KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Air Percuma. Show all posts
Showing posts with label Air Percuma. Show all posts

Jun 17, 2008

Sah !!! Rakyat sudah dapat air percuma.

RM11.00 ..... sikitnya. Tapi mesti ingat, di dalam keadaan gawat minyak keputusan PM dari suku sakat BN, Selangor masih mampu memberikan air percuma kepada seluruh rakyat. Bukan untuk penyokong Pakatan Rakyat sahaja ... malah pada semua. Ini komen yang baru wak terima,

kajang utama dah dapat bekalan air 20m cubic pertama di bayar oleh KDEB,bermula 1st.june.hari ni aku dapat bil....lega syok giler!....terimakasih pr...price reduce!.sokong bn...semua benda naik!.yg sokong bn kat kajang utama dpt berkat kami yg sokong pr...tapi kami dpt tempias bala dari mereka....minyak naik!!! - Rujuk sini
Bukan nak cari gaduh, tapi pada penyokong karat UMNO dan BN, kalau tak mahu, boleh lah bayar lebih seperti biasa. Kami pun kalau diberikan pilihan, tak mahu bayar lebih untuk minyak. Tapi apo nak buat, keputusan pemimpin BN dan UMNO, kami yang terseksa. Ada paham ka? Lain kali undi, guna otak untuk pikir, guna tangan untuk pangkah.

Jun 16, 2008

Air percuma: Pecat pegawai yang susahkan rakyat

siasah - “Pecat pegawai kerajaan yang anti rakyat dan tidak patuhi arahan kerajaan.”


Itu cadangan anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali ketika mengulas cerita kong kalikong antara Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bh (Syabas) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

“Buat apa kita simpan pegawai sebegini. Bukan sahaja menyusahkan kerajaan tetapi menyusahkan rakyat yang mahukan air percuma,” kata Dr Lo’ Lo’.

Beliau mengulas tindakan Syabas menolak cadangan KDEH, anak syarikat kerajaan negeri Selangor untuk membolehkan rakyat Selangor menikmati air percuma mulai 1 Jun ini.

Syabas adalah pemegang konsesi pembekalan air di Selangor. KDEH pula adalah anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Selangor yang turut mempunyai saham yang terbesar (lebih 50 peratus) dalam Syabas.
... selanjutnya.

Jun 13, 2008

Air Percuma hasil usaha BN Selangor

Sekembali wak dari KLCC, Kuala Lumpur, di pamirkan di dalam shoutbox dan wak sempat meneliti butir cerita di bawah ....


Air Percuma Kejayaan BN

Pengumuman Kerajaan Negeeri Selangor mengenai pelaksanaan manifesto Pakatan Rakyat untuk memberi air percuma sebanyak 20 meter padu untuk setiap meter individu di Selangor merupakan satu kejayaan besar kepada Barisan nasional sebagai pembangkang.

Telah nampak sejak awal kerajaan Pakatan Rakyat cuba melengah-lengahkan pemberian air ini sehinggalah didesak oleh BN Selangor. Malah sejak awal Jun lalu kerajaan negeri belum mengadakan sebarang rundingan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agak tidak menyetujui idea ini kerana ia akan mengggunakan banyak wang KDEB dan kerajaan negeri. Bagaimanapun tekanan politik dari dalam PKR dan Pas memaksa beliau menyetujuinya. - pembangkangselangor
... Chewaaaahhhh....kejayaan Barisan Nasional katanye... Hebat !!!

Wak ni tak kesah sangat jasa siapa ... Kalau itu lah maksudnya, kesempatan ini wak ambil untuk ucapkan Tahniah kepada Khir Toyo dan Barisan Nasional Selangor kerana berjaya merealisikan impian rakyat.

Tanpa UMNO dan BN, mungkin rakyat Malaysia tidak dapat menikmati air percuma ...

Perjuangan UMNO dan BN nampaknya menemui kejayaan hanya setelah Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Selama 50 tahun berjuang, bukan perkara yang mudah..."Ye tak wak Khir?"

Bekas Menteri Besar ni agaknya cuba melatih diri untuk menjuarai rancangan Raja Lawak untuk tahun hadapan. Semoga, rakyat boleh ketawa bersama dengan hidangan lawak lawak yang akan khir toyo persembahkan. Hidup Khir Toyo !!! Hidup UMNO !!! dan Hidup BN !!! ... Wakakakakaka

Nak tanya jawa tak sedar diri ni ...... "Minyak Naik ni jasa siapa?"

Aduh .... 'ketawa sampai ketut' lagi aku.

Jun 12, 2008

Orang pahang marah ....

voy.fzone - Sebelum ini, pada 6 Jun 2008, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah menghantar surat akujanji berkaitan permberian air percuma bagi pihak kerajaan negeri Selangor kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Namun, SYABAS telah menolak dan tidak bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat pembayaran yang dijanjikan oleh pihak KDEB pada 9 Jun 2008. Menurut SYABAS, cadangan daripada pihak KDEB itu secara langsung akan menjejaskan aliran tunai SYABAS dan sekaligus boleh menjejaskan operasi SYABAS. Akhirnya selepas beberapa hari perbincangan dan rundingan dibuat antara kerajaan negeri Selangor dengan SYABAS, satu kata sepakat berkaitan pemberian air percuma di Selangor telah berjaya diperoleh pada pagi 11 Jun 2008....selanjutnya
no2umnO - Korang pernah rasa, ketawa sampai kentut. Kelakar tau .... sedang di atas terkekek, yang bawah pun berbunyi .... put put put ...... !!!! Serentak macam melodi dan irama. Mesra bunyi nya.

Beberapa hari yang lepas, aku berjumpa dengan orang Pahang. Ramai yang marah kerana kerajaan negeri Selangor dapat air percuma. Sedangkan kerajaan pahang yang menjual air ke selangor tak mampu buat cam tu ... Korang pergi ke pahang dan tanya orang kat sana. Dah aku beritahu sejak dulu, jangan caya pada BN. Tapi koran undi jugak. Kononnya hanya BN boleh memerintah. Tapi korang yang muntah.

Kerajaan Negeri Selangor berhempas pulas, selepas di dengki-dengkut dek UMNO selangor dan syarikat keparat, akhirnya ALhamdullillah, satu manifesto sudah pun terlaksana.

Negeri kebajikan ...... yang lain selamat menonton. Jangan cemburu. Kalau nak air percuma, pindah lah ke Selangor. Kalau sayang kampung halaman, undi Pakatan Rakyat. Itu pun 5 tahun lagi. Kalau sempat BN sogok dengan wang, korang undi lah balik BN.

BN cakap tak serupa bikin. Kononnya minyak tak naik, kata Najib sebelum pilihanraya, [klik] lepas tu Shahrir pulak kata naik hanya bulan Ogos [klik], tiba tiba naik mendadak, terkejut beruk di buatnya. Beruk pun tak terkejut cam ni. Kalau beruk guna minyak, sah beruk pun terkejut sama. Kalau nampak beruk pecah kepala, sah...beruk tu terkejut sampai jatuh pokok.

Sibuk pasal minyak naik ... semuanya sedih, Bila hujung tahun nanti Petronas bagi tau untung meningkat berbillion ringgit. Wakakkkkkkkkakaka.... korang kena tipu lagi. Kalau korang nak ketawa kan penyokong BN, korang makan banyak banyak ...isap rokok banyak banyak, lepas tu ketawa ... pasti rasai pengalaman ketawa sampai kentut.

Jun 11, 2008

S'gor dapat air percuma, akhirnya

malaysiakini - Kira-kira sejuta penduduk Selangor akan mendapat bekalan air percuma, seperti dijanjikan, mulai 15 Jun selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) pagi ini.

Manifesto Pakatan Rakyat untuk memberikan 20 meter padu air secara percuma - atau potongan RM11.40 - akan diteruskan kepada pengguna domestik bermeter individu, demikian diumumkan oleh menteri besar.
MCPX

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah berjaya mencapai persetujuan tersebut dengan ketua pegawai eksekuif Syabas, Datuk Ruslan Hassan dan presiden Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB), Datuk Abd Karim Munisar.

Syabas minggu lalu menolak permintaan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, termasuk selepas berunding dengan KDEB, sebuah syarikat milik kerajaan Selangor yang terlibat dengan syarikat pengurusan air tersebut.... selanjutnya.
no2umno - Khir Toyo sure bangang nye ..... wakakakaka

May 27, 2008

Selangor ambil alih 4 syarikat konsesi air

Mstar - Kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikat milik penuhnya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) mengemukakan cadangan untuk mengambilalih empat syarikat konsesi air di Selangor.

Keempat-empat syarikat itu ialah pengeluar air Konsortium ABASS Sdn. Bhd., Puncak Niaga Sdn. Bhd., Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd. (SPLASH) dan syarikat pembekal air, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAs).
"Penyusunan semula ini akan membolehkan industri air Selangor diuruskan secara holistik," kata , kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada sidang akhbar di sini.

Penyusunan semula itu sejajar dengan keputusan Kabinet Persekutuan pada 15 Januari yang dinyatakan melalui sepucuk surat kepada Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi pada 5 Februari, kata Abdul Khalid.

Beliau berkata, sebagai Menteri Besar, beliau gembira dengan keputusan itu dan bersetuju pelaksanaan keputusan itu.... selanjutnya.

May 23, 2008

Water tariffs in Klang Valley to go up by 37pc

NST - With the increase, water will cost RM1.90 per cubic metre, up from RM1.39. The rise will take effect on Jan 1.

This news was revealed in the state assembly yesterday by Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), who said the increase was allowed in the concessionaire agreement between Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) and the state government.

He said assemblymen only knew about this when they were given a briefing by Syabas officials several weeks ago.

Ng said, according to the agreement, the state would have to pay compensation to Syabas if it did not approve the price hike. Consumers pay 57 sen for the first 20 cubic metres, RM1.03 for the next 15 cubic metres and RM2 for each cubic metre after that.
When met outside later, Ng said he was not sure how the price mechanism for consumers would work.

He urged the state government to review the concessionaire agreement and also questioned if there existed elements of fraud, corruption and abuse of power by anyone when the agreement was signed.... selanjutnya.

May 22, 2008

Sukar nya beri air percuma....

Bukan mudah nak berikan air percuma kepada masyarakat. Segala usaha baik, bakal ada yang menghalang. Kepada rakyat Selangor. telitikan isu ini. Kalau ada yang terbengkalai, bukan lah soal kegagalan kerajaan Selangor. Mungkin ada kaitannya dengan usaha sabotaj pihak pihak tertentu untuk menggagalkan usaha murni kerajaan Baru. Dan bila gagal, kecoh lah BN kutuk dan kritik. Itu Biasa la......

Apa kata Rozali Ismail....

http://www.eoy.com.my/images/master_rozali02.jpgTidak ada sebarang kos percuma bagi setiap liter atau meter padu air yang yang dihasilkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam perjanjian konsesi yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor, kata Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail.

Beliau berkata pelbagai aspek perlu diteliti terutamanya membabitkan operasi perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

Rozali berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu di Selangor bermula 1 Jun ini sebagai memenuhi satu daripada janji pakatan pembangkang dalam manifesto ketika kempen pilihan raya umum 8 Mac lepas.

"Kita tunggulah, saya no komen, kita tunggu sehingga akhir bulan ini, bermula 1 Jun," katanya yang juga Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Sdn Bhd pada sidang media di sini Khamis.

Terdahulu, Puncak Niaga menandatangani perjanjian jual beli dengan Global Environment Solutions Ltd dan perjanjian pemegang dengan Environmental Holdings Pte Ltd.

Berhubung penukaran meter individu di kediaman bertingkat di Selangor dalam usaha memastikan pemberian air percuma boleh dilaksanakan dengan menyeluruh seperti yang dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini, Rozali berkata pemasangan meter individu di kediaman bertingkat adalah di bawah penyeliaan Perbadanan Pengurusan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Sehingga hari ini hanya 11 skim kediaman bertingkat yang mendapat kelulusan untuk menggunakan meter individu dan ada beratus lagi yang masih menanti (kelulusan)," katanya.
Bernama.
Memang tiada kos percuma. Tapi untung tu kasi kurang sikit lah deyyyyy...... Kalau biasa balik kampung naik helikopter....lepas ni balik kampung naik kereta la. Itu pun nak kena ajar?

May 15, 2008

Pasang segera meter individu air percuma- MB Selangor

MStar - Rakyat Selangor yang menduduki kediaman bertingkat diminta menyegerakan proses penukaran meter pukal kepada meter individu bagi memastikan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu kepada semua penduduk di negeri itu dapat dilaksanakan mulai 1 Jun ini.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mereka juga dinasihatkan agar bersama-sama pihak pengurusan di pangsapuri masing-masing berbincang dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi melaksanakan program itu.

"Pemberian air percuma tidak ada sebarang masalah, cuma ada beberapa rumah pangsa yang masih belum ada kemudahan untuk mengadakan meter individu di tiap-tiap unit.

"Suka diingatkan kiraan untuk pemberian air percuma untuk seisi rumah ialah berasaskan kepada meter individu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat minggu exco kerajaaan negeri di sini dua hari lepas.

Abdul Khalid berkata, kos pemasangan meter individu itu perlu ditanggung oleh penduduk kediaman bertingkat terbabit.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat antara 200,000 hingga 300,000 unit kediaman bertingkat di Selangor yang masih menggunakan sistem meter pukal.

Mulai 1 Jun ini, kira-kira 1.5 juta pengguna meter individu di Selangor akan menerima air percuma itu sebagai salah satu daripada janji pihak pakatan pembangkang dalam manifesto ketika kempen pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Mar 28, 2008

20 meter padu air percuma mulai 1 Jun

khalid ibrahim selangor menteri besar pc 170308 02malaysiakini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri telah mengkaji rancangan membekalkan 20 meter padu air secara percuma kepada isi rumah di Selangor seperti biasa melalui pembekalan air terawat oleh syarikat Syabas, dan mendapati ia boleh dilaksanakan bagi meter individu untuk pengguna kediaman

"Hari ini kerajaan negeri Selangor membuat keputusan untuk melaksanakannya bermula pada 1 Jun 2008," kata Khalid dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat menteri besar hari ini.

"Kerajaan negeri telah membuat kajian berhubung mekanisme untuk melaksanakan dasar ini dan sedang menimbangkan mekanisme terbaik bagi menjaga kepentingan kerajaan negeri, alam sekitar dan orang ramai.

"Tujuan kerajaan negeri memperkenalkan dasar ini ialah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah," katanya. more...

Posting terkini

Blog Archive