Kalau artis bollywood dapat DAtuk, diorang pun perlu dapat gelaran yang sama. Kenapa?
... selanjutnya di mdiikhmal.
Baru aku tau kenapa artis Malaysia marah, Shah Rukh Khan dapat Datuk. Sebab diorang pun dah macam artis bollywood.
Klik sini juga .....Artis Malaysia berlagak macam artis Hollywood
Oct 14, 2008
Artis Bollywood dan Malaysia sama je
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jul 19, 2008
DANGDUT STAR 'SHOCKED' OVER SHOW CANCELLATION:
Indonesian dangdut sensation Inul Daratista wants answers from organiser IMS Prima Sdn Bhd over the cancellation of her concert which was scheduled to be held today at Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos in Larkin, Johor Baru. Inul nearly fainted after speaking with reporters.... selanjutnya.
no2umno - Kalau aku Inul .... aku tak mahu dangdut lagi kemudian aku akan saman IMS Prima Sdn Bhd.
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Jul 7, 2008
Penyanyi kurang ajar hampir di belasah
Gara-gara cuba melondehkan seluar dan menonggeng ke arah penonton sambil menjerit perkataan ‘jilat, jilat’ ketika menyanyikan lagu Mari Nyanyi Menjilat, vokalis kumpulan underground Carburetor Dung dibelasah penyokong parti pembangkang yang menyaksikan persembahan mereka pada Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat – Protes Sampai Turun di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, petang semalam.
Persembahan itu adalah program selingan sebelum ucapan membantah kenaikan harga minyak oleh para pemimpin pembangkang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Utusmeloya
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 21, 2008
Ella dan Mas Idayu akan teruskan persembahan
MStar - Persembahan Ella dan Mas Idayu akan berlangsung seperti yang dijadualkan sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor, 6 Julai ini.
Isnin lalu, Dewan Pemuda Pas Selangor telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan mengatakan penampilan Ella dan Mas Idayu tidak sesuai dan akan mencemarkan imej Islam.
Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dan Dewan Pemuda Pas didesak untuk menyatakan pendiriannya pada Khamis lalu.
Setakat ini, Dewan Pemuda Pas berkata tidak akan mengambil tindakan protes terhadap dua penyanyi wanita popular tersebut.
Sementara itu Selangor berharap akan merampas kejohanan daripada tangan Singapura dalam perlawanan ini...selanjutnya.
no2umno - Aduh aduh aduh .... aduh duhh....mana tahan....Labels: Artis Hadhari, Islam Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 18, 2008
Dewan Pemuda Pas Hanya Mempertahankan Maruah Dirinya
msomelayu - [...]
Terima kasih kepada sdr Rouslan atas ralat itu. Tidak sesekali niat saya nak menimbulkan kebencian anak muda kepada Pas. Tetapi sdr dan sesiapa juga kena faham dan mengerti bahawa Pas berbeza dengan DAP dan PKR. Pas ada prinsip dan dasar perjuanganya sendiri. Teras perjuangan Pas ialah Quran dan Hadith.
KONSERT ITU DIADAKAN SEMPENA PERLAWANAN BOLASEPAK PIALA SULTANSELANGOR....IA DIADAKAN SEBELAH PETANG SBLUM PERTANDINGAN BOLASEPAKBERMULA...CARA SUADARA TULIS SEOALAH OLAH KONSERT ITU AKAN DIADAKANPADA MALAM MENYAMBUT 100 TAHUN PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT. HALLOBRADER....SAYA HARAP SUADARA TAK JADI MCM ROSLAN SMS TU....JANGANLAHMENAMBAH KEBENCIAN ANAK ANAK MUDA KEPADA PAS...
Saya percaya anak muda yang bersama Pas mereka yang memahami dasar-dasar Pas. Apapun kerana timbul kekeliruan di kalangan anak muda tentang dasar dan prinsip Pas ini kerana sikap pemimpinnya yang cuba mengubah perinsip dan dasar ini perlahan-lahan.
Kerana inginkan kuasa dan sokongan Pas bersedia membuka dirinya untuk disesuaikan dengan keadaan. Bersikap liberal dalam perjuangan tidak menjadi masalah, tetapi kalau sampai mengadaikan prinsip ia memalukan.
Dalam hal ini baik Roslan SMS, Pemuda Pas Selangor, Dewan Muslimat yang membantah konsert berkenaan kerana mereka ingin kekalkan identiti Pas sebagai harakah dan siasah Islam. itu sahaja.... selanjutnya.
Labels: Artis Hadhari, Msomelayu, Piala Sultan
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 17, 2008
Bantah konsert 'ego orang agama' - Roslan Aziz
malaysiakini - "Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.
"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul.
"Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.
Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri.
"Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa.
"Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.... selanjutnya.
no2umno - Tahniah UMNO.
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jun 1, 2008
Filem kita dah maju?
imej dari alalan .....
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 26, 2008
Controversial picture... Show time
hard T - [...] Zarina admitted that the portrait she and her friends took at the beach party in the Port Dickson is for her private collection.
She said: "I'm sorry that my portrait has been misinterpreted. I never intended for this to happen and I apologise to my fans."
This isn’t the first time Zarina has let a batch of what the general public has deemed as risque photos slip out onto the internet.
She's being attacked.
First: Picture at the disco.
Second (Picture Below):
In another picture the sweetie is laying across a young male friend with her naked body - This naked picture that she claim is not her, but superimpose (photoshopped). Did this photos is superimpose? What entertainment reporter and journalis said? Can they comfirm all the three nude picture here? ... selanjutnya.
Labels: Aksi Lucah, Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 24, 2008
Datuk Shafik, Fasha Sandha in love


hardT - Executive Chairman SNC Associates Group (an IT group), Datuk Shafik Rizaal Saaban (pix) and top actress Fasha Sandha (pix right) is in love. Shafik the founder of SNC Associates Sdn Bhd, he provides the vision, mission and direction of SNC Group. His passion in IT security prompted him to focus on offering the best of breed IT security solutions to the market. He envisions SNC to become the leader in IT security solution provider by collaborating with leading IT security multinational companies such as A4, Identix and Verity.
Shafik graduated from University of Sheffield , U.K and has lectured at Mara University of Technology (UiTM) in Melaka and with Lim Kok Wing College University of Creative Technology (LUCT), lecturing in animation and multimedia modules. Joining the civil service as a Special Task Officer in ICT Security for the National Security Division (NRD), Prime Minister's Department, he manages several major national security projects.
He married to Norhaslinda Bakar, 28, (pix) his team mate in SNC Group Finance Director. They have two child Aliyah, 6, and Aiman, 3, before devoce December last year.
Shafik today comfirm that he fall in love with Fasha.
Shafik and Fasha and a crew of Jangan Main Belakang film was seen at Shafik banglo at Mutiara Homes, Damansara, yesterday.... selanjutnya.
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Artis panas di PD
hmetro - Kecoh lagi. Selepas dikejutkan dengan kiriman e-mel gambar bogel membabitkan seorang pelakon wanita sebuah drama bersiri, kini gadis itu kembali dengan kontroversi terbaru.
Sesuatu lebih mengejutkan berlaku apabila Harian Metro menerima kiriman e-mel daripada seorang pembaca mendakwa pelakon berusia 21 tahun terbabit berpakaian seksi sehingga menampakkan payu dara.
Pembaca yang dikenali sebagai Ahmad Suhaimi Salim dari Bayan Lepas di sini, berkata dia hanya menyedari perkara itu selepas menerima kiriman gambar berkenaan menerusi e-mel daripada rakannya, baru-baru ini.
Menurutnya, selepas melihatnya, dia terkejut apabila mendapati wajah wanita di dalam gambar itu mempunyai iras pelakon drama yang pernah mencetuskan kontroversi suatu ketika dulu... selanjutnya.
No2umnO - Macam pernah nampak. Tapi di mana ya?
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
May 18, 2008
Bangganya jadi artis

"lihat lah dunia....gua artis Malaysia"
Artis Malaysia dah memang berani. Acting dah kalahkan Bollywood, Mollywood dan Tigerwood. Macamana tak berani ? Sebab tak der siapa yang berani pada diorang .... Menteri menteri dan Finas sendiri pun kecut teloq nak tegur .... Prosidur entah kemana, undang undang dah bersepah. Mungkin diorang terfikir, benda syiiiiiokkk, buat per tegur .....
