agak anta kita dapat berapa?" Saya membalas, paling tinggi 10 kerusi. Saya mengambil kira empat dari lima kerusi yang dimenangi pada 2004 boleh dipertahankan, Belantek kalah kerana 1031 pengundi pos di sana.

Jam 6 petang Wan zahari ke Arau, Perlis, sementara saya menuju ke bandar Alor Star kerana ada rakan ingin berjumpa. Dalam perbualan dia memberitahu, PAS boleh bersiap-siap kerana "dah menang".

Saya tidak menunjukkan reaksi terkejut tetapi terpaksa berfikir sejenak. Benarkah apa yang diberitakan rakan tadi kerana maklumatnya selalu tepat memandangkan tugas beliau yang rapat dengan bahagian risikan.

Kira-kira jam 7 malam, saya dihubungi Setiausaha PAS Kedah, Yusuf Husin. Katanya, panggil semua wartawan malam ini jam 10 atau 11.00 malam ke Kompleks PAS Kedah. Pelik bunyinya. Beliau ramalkan BA akan menang lebih 20 kerusi Dun.

Sampai di kompleks, ada sekitar 20 petugas, tetapi dalam bilik gerakan sudah jadi macam pejabat bursa saham. Laporan dari saluran-saluran seluruh negeri mula masuk melalui emel dan faks.

Saya bertemu Yusuf yang lebih dikenali Pak Cup, bincang apa nak tulis dalam Harakahdaily. Katanya, boleh masuk dulu kenyataannya, Kedah dah menang 15 kerusi.

"Ini bukan melawak, kalau tulis menang dah 15, tau-tau kalah malu ana yang tulis," kata saya.

"Anta tulis cukuplah, ana yakin kita menang 20 kerusi lebih, kita akan perintah Kedah Helmi," jelas beliau.

Ketika rancak menyusun idea, salah seorang petugas bilik gerakan meneriak, "Merbau Pulas confirm dah menang." Dua kali dia ulang. Akhir sekali dia beritahu Yusuf, "Merbau Pulas confirm Ustazah Aishah Ghazali, Ketua Muslimat PAS Kedah dah menang."

SMS pun banyak yang masuk, banyak juga panggilan yang saya abaikan. Detik hati saya berkata, kalaulah Merbau Pulas boleh menang, saya percaya ramalan Yusuf tadi, dia juga orang lama dalam jentera pilihan raya PAS Kedah.

Bilik gerakan terus menambah jumlah kerusi yang dimenangi. Nak tulis pun sudah payah; tulis menang enam, tiba-tiba tambah lagi dua kerusi. Berita Kedah menang 15 kerusi keluar, makin banyak SMS dan panggilan masuk. Saya kata, insyaallah PAS akan menang di Kedah.

Laungan takbir makin gamat di luar pejabat. Di ruang Dewan Dato' Haji Fadzil penuh dengan pemuda membawa bendera PAS, rakan dari bilik media di Mentaloon turut SMS sekitar jam 9.45, "PAS menang, tahniah."

Carta Dun yang dimenangi genap 15 kerusi, keADILan sudah empat kerusi, 19 kerusi. BA sudah menang simple majority, sah BA menang di Kedah.

Kemudiannya DAP pula mengesahkan kemenangan di Kota Darulaman, Bebas menang di Bukit Selambau, dan akhirnya PAS menambah bilangan kerusi di Tanjung Dawai.

Para wartawan mula berada di Kompleks PAS sekitar jam 10 malam. Itu juga antara petanda awal PAS dah menang. Melihat ramainya rakyat dalam dewan, amat terharu dan bersyukur, pada usia ini, saya melihat pelbagai sejarah yang terukir untuk PAS. Lutfi turut bekejar untuk menyaksikan pembentukan sejarah baru Kedah.

Walaupun masih bersekolah, saya faham PAS sudah menawan Kelantan pada tahun 1990. Tahun 1999 saya melihat PAS menang di Terengganu, 13 Jun 2002 lalu, kita meratapi kehilangan Ustaz Fadzil Mohd. Noor. Dan Mac 2008, saya melihat parti yang saya sayangi dinobatkan rakyat sebagai kerajaan di Kedah.

Syukur di atas segala yang berlaku

Mar 11, 2008

Reality bites in PAS-led Kedah

THE STRAITS TIMES
ALOR STAR - THE realities of living and working under a PAS-led Kedah are beginning to take effect. Hotels and entertainment outlets are already making 'adjustments' they deem necessary to suit the unprecedented political environment here.

A top hotel in the town centre here has removed its beer till at the coffee house.

'Beer will still be sold. We just don't want to make it obvious,' said an executive. Another hotel is reviewing the dress code for staff.

'We do not think skirts will be suitable any more,' said an official there. Other establishments used to hosting lavish events are worried that they may have seen the last of such functions under the new PAS-PKR government.


A company official said he has been making his rounds at Wisma Darulaman, which houses the Mentri Besar and state exco offices, to 'keep the relationship intact with the new government.'

State PAS Commissioner Azizan Abdul Razak, 68, was sworn in as the new MB on Sunday after the opposition swept 22 of the 36 state seats.

Some business operators here, unsure of what's in store, are even telephoning their counterparts in Kelantan to get an idea of how things are under PAS-rule there.

In Pekan Cina, Chinese traders believe there would be no major changes.

'The PAS-led government does not have a two-thirds majority in Kedah. So they cannot make whimsical changes,' said one of them.

Ms Anis Ariffin, who operates the popular Zinni women's accessories shop in Jalan Sultan Badlishah, was unperturbed with the change of government here.

'I expect to sell even more tudung (headscarves) from now,' she quipped.

Mar 10, 2008

PAS UTAMAKAN ADIL DARI KUASA

PAS setuju lantik wakil DAP jadi Exco Kerajaan Negeri Kedah
Mohd Rashidi Hassan
harakahdaily

TERKINI! KUALA LUMPUR, 10 Mac (Hrkh) - PAS bersetuju untuk melantik wakil Parti Tindakan Demokratik (DAP), dalam Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak, walaupun PAS mendominasi kemenangan di Kedah.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, PAS juga bersetuju memberikan dua kerusi Exco kepada Parti KeADILan Rakyat, sementara 7 jawatan Exco lagi akan diisi oleh Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS.

Menurut beliau, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat bersama Dewan Harian PAS Pusat bersama Dewan Harian PAS Kedah yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS Kedah sebentar tadi.

"Keputusan ini sudah dimaklumkan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Dalam Pilihan Raya Umum ke 12 8 Mac lalu, PAS memenangi 16 kerusi Dun, 4 dari KeADILan, DAP dan Bebas masing-masing satu. Pembangkang memenangi 22 daripada 36 kerusi Dun.

DAP memenangi satu kerusi di Kota Darul Aman melalui wakilnya, Lee Guan Aik.

Husam berkata, langkah yang diambil PAS ini bertujuan untuk memantapkan lagi Kerajaan Negeri Kedah yang terbentuk hasil sokongan rakyat kepada pembangkang dengan menolak Barisan Nasional dalam PRU ke 12.

Katanya, PAS mahu menghormati kehendak rakyat yang terdiri daripada semua kaum dengan menawarkan kerusi Exco kepada DAP.

"Langkah ini menjadi permulaan kepada satu pembentukan front bersama yang lebih tersusun untuk menghadapi BN," tegasnya.

Sehubungan itu Husam mencadangkan agar semua parti politik pembangkang termasuk PAS, KeADILan, DAP dan lain-lain bersatu membentuk Barisan Alternatif secara rasmi.

Katanya, tindakan ini harus diambil segera supaya mengelakkan salah anggap yang menjadi propaganda BN bahawa pembangkang masih tidak bersatu.

Menurut beliau, langkah ini juga boleh mengelakkan kekeliruan sama ada satu-satu negeri dikuasai PAS, KeADILan atau DAP.

"Kita mahu ianya Menteri Besar atau Ketua Menteri yang mewakili BA, sama seperti BN.

"Persetujuan ini (melantik wakil DAP sebagai Exco) kita (PAS) capai untuk kepentingan semua rakyat Malaysia dari kalangan pelbagai kaum," katanya - mr

Posting terkini

Blog Archive