KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Penang UMNO. Show all posts
Showing posts with label Penang UMNO. Show all posts

Nov 21, 2008

Lim Guan Eng kurangkan judi

Angkasanuri | Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam agak kecoh semalam apabila ADUN dari BN ( Umno) mempertikaikan cadagan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng untuk mengurangkan cabutan nombor ekor dari 10 kepada 6.

Tindakan wakil rakyat dari DUN Berangan, Dato' Shahbudin Yahya yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang ( MAIPP) seperti mendedahkan pekung di dada sendiri.

Menurut Shahbudin, mencegah kemungkaran perlu dilakukan dengan sepenuhnya dan bukan separuh-separuh seperti cadangan Lim Guang Eng.

"Judi adalah haram dan memang tidak boleh kompromi. Ia memang perlu dihapuskan ke tahap zero (sifar) dan bukan hanya mengurangkan bilangannya". Shahbudin dipetik sebagai berkata dalam meminta penjelasan dari Lim Guan Eng dalam sidang DUN semalam.

Dari satu sudut saya bersetuju dengan pandangan Shahbudin tetapi dalam sudut yang lain ternyata kata-kata Shahbudin umpama meludah ke langit yang jatuh ke muka sendiri. Apa yang Shabudin lakukan semasa BN dan Umno masih berkuasa untuk mengurangkan atau mengatasi masalah judi di Pulau Pinag? Malah sehingga hari ini beliau masih menjadi YDP MAIPP yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk mengatasi atau mengurangkan pusat perjudian di Pulau Pinang. Sikap beliau tidak kena masa dan tempat. Shahbudin sengaja nak memalukan diri sendiri dan Umno di Pulau Pinang dengan sikap yang ditunjukkan.... more.

Nov 16, 2008

Azhar diberi masa belajar jadi pemimpin pembangkang

utusan | Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata beliau akan memberi masa kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim untuk belajar menjadi ketua pembangkang di negeri itu.

Katanya, Azhar cuba bermain politik dengan menolak tawaran elaun bulanan RM1,000 daripada kerajaan negeri dan ia bertentangan dengan keputusan anggota partinya.

"Semasa perbahasan pada sidang dewan semalam, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) dan Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) telah menerima rang undang-undang dan mempersoal bahawa rang undang-undang yang menyediakan elaun bulanan itu terlalu kecil," katanya kepada pemberita selepas melancarkan halal hab pasukan petugas antarabangsa Pulau Pinang di sini hari ini.

Katanya, sebagai pemimpin pembangkang di Pulau Pinang, Azhar sepatutnya berkongsi pandangan yang sama dengan anggota partinya.... selanjutnya.
Macam sindir je ... wakakaka

Jul 28, 2008

Hilmi admits RM40 million blunder

sun2surf | ....Hilmi, the BN assemblyman for Teluk Bahang, surprised the assembly when he stood up to take responsibility for the "error" which occurred when he was the Religion, Land, Planning and Development Programmes Committee chairman from 1999 to 2004.

He said this when Chief Minister Lim Guan Eng (DAP-Air Putih) was reporting to the assembly about their findings into several land transactions that went awry because of "negligence" and poor decision making, costing total estimated losses of RM124 million to the state.

"I feel responsible because the error happened then," said Hilmi. "An error occurred and the decision was already made."

According to Lim, this particular case may bring losses worth RM40 million while losses from the other cases involving questionable land acquisitions (collectively investigated as they involved the same government officer) amounted to RM84 million.

Lim revealed in his winding-up speech that the previous administration had approved a 10.6 acres (4.3ha) plot to an individual, apparently a quarry operator.

"A plot of land as big as 10.6 acres is too large to be given only to an individual, which should not have happened," he said.

The case was brought to the courts when the state government cancelled the transfer of the land, he said. "Due to this, the state government incurred losses when the court’s decision sided with the concerned individual."

