KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 15, 2008

Pasang segera meter individu air percuma- MB Selangor

MStar - Rakyat Selangor yang menduduki kediaman bertingkat diminta menyegerakan proses penukaran meter pukal kepada meter individu bagi memastikan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu kepada semua penduduk di negeri itu dapat dilaksanakan mulai 1 Jun ini.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, mereka juga dinasihatkan agar bersama-sama pihak pengurusan di pangsapuri masing-masing berbincang dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi melaksanakan program itu.

"Pemberian air percuma tidak ada sebarang masalah, cuma ada beberapa rumah pangsa yang masih belum ada kemudahan untuk mengadakan meter individu di tiap-tiap unit.

"Suka diingatkan kiraan untuk pemberian air percuma untuk seisi rumah ialah berasaskan kepada meter individu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat minggu exco kerajaaan negeri di sini dua hari lepas.

Abdul Khalid berkata, kos pemasangan meter individu itu perlu ditanggung oleh penduduk kediaman bertingkat terbabit.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat antara 200,000 hingga 300,000 unit kediaman bertingkat di Selangor yang masih menggunakan sistem meter pukal.

Mulai 1 Jun ini, kira-kira 1.5 juta pengguna meter individu di Selangor akan menerima air percuma itu sebagai salah satu daripada janji pihak pakatan pembangkang dalam manifesto ketika kempen pilihan raya umum 8 Mac lepas.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive