KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Aug 28, 2008

HIMPUNAN KELUARGA MERDEKA

Sempena bulan kemerdekaan, Wanita Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) akan mengadakan Perhimpunan Keluarga Merdeka pada tarikh berikut:

HIMPUNAN KELUARGA MERDEKA 2008T

Tarikh :- Sabtu, 30 Ogos, 2008
Masa :- 3:00 Petang
Tempat:- Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru K.Lumpur
(lokasi "Black 14")

Tetamu:-
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim - MP Permatang Pauh
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail - Presiden KeADILan
YB Zuraida Kamaruddin - MP Ampang/Ketua Wanita KeADILan Pusat
YB Saifuddin Nasution Ismail
Datin Paduka Dr Tan Yee Kew

Pada majlis tersebut, Wanita KeADILan akan menganugerahkan DSWA "Tokoh Serikandi Rakyat" di atas sumbangan beliau di dalam parti dan juga pada rakyat.

Turut diraikan dalam majlis tersebut, Ketua Pembangkang baru, DSAI di atas kemenangan dan lantikan beliau ke dalam Parlimen

Turut diundang semua ahli PAKATAN RAKYAT

Tidak lupa juga pada SELURUH RAKYAT MALAYSIA. Kemerdekaan ini milik semua.

SEMUA DIJEMPUT HADIR. BAWA SELURUH KELUARGA-
Sila Sebarkan

Jul 26, 2008

Tempoh luput topi keledar cuma lima tahun?

MStar - Topi keledar akan ditetapkan tarikh luput penggunaannya selama lima tahun, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.



Beliau berkata, JKJR sedang berbincang dengan syarikat-syarikat pengeluar topi keledar untuk memperkenalkan tarikh luput lima tahun topi keledar mulai tahun ini.

Katanya, topi keledar yang terlalu lama digunakan adalah tidak selamat kerana daripada segi luaran kelihatan sesebuah topi keledar itu masih boleh digunakan tetapi akibat daripada perubahan cuaca dan sebagainya bahagian dalaman mungkin telah rosak.

"Adalah menjadi tanggungjawab JKJR untuk menukar persepsi masyarakat kepada keperluan topi keledar yang mampu menyelamatkan nyawa apabila berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Keselamatan Jalan Raya (KJR) dan penggalakan pemakaian topi keledar dengan sempurna peringkat negeri Perak di Kampung Manjoi di sini hari ini.

Suret Singh berkata, kebanyakan pengguna motosikal di negara ini kurang peka kepada risiko yang dihadapi akibat penggunaan topi keledar lama....selanjutnya.

no2umno - Bodohnya rakyat Malaysia kalau terima saranan ini. Kenapa tak ditubuhkan syarikat kroni untuk test helmet macam puspakom test kenderaan. Lagi untung .... Pooorahhhhhh !!! yang susah masih rakyat.

Jul 21, 2008

Missing daughter

Perlis,  21 July 2008 :

Sun2surf | Refflis Mohd Ismail, 41 (left) with wife, Wan Lailani Wan Othman, 45, (right) showing Nur Redzwana picture Nadila Refflis,15, during press conference at Kangar District Headquarters(IPD)here today. Nur Redzwana realized missing from his house, in Pangsapuri Seri Sena on 11th of July past around 12 mid afternoon. Fear with his daughter safety, Refflis has made police lodge in IPD, Kangar on 13th of July. Refflis said , he and his family member had no any problem or misunderstanding with his child and Nur Redzwana also never get out from home within that long. Those who are have information, please contact Kangar District Police Chief, Supt Yusof Mohd Diah on line 012-6126798 or nearby police station.

Jul 7, 2008

HARI SABTU KUNING-HARI AHAD MERAH

email:

SAYA MENCADANGKAN SUPAYA KEMPEN PROTES DAN BERSIH DITERUSKAN,SEBAB PILIHANRAYA BELUM BERSIH DAN HARGA MINYAK BELUM TURUN.SLOGAN 'PROTES SAMPAI TURUN'.
HARI SABTU PAKAI BAJU KUNING SEPERTI DAHULU,HARI AHAD PAKAI PULA BAJU MERAH.TAK PERLU YANG ADA TULISAN BERSIH/PROTES.SEKADAR WARNA SAHAJA.KALAU YANG ADA DAN NAK PAKAI LAGI BAGUS.

SAYA MERASAKAN ORANGRAMAI/RAKYAT MALAYSIA AKAN MENYAMBUT SARANAN INI. HAL INI TIDAK MEMBEBANKAN MEREKA.HANYA PAKAI BAJU.
HARAP DAPAT PERHATIAN DARI PIMPINAN PAKATAN RAKYAT.

SABTU-KUNING
AHAD MERAH

http://tawanpekan.blogspot.com/

JGN LUPA...MISI TAWAN PEKAN

Jul 5, 2008

"Sumpah dengan junjung Al Quran untuk tentu kebenaran" Nik Aziz

klpos | Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.

"Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Cadangan Mufti Perlis

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mohd Asri supaya kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan "bermubahalah" atau bersumpah.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Asri berkata isu liwat yang membabitkan Anwar sudah semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Komen Mufti Perak

Manakala Mstar Online melaporkan Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.... selanjutnya.

no2umno - Elok lah kalau Najib dan Rosmah sekali angkat sumpah. Seronok nak tengok.

Jul 2, 2008

MOHON BANTUAN


email oleh: Assalamualaikum wrb,

Tuan/puan yang yang budiman dan prihatin,

Anak perempuan saya murid Tahun 5 (5 Iltizam) SRK Taman Melawati 2 selalu balik menceritakan tentang kisah sedih kawan sekelas dia yang terpaksa duduk dalam ‘khemah’ kerana tiada rumah setelah rumah setinggannya di robohkan. Mula- mula saya tidak berapa ambil kisah kerana anggapan saya manila ada di kawasan Ulu Klang/Melawati keluarga Melayu sebegitu susah, sekurang-kurangnya ada rumah. Tetapi cuti minggu lepas, saya telah dibawa sendiri oleh anak saya untuk melihat khemah dan keadaan keluarga tersebut di Ulu Klang bertentangan dengan Zoo Negara.

Memang amat menyedihkan sekali keadaan keluarga ini, En Zamri seorang guard di Puncak Niaga Klang gate, mempunyai 5 orang anak (15,14,11, 6 & 4tahun) memang tinggal dalam khemah dhaif (sebesar partition Manager kat PETRONAS) tanpa elektrik dan cuma bilik air buatan sendiri. Isteri tidak dapat bekerja kerana ada anak kecil 4 tahun walaupun ingin bekerja. Kepada sesiapa yang hendak lihat sendiri khemah keluarga ini boleh Nampak dari Highway MRR2 – Arah Ampang ke Taman Permata , selepas PETRONAS Hulu Kelang 2, berdekatan bus station ada sign board untuk U TURN ke Zoo Negara.

Menurut En Zamri rumah setinggan mereka di Batu 8 Hulu Klang telah dirobohkan 3 tahun lalu dan mereka telah membeli rumah kos rumah tetapi hingga sekarang tidak siap- siap. Keluarga lain mampu untuk buat rumah ditempat lain tapi beliau belum mampu untuk buat pondok sekalipun walaupun ada plan untuk buat ‘pondok sementara’ di tapak khemah itu…saya ada nampak sedikit kayu recycle terkumpul. Semasa kempen pilihanraya ada ada politician berjanji untuk bantu tapi diam begitu saja. Beliau dirikan khemah di situ kerana dekat sekolah dan keempat empat anak bersekolah di Melewati dapat jalan kaki ke sekolah saja. Menurut anak saya akhir-akhir ni dengan cuaca yang tak menentu, anaknya selalu demam dsb.

Saya juga telah bertanya macamana kami boleh bantu dia sekeluarga. Kalau ada rezeki dia cuma mahu dirikan pondok tempat bertuduh dengan harapan rumah kos murah mereka siap, tapi beliau keberatan untuk memberitahu saya kosnya. Setelah didesak beliau beritahu rumah Indon depan rumah dia kecil tu pun lebih kurang RM 3 ribu juga. Indon pun ada rumah, ini keluarga Melayu, En Zamri orang N9 dan isterinya orang Perak.