Lim said a negotiation process to settle the case out of court was held. "In the negotiation process, at one stage the concerned individual agreed to receive compensation that was far lower, which was RM1.8 million, but the previous state government did not agree." ... selanjutnya.

May 4, 2008

Adakah UMNO memBORIAkan Melayu Pulau Pinang?

Mahu tahu sejarah tentang Boria? Tak tahu benar atau tidak, diterima atau ditolak ....tapi ini lah dia....


Sejarah boria
guitarlogi

Permainan Boria ini banyak dikaitkan dengan peristiwa Karbala iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Saidina Hussein r.a iaitu putera kepada Saidina Ali (cucu Nabi Muhammad s.a.w) oleh tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian. Peristiwa ini membuatkan pengikut-pengikut Syiah mengadakan upacara perkabungan tahunan . Semasa upacara atau majlis itu para pengikut akan bersyair, bersajak, berlakon sementara ada pengikut yang sanggup meratap serta mencederakan diri sendiri hingga berdarah semata-mata ingin meratapi dan merasai suasana peristiwa Karbala itu. Upacara atau majlis ini dikenali sebagai Ta’ziya.

Apabila pergerakan ini cenderung ke arah politik, maka ada kumpulan yang menjadikan persembahan atau majlis ini untuk mencari pengaruh maka majlis ini mulalah dibiayai oleh taukeh atau saudagar-saudagar kaya untuk menarik minat pengunjung dating menyertai majlis tersebut.Sekitar abad ke 19, permainan boria ini dibawa oleh golongan India Muslim ke Pulau Pinang yang kemudiannya mempengaruhi minat turut sama oleh orang-orang Melayu tempatan. Setelah orang - orang Melayu tempatan menarajuinya maka banyak elemen dan perubahan yang telah diperbaharui. Semangat Kebangsaan menentang penjajah (Kerajaan British) pada kita itu. Oleh kerana perjuangan menuntut kemerdekaan begitu kuat, maka boria dijadikan landasan untuk golongan Melayu serta golongan minoriti lain bersama menjayakan persembahan boria ini iaitu golongan India dan golongan Cina. more...
Lihatkan kumpulan Boria yang terdiri dari seorang Tukang karang dan pasukan. Tukang karang akan bercerita, bermelodi dan bersenikata didalam sesebuah lagu. bertukar tukar senikata di dalam setiap rangkap. Sementara pasukan pula akan mendendangkan rangkap dan senikata yang sama sehingga akhir lagu.

Kaedah ini digunakan oleh UMNO di dalam pemerintahan mereka di Pulau Pinang. Tukang Karang sudah lari ke rancangan lain sementara Pasukan masih mendendangkan lagu yang sama. Menarik untuk di bandingkan Boria dan UMNO. Anda fikirkan lah dimana persamaannya .....

berita lain:
PM Dialogue with Penang Umno
KUALA LUMPUR: Penang Umno branch members held a dialogue session with Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi at the Putra World Trade Centre yesterday. Full Story

Apr 19, 2008

Teluk Kumbar:Rumah mampu milik yang tak mampu dimiliki

 tranungkite - (...) Saya tak nak focus kepada semua perkara yg dimuhasabahkan. Saya Cuma nak ambil contoh beberapa ketidak telusan atau ketidakcekapan parti “keramat” UMNO dan BN.

Contoh ini diambil di kwasan DUN Bayan Lepas.. Walaupun PAS tak menang di sini, tapi majoriti kemenangan UMNO oleh Tn. Hj. Syed Amerudiin amat tipis sekali. Lebih kurang 390 undi sahaja. Itu pun khabarnya peti-peti undi masih di sita di Balik Polis Balik Pulau akibat protes dari PAS.