Dulu ada jugak artis yang sombong cam ni. Bila dah accident teruk, baru nak berubah. Masa tu la baru sedar, cantik itu bonus yang Tuhan bagi. Kalau Tuhan nak tarik balik bonus tu ............ Sepetik jari aje. Pada yang tengok tu, jangan nyumpah, doakan mangkuk ni biar berubah. Takut kena pulak batang idung. Anak makin lama makin membesar. Naluri nak jadi artis membuak buak. Nak ikut style mat salleh. Kalau tak cam tu, orang kata tak moden. Kalau pakai baju kurung .... bukan lah 'Melayu Boleh' sebab peminat tak toleh....Bila peminat terpusing kepala .... baru lah "Melayu boleh".
email oleh - "alrid"
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 3 comments
May 17, 2008
Kerabat Diraja Iringi Maya Ke Itali?
murai - Gosip perkahwinan selebriti terkenal, Maya Karin bukan lagi rahsia di kalangan peminat mahupun pihak media.
Sebelum ini, murai.com.my adalah antara pihak yang terawal menyiarkan gosip tentang pelakon filem Duyung itu. Apa yang sibuk diperkatakan, Maya akan mengahwini seorang lelaki dari Eropah atau lebih tepat lagi berbangsa Itali.
Di fahamkan perkahwinan mereka berlangsung di Milan bulan depan. Bukan sahaja teman-teman rapat dan keluarga Maya dijemput, malah khabarnya kerabat dari sebuah negeri akan mengiriri Maya ke sana.
Maya yang selama ini lebih banyak berahsia mengenai cinta dan perkahwinannya, bagaimanapun ada membuat pengakuan bahawa dirinya sudah berpunya, baru-baru ini. >> selanjutnya
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 13, 2008
Gempaq: Nora Danish Berpisah
Komen aku - cerita ni mesti gempaqnye ............. Tapi Siapa dia Nora Danish? Jahilnya aku pasal artis. SM Salim aku kenal la ...
Murai - [...] Pepandai ajer orang hangat bergosip mengatakan Nora Danish dah berpisah dengan suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Hish insurans sikit mulut korang tu!
Sedangkan mereka sedang duduk 'bergumbira' di rumah, Murai Batu pun tak faham dengan mulut orang yang sengaja mahu melihat rumah tangga Nora bergoncang lagi. Itulah harga yang terpaksa dibayar Nora dan Jejai kalau sudah jadi selebriti - asyik kena gosip tak habis-habis!
Kisah gosip celah bedah seorang artis ke atas rumah tangga mereka sudah pun berlalu. Bagi Nora, dia sendiri tidak mahu menyebut tentang benda yang sudah-sudah kerana ia hanya merendahkan martabat diri dan kaum wanita saja.
Harmoninya rumah tangga pelakon siri Gaia itu dengan suaminya terbukti dengan mereka selalu makan angin bersama dari Paris ke Milan termasuk bersama keluarga terdekat....selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 11, 2008
Bukan orang tu....
Maya Kahwin Jejaka Eropah Jun ini?
murai - [...] Siapakah calon suami Maya itu?
"Dia bukan lelaki Melayu atau mana-mana VIP yang pernah digosipkan dengan Maya tetapi adalah teman lelaki dari Eropah yang sekian lama dirahsiakan. Mereka sudah lama bercinta secara senyap-senyap," kata sumber itu.
Murai Batu difahamkan, khabarnya perkahwinan itu akan berlangsung di luar negara kerana bakal mertua Maya tidak dapat datang ke Malaysia atas sebab-sebab kesihatan.
"Bagaimanapun, majlis resepsi mengikut adat Melayu akan tetap berlangsung di Malaysia selepas pernikahan itu nanti.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 5, 2008
Nasreen Ngasri, ’Darling’ dan ibu cedera kemalangan
Utusanloya - Pelakon Nasreen Ngasri, 25, atau lebih dikenali sebagai ’Darling’ serta emak dan adiknya dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kerana cedera apabila kereta yang mereka naiki terbabas dan melanggar belakang sebuah lori di km247, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang dekat sini pagi ini.