Alhamdulilah saya dapat memberitahu kisah keluarga ini pada Hj Zul, AJK Surau PETRONAS dan beliau berjanji akan cuba meminta bantuan ADUN Hulu Klang. Pihak Surau PETRONAS juga telah bermurah hati memberi sumbangan segera RM250. Saya dan suami juga akan cuba ikhtiarkan bantuan lain seperti carikan kerja part time untuk isterinya dsbnya. Menurut En Zamri, sekolah juga memberi bantuan.

Sahabat sahabat yang prihatin, saya mohon bantuan iklas semua kalau boleh kita membantu keluarga ini untuk dirikan ‘pondok’ untuk berteduh…..saya tahu ramai yang bermurah hati untuk memberi sumbangan peribadi , zakat (saya rasa keluarga ini layak mendapat zakat)….atau sebagainya….atau mungkin FOC boleh buat ‘keluarga angkat’ sebagai projek amal jariah kita. Sesiapa yang ingin membantu sila beritahu saya.

Semoga ALLAH membalas amal jariah saudara/i sekelian.

Wassalam.

Ku Azah Ku Mohamad.

Jul 1, 2008

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN PULAU PINANG 29th Jun 2008

Penubuhan Unit Ehsan

  • Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang mengumumkan penubuhan Unit Ehsan AMK Pulau Pinang. Penubuhan unit ini adalah bertujuan untuk membantu menjalankan tugas amal dan kebajikan di Negeri Pulau Pinang. Setiap bahagian Angkatan Muda di negeri Pulau Pinang akan mewujudkan Unit ini.
  • Penubuhan Unit ini dipelopori oleh Ahli Angkatan Muda sendiri. Unit ini juga akan memainkan peranan menjadi mata dan telinga Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang kekal maju dan berkepedulian terhadap kebajikan rakyat.

Tuduhan Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Angkatan Muda Keadilan Negeri Pulau Pinang memandang serius tuduhan palsu liwat siri-2 yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang yakin tuduhan ini sengaja diadakan bertujuan menghalang beliau dari mendedahkan maklumat terbaru yang mengaitkan Ketua Polis Negara- Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara -Ghani Patail dengan konspirasi menjatuhkan beliau pada tahun 1998. ... selanjutnya di tawanpekan

Jun 25, 2008

Be careful when drive at late night.

isuhangat - [...] A colleague's brother..

An incident happened last night relating to my brother. He just finished work at around 1 am and was on his way home. He stopped at a traffic light and notice there were about 5 motorcycles (mat rempit) at the front. Suddenly one of the guys came down and walk next to his car. Next thing you know, he took out a rod and smash my brother's window (damaged as per. pic attached) intending to injured him and rob him of his belonging.

He was going for a second attempt when my brother managed to step on the accelerator and sped off. They did try to follow but gave up after a short attempt. My brother was lucky that the rod narrowly missed his head and avoided a serious or probably fatal injury.

This incident can happen to anyone....so please be careful especially when you are driving alone late at night which happens quite often during the upcoming peak.


... selanjutnya.

Jun 24, 2008

Kami keluar PAS jika PAS sertai BN!

malaysiakini - [...] Saya mendapat tahu daripada seorang pimimpin PAS di peringkat pusat - yang mahu identitinya dirahsiakan - bahawa sekarang beberapa pimpinan PAS antaranya bekas naib presiden Mustapha Ali (pesuruhjaya PAS Terengganu dan pengarah pilihanraya), Dr Haron Taib (bekas ketua Dewan Ulama, kalah dalam pertandingan jawatan timbalan presiden) dan Dr Haron Din (timbalan mursyidul am) sedang berunding dengan pimpinan Umno daripada kumpulan Najib Razak supaya PAS menyertai gabungan Barisan Nasional.

Hujah yang dikemukakan untuk mengabsahkan penggabungan ini: demi ketuanan Melayu.

Saya tidak nampak tentang apa yang dikatakan ketuanan Melayu tercabar selepas pilihanraya Mac. Bagi saya, ia hanyalah perang saraf yang dimainkan secara halus oleh Umno untuk meraih keuntungan politik. Dari segi jumlah ahli parlimen Melayu pun, jumlahnya bertambah berbanding penggal 2004.

Justeru, di manakah relevannya isu ketuanan Melayu di sini?

Saya berasa khuatir kalau-kalau pimpinan PAS akan terpengaruh dengan hujah terbabit dan saya terfikir kenapa selepas pilihanraya barulah hujah berkenaan timbul, sedangkan sebelum pilihanraya ketuanan Melayu tidak pernah ditimbulkan terutamanya dalam siri kempen pilihanraya.

Yang kedengaran hanyalah "ketuanan menantu"!

... selanjutnya.

no2umno - setuju benar lah wak pun .....

Jun 9, 2008

DUN BUY THE HOUSE WITH SP SETIA (SETIA ALAM)

Jimmy Tan showing the cracks in the kitchen.ling-wei- [...] Residents said they noticed hairline cracks a few months after moving in but dismissed them as inconsequential. But the cracks started to widen and multiply at an alarming rate.
Streets visited the area recently to survey the damage and noted that they all had one thing in common -- the homes were either undergoing extension or renovation work, or were next to such homes.

The most pronounced cracks appear between the original house structure and the extension. Some cracks are so large, a fist could go through them.

U13 residents' association committee member Jimmy Tan said cracks first appeared in his kitchen and bathroom walls soon after he moved in two years ago.

Last month, a bathroom wall tile broke loose and fell on his mother's head while she was doing the laundry.

"Luckily, she was unharmed. But what if, next time, something heavier falls on her?... selanjutnya.

Jun 4, 2008

Berhati hati di Pavilion KL

email oleh sublimesxxx@gmail.com

Salamualaikum ..Tuan Raden!

Ni nak sampaikan pesan pada wak dan pengunjung2 yang selalu ke
Pavilion Bukit bintang KL.
sewaktu bersiar-siar atau pun sibuk membeli belah, berhati hati bila
berjalan melalui kawasan yng
pagar bergelas di dalam bangunan tersebut.
Pada kejadian malam semalam salah satu gelas jatuh dari tingkat atas
dan bernasib baik tiada pengunjung
yg berada berdekatan disitu. dan sejak kebelakangan ini banyak benda2
yn merbahaya jatuh seperti batu gelas dinding dan
bermacam2 lagi. tapi berita tersebut dirasiakan oleh pihak management.
saya harap pada semua pengunjung2 yg datang semoga berhati hati!

Jun 1, 2008

no2umno akan kekalkan shoutbox

Pemberitahuan ..... No2umnO akan kekalkan Shoutbox sebagai ruang chat bagi rakan rakan berdaftar. Walaupun ianya dianggap sepi oleh sebilangan pembaca, tetapi sekurang kurangnya ia boleh dijadikan landasan memberikan info kepada perkara dan berita yang diluar pengetahuan pihak kami.

Yang menariknya tentang Shoutbox ini adalah, terdapat rakan rakan yang memberikan 'link' kepada info yang menarik sejak ia di perkenalkan. Gunakan ia sebagai kemudahan bertukar maklumat dan memberikan pandangan. Sekian harap maklum.

May 23, 2008

Berhati-hati beli ikan di pasar

isuhangat - Jika anda prihatin sila sebarkan maklumat ini terutamanya bagi orang Islam. (Ini adalah maklumat penting yang perlu disebarkan khususnya pada semua umat Islam.) Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang Kita makan setiap Hari adalah diimport dari negara Thai. Setelah ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan itu dimasukan ke dalam kontena Dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air
batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia & Singapura.
Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam... Dan masa itu Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan Singapura dengan keadaan lesu Dan kurang segar. Untuk mengelakkan berlakunya perkara ini... Pihak
pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu kah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu? ... selanjutnya.

AWAS .... Wang RM100 Palsu


kosmo - Awas! jika anda berurusan dengan seseorang menggunakan wang kertas RM100, anda perlu berhati-hati kerana ada kemungkinan wang tersebut palsu.

Menyamai wang tulen hampir 90 peratus, penggunaan wang palsu tersebut dikatakan semakin bebas digunakan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Micheal Chong memberitahu, sehingga bulan ini sebanyak empat kes telah dilaporkan melibatkan penipuan licik ini.

... selanjutnya.

May 9, 2008

Perencah Tom Yam ada kulit BABI

isuhangat - SEKIRANYA ANDA GEMAR MEMAKAN TOM YAM , BERHATI HATI APABILA MEMBELI PERENCAH TOM YAM SET 'THAI CHILI PASTE' MAE PRANOM BRAND. SET INI HALAL TAPI
BAHAN-BAHAN IAITU PASTE ADA MENGANDUNGI ' PORK CRACKLING' IAITU KULIT BABI.

IANYA DIGUNAKAN SEBAGAI PELENGKAP KEPADA SET PERENCAH YANG DI BUNGKUS
BERSAMA BAHAN ASLI SEPERTI SERAI, LIMAU KASTURI, LENGKUAS , CILI PADI DAN
DAUN LIMAU SEMENTARA PERENCAHNYA 'THAI CHILI PASTE' MAE PRANOM BRAND BANYAK
DIJUAL DI SUPERMARKET DAN KEDAI2 DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

TAK PASTI DI MALAYSIA PUN ADA JUAL JUGA KE TAK. PASAL LOGO HALAL YANG DIGUNAKAN BUKAN LOGO HALAL JAKIM



...selanjutnya [KLIK DI SINI]


May 7, 2008

Warga Kajang ...... Awas!!!

melayuhot - (...) Dalam kereta, menghala ke office dia kat kajang prima atas kedai spare part sederet dgn maybank tu, dia pun call la Mr.Wong, supervisor dia.. kata kitorang on the way. (sambil lompat2 dlm keta aku) 7pm.. sampai kat office, Tony dgn Mr. Wong ni ajak aku masuk bilik, tiba2 je, diorang pasang lagu cina kuat kuat.. dalam bilik tu, ada la gambar orang2 yg pernah menang hadiah dari company ni.. Mr. Wong ni pun cerita la kat aku, company ni buat promotion untuk brand diorang nama GENKI.. sebagai customer, aku cuma perlu buat iklan utk promote brg2 GENKI ni. hadiah yg tinggal ialah, Toyota Altis, Persona, Viva, Honda wave dgn cash money yg bernilai RM4K, RM10K and RM50K! mula2 aku tak nak dan tak yakin, tapi dia push jugak sambil tunjuk keratan surat khabar berita harian, ada sorang makcik dr Penang menang Altis dan sorang Polis dari Putrajaya menang Kancil.

Dia kata polis tu yakin dgn company ni sbb diorang ada credit card machine. so, apa2 hal, boleh cancel dlm masa 24 jam kalau x puas hati. (tipu!!! bank kat m'sia mana ada policy camtu!! ) so, aku tanya camna nak dapat hadiah2 yg diorang bagi tau tadi? Wong ni kata, customer x payah beli barang, tapi cuma perlu bayar cukai iklan RM3K. pastu dia janji nak tolong aku, dia kata aku cuma perlu bayar rm1.5k, yg balance rm1.5K tu, dia tolong.. so, aku pun swipe la credit card aku rm500... aku cakap dgn dia next week aku dtg balik lepas dpt gaji..

- baca selanjutnya di SINI....

Apr 25, 2008

SEMINAR

Salam,

Jemputan untuk semua yang berminat, sila hubungi no. yang dinyatakan.

1. Seminar "Pelbagai Martabat dan Sifat Akal Fikiran dalam Tradisi Ilmiah Tamadun Islam" anjuran IKIM

  • Tarikh : 13 - 14 Mei 2008
  • Tempat : Dewan Besar IKIM
  • Yuran : Jabatan - RM300 / Individu - RM150 / Pelajar - RM50
  • R.S.V.P : 08/05/08
  • Hubungi : 03-6204 6210

2. Seminar Sehari "Isteri Sejati, Ibu Mithali, Keluarga Harmoni" anjuran Excel Training & Consultancy (M) Sdn Bhd

  • Tarikh : 11 Mei 2008
  • Tempat : Masjid W.P Kuala Lumpur
  • Yuran : Awam - RM95 / Pelajar IPT- RM75
  • Hubungi : 03-8926 2501

Pentadbiran
Ibu Pejabat JIM

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Ahad 27 April, Stadium Malawati Shah Alam
http://www.jais. gov.my

(mohon dipanjangkan sebaran)

Berobjektifkan DAKWAH sebagai kunci penyebaran dan kefahaman Islam di dalam masyarakat majmuk, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil initiatif untuk mengembalikan semula era kegemilangan Forum Perdana Ehwal Islam yang berjaya dilaksanakan pada awal tahun 1990an. Forum terbuka yang pernah dilaksanakan bersama pelbagai media eletronik tersebut sebenarnya telah menjadi antara faktor pembuka minda dan pencambahan budaya ilmu di dalam masyarakat Malaysia.