Berbalik kepada contoh ketidak telusan atau ketidak cekapan UMNO. Ialah “menipu “ rakyat. Samada secara sengaja atau tidak, rakyat amat kecewa. Rumah mampu milik seperti dipaparkan itu bertempat berhampiran takungan air di bukit sg batu,Teluk kumbar Pulau Pinang .Ia telah dirasmikan oleh Pak Lah pada tahun 2004 lagi .Pada masa itu ia menjadi suatu kempen UMNO untuk menarik pengundi dengan “pagar rumah mampu milik” yang berwarna biru itu.Rata-rata rakyat seolah-olah diumpan dengan “projek kerajaan “Barisan Nasional itu .”

Namun bila tiba tahun 2008 rakyat dengan mata kepala sendiri dapat memerhatikan bagaimana projek itu belum lagi dapat disiapkan.Entah berapa lama lagi rakyat harus menunggu.Apa yang nampak jelas bukit tersebut yg menjadi kawasan rumah mampu milik kini dipenuhi batu dan tanah. Pembinaan rumah bagai tidak dimulakan. Kawasan tersebut hanya seolah-olah kawasan menimbun batu dan tanah.Ini berbeza dengan projek2 swasta yg berhadapan atau berdekatanayau hY betul-betul diseberang jalang berhadapan berjalan lancar pembinaannya, projek mampu milik tajaan umno ini boleh dikatakan ibarat kura-kura.

Walaupun Pak Lah telah merasmikannya pada 2004 yg lalu namun hasilnya hanya nampak tanah dan batu. Setelah lebih kurang 4 tahun berlalu.Dalam ceramah-ceramah umno yg lalu , mereka memberi alasan bahawa ia belum dapat disiapkan lagi kerana terlalu banyak batu dan bermasalah dengan bank Negara. more...

Mar 17, 2008

Pesanan Khas untuk Orang Melayu di Pulau Pinang

khaisuan

Pada kebiasaanya apabila saya menulis tentang situasi semasa saya menulis didalam Baahasa Inggeris tetapi akibat dari beberapa situasi semasa di PP baru baru ini, saya merasakan adalah perlu bagi saya menulis di dalam Bahasa Melayu bagi memastikan penulisan saya ini dapat di baca oleh semua peringkat rakyat di seluruh Negara terutama di PP.

Kejatuhan kerajaan BN di PP pada PRU ke12 baru baru ini terjadi akibat kegagalan kerajaan BN menangani masalah rakyat secara umumnya. Jika rakyat bahagia di bawah kepimpinan BN, sudah tentu ianya tidak akan di gulingkan di 5 negeri dan nyaris nyaris kalah di seluruh semenanjung.

Sebagai rakyat, kita sepatutnya berfikiran lebih matang dan tidak mengikut rentak permainan politik puak puak tertentu. Kerajaan baru ini dilantik oleh rakyat ini bukanlah untuk selama lamanya tetapi hanya untuk tempoh 5 tahun. Kalau kerajaan pusat berhajat membuat pilihanraya lebih awal, rakyat mungkin memilih selepas 3 tahun.

Kuasa di tangan rakyat. Kita perlu memilih pemimpin yang baik dan berwawasan. Tidak guna kita pilih orang orang tertentu kerana semata mata dia orang melayu atau Islam tetapi melayu itu pada warna kulitnya dan islam itu hanyalah sekadar pada songkoknya sahaja dan perangai macam syaitan atau mencuri duit rakyat secara terang terangan.

Saya ingin menarik perhatian pembaca semua kepada beberapa peristiwa yang berlaku selepas ke kalahan BN. Dato Dr Koh Tsu Koon telah menunjukkan watak yang amat matang dan terpuji apabila beliau menerima kekalahan BN di PP dan memberi jaminan bahawa akan memastikan peralihan kuasa kerajaan negeri akan di lakukan dengan aman. Kita lihat kerajaan PP paling mula mula di bentuk di semenanjung selepas PRU 12. Sikap seperti ini harus kita tauladani. Ianya mengambarkan kematangan berpolitik di pihak Dato KSK.