Pegawai Turus Trafik Negeri Sembilan, ASP Halil Hamzah berkata, kemalangan itu berlaku pada 7.50 pagi ketika mereka sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur.
"Nasreen yang memandu dalam keadaan jalan licin akibat hujan dipercayai gagal mengawal keretanya lalu terbabas sebelum melanggar belakang lori, dan akibatnya, bahagian depan kereta remuk manakala lori yang membawa pokok bunga itu terbalik di tengah lebuh raya,” katanya kepada Bernama. more....
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Rakaman cium timbulkan pergaduhan suami isteri - Anuar Zin

Mstar - (...) Ada yang mengutuk penyanyi ini yang seolah-olah tidak memikirkan tentang agama apabila merelakan peminat wanita bersentuhan kulit dengannya. Tidak kurang juga kata-kata ‘pedas’ seperti “Sekiranya bapa saya sudah meninggal dunia dan arwah bapa saya melihat hal ini, mungkin dia akan sedih.”.
Memang Anuar sedih dan terpukul dengan kata-kata tersebut. Namun, ada yang sedia maklum bahawa dalam persembahannya sebelum ini, beliau sudah biasa menerima ciuman di pipi atau pelukan oleh wanita-wanita tanpa mengira usia, status dan sebagainya.
Lantaran hal tersebut telah pun berlalu, ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan rakaman keadaan Anuar dicium dan dipeluk oleh peminatnya sehingga meletuskan pergaduhan oleh segelintir pasangan suami isteri.
“Saya tak sangka ada orang yang sanggup memburuk-burukkan saya dengan menyebarkan rakaman video tersebut. Saya tak faham kenapa ada orang yang sanggup buat begitu. “Yang membuatkan saya terkilan apabila rakaman tersebut telah menimbulkan pergaduhan antara suami dan wanita yang berada dalam rakaman video itu. “Selepas cerita peluk cium, orang mempersoalkan tentang agama dan segala macam...,” ulas Anuar ketika sidang media selepas showcase A Nite With Anuar Zain yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur baru-baru ini.Disebabkan tidak mahu memanjangkan kontroversi tersebut, Anuar tekad untuk tidak turun pada malam itu.
Beliau hanya beraksi di pentas dan menyambut huluran salam peminatnya yang berada di bawah pentas. more...
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
AIM 15 yang pertama dan terakhir - Waheeda

MStar - MALAM Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) sememangnya telah melakar sejarah tersendiri buat penyanyi yang pernah popular dengan lagu Wassini ini kira-kira lima tahun lalu.
Tatkala dirinya nekad untuk berundur dari bidang seni tidak lama lagi, Waheeda berjaya dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Album Pop Etnik Terbaik AIM15 pada Sabtu lalu menerusi albumnya, Melodi Ahlaan yang mana Waheeda sendiri turut bertindak selaku salah seorang produser album tersebut.
Satu pencapaian yang dilihat mampu menjadi pelengkap karier seni penyanyi yang telah berkecimpung di dalam bidang ini selama kira-kira enam tahun.
Malah, bagi Waheeda sendiri, dia menganggap kejayaan tersebut akan menjadi salah satu kenangan terindah yang akan sentiasa tersemat di dalam hidupnya biarpun bidang seni ini bakal ditinggalkannya kelak.
"Saya terharu dengan kemenangan pada malam ini. Meskipun hanya dua finalis saja yang tersenarai untuk kategori ini, saya tetap merasakan ini satu penghargaan yang cukup bermakna di dalam perjalanan seni saya.
"Secara peribadi, Melodi Ahlaan amat istimewa buat diri saya. Apatah lagi separuh daripada lagu-lagu dalam album tersebut adalah ciptaan saya sendiri. more....