Forum ini dirancang secara berperingkat di seluruh Selangor untuk memastikan penghayatannya mencakupi setiap kawasan di bawah pentadbiran JAIS. Ia dirancang secara berterusan, dan akan dimulakan di Bandaraya Shah Alam pada hujung minggu ini, Ahad 27 April 2008 di Stadium Malawati. Kehadiran seluruh masyarakat dari pelbagai latar belakang dan bangsa amat dialukan. Siaran langsung di internet juga akan dilakukan pada masa tersebut.

Mohon sebarkanlah maklumat ini kepada kenalan dan jiran.

Moga initiatif mulia mengimarahkan BUDAYA ILMU di hati sanubari rakyat Selangor ini berjaya mencapai keredhaanNya. Amiin... 013-296 8401

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Anjuran Bersama;
KERAJAAN NEGERI SELANGOR & JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Tajuk;
MENJANA ISLAM SYUMUL DI DALANGAN UMMAH

Ahli Panel;
Y.BHG DATO' DR HARON DIN
Y.BHG DATUK ISMAIL KAMUS
Y.BHG USTAZ ROSLAN MOHAMAD

Moderator;
Y.B. DATO' DR HASAN ALI



Lokasi;
STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM

Tarikh;
AHAD, 27 April 2008 / 20 Rabi'ulakhir 1429H

Masa;
8.00 MALAM (dimulakan dengan Solah Isyak berjamaah)


NOTA
- Hadirin diminta datang awal, dalam keadaan berwudhuk dan membawa tikar solah sendiri.
- Gerai jualan makanan & minuman akan disediakan. Pihak yang berminat untuk berniaga sila hubungi 013-3600080 / 0134039760 untuk tempahan.

Mar 20, 2008

Jamuan Majlis Kesyukuran Kemenangan Pilihanraya

"Sujud syukur pada Allah s.w.t, serta salam & selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Pertama kali dalam sejarah PAS melalui calon Dr. Mariah Mahmud berjaya menawan Parlimen Kota Raja, Shah Alam dengan majoiti 20,000 undi mengalahkan calon parti "pembangkang", S. Vickneswaran.

Sebagai tanda terima, PAS Cawangan Seksyen 27, Shah Alam akan mengadakan Jamuan Majlis kesyukuran dan Terimkasih pada semua pengundi Kota Raja, serta penduduk Shah Alam. Ia akan diadakan seperti berikut:-

"Jamuan Majlis Kesyukuran Kemenangan Pilihanraya"
Tarikh : 22 Mac 2008 (Sabtu)
Masa : 3.00 - 6.00 ptg.
Tempat : Dewan MBSA Seksyen 28, Shah Alam (Belakang Stesen Petronas & Shell)

Semua dijemput hadir. Insyallah, tetamu kehormat MP Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud akan turut serta

Untuk makluman boleh hubungi Seketariat 019-2339222

Mar 12, 2008

PAS umumkan 4 perkara penting

siasahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan empat perkara penting yang menjadi isu sekarang dalam sidang medianya selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini.

Perkara itu adalah:

1) Beliau sendiri telah menandatangani surat bagi pihak PAS kepada Sultan Selangor menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

2) PAS hanya berunding dengan PKR dalam isu Exco Kedah dan telah memberikan tiga kerusi untuk PKR tentukan wakilnya dalam kerajaan negeri. Terserah kepada PKR untuk memilih exconya dan PAS telah menyatakan kesediaannya jika salah satunya adalah dari DAP.

3) PAS tidak menolak sepenuhnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana dasar itu ada juga kebaikannya. Bagaimanapun, PAS bersetuju dengan dasar-dasar baik yang dikemukakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan ianya telah dilaksanakan di Terengganu dan Kelantan termasuk dasar mengisytiharkan harta, tender terbuka dan sebagainya.

4) Buat masa sekarang, beliau tidak ada masa dan minat untuk berunding dengan Umno sehinggalah kesemua kerajaan negeri BA selamat ditubuhkan. Selepas itu, PAS bersedia untuk berunding dengan Umno untuk kepentingan negara.

Turut serta bersama beliau dalam sidang media itu adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar dan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Posting terkini

Blog Archive