Saya amat terkilan apabila melihat berita TV3 pada 13/3/08 dan surat khabar pagi ini dimana UMNO Pulau Pinang meminta kerajaan pusat menarik balik semua projek mega di PP kerana rakyat sudah menolak BN dan UMNO di PP. Adakah masuk di akal apabila, UMNO PP meminta supaya perkhidmatan bas Syarikat RapidKL di PP di hentikan dan biarkan kerajaan baru PP mencari penyelesaiannya. Hari ini saya amat terkejut apabila membaca artikel di dalam Malaysiakini dimana IGP mengarahkan supaya orang ramai tidak berhimpun di Komtar dan pada sebelah petangnya tersebar berita mengatakan yang perhimpunan yang telah melibatkan hampir 2000 orang di lakukan oleh UMNO.

Orang UMNO selama hari ini kononnya berdisiplin dan senatiasa meminta permit polis apabila mengadakan sesuatu perhimpunan kini telah menunjukkan belang mereka. Tanpa kebenaran polis dan tidak mengindahkan arahan IGP, mereka berarak di PP. UMNO PP telah melakukan PERHIMPUNAN HARAM. Pada penilitian saya, mujurlah pihak polis di Malaysia ini sangat professional dimana mereka telah bersikap neutral dan mengambil langkah langkah mengawal keadaan. Sebaik baiknya pihak polis mengambil tindakan keatas pemimpin UMNO ini yang dengan terang terangan melanggar undang undang negara. Undang undang tidak membezakan pesalah diri segi warna kulit atau parti politiknya.

Apakah tujuan sebenar UMNO di Pulau Pinang?Siapakah pencetus isu perkauman di PP secara khususnya. Adakah ianya di lakukan bagi menimbulkan insiden insiden di mana membolehkan perintah darurat dapat di laksanakan di PP? Jika tuan tuan menonoton TV, tuan tuan dapat melihat sendiri bagaimana Pak Lah memberi amaran terbuka kepada Lim Guan Eng supaya janagn bermain dengan isu perkauman dan hak hak orang melayu diPP. Apa yang di cakap oleh Pak Lah ini masuk di akal atau tidak? Guan Eng cuma menjelaskan bahawa selepas ini kerajaan PP akan melaksanakan tender terbuka dan tidak lagi melakukan “direct nego” sepertimana yang di amalkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Mengapa Pak Lah mengaitkan kenyataan ini dengan hak hak orang melayu? Dari pengamatan saya, Pak Lah telah menimbulkan isu perkauman dan bukan Lim Guan Eng. Kenyataan Pak Lah di sambut oleh UMNO PP. Kalau perkhidmatan bas dihentikan, tentunya rakyat akan sengsara dan memberontak. Inikah niat UMNO PP atau Pak Lah sendiri. Jika ada pemberontakan, keseluruhan Negara akan terjejas dan bukan sahaja di PP. Apakah yang ada dalam kepala otak pemimpin UMNO PP ini? Adakah Pak lah dan UMNO PP mahu menimbulkan keadaan dimana kerajaan pusat boleh mengumumkan “perintah darurat” di PP dan lepas itu kerajaan akan di ambil oleh kerajaan sementara. Saya juga terkejut apabila mendapati Orang Melayu juga membuat perarakan yang sama di Selangor. Ini memberi gambaran bahawa perkara ini di lakukan dengan perancangan rapi dari pihak atasan.

Wahai bangsa ku di Pulau Pinang, saya pinta: Gunakanlah kekuatan akal fikiran kita sebelum membuat sesuatu tindakan. Janganlah cepat melatah. “Pikiak jauh sikit”. Jangan bagi malu bangsa kita ini. Kita kena tunjuk yang kita ini mempunyai IQ dan EQ yang tinggi dan setanding dengan masyarakat maju di dunia ini. Rakyat PP ini tak sama dengan rakyat di negeri lain. Di dalam darah kita ada darah pelbagai keturunan Arab, Turki, India,hindustani, eropah dll. Kita sepatutnya lebih celik dan lebih intelek lagi. Saya pinta semua rakyat merenung sejenak dan memikir sejauh mana BN telah menolong rakyat. Memang menjadi tanggungjawab mana mana kerajaan membina hospital, sekolah, longkang, jalan dan sebagainya. Itu fakta yang kina kena faham. Kalau kerajaan BN tak bina semua ini, sudah tentu rakyat dah lama buang depa. Selama ini rakyat menerima depa kerana pada fikiran rakyat politik perkauman itu penting bagi memastikan orang melayu tidak di pinggirkan. Realitinya, politik perkauman merugikan negara dan banyak pihak dan hanya menguntungkan sebilangan kecial orang orang UMNO yang mempunyai kuasa dan kedudukan .Kalau BN benar benar bagus, mengapa rakyat menolak BN di PRU ke 12.

Saya ingin bertanya kepada rakyat PP yang telah mengambil bahagian di demonstrasi haram di Komtar pada hari ini . Kerajaan yang di bentuk ini baru berumur 1 minggu. Sudahkah rakyat di tindas? Adakah hak hak orang orang kita telah di nafikan? Belum apa apa lagi kita dah melatah. Sebenarnya siapa yang melatah dan tak senang duduk sehingga menggerakkan rakyat yang tak tau hujung pangkal dengan mengadakan perhimpunan haram di PP?

Ini adalah orang orang yang menjadi kaya raya dengan duit rakyat di PP selama ini. Dengan UMNO mereka mendapat projek merata rata. Mereka mendapat projek bukan diatas kekuatan teknikal atau mental. Projek projek mereka semuanya ada kaitan dengan politik UMNO - “aku bagi hang projek, hang jangan lupa aku”. Projek ini memperkayakan orang orang tertentu dan bukan semua orang melayu.

Saya ambil contoh Dato Amin Shah yang kini telah muflis. Orang yang tidak ada pengalaman di dalam pembinaan perkapalan telah di beri kontrak hampir 5 billion ringgit untuk membina 6 buah kapal perang secara rundingan terus. Tidak perlu ada tender. Dimana kapal kapal ini hari ini? Setelah lewat lebih dari 8 tahun, apa yang sudah jadi dengan kapal kapal ini. Sedarkah tuan tuan hari ini sebuah berada di tengah laut, satu masih lagi tidak di terima oleh pihak TLDM (tapi di paksa terima) dan kini berada di limbungan lumut kerana gagal mengikuti spesikasi. Yang 4 lagi kat mana? Bayang pun tak dak? Habuk besi pun tak dak? Tahukah tuan tuan bahawasanya semua duit berkaitan projek ini dah habis di bayar. Mana pi duit ini semua? Mana kapai?

Sebenarnya kalau kita tempah kapal ini di luar negara secara terus, harganya di 1/3 dari harga 5 billion dan ianya dah lama siap dah. TLDM hari ini dapat memantau laut PP dengan lebih selamat. Mana perginya duit duit ini? Saya minta tuan tuan fikirkan sendiri. Tahukah tuan tuan dengan 5 billion berapa banyak rumah dapat di sediakan untuk rakyat, berapa banyak monorel dapat di buat di PP – rakyat tak payah sangkut di dalam kesesakan lalu lintas. Duit ini duit siapa – duit rakyat dimana duit ini digunakan untuk memperkayakan orang orang tertentu. Begitu juga dengan projek PORR dan projek jambatan Pulau Pinang yang kedua. Ke semua ini tiada tender. Kalau di buat tender harganya jauh lebih murah. Duit selebihnya boleh digunakan untuk rakyat. Mengapa duit rakyat hendak di gunakan untuk memperkayakan orang tertentu.

Saya minta tuan tuan berfikir sejenak dari segi sejarah. Sejak 1800, PP and Singapura di jajah oleh British. Dua duanya pulau. Kedua dua pulau ini di gunakan bagi tujuan yang sama iaitu untuk perdagangan bebas dan mengekspot hasil bumi dari Semenanjung. Rakyat pun sama. Kebanyakannya pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Waktu Merdeka, PP dan Singapura sama tarafnya. Hari ini dimana Singapura dan di mana Pulau Pinang? Bagi rakyat PP yang tidak pernah sampai ke Singapura, cuba pergi tengok rumah mereka, pangsapuri mereka, jalanraya mereka, taraf ekonomi mereka. Baru baru ini saya menaiki MRT dari Orchard Road sampai ke Changi…jauh tu bang oi.. bayar S$0.70 cent.

Pergi tengok berapa bersih dan luasnya flat mereka. Hidu sendiri udara mereka dan nikmati kebersihannya. Pokok menghijau di merata rata dan Kerajaan Singapura hari ini ingin menjadikan Pulau Singapura sebagai sebuah Pulau yang berkonsepkan terusan air di merata rata. Mengapa Singapura boleh melonjak jauh kedepan walaupun minyak tak ada, air pun tak ada, hasil bumi pun tak ada. Asasnya mereka tahu mencari dan menguruskan wang dengan telus. Pergi tengok Sungai Singapura dan bandingkan dengan Sungai Pinang. Hari ini, orang Singapura boleh terjun dan mandi dalam Sungai Singapura. Di Pulau Pinang, hampir semua sungai dah di jadikan longkang. Sungai pun dah nak pupus dan di gantikan dengan longkangs. Pergi tanya rakyat Singapura adakah mereka menganggap kerajaan mereka itu kuat makan rasuah. Jawapannya tidak.

Pemimpin UMNO Pulau Pinang hari ini bukanya fikirkan hal dan kepentingan rakyat. Mereka pentingkan hak peribadi mereka. Mereka takut rahsia rahsia mereka terbongkar. Mereka takut kekayaan mereka di siasat. Dari 1000 orang Melayu di PP yang kaya berapa kerat ja yang betul betul kaya? Yang kaya kepala kepala UMNO yang duduk diatas . Kerana takut mereka melaga laga kan rakyat? Kalau benar DEB itu berjaya habis kenapa sampai la ni pun tak selesai selesai! Patut dah habis pada tahun 1991. Kalau BN tu bagus sangat, kenapa DEB tak selesai sampai hari ini. Adakah inaya tidak dapat diselesaikan atau sengaja tak nak di selesaikan? Jadi rakyat , saya pinta janganlah cepat melatah.

Orang Melayu kena fikir secara rasional. Mungkin kerajaan baru ini mempunyai kaedah kaedah yang lebih baik dari DEB. Bagi lah depa peluang untuk buka langkah. Ini belum apa apa lagi dah buat demonstrasi haram di jalanan. Kita tengok. Kalau depa tak boleh buat untuk kita macam depa dok janjikan kita buang mereka 5 tahun lagi. Apa kita nak takut. Biar kita tengok sejauh mana kebolehan mereka. Biar kita tengok dulu apa yang mereka janji tu mereka boleh buat tak. Jangan melatah.Tak rugi mana pun.. tak lama mana pun.. itulah kuasa rakyat.. rakyat boleh mengakkan kerajaan dan rakyat juga boleh menjatuhkan kerajaan.

Akhir kata, saya pinta Rakyat semua di seluruh negara terutama orang melayu di PP tanpa mengira latar belakang politik kita. Kita harus pentingkan negara dari pentingkan UMNO. Marilah kita bersama sama bekerjasama memastikan kerajaan yang kita lantik ini berjalan lurus dan bersih dan berkhidmat untuk kita. Hari ini ada perimbangan kuasa. Ianya bagus untuk rakyat. Peluang untuk menyalahguna kuasa dan wang kini agak sukar. Jadi duit lebihan ini akan di belanjankan untuk rakyat. Ianya bagus untuk rakyat dan bukan untuk pencuri duit negara. Kalau depa tak buat kerja yang kita harapkan untuk 5 tahun akan datang, kita akan buat pertimbangan semula pada PRU ke 13. Fikirkan apa yang saya kata. Kita orang melayu harus menunjukkan kematangan dari segi IQ dan EQ. Kenalah tunjuk pandai sikit. Jangan cepat melatah.

Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman

MD MMed (OM) MBA (IT) Dip Ae Med CTM AME (17)

Copy Paste and Replace some Words = NEWS

obefiend

Copy Paste and Replace some Words = NEWS
Bukan sukar hendak menjadi wartawan! Ubah ayat sikit je!


Pulau Pinang: There are signs lately that the Malay Rights Action Force (MALRAF) is trying to garner support from terrorist groups, the police charged yesterday.

Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said MALRAF has also set up a fund by misleading the public into believing that the money is to finance its activities.

“We view such matters very seriously. It is also very worrying especially when we live in a multi-racial society.

Ominous words: The front page of Thursdays edition of Singapore’s The New Paper which interviewed UMNOputera and quoted him as saying that MALRAF will not rule out violence.

“The police will not hesitate to take stern action against anyone to ensure that peace and security prevails in this country,” he said.

Musa also said the group was trying to sow hatred towards the Government and that its actions could spark racial clashes.

He said such dangerous sentiments were being widely spread via MALRAF forums, distribution of books and leaflets, on websites as well as through the short messaging service.

“It is also trying to rope in gangsters to prevent local authorities from demolishing illegal surau, mosques and “kedai burger tepi jalan” in the near future"

“The fanning of such racial sentiments among the Malays is very unhealthy and dangerous,” Musa said, adding that the police would not hesitate to invoke the Internal Security Act (ISA) against those who abused technology to stoke racial hatred or unrest.

The IGP said those found guilty of spreading such messages through SMS or e-mail could be jailed up to three years, fined RM10,000, or both, under Section 28 of the ISA.

One of MALRAF leaders, UMNOputera bin Dibayar KJ, was reported as saying in an interview in Thursday’s edition of Singapore’s New Paper that that he would not rule out using violence.

He was quoted as saying that the protest by Bersih and HINDRAF in Kuala Lumpur last November inspired MALRAF’s public protest.

“The rakyat were prepared to die for their cause. I’ve shown slides of rakyats getting tear gassed and “disumbat black maria" during my roadshows and I think it struck a chord with the people"

“I think it’s quite unlikely we’ll head down that path towards a civil war but there’s always that possibility. Some of the uneducated may resort to violence,” UMNOputera was quoted as saying by the paper.


The lone FRU guy tried to blend in.But failed. His "Where's Waldo" skill sucked


Spot the FRU and Water Canon and win 1000000 dollars


I swear to god i am MELAYU


Yeah us toooo!


p/s: no MAMAKS Malays were harmed during this demonstration. FRU was being nice for once. Bravo. LOL

(bukan artikel cheGuBard cuma ingin berkongsi artikel dipetik dari blog yang menggunakan terma kebebasan berpesatuan)

Mar 15, 2008

Bila penyamun hilang kuasa menyamun....

alditta

Lebih kurang 1500 orang ahli UMNO Pulau Pinang telah membuat satu demonstrasi aman di perkarangan Kompleks KOMTAR bagi membantah tindakan gomen pakatan DAP-PKR cuba menghapuskan DEB. Dalam kenyataannya Ketua Mentri Lim Guan Eng, berkata dia tidak pernah pun mengatakan bahawa gomen Pulau Pinang hendak menghapuskan DEB, tetapi sebaliknya apa yang dikatakannya ialah,gomen Pulau Pinang tidak akan mematuhi amalan DEB dalam pengaggihan kontrak dan tender kerana amalan secara begitu menyebabkan terlalu banyak kronisma dan berat sebelah. Isu ini telah diputar belitkan oleh media tempatan yang cuba menggambil kesempatan untuk menunjukkan bahawa gomen baru itu adalah anti Melayu.


Selama berpuluuh-puluh tahun gomen BN memerintah Pulau Pinang di bawa beberapa orang Timbalam Ketua Menteri Melayu, apakah yang telah mereka buat untuk meningkatkan taraf hidup orang-orang Melayu di Pulau Pinang? Kalau setakat membina rumah,jalanraya,sistem peparitan,itu semua adalah sebahagian daripada proses pembangunan masyarakat yang menjadi tanggungjawab gomen yang memerintah. Taraf hidup orang-orang Melayu Pulau Pinang masih pada tahap yang sama,kecuali orang-orang UMNO yang begitu ramai mendapat kemudahan seperti jalan ke rumah mereka yabg ditarkan,balai raya,dewan JKKK,gelanggang sepak takraw yang penggunaannya adalah terhad kepada ahli-ahli UMNO sahaja. Kalau tak percaya,cuba parti pembangkang Melayu mohon hendak menggunakan dewan JKKK atau balairaya,sudah tentu ianya ditolak. Dari segi perumahan,di Pulau Pinang, banyak rumah-rumah yang dirikan tidak dimampu dibeli oleh orang-orang Melayu kerana kosnya terlalu tinggi.

Kontrak dan tender yang diterima daripada kerajaan pusat bagi projek-projek,hampir semuanya dibolot oleh beberapa orang kontraktor tertentu yang kemundian disubkan kepada kontraktor-kontraktor kecil bumiputra lain yang juga terdiri daripada kroni-kroni pemimpin UMNO ini. Jadi kalau UMNO terlalu bangga dengan DEB, bukan kerana DEB itu dapat membantu orang-orang Melayu, tetapi DEB itu menjadi punca rezki penyamun-penyamun UMNO yang ada itu. Jadi tak hairanlah jika gomen pakatan DAP-PKR yang tidak mahu lagi amalan agihan projek berdasarkan DEB itu dilaksanakan. Itulah sebabnya kenapa penyamun-penyamun ini ini berasa resah dan bingung tetapi periok nasi mereka juga akan terjejas.


UMNO juga harus mencerminkan diri dan tanya diri mereka kenapa ramai orang-orang Melayu di Pulau Pinang ini telah menolak mereka? Kalau DEB itu benar-benar memberi manafaat kepada orang-orang Melayu umunya nescaya semua orang Melayu akan menyokong UMNO. Sedangkan bekas Timbalan Ketua Menteri gomen dulu sendiri tidak dapat mempertahankan kerusinya di kawasan yang majority orang Melayu membuktikan orang-orang Melayu sudah bosan dengan telatah pemimpin-pemimpin UMNO yang hanya setakat boleh berjanji tetapi tidak pernah menunainya. Kalau ada pun yang beruntung adalah orang Melayu UMNO itu sendiri yang terdiri daripada saudara mara,kawan dan kroni mereka, sedang orang Melayu lain terbeliak biji mata.

On another note,the Umno state secretary Azhar Ibrahim said “Since the people have clearly rejected development and made their choice for a change, we will recommend to the federal government to cancel all such projects. Don’t blame us for this,” he said after a state liaison committee meeting here today. This projects includes;second bridge;light monorail system;Penang Outer Ring Road;Penang Sentral;RapidPenang bus service.

Bukankah ini juga satu sikap balas dendam dan tidak berhati perut oleh UMNO? Oleh kerana UMNO tidak mungkin lagi dapat faedah daripada projek-projek berbilion-bilion ringgit ini UMNO sanggup menafikan segala projek yang boleh memberi faedah kepada rakyat jelata. Mahukah saudara pemimpin- pemimpin seperti ini menerajui gomen ini semula?

Fikir-fikirlah.....

Posting terkini

Blog Archive