MStar - [...] Apa yang dibimbangkan itu menjadi kenyataan apabila Faizal hampir lemas sewaktu penggambaran klip video pertamanya itu di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam, malam Isnin lalu. Mujurlah ada penyelamat dan krew produksi yang begitu mengambil berat terhadap keadaan dirinya.
Ketika dihubungi penulis, Faizal mengakui dia begitu bersyukur kerana tiada perkara buruk menimpa dirinya.
“Saya memang hampir lemas ketika underwater scene menyebabkan penggambaran tertangguh hampir dua jam.
”Memang agak lemah semangat sekejap namun mujurlah ramai yang support dan mengambil berat....selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 14, 2008
SUPERMAN TAK BOLEH BERENANG?
Labels: Faizal
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 2, 2008
‘Beri saya peluang kedua’ - Faizal
Hmetro - “Saya terkejut apabila ada mufti mengeluarkan kenyataan sebegitu terhadap saya. Sudah tentu saya kecewa dan terkilan kerana kenyataan itu bersifat peribadi yang ditujukan pada saya.
“Jika beliau tidak suka pada saya, lebih baik diadakan pertemuan secara bersemuka tanpa perlu menghebahkan kepada media,” katanya.
Mengenai imejnya yang dikatakan tidak matang dan tidak sesuai dengan rakyat Perlis kerana berambut panjang dan sering meraung serta melompat-lompat ketika mengadakan persembahan, Faizal mendakwa Dr Mohd Asri melakukan kesilapan dalam membuat penilaian itu.
“Saya rasa beliau tersilap menilai diri saya yang sebenar. Mengapa saya dikatakan membawa imej negatif semata-mata kerana saya sering memakai baju Superman sedangkan saya bukannya menonjolkan diri saya sebagai Superman sepenuhnya yang memakai seluar dalam di luar.
“Superman hanyalah idola saya sejak kecil dan percaya setiap individu mempunyai idola masing-masing. Malah, saya tidak mempunyai krisis identiti seperti yang didakwa beliau. Sebenarnya krisis identiti lebih teruk merujuk pada pertukaran jantina antara lelaki dan wanita,” katanya. more...
No2umnO - Faizal tak paham atau mungkin kenyataan Mufti Asri belum sampai ke kepadanya. Tapi di dalam kenyataan yang di buat oleh Faizal, insiden dedah tubuh, tidak disentuh. Apa pun sebenarnya ada pihak lain yang senyap tapi sebenarnya terlibat. Etika berpakaian sekarang ni dah tidak diambil berat oleh badan yang mengawal artis artis.
Wak masih ingat di era 80an dan 90an dulu, tidak dibenarkan muncul mana mana artis wanita yang kelihatan pangkal lengannya (ketiak). Maka sibuk lah artis artis dahulu menutup tubuh dengan selendang. Tapi sekarang tidak lagi. Ketiak angkat 180 darjah pun boleh. Bila tak der larangan, artis naik kepala. Siapa agaknya yang bertanggung jawab? Tiada kata sehala dari pihak pihak yang berwajib. Akhirnya sana kutuk sini dan sini kutuk sana. Artis ambil kesempatan. Selagi orang kecoh, tiada kata pengelesaian dan mereka boleh bertindak tanpa larangan.
Labels: Artis Hadhari, Faizal
cilok & ciplak by radenjowo 2 comments
Jan 19, 2008
8TV KENA TINDAKAN
Kerana Faizal, 8TV pun kena tindakan
Kosmo
KUALA LUMPUR – Ekoran perbuatan seorang artis membuka baju ketika menyanyi di konsert siaran langsung, stesen televisyen 8TV dikenakan tindakan tidak dibenarkan membuat siaran langsung mahupun tertunda bagi konsert dan semua rancangan hiburan untuk tempoh tiga bulan bermula 15 Januari.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komuniksi dan Multimedia Malaysia Muhamad Tahir Muhamad Noor berkata, kelulusan juga tidak akan diberikan bagi sebarang permohonan siaran langsung dan tertunda oleh stesen televisyen lain yang mahu menampilkan artis berkenaan dalam tempoh tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan, penelitian dan maklum balas umum mengenai siaran langsung Rockin Birthday Concert yang disiarkan pada 13 Januari lalu, pihak Suruhanjaya mendapati 8TV gagal mematuhi syarat yang ditetapkan untuk kelulusan siaran langsung dan tertunda.
Beliau berkata, Suruhanjaya mendapati tindakan artis yang menanggalkan pakaian pada konsert itu adalah sesuatu yang dilakukan dengan niat tanpa memikirkan sentimen dan sensitiviti penonton serta nilai-nilai murni masyarakat negara ini.
“Ini merupakan satu kesalahan yang serius dalam sesebuah rancangan siaran langsung,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Ekoran itu, katanya Suruhanjaya menarik balik dengan serta-merta kelulusan yang diberikan untuk siaran langsung dan tertunda bagi rancangan konsert dan program berbentuk hiburan di saluran 8TV.
Bagaimanapun, katanya program prarakaman atau bukan program siaran langsung yang menampilkan artis yang sudah mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem (LPF), boleh disiarkan.
Dalam siaran langsung rancangan Rockin Birthday Concert itu, penyanyi yang merupakan bekas anggota kumpuan nasyid Mirwana, Faizal Tahir, bertindak menanggalkan baju sehingga mendedahkan badannya yang disembur dengan cat merah berbentuk ‘S’.
Akibat tindakan itu Faizal dikenakan hukuman melakukan kerja amal selama enam bulan oleh stesen televisyen 8TV.
Labels: Aksi Lucah, Artis Hadhari, Faizal
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
Jan 16, 2008
ARTIS MELAYU PERASAN MAT SALLEH
Tindakan Faizal cemar imej penyanyi Melayu
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Peminat kesal sikap jelik naib juara One In A Million tanggal baju pada majlis ulang tahun 8TV
TINDAKAN berani Faizal Tahir menanggalkan bajunya di majlis ulang tahun keempat stesen televisyen 8TV, Sabtu lalu yang berlangsung di Central Park Avenue, Bandar Utama menjadi kontroversi pertama yang dicetuskan dalam kalendar hiburan tanah air tahun ini.
Barangkali penyanyi yang satu ketika dulu pernah menganggotai kumpulan nasyid Mirwana terlalu asyik membuat persembahan sehingga terlupa bahawa dia bukan mengadakan konsert tertutup khas untuk peminatnya saja. Sebaliknya, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan realiti One In A Million (OIAM) itu berada di hadapan kira-kira 8,000 penonton malah konsert berkenaan juga dapat disaksikan secara langsung di kaca televisyen.
Keghairahan penyanyi yang popular dengan lagu Mahakarya Cinta itu menanggalkan pakaiannya satu persatu bermula dengan jaket, diikuti singlet dan seterusnya tali pinggang disifatkan banyak pihak sebagai satu tindakan melampau dan mencemarkan imejnya sebagai penyanyi Melayu.
Yang menjadi persoalan, kenapa Faizal membuat tindakan melulu menanggalkan pakaiannya? Adakah kerana terlalu asyik menghayati lagu didendangkan membuatkan Faizal terlupa dia berada di hadapan ribuan penonton? Bagaimanapun jika meneliti semula perkataan S yang tertera di badannya, sudah cukup memberikan jawapan bahawa ia adalah satu tindakan yang dirancang.
Penyanyi berusia 30-an ini mungkin lupa atau tidak peka dengan syarat persembahan yang ditetapkan di negara kita. Faizal mungkin lupa kehadiran KC & Jojo tidak lama dulu menjayakan konsert Live & Loud turut mencetuskan kontroversi apabila mereka menanggalkan pakaian ketika membuat persembahan walhal mereka artis Barat.
Aksi berani Faizal itu mungkin dianggap biasa saja oleh dirinya atau sesetengah peminatnya namun tindakan itu tidak mustahil boleh menjejaskan karier Faizal yang sedang menuju puncak. Apakah Faizal tidak takut kerjayanya terjejas? Sebelum ini, Faizal juga pernah melakukan aksi yang menjelikkan dan dianggap sesetengah pihak sebagai keterlaluan apabila meluncur di atas pentas sebaik dua lagunya Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta diumumkan layak ke peringkat akhir Juara Lagu.
Hip mendapatkan pandangan dua peminatnya Raihan Raduan berusia 23 tahun dari Klang dan Tung Jie Feng atau Bong, 19, berasal dari Petaling Jaya. Mereka mula mengikuti perkembangan Faizal sejak penyertaannya di dalam OIAM lagi. Pandangan mereka mempunyai pro dan kontra masing-masing.
Raihan yang bertugas sebagai Eksekutif Khidmat Pelanggan di salah sebuah syarikat telekomunikasi mengakui tidak terkejut dengan tindakan berani penyanyi kesayangannya. Tindakan memberi barang kepada peminat adalah perkara biasa yang sering dilakukan Faizal ketika menghiburkan peminatnya.
Menurut Raihan, itu adalah salah satu cara penyanyi idolanya menghargai peminat. Bagaimanapun, tindakan Faizal membuka baju di hadapan ribuan penonton disifatkan sebagai melampau.
“Saya sering mengikuti persembahan Faizal sebelum ini. Dia memang sering bertenaga di atas pentas dan memberikan barang kepada peminat sudah menjadi ‘trademark’ Faizal. Namun tindakannya membuka baju adalah sesuatu yang melampau, sebelum ini dia tidak pernah melakukan aksi sedemikian dalam persembahannya,” katanya. more...
No2umnO - Sudah ada rakan rakan artisnya sekarang sedang membela Faizal. Mungkin pada minda mereka, cukup sekadar "MINTA MAAF". Selepas ini kalau ada yang bogel, suruh minta maaf dan selesai semua cerita. Membuka baju sememangnya dirancang oleh penyanyi tersebut. Masakan ada tulisan yang dibuat awal ditubuhnya. Maka sepatutnya berfikiran ke depan. Dan kalau budaya ini dibuat maka, akan ada artis lain pula yang ambil kesempatan seolah olah silap untuk menonjolkan sesuatu kemudian minta maaf dan kes itu pun selesai. Sudah masuk hari ke 3, kementerian penerangan tidak memberikan sebarang tindakan. Mungkin ini yang dicari oleh ISLAM HADHARI. Bukan soal politik tetapi soal budaya dan agama. Jangan disalah ertikan bahawa perkara ini menyentuh soal agama baik PAS atau UMNO. Yang harusnya siapa silap, ambil tindakan.
Labels: Artis Hadhari, Faizal
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