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 4, 2008
Tudung and artist
Gambar artis artis Malaysia memakai tundung, ayu, tulus dan mulus ..... diantaranya
cuba anda lihat koleksi artis artis lain ..... melalui blog blalang.com
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 2, 2008
‘Beri saya peluang kedua’ - Faizal
Hmetro - “Saya terkejut apabila ada mufti mengeluarkan kenyataan sebegitu terhadap saya. Sudah tentu saya kecewa dan terkilan kerana kenyataan itu bersifat peribadi yang ditujukan pada saya.
“Jika beliau tidak suka pada saya, lebih baik diadakan pertemuan secara bersemuka tanpa perlu menghebahkan kepada media,” katanya.
Mengenai imejnya yang dikatakan tidak matang dan tidak sesuai dengan rakyat Perlis kerana berambut panjang dan sering meraung serta melompat-lompat ketika mengadakan persembahan, Faizal mendakwa Dr Mohd Asri melakukan kesilapan dalam membuat penilaian itu.
“Saya rasa beliau tersilap menilai diri saya yang sebenar. Mengapa saya dikatakan membawa imej negatif semata-mata kerana saya sering memakai baju Superman sedangkan saya bukannya menonjolkan diri saya sebagai Superman sepenuhnya yang memakai seluar dalam di luar.
“Superman hanyalah idola saya sejak kecil dan percaya setiap individu mempunyai idola masing-masing. Malah, saya tidak mempunyai krisis identiti seperti yang didakwa beliau. Sebenarnya krisis identiti lebih teruk merujuk pada pertukaran jantina antara lelaki dan wanita,” katanya. more...
No2umnO - Faizal tak paham atau mungkin kenyataan Mufti Asri belum sampai ke kepadanya. Tapi di dalam kenyataan yang di buat oleh Faizal, insiden dedah tubuh, tidak disentuh. Apa pun sebenarnya ada pihak lain yang senyap tapi sebenarnya terlibat. Etika berpakaian sekarang ni dah tidak diambil berat oleh badan yang mengawal artis artis.
Wak masih ingat di era 80an dan 90an dulu, tidak dibenarkan muncul mana mana artis wanita yang kelihatan pangkal lengannya (ketiak). Maka sibuk lah artis artis dahulu menutup tubuh dengan selendang. Tapi sekarang tidak lagi. Ketiak angkat 180 darjah pun boleh. Bila tak der larangan, artis naik kepala. Siapa agaknya yang bertanggung jawab? Tiada kata sehala dari pihak pihak yang berwajib. Akhirnya sana kutuk sini dan sini kutuk sana. Artis ambil kesempatan. Selagi orang kecoh, tiada kata pengelesaian dan mereka boleh bertindak tanpa larangan.
Labels: Artis Hadhari, Faizal
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Apr 29, 2008
Aditya: Anuar Zain tidak 'bersalah'
MStar - APABILA sebuah akhbar menulis tentang Anuar Zain menyatakan kesanggupannya untuk dicium peminat atau membenarkan pemujanya duduk di atas pahanya, industri seni sekali lagi diperdebatkan dengan polemik baru.
Itu kenyataan berani daripada lelaki ini, itupun kalau benar kata-kata tersebut dilontarkan daripada kerongkong dan halkumnya. Setahu Aditya yang agak mengenali lelaki bernama Anuar Zain ini, dia tidak begitu. Sebaliknya sikap gentlemen dan sopan santunnya sering diutamakan.
Sebenarnya sekali imbas melihat tajuk akhbar itu, Aditya fikir hanya gimik semata-mata. Ternyata telahan itu silap selepas membaca baris demi baris dan di hati mula terdetik akan keberanian adik Ziana Zain ini.
Sehingga ada peminat membuat kesimpulannya melalui tulisan yang dikirim menerusi emel kepada beberapa wartawan hiburan (yang kemudiannya turut dilebarkan kepada mStar online) telah melihat industri hiburan sudah tenat dengan masalah sosial golongan artis yang kian menjadi barah.
"Mereka boleh lakukan apa yang disukai. Tidak kira bercium atau duduk di atas paha." Ini kata-kata (kononnya) daripada Anuar yang dipetik daripada akhbar bersaiz tabloid berkenaan. more...
No2umnO - Mari kita undi ....Siapa yang salah?
Labels: Artis Hadhari
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
