KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 19, 2008

8TV KENA TINDAKAN


Kerana Faizal, 8TV pun kena tindakan
Kosmo

KUALA LUMPUR – Ekoran perbuatan seorang artis membuka baju ketika menyanyi di konsert siaran langsung, stesen televisyen 8TV dikenakan tindakan tidak dibenarkan membuat siaran langsung mahupun tertunda bagi konsert dan semua rancangan hiburan untuk tempoh tiga bulan bermula 15 Januari.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komuniksi dan Multimedia Malaysia Muhamad Tahir Muhamad Noor berkata, kelulusan juga tidak akan diberikan bagi sebarang permohonan siaran langsung dan tertunda oleh stesen televisyen lain yang mahu menampilkan artis berkenaan dalam tempoh tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, penelitian dan maklum balas umum mengenai siaran langsung Rockin Birthday Concert yang disiarkan pada 13 Januari lalu, pihak Suruhanjaya mendapati 8TV gagal mematuhi syarat yang ditetapkan untuk kelulusan siaran langsung dan tertunda.

Beliau berkata, Suruhanjaya mendapati tindakan artis yang menanggalkan pakaian pada konsert itu adalah sesuatu yang dilakukan dengan niat tanpa memikirkan sentimen dan sensitiviti penonton serta nilai-nilai murni masyarakat negara ini.

“Ini merupakan satu kesalahan yang serius dalam sesebuah rancangan siaran langsung,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ekoran itu, katanya Suruhanjaya menarik balik dengan serta-merta kelulusan yang diberikan untuk siaran langsung dan tertunda bagi rancangan konsert dan program berbentuk hiburan di saluran 8TV.

Bagaimanapun, katanya program prarakaman atau bukan program siaran langsung yang menampilkan artis yang sudah mendapat kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem (LPF), boleh disiarkan.

Dalam siaran langsung rancangan Rockin Birthday Concert itu, penyanyi yang merupakan bekas anggota kumpuan nasyid Mirwana, Faizal Tahir, bertindak menanggalkan baju sehingga mendedahkan badannya yang disembur dengan cat merah berbentuk ‘S’.

Akibat tindakan itu Faizal dikenakan hukuman melakukan kerja amal selama enam bulan oleh stesen televisyen 8TV.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive