kosmo - Awas! jika anda berurusan dengan seseorang menggunakan wang kertas RM100, anda perlu berhati-hati kerana ada kemungkinan wang tersebut palsu.
Menyamai wang tulen hampir 90 peratus, penggunaan wang palsu tersebut dikatakan semakin bebas digunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Micheal Chong memberitahu, sehingga bulan ini sebanyak empat kes telah dilaporkan melibatkan penipuan licik ini.
... selanjutnya.
May 23, 2008
AWAS .... Wang RM100 Palsu
Labels: kosmo, Pengumuman
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 17, 2008
Pantai Chenang, Langkawi diceroboh
Kelihatan timbunan pasir yang dipercayai dicuri untuk membina calet di Pantai
Chenang, Langkawi.
kosmo - [...] Tanah tersebut yang sebelum ini didakwa mempunyai keluasan sebesar empat padang bola sepak yang disediakan kerajaan sebagai kawasan rekreasi pengunjung berhampiran tandas awam Pantai Chenang dekat sini, kini tiada lagi.
Difahamkan sejak dua tahun lalu kawasan tanah tersebut yang disediakan kerajaan kini 'ditumbuhi' restoran dan calet haram bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan yang didirikan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Lebih memeranjatkan pihak tidak bertanggungjawab itu turut mengambil kesempatan dengan mencuri pasir pantai tersebut untuk digunakan sebagai bahan mentah bagi binaan yang didirikan mereka.
Menurut sumber yang hanya ingin dikenali sebagai Rahman Ibrahim mendakwa keadaan tersebut berlarutan sejak dua tahun lalu dan aduan kepada pihak berkuasa telah dilakukan namun tiada tindakan diambil setakat ini.
Malah katanya lagi, individu yang menceroboh kawasan tersebut seolah-olah 'kebal' dari dikenakan tindakan undang-undang.
"Saya sudah melaporkan masalah tersebut kepada pihak polis, Majlis Perbandaran Langkawi dan pejabat daerah. Namun mereka kata: "Kami tidak boleh buat >> selanjutnya
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
May 6, 2008
MISKIN DIHINA PULA ...
Kasihan kepada binatang. Mungkin kat negara ni dah tak der manusia. Semua dah cuba untuk jadi lebih binatang dari binatang .... sana sini cerita tentang binatang. Manusia dah pupus ...... bila simiskin dihina. Manusia dah berubah. Dari bandar ke kampung kampung. Semua cerita tentang binatang.
‘Tiada siapa datang minta maaf’
Sudahlah suaminya maut dibelasah atas dakwaan suspek satu kes skodeng dan cubaan cabul, balu mangsa dan lima anaknya yang kini hidup mereka terumbang-ambing masih ternanti-nanti jika ada orang kampung yang datang berkongsi sedih atau sekurang-kurangnya meminta maaf.
Fazilah Muhammad, 34, menganggap nasib mereka cukup malang kerana bukan sahaja hilang ketua keluarga dan sumber pencarian tetapi juga kian tersisih.
“Saya tak ada kerja, macamana nak sara lima orang anak berusia dua bulan hingga 17 tahun?
“Rumah yang kami duduk ni pun kena bayar sewa RM80 sebulan katanya,” katanya ketika ditemui semalam. selebihnya .....di Kosmo ....
cilok & ciplak by radenjowo 1 comments
May 4, 2008
Orang Jeli gempar hujan air batu

Penduduk kampung asyik melihat ketulan air batu
ketika hujan di Kampung Kulim, Jeli malam kelmarin.
Kosmo - JELI - 'Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang' mungkin sekadar pepatah Melayu menggambarkan perlunya kita bersifat patriotik.
Bagaimanapun hujan batu benar-benar berlaku dan fenomena itu terjadi di Kelantan sejak kebelakangan ini.
Jika sebelum ini, ia berlaku di Pasir Mas kali ini ia berlaku pula di Kampung Kulim di sini malam kelmarin sehingga menimbulkan suasana gempar kepada penduduk.
Selain hujan, ia diiringi ribut kencang sehingga menyebabkan atap kira-kira 100 buah rumah termasuk masjid di diterbangkan angin dan mujur tidak ada sebarang kemalangan berlaku.
Bagaimanapun, tinjauan Kosmo! Ahad ke kampung tersebut mendapati hujan batu itu menjadi seakan-akan pesta kepada penduduk yang keluar beramai-ramai melihat ketulan ais yang bersepah-sepah di atas jalan raya dan rumah. selanjutnya
cilok & ciplak by radenjowo 0 comments